Archive for June, 2009

Siri satu laskar pelangi bersambung

Selepas membaca dan menonton movie laskar pelangi (ada movie laskar pelangi, tapi x sama betul mcm novel asal, ada unsur modifikasi dan bnyk scene2 penting digugurkan utk dipadatkan dalam tempoh 2 jam, tapi alhamdulillah masih menyegat 😉 ) aku mula mempersoalkan betulkah aku ini pencinta ilmu. Ah, apa pun, betul atau tidak, tak salah menjadikan itu satu cita2 sepanjang hayat: menjadi pencinta ilmu sejati.

yg pertamanya aku ini tidak pernah bersusah2 dalam menuntut ilmu, ertinya tak pernah terduga dalam proses menimba ilmu, lalu bagaimana dapat aku membuktikan bhw aku ini selayaknya digelar pencinta ilmu? sepertimana manusia tak benar2 diakui imannya selagi belum diuji (al-ankabut ayat 2): Ahasiban nas an’yutraku  an’yakulu amanna, wahum la yuftanun, begitu juga aku menghitung2 diriku selaku pencinta ilmu sedangkan belum teruji lagi cintaku itu. Dalam laskar pelangi ini, cinta anak2 muda ini teruji, paling tidak dan paling nyata dilihat dari Lintang, pelajar paling miskin dari kelompok pelajar2 termiskin di pulau Belitong, tapi ujian kemiskinan itu langsung tidak mematahkan semangat belajarnya. Kata Lintang, “Aku ini anak lelaki sulung dari 4 beradik yang sangat miskin, seharusnya bapaku membawaku ke laut supaya dia dapat menangkap lebih banyak ikan, tetapi dia menyuruh aku sekolah supaya aku dapat bercita2 tinggi dan mencapainya” dialog ini dilontarkan Lintang kpd Ikal sewaktu Pak Harfan baru meninggal dan Bu Mus satu2nya guru yg tinggal tidak hadir berhari2, menyebabkan semua pelajar berhenti dtg ke sekolah, kecuali mereka berdua. Lintang dan Ikal kemudian memanggil semua laskar pelangi kembali ke sekolah dan sementara Bu Mus masih belum hadir, Lintang yg genius itu mengambil alih peran guru mengajari rakan2nya dgn ilmunya yg banyak itu. (scene ini tidak ada dalam novel asal, tp sgt mengesankan, sgt bagus) Aduh, sungguh terharu. Mungkin aku ini terbawa2 oleh cerita yg belum tentu betulnya (menurut andrea hirata kisah ini benar2 terjadi dan watak ikal itu adalah dirinya sendiri satu masa dahulu), tapi andaikan perkara ini munasabah, brp bnyk Lintang yg ada di luar sana? Yg cita2nya tinggi menggunung dan cintanya selautan ilmu, tapi terpaksa dkorbankan kerana kemiskinan yg mencengkam? bolehkah kepandaian itu diukur dengan banyaknya A dalam pelajaran kalau yg satu belajar di bawah air cond dan yg satu lagi belajar di balik bayang2 pelita buluh?

berapa banyak lintang yg kegeniusannya tersekat kerana daifnya sekolah dan kurangnya kelengkapan dan buku2? wajarkah kita mendabik dada belajar sampai ke seberang laut sedangkan ada anak2 yg jauh lebih pintar dari kita ini terkebil2 menahan rasa melihat buku2 di kedai yg tak mampu dimilikinya?

dan tak malukah kita dalam kesenangan dan kemewahan ini kita pilih pula bermalas-malasan, culas menuntut ilmu, menghabisi wang rakyat utk tujuan2 tidak penting? tidak malukah kita menggunakan wang org2 miskin seperti lintang yg kempunan utk belajar tinggi sedangkan kita di sini berseronok2?

