cuba bayangkan

kadangkala bermain dengan bayang-bayang amat mengkhayalkan.

beberapa tahun yang lalu, sewaktu aku masih belum bergelar pelajar perubatan, belum pernah keluar dari semenanjung malaysia pun! aku ada pernah menonton sebuah drama melayu di tv, tentang seorang wanita/isteri/ibu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang sangat dashyat, sehingga mengorbankan seluruh ahli keluarganya: suami dan 3 orang anak. hanya dia seorang sahaja yg selamat. kesan dari kemalangan dan kematian org2 yg tersayang itu, dia jadi sangat traumatized. semasa menghadiri pengkebumian jenazah ahli keluarganya, dia kelihatan seperti org yg bingung, tidak sedih dan tidak mengalirkan air mata, hanya diam tidak berbicara. dia dibiarkan begitu oleh ibu ayahnya yg percaya dia masih terkejut. selepas beberapa bulan tinggal dgn ibu bapanya di kampung, dia mula kembali bercakap lalu minta izin utk kembali ke rumah sendiri di bandar. rupanya dia masih dalam keadaan ‘tidak sedar’, fikirannya seolah telah kembali waras, tapi dia sebenarnya masih tidak memahami bahawa ahli keluarganya telah mati semuanya, maka bila wanita malang ini pulang semula ke rumah, hidupnya seolah2 ahli keluarganya masih dihup, dia berbual bersama mereka, memasakkan makanan utk mereka, malah keluar ‘berjalan-jalan’ bersama mereka. percakapannya, perbuatannya semuanya dalam lingkungan kewarasan yg dapat diterima, cuma dia berkomunikasi dan berinteraksi dengan org2 yg tidak wujud. khabar ini sampai kepada ibu bapa di kampung, si bapa yg terkejut dan malu dengan anaknya yg dikatakan gila menyeretnya ke kubur ut menyedarkannya ahli keluarganya telah tiada, tapi dia masih keliru, kerana di matanya dia dapat lihat jelas suami dan anak2 di sisinya. Takdir Allah (ataupun mengikut kata pengarang dan pengarah) wanita ini akhirnya tiba2 tersedar bahawa sebenarnya ahli keluarganya telah mati dalam kemalangan yg dia sendiri tidak ingat pernah berlaku. selepas setahun ahli keluarganya mati barulah dia sedih dan menangis, selayaknya seorang yg baru menerima kematian ahli keluarga. akhirnya dia berjaya melalui fasa sedih ini (sadness,anger, depression) dan kemudian meneruskan kembali kehidupan seadanya.

aku terfikir, berkemungkinankah sebenarnya hidup ini sebegitu? kita hidup dalam dunia kita, seronok, bergembira, berteman. tapi cuba bayangkan semua ini hanyalah palsu, bagaimana jika kita hanya hidup dalam bayangan kita sahaja, sedangkan kebenaran tertutup dari pandangan kita. Bagaimana jika kita jadi seperti wanita ini, tidak dapat melihat kebenaran, yg hanya dapat dilihat hanyalah apa yg ingin dilihatnya sahaja.

Dalam drama ini, wanita ini ‘disedarkan’ oleh mimpi di mana ahli keluarganya sendiri datang memberitahunya bahawa mereka sebenarnya telah tiada dan merayu meminta dia supaya sedar akan itu. Maka apabila dia bangkit, tiba2 dia tersedar dan terus dapat melihat kebenaran yg jelas.

Bagaimana, jika kita, satu hari nanti, tiba2 tersedar dan terbangun dan terus dapat melihat kebenaran? tiba2 kita tersedar bahawa selama ini kita hidup dalam kepalsuan. tambah2 jika kepalsuan itu juga adalah kesesatan.

Sebenarnya, hari itu memang akan tiba, samaada kita mahu terima atau tidak, suka atau tidak, mahu memikirkan atau tidak. Hari itu dipanggil ‘yaumul qiyamah’, hari kiamat, di mana kita akan dibangkitkan, ‘keluar’ dari kehidupan yg menyelubungi kita selama ini. Cumanya, pada hari ini, ada orang yg bangkit dalam keadaan tidak terkejut, kerana memang selama ini dia hidup dalam kebenaran. Manakala, ada orang yg seperti wanita dalam drama ini, bangun dan terkejut, baru difahamkan apa itu kehidupan yg benar.

Orang yg bangkit dalam keadaan sedar dan tidak terkejut, itu adalah kerana mereka telah pun sekian lama menyediakan diri mereka untuk hari itu, juga dipanggil ‘hari kebenaran’.

Jika kita mahu jadi seperti ini, hendaklah kita menyibukkan diri kita mencari kebenaran mulai dari sekarang, hendaklah kita memecahkan kepompong yg meliputi hidup kita sehingga mata kita tidak dapat menerobos melihat kebenaran. dan janganlah kita hidup sibuk bermain bayang-bayang.

Para sahabat pernah masuk ke dalam kamar bilik Nabi Muhammad, dan melihat sesungguhnya baginda tidur di atas tikar anyaman yg nipis sehingga berbiratlah belakang badan Nabi mengikut anyaman tikar itu. Maka para sahabat menawarkan utk memberi baginda tilam yg tebal lagi empuk buat menggantikan tikar itu. Nabi lantas menegah, dan keluarlah sabda banginda:
“Sesungguhnya antara aku dengan dunia ini, perumpamaannya hanyalah seperti seorang pengembara yg berhenti rehat berteduh di bawah sepohon pokok sebentar sahaja, kemudian dia meneruskan perjalanannya yang masih jauh” -Dunia ini pada Nabi hanyalah ibarat teduhan naungan sepohon pokok, hanya menjadi tempat berteduh sebentar sahaja, tidak lebih dari itu. Itulah kebenaran, jadi mengapa kita masih mahu mengaut sebanyak mungkin nikmat duniawi ini sedangkan ianya hanyalah sebuah perhentian dalam perjalanan yg panjang?

0 Responses to “cuba bayangkan”



  1. Leave a Comment

Leave a comment




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other subscribers