Archive for February, 2010

buat je

bahasa kepada iman ialah amal

jadi beramallah sebanyaknya untuk meluahkan iman, cakap dan tulis je x cukup

dalam beramal kita akan jumpa kekangan2; kadang2 kita rasa amal kita tu tak bagus, malu dilihat orang. kadang2 kita rasa malu sebab orang lain yang lebih muda buat lebih bagus, kita rasa malu sebab semangat kita tak setinggi orang lain, kita rasa malu sebab amalan kita tak seindah apa yg kita ungkapkan, kita rasa malu sebab di sebalik amal masih ada terpalit dosa, kita rasa tak selesa sebab kita rasa tak layak.

tapi dari semua rasa2 ini lah kita belajar. kita improvise. kita jadikan bekal pengalaman untuk hari esok. kita tinggikan iman.

so buat je. apa kekanagn2 yg timbul atau cakap2 orang atau kesilapan2 yg kita buat semuanya adalah sebahagian dari pembelajaran.

we make mistakes and so we learn

———————————————————————————————————————————————————————-

KUDA PERANG
Terbaca dalam sebuah blog seorang ukhti ni memanggil keretanya sebagai kuda perang. Wah, macam best!
Tak pernah pulak memandang kereta sendiri (named Zuhayr) sebagai seekor kuda perang, tapi skrg dah nampak relevannya.  Semoga banyaklah jasanya utk membantu amal saya.
Masa zaman rasulullah dulu pun para sahabat yg tak punya kuda sangat bersedih kerana dgn sebab itu kadang2 mereka x dapat menyertai misi2 peperangan di tempat yg jauh.

kuda perang yg bagus:
Apabila kita mendeclairkan kereta kita sbg kuda perang, maka sebenarnya kita telah menginfakkannya ke jalan dakwah. So kena bersedia berkorban duit minyak, km yang bertambah, accumulation of kerosakan terhadap kereta, pinjam kan dekat orang, duit yang keluar macam air utk maintenance.
So belilah kuda perang yang bagus, yg boleh tahan lama dan berkualiti tinggi.
jangan pula guna alasan nak zuhud, taknak  pakai kereta mewah2 so beli kereta ala kadar sahaja, sudahnya bila diperlukan utk dakwah tak boleh diguna sebab tak boleh jalan jauh, org nak pinjam pun x berani, dan asyik x available sebab rosak. Takut juga membahayakan nyawa org lain kalau kereta tu dah lama dan boleh rosak bila2 masa.
Bukanlah nak menunjuk2 kalau beli kereta yang bagus atau mewah, tapi if it is for the quality apa salahnya kan?
Luruskan niat, nak beli kereta yg bagus, mungken mahal siket, tapi insyaAllah boleh tahan lama dan selamat.

khas utk adik2 yg sedang berfikir2 utk membeli kuda2 perang 😉

Advertisements

perkara yang menghancurkan semua kenikmatan dunia

ialah mati.

2 minggu berada dalam cycle ICU (intensive care unit) banyak mengingatkan tentang mati, dan betapa tak bergunanya segala nikmat dunia yang kita hirup. (wah, berbau radikal sangat!)
Saya melihat pesakit2 yg di ambang maut, yang kalau tidak ditempatkan di ICU ini, kalau tidak ditolong untuk bernafas, akan, dgn izin ALlah jua, meninggal dunia bila2 masa sahaja. Ada sesetengah pesakit sedar kembali selepas melepasi waktu kritikal dan kemudian beransur sembuh, tetapi ada sesetengah pesakit meniggal dunia di katil wad ICU.

Saya telah ikut, malah diminta untuk menjalankan ujian mengesahkan kematian seorang pakcik ni. Hari sebelumnya dia masih lagi bernyawa dan bernafas (dibantu oleh mechanical ventilation) tetapi pagi itu dia telah tiada.
Sejak beberapa hari sebelum itu saya telah memerhatikan pakcik ini, terlantar di atas katil, tidka sedarkan diri, fungsi badannya tergantung ada tiub2 yg disambung ke badannya, just to name them down: 1) Endotracheal tube 2) Central line 3) PICC line 4) Arterial line 5) Urinary catheter 6) Nasogastric tube 7) ileostomy bag (he is post subtotal colectomy) 8 ) TEDS sock, 9) ECG 10) O2 SAT
Membuatkan saya terfikir, kalau sayalah di tempat pakcik tu sekarang alangkah sedihnya! DAh tak tau sempat ke lagi nak berbuat amal kebajikan, sempat ke tidak nak bertaubat atas dosa yang bertimbun2, sempat ke nak minta maaf dgn semua orang, dah tak dapat nak bangun berzikir, bersolat apatah lagi, nak bersedekah, nak bayar hutang, nak doa banyak2 supaya dijauhkan dari neraka dan ditempatkan di syurga. tak sempat, dan tak boleh nak buat apa2. you are still alive, but there’s nothing else that you can do. mungkin kalau saya masih boleh berfikir waktu tu, saya akan menyesal tak henti2 atas kehidupan yg telah dibazirkan, now that death is so close.

hakikatnya bila di ambang maut, memang tak berguna segala kenikmatan dunia yg kita telah kumpul atau lalui kecuali amal2 kebajikan dan buah2 iman kita.

kita selalu impikan untuk lakukan bermacam2 perkara dalam dunia ni, dalam kehidupan kita, kita nak terjun bungee jumping, kita nak melawat eifel tower, kita nak main salji, kita nak makan makanan2 yg lazat, kita nak beli baju baru, kita nak jadi doktor, just to nama a few. bila kita dapat laksanakannya we felt like we have made an achievement in our life, tapi saat melihat pakcik itu terlantar menanti maut, saya pun terfikir segala yg kita katakan sebagai kejayaan2 dalam hidup itu akan terbang bagai debu saat kita menghembuskan nafas terakhir.