Kalau Lintang hanyalah watak khayalan, ayuh ambil tokoh2 yg nyata. Lihat bagaimana pencinta2 ilmu yg sebenar menzahirkan cinta ilmu mereka. Imam Bukhari, Imam Muslim dan ramai lagi tokoh2 hadis sanggup bergolok gadai demi ilmu. Mereka sanggup berjalan beribu batu jauhnya hanya utk mendapatkan sepotong hadis yg belum tentu kesahihannya. Sebelum Imam Bukhari mencatatkan hadis yg dperolehnya, dia akan bersolat sunat dua rakaat dulu memohon kepada Allah ilmunya benar dan bermanfaat utk semua umat manusia. Ada tokoh2 yg lain sanggup berjalan kaki tak berkuda tidak berteman beribu batu hanya utk bertemu dgn seorg guru buat seketika bagi menuntut ilmu. Ada pula tokoh yg menggantikan makanannya dgn makanan lain yg mengurangkan tempoh kunyahan dan sekaligus tempoh makan spy lebih masa dpt diluangkan utk menelaah ilmu.

insyaAllah, kali yang lain akan dibicarakan kisah2 pencinta2 ilmu seperti imam2 besar dalam islam, spy kita dapat menyedari betapa jauhnya beza cinta ilmu kita dengan mereka. buat setakat ini, marilah larut dalam cintanya Lintang kepada ilmu, itupun belum tentu terkejar lagi.

Siri satu: Laskar Pelangi

Sebuah novel kemanusiaan yg menghidupkan semula sebuah kenangan lama, kenangan zaman anak-anak, zaman sewaktu cita2 melampaui segala kemungkinan angan2 yg mampu terwujud. Zaman sewaktu imaginasi masa depan melangkaui pola pemikiran yg waras, sebuah mimpi indah yg diwarnai dengan gelak tawa realiti.

Kisah persahabatan 10 orang anak kampung yang sangat miskin, tersangat miskin sehingga tidak dikenakan peraturan memakai uniform sekolah krn tiada kemampuan menyediakannya, sangta miskin sehingga dinding bangunan sekolah Muhammadiyah mereka ditopang kayu untuk mengelak dari roboh, sangat miskin semiskin kampung tempat tinggal mrk sendiri, tetapi langsung tiada menyamai kekayaan jiwa anak2 ini: laskar pelangi

Paling menyentuh hati pastilah tidak lain tidak bukan kisah anak kecil bernama Lintang yang amat genius, yg seharian berbasikal yg digilirkan dgn ayahnya yg bekerja nelayan, berulang-alik 20 km setiap hari utk ke Muahmmadiyah, saban waktu juga dalam perjalanan terpaksa duduk sebentar menunggu buaya2 kampung melintas laluan ke sekolahnya.  Tetapi kekentalannya tidak tergugahkan dek buaya2 ini. Setiap hari dia menyongsong basikal yg lebih besar dr tubuhnya itu ke sekolah utk menimba ilmu. CIntanya pada ilmu sgt tinggi sehng sanggup juga berbasikal ke sekolah walaupun sehingga terlambat dan hanya mampu menyertai mata pelajaran terakhir iaitu pelajaran nyanyian. Kegeniusannya mengatasi seantero nusantara. Bidang yg plg dicintainya pasti fizik dan matematik, mengira dngn hanya memejamkan mata dalam2 sebelum membuat semua mata terpana dan lidah2 terjuih dgn ketepatan jawapannya.  Juga pengetahuan dalam ilmu am, geografi, sejarah, dan juga pengetahuan islamnya yg amat mendalam, menjangkaui mana2 pemuda seusia dengannya. Watak ini utk aku yg juga pencinta ilmu sangat mengesankan, sampai tak tertahan air mata bila Lintang akhirnya terpaksa meninggalkan sekolah setelah ayahnya meninggal dunia. Nasib anak orang miskin, tidak terbela. Kematian ayah Lintang bererti dia menggalas tanggungjawab utk menyuap makan adik2nya dan datuk-neneknya yg tua dan uzur, memaksanya meninggalkan bangku sekolah utk terjun ke dunia kerja. Sedih sekali.

