Siri satu laskar pelangi bersambung

Selepas membaca dan menonton movie laskar pelangi (ada movie laskar pelangi, tapi x sama betul mcm novel asal, ada unsur modifikasi dan bnyk scene2 penting digugurkan utk dipadatkan dalam tempoh 2 jam, tapi alhamdulillah masih menyegat 😉 ) aku mula mempersoalkan betulkah aku ini pencinta ilmu. Ah, apa pun, betul atau tidak, tak salah menjadikan itu satu cita2 sepanjang hayat: menjadi pencinta ilmu sejati.

yg pertamanya aku ini tidak pernah bersusah2 dalam menuntut ilmu, ertinya tak pernah terduga dalam proses menimba ilmu, lalu bagaimana dapat aku membuktikan bhw aku ini selayaknya digelar pencinta ilmu? sepertimana manusia tak benar2 diakui imannya selagi belum diuji (al-ankabut ayat 2): Ahasiban nas an’yutraku  an’yakulu amanna, wahum la yuftanun, begitu juga aku menghitung2 diriku selaku pencinta ilmu sedangkan belum teruji lagi cintaku itu. Dalam laskar pelangi ini, cinta anak2 muda ini teruji, paling tidak dan paling nyata dilihat dari Lintang, pelajar paling miskin dari kelompok pelajar2 termiskin di pulau Belitong, tapi ujian kemiskinan itu langsung tidak mematahkan semangat belajarnya. Kata Lintang, “Aku ini anak lelaki sulung dari 4 beradik yang sangat miskin, seharusnya bapaku membawaku ke laut supaya dia dapat menangkap lebih banyak ikan, tetapi dia menyuruh aku sekolah supaya aku dapat bercita2 tinggi dan mencapainya” dialog ini dilontarkan Lintang kpd Ikal sewaktu Pak Harfan baru meninggal dan Bu Mus satu2nya guru yg tinggal tidak hadir berhari2, menyebabkan semua pelajar berhenti dtg ke sekolah, kecuali mereka berdua. Lintang dan Ikal kemudian memanggil semua laskar pelangi kembali ke sekolah dan sementara Bu Mus masih belum hadir, Lintang yg genius itu mengambil alih peran guru mengajari rakan2nya dgn ilmunya yg banyak itu. (scene ini tidak ada dalam novel asal, tp sgt mengesankan, sgt bagus) Aduh, sungguh terharu. Mungkin aku ini terbawa2 oleh cerita yg belum tentu betulnya (menurut andrea hirata kisah ini benar2 terjadi dan watak ikal itu adalah dirinya sendiri satu masa dahulu), tapi andaikan perkara ini munasabah, brp bnyk Lintang yg ada di luar sana? Yg cita2nya tinggi menggunung dan cintanya selautan ilmu, tapi terpaksa dkorbankan kerana kemiskinan yg mencengkam? bolehkah kepandaian itu diukur dengan banyaknya A dalam pelajaran kalau yg satu belajar di bawah air cond dan yg satu lagi belajar di balik bayang2 pelita buluh?

berapa banyak lintang yg kegeniusannya tersekat kerana daifnya sekolah dan kurangnya kelengkapan dan buku2? wajarkah kita mendabik dada belajar sampai ke seberang laut sedangkan ada anak2 yg jauh lebih pintar dari kita ini terkebil2 menahan rasa melihat buku2 di kedai yg tak mampu dimilikinya?

dan tak malukah kita dalam kesenangan dan kemewahan ini kita pilih pula bermalas-malasan, culas menuntut ilmu, menghabisi wang rakyat utk tujuan2 tidak penting? tidak malukah kita menggunakan wang org2 miskin seperti lintang yg kempunan utk belajar tinggi sedangkan kita di sini berseronok2?

Kalau Lintang hanyalah watak khayalan, ayuh ambil tokoh2 yg nyata. Lihat bagaimana pencinta2 ilmu yg sebenar menzahirkan cinta ilmu mereka. Imam Bukhari, Imam Muslim dan ramai lagi tokoh2 hadis sanggup bergolok gadai demi ilmu. Mereka sanggup berjalan beribu batu jauhnya hanya utk mendapatkan sepotong hadis yg belum tentu kesahihannya. Sebelum Imam Bukhari mencatatkan hadis yg dperolehnya, dia akan bersolat sunat dua rakaat dulu memohon kepada Allah ilmunya benar dan bermanfaat utk semua umat manusia. Ada tokoh2 yg lain sanggup berjalan kaki tak berkuda tidak berteman beribu batu hanya utk bertemu dgn seorg guru buat seketika bagi menuntut ilmu. Ada pula tokoh yg menggantikan makanannya dgn makanan lain yg mengurangkan tempoh kunyahan dan sekaligus tempoh makan spy lebih masa dpt diluangkan utk menelaah ilmu.

insyaAllah, kali yang lain akan dibicarakan kisah2 pencinta2 ilmu seperti imam2 besar dalam islam, spy kita dapat menyedari betapa jauhnya beza cinta ilmu kita dengan mereka. buat setakat ini, marilah larut dalam cintanya Lintang kepada ilmu, itupun belum tentu terkejar lagi.

0 Responses to “Siri satu laskar pelangi bersambung”



  1. Leave a Comment

Leave a comment




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other subscribers