Tak kurang menyentuh rasa juga adalah Mahar yg amat genius, segenius Lintang, cuma dalam bidang berbeza iaitu kesenian. Sangat lucu bila sekolah Muhammadiyah yg amat miskin tak upaya menyediakan baju seragam sekolah itu mampu memenangi piala utama dalam karnival antara sekolah2 dek kerana geniusnya Mahar memadukan kemiskinan dgn kreativiti. Bermodalkan daun2 pokok, dia menciptakan satu koreografi terindah yg tak pernha dilihat penduduk Belitong sehingga semua yg menyaksikan jadi khayal dan larut dalam seni cerita yg Mahar rekakan. Walaupun menahan pedih telinga dimarahi rakan2 yg diikatkannya buah pokok gatal utk menjadikan mereka lebih semangat sewaktu menampilkan persembahan tanpa pengetahuan mereka, usaha dan kenakalannya itu berhasil sehingga nama Mahar masyhur semasyhur-masyhurnya.

Dan juga semua ahli Laskar Pelangi: Ikal, Sahara, AKiong, Samson, Syahdan, Kucai, Trapani, Harun

MAsing2 dengan keunikan yg mencuit hati dan menggarit rasa, dan pasti, menghidupkan cita2 agung zaman kecil2 dahulu.

Siri Cuti-Cuti Cuba Mencari

Siri yg berkesinambungan:

1) LaSkar PelanGi – ANdrea Hirata
2) Katibah WInter
3) Seerah Camp – Sedingin salju sesegar jejak Rasulullah
4) Life is too short to be fat – DAviD KoutsouridiS
5) KArBala, Sebuah DRama Ta’ziyah – FaiSAl TehraNi
6) KEtuPAt cinta – FaisaL TehRAni
7) PElembut HAti – Muhammad Ahmad Ar-Rasyid
8 ) 65 GAmbaraN KehidupaN SahabaT
9) ? cuti kan belum habis?

Nilai-nilai yang harus ditanam

-Bersemangat mengerjakan solat dan mengukuhkan ibadah
-Berpegang teguh pada etika persaudaraan
-Senang memberi dan senang dgn kesibukan sehari-hari yg melelahkan
-Merindukan jihad dan mati syahid
-Disiplin dalam ketaatan
-Tidak mengharapkan keduniaan
-Menanti datangnya kematian dan melupakan angan2 dunia
-Cinta kepada Allah dgn penuh harap dan rasa takut
-Putus hubungan dgn org2 kafir dan org2 munafik
-Sabar menghadapi segala cobaan dan ujian

cuba bayangkan

kadangkala bermain dengan bayang-bayang amat mengkhayalkan.

beberapa tahun yang lalu, sewaktu aku masih belum bergelar pelajar perubatan, belum pernah keluar dari semenanjung malaysia pun! aku ada pernah menonton sebuah drama melayu di tv, tentang seorang wanita/isteri/ibu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang sangat dashyat, sehingga mengorbankan seluruh ahli keluarganya: suami dan 3 orang anak. hanya dia seorang sahaja yg selamat. kesan dari kemalangan dan kematian org2 yg tersayang itu, dia jadi sangat traumatized. semasa menghadiri pengkebumian jenazah ahli keluarganya, dia kelihatan seperti org yg bingung, tidak sedih dan tidak mengalirkan air mata, hanya diam tidak berbicara. dia dibiarkan begitu oleh ibu ayahnya yg percaya dia masih terkejut. selepas beberapa bulan tinggal dgn ibu bapanya di kampung, dia mula kembali bercakap lalu minta izin utk kembali ke rumah sendiri di bandar. rupanya dia masih dalam keadaan ‘tidak sedar’, fikirannya seolah telah kembali waras, tapi dia sebenarnya masih tidak memahami bahawa ahli keluarganya telah mati semuanya, maka bila wanita malang ini pulang semula ke rumah, hidupnya seolah2 ahli keluarganya masih dihup, dia berbual bersama mereka, memasakkan makanan utk mereka, malah keluar ‘berjalan-jalan’ bersama mereka. percakapannya, perbuatannya semuanya dalam lingkungan kewarasan yg dapat diterima, cuma dia berkomunikasi dan berinteraksi dengan org2 yg tidak wujud. khabar ini sampai kepada ibu bapa di kampung, si bapa yg terkejut dan malu dengan anaknya yg dikatakan gila menyeretnya ke kubur ut menyedarkannya ahli keluarganya telah tiada, tapi dia masih keliru, kerana di matanya dia dapat lihat jelas suami dan anak2 di sisinya. Takdir Allah (ataupun mengikut kata pengarang dan pengarah) wanita ini akhirnya tiba2 tersedar bahawa sebenarnya ahli keluarganya telah mati dalam kemalangan yg dia sendiri tidak ingat pernah berlaku. selepas setahun ahli keluarganya mati barulah dia sedih dan menangis, selayaknya seorang yg baru menerima kematian ahli keluarga. akhirnya dia berjaya melalui fasa sedih ini (sadness,anger, depression) dan kemudian meneruskan kembali kehidupan seadanya.

aku terfikir, berkemungkinankah sebenarnya hidup ini sebegitu? kita hidup dalam dunia kita, seronok, bergembira, berteman. tapi cuba bayangkan semua ini hanyalah palsu, bagaimana jika kita hanya hidup dalam bayangan kita sahaja, sedangkan kebenaran tertutup dari pandangan kita. Bagaimana jika kita jadi seperti wanita ini, tidak dapat melihat kebenaran, yg hanya dapat dilihat hanyalah apa yg ingin dilihatnya sahaja.

Dalam drama ini, wanita ini ‘disedarkan’ oleh mimpi di mana ahli keluarganya sendiri datang memberitahunya bahawa mereka sebenarnya telah tiada dan merayu meminta dia supaya sedar akan itu. Maka apabila dia bangkit, tiba2 dia tersedar dan terus dapat melihat kebenaran yg jelas.

Bagaimana, jika kita, satu hari nanti, tiba2 tersedar dan terbangun dan terus dapat melihat kebenaran? tiba2 kita tersedar bahawa selama ini kita hidup dalam kepalsuan. tambah2 jika kepalsuan itu juga adalah kesesatan.

Sebenarnya, hari itu memang akan tiba, samaada kita mahu terima atau tidak, suka atau tidak, mahu memikirkan atau tidak. Hari itu dipanggil ‘yaumul qiyamah’, hari kiamat, di mana kita akan dibangkitkan, ‘keluar’ dari kehidupan yg menyelubungi kita selama ini. Cumanya, pada hari ini, ada orang yg bangkit dalam keadaan tidak terkejut, kerana memang selama ini dia hidup dalam kebenaran. Manakala, ada orang yg seperti wanita dalam drama ini, bangun dan terkejut, baru difahamkan apa itu kehidupan yg benar.

Orang yg bangkit dalam keadaan sedar dan tidak terkejut, itu adalah kerana mereka telah pun sekian lama menyediakan diri mereka untuk hari itu, juga dipanggil ‘hari kebenaran’.

Jika kita mahu jadi seperti ini, hendaklah kita menyibukkan diri kita mencari kebenaran mulai dari sekarang, hendaklah kita memecahkan kepompong yg meliputi hidup kita sehingga mata kita tidak dapat menerobos melihat kebenaran. dan janganlah kita hidup sibuk bermain bayang-bayang.

Para sahabat pernah masuk ke dalam kamar bilik Nabi Muhammad, dan melihat sesungguhnya baginda tidur di atas tikar anyaman yg nipis sehingga berbiratlah belakang badan Nabi mengikut anyaman tikar itu. Maka para sahabat menawarkan utk memberi baginda tilam yg tebal lagi empuk buat menggantikan tikar itu. Nabi lantas menegah, dan keluarlah sabda banginda:
“Sesungguhnya antara aku dengan dunia ini, perumpamaannya hanyalah seperti seorang pengembara yg berhenti rehat berteduh di bawah sepohon pokok sebentar sahaja, kemudian dia meneruskan perjalanannya yang masih jauh” -Dunia ini pada Nabi hanyalah ibarat teduhan naungan sepohon pokok, hanya menjadi tempat berteduh sebentar sahaja, tidak lebih dari itu. Itulah kebenaran, jadi mengapa kita masih mahu mengaut sebanyak mungkin nikmat duniawi ini sedangkan ianya hanyalah sebuah perhentian dalam perjalanan yg panjang?

Sindrom PMS (Pre Menjawap Soalan)

Beberapa hari sebelum peperiksaan besar semester ini bermula (dan juga berakhir, exam 2 hari sahaja berturut2, then it’s over)
Ya Allah Permudahkanlah urusanku, sepertimana telah Engkau Permudahkan selama ini.

Sabda Nabi: Barangsiapa yg inginkan kebahagiaan di dunia hendaklah dengan ilmu, siapa yg inginkan kebahagiaan di akhirat hendaklah dengan ilmu, dan siapa yg inginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat hendaklah dengan ilmu~

Niat itu ialah apa yang terlintas dalam hati. Yang tidak ada sesiapa pun yg tahu (kecuali Yang Maha Pencipta) melainkan diri kita sahaja.

Ada orang menggelarkan aku dan orang2 seperti aku terlalu exam oriented. Hidup tidak tentu arah bila tiba musim exam. Tiba2 tumpuan pada benda2 lain dikesampingkan, dan tujuan ke arah cita2 yg satu iaitu untuk lulus exam itu menjadi titik yg yg menarik padu hanya ke arahnya. Dalam fikiranku ada exam sahaja, exam, exam, exam. Sampaikan yg harus diutamakan pun jadi terkorban. yakni agama. Culas utk pergi program agama. culas utk beramah mesra menjalin ukhwah. culas utk berjemaah pun kadang2 (eh, ini bukan aku, ini contoh2 keculasan sahaja).

Gelarkanlah aku exam oriented, suka hati kau orang lah.

Aku melihat diriku ini pencinta ilmu.  Mungkin ada manusia2 lain yg lebih cintakan ilmu dari diriku, tapi aku tidak mahu bertanding atau bersaing dengan siapa2. Aku adalah pencinta ilmu, dan cukup sekadar itu. Kecintaanku kepada ilmu pernah jadi sangat luar biasa sehingga mencengangkan ibu bapaku sendiri. Dan percaya atau tidak, cinta luar biasaku pada ilmu waktu itu seiring dengan cinta pada Allah. Waktu aku mabuk cinta pada ilmu itu juga saat khusyukku paling dalam saat menghadap Yang Esa. Saat semarakku meluap2 utk mencari ilmu itu juga sekali dengan meluap2nya rasa untuk memperhatikan dan memperindahkan akhlak. Saat sedang amat rajin menelaah ilmu itu juga saat aku sangat rajin dan tanpa perlu dipaksa2 melaksanakan amalan2 sunat dan memperkasakan yg wajib.

Sebab itu, saat ini, bila nyala semangatku makin pudar, aku masih terus gelar diriku pencinta ilmu, kerana aku tahu, dengan cinta pada ilmu itu akan menyampaikan juga cintaku pada Allah. Rinduku pada ilmu akan menjadi nyalaan rindu pada Dia. InsyaAllah.

Sungguh menakjubkan, sabda Nabi  ini:
“Permisalan petunjuk dan ilmu yang ditugaskan Allah kepadaku bagaikan air hujan yang turun ke bumi. Di antaranya mengenai tanah yang subur dapat membawa air untuk manusia … bahkan pepohonan. Ada yang mengena tanah tandus dapat menahan air tapi tak dapat menghidupkan pepohonan. Ada pula tanah yang datar tidak dapat menahan air dan tidak pula membutuhkan pepohonan.” (HR Bukhari).

Isyarat dari hadis ini; Allah berikan kita peluang yang sama, ilmu yang sama. Itulah air hujan yg mengalir itu, sama sahaja di mana ia jatuh, ia adalah titisan air2 yg suci lagi mampu menyuburkan tempat yg disiraminya. Tapi tanah itulah yg berbeza2 sehinggakan tanah yg berbeza, disirami sumber yg sama tidak akan memberikan hasil yg sama. Tanah yg pertama itu, tanah yg menyerap air dengan baik, yakni  dimisalkan orang yg membukakan hatinya utk mendengar, menerima, memahami, malah mengamalkan ilmu yg dicurahkan padanya, hingga ia sendiri jadi subur dan segar, dan dapat pula memberi kesegaran pada org2 di sekeliling. Yang kedua itu, orang yg tidak memahami atau mengamali ilmu yg diterimanya, tetapi tidak pula disembunyikan daripada pengetahuan org lain. Ia tidak lokek andai org lain bisa beroleh manfaat dari ilmu itu. Sedangkan golongan yg ketiga itu ialah golongan yg menutup gegendang telinganya, sengaja menghindari majlis2 ilmu, ataupun kalau dihadiri, ilmu itu ibarat angin lalu sahaja di telinganya, didengar, tidak diserap ke dalam hati.

Takutlah aku andai menjadi golongan ketiga ini. Golongan keras kepala, atau kepala batu. Disiram air tak mahu lembut. (Mungkin patut disiram dengan asid biar lebur terus baru kau tahu) Sedangkan hidayah Allah yg datang menyapa kita itu sama. Sama sahaja ilmu2 yg ALlah turunkan. Tinggal kita sahaja mahu atau tidak membuka hati utk menerima dan akur.

Sebab itu aku terus, terus dan terus memberitahu diri sendiri supaya menajdi pencinta ilmu. Baik ilmu apa sekalipun (yg bermanfaatlah ye tapi), medik, seni mempertahankan diri, memasak, menjahit, fotografi (ini cinta terbaru sekali!), aku mahu penuhi setiap saat dengan mengabdikan diri pada ilmu, Ingin jadi seperti saidina ali, yg sangat mengerti nilai sebuah ilmu sehingga sanggup menjadikan dirinya hamba kepada siapa saja yg mengajarnya hatta hanya mengajar sebaris ayat. Ini pencinta ilmu yang sejati!! Dan cita2ku, mahu jadi seperti itu. Cinta ilmu, yg mendorong kepada cinta kepada Pemilik segala cinta.

Jadi kalau kau mahu terus panggil aku exam oriented, silakan. aku mahu kepuasan dalam menuntut ilmu. kalau aku menuntut ilmu, impianku, kalau boleh biar dapat seratus peratus dalam exam. kalau ini exam oriented pada kau, silakanlah terus fikir begitu. aku cinta pada ilmu.

Dan juga untuk revisi hati sendiri: aku selalu ketemukan doa ini ditempekkan dalam blog2 manusia lain (yang bujang belum berkahwin), berbunyi, “Ya Allah jika Kau takdirkan aku jatuh cinta, maka jadikanlah aku cinta pada orang yg melabuhkan cintanya padaMu”
Nah,oleh karana aku pun bujang belum berkahwin, maka terasalah tanggungjawab utk menempek doa ini juga dalam blogku sendiri (dalam hati dah lama tempek dah), tapi aku ubah suai sikit (ok, banyak sebenarnya), Ya Allah, berikan aku cinta padaMu, pada NabiMu, pada ibu-bapa, pada saudara2ku, pada seluruh muslimin dan muslimat, dan berikan aku cinta yang agung pada ilmu agar dengan cinta itu akan mendekatkan aku hanya pada cintaMu. Andai ada cinta insan utk diriku ini, moga dia juga mencinta ilmu dengan sedalam2nya supaya kami sama2 mengangkat nilai ilmu itu sehingga ke martabat yang tertinggi. Amin.

Pencinta ilmu menulis.


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other subscribers