Maka atas apa2 yg kita lakukan, hatta bungee jumping sekalipun, harapnya ada buah iman yg hadir bersama (pandai2 fikir sendiri?) , spy yg kita lakukan itu akhirnya dapat membantu kita di asna, dan tidak hanya tertinggal did unia sbg nimat2 yg akhirnya terbang bak debu tidak bermakna.

~sigh..

susah sebenarnya nak convey apa yg dirasai dalam hati, words certainly cannot do justice, kena lalui sendiri baru dapat rasai yg sama.

Allahua’lam

Dari sumber mana hendak mendapatkan rehat?

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali yg beriman dan beramal soleh, dan berpesan2 kepada kebenaran, dan berpesan2 kepada kesabaran”

Masa yg ada haruslah digunakan untuk:

1) Menyeru manusia kpd kebenaran, dengan perbuatan, perkataan, dan diam.

2) Menuntut ilmu, duniawi dan ukhrawi

3) Membaiki diri dgn meningkatkan iman

So bila masa nak rehat?

Dimensi yang berubah

Dimensi yang berubah;
Kata Kak baie dahulu, tarbiyyah itu bersifat merubah, the longer we hang on to the tarbiyyah process, the more we will change. Tapi masa kak Baie kata tu dulu ianya bagi saya hanyalah sebuah teori yang belum terbukti (terhadap diri saya), walaupun jauh dalam hati saya memang percaya kebenarannya (dan ternanti2 kesannya).

Hari ini saya merasakan teori itu mula menyerlahkan kebenarannya.

DAhulu i used to think beriman dan berbuat baik itu sama dengan kuat beribadat dan banyak mengingati Allah,ataupun,  all in all, membaikkan diri. Benar, tapi saya tidak faham bahawa iman itu jauh lebih luas skopnya selain dari solat puasa sedekah. malah definisi ibadah yang saya faham juga terbatas. Lebih2 lagi saya tidak menyedari bahawa dakwah itu adalah sunnah terbesar dari Rasulullah. Lama2 saya menyedari bahawa kita bukan sahaja perlu memperbaiki diri semata2 tetapi juga perlu menjadikan orang lain baik sepertimana kita mahu diri kita menjadi baik. Kerana itu yang dibuat oleh rasulullah dan para sahabat, di situlah kekuatan umat islam, dan yg plg penting, di situlah letaknya kasih sayang Allah swt.

Pengetahuan dan pengalaman dakwah saya sgt cetek, tetapi ianya sedang berkembang. Dahulu, dan juga kini, saya adalah seorang yg hardcore dalam konteks study, ataupun dalam mencapai segenggam ijazah. Telah berulang kali juga saya menuliskan bahawa 1)saya adalah seorang pencinta ilmu dan 2) saya selalu terpaksa bermujahadah untuk mengorbankan masa menuntut ilmu demi memberi laluan kpd tarbiyyah dan dakwah.

Secara jujurnya dalam hati yg tidak bersih ini dahulu selalu juga terpalit rasa kehairanan mengapa ada rakan2, akhawat2 yang gagal dalam peperiksaan, krn saya selalu yakin jika anda memberi seratus-peratus komitmen kepada study insyaAllah anda akan lulus. Maksudnya jika anda gagal = tidak memberikan seratus-peratus komitmen kpd study. Sekarang saya membuka dimensi baru dalam kamus hidup, is not failing in exam really that good? and is failing in exam really is a weak sign of a person? bagaimana kalau seorang ukhti ini gagal peperiksaan kerana instead of memberikan seratus-peratus komitmen kpd study telah memberi seratus-peratus komitnennya kpd dakwah? Di sisi Allah siapakah yang lebih berjaya sebenarnya? now, now, now, i am not saying here u shud dump study for the sake of dakwah, nor am i saying that’s my plan for the future.  ini adalah semata2 ekspresi dari seorang hamba Allah yang sedang mengalami pertukaran dimensi: yang mula melihat orang2 yg selama ini disangkanya lemah sebenarnya adalah butir2 permata yg cemerlang.

Baru sekarang saya dapat merasakan dengan telus apakah maksudnya ‘kita adalah daie dahulu sblm yang lain2’. Ini adalah satu lagi perubahan dimensi yang besar juga. How funny it is, the same line that you’ve been hearing again and again for the past few years only make sense now?

Maka benarlah kata Kak BAie, tarbiyyah itu bersifat merubah, dan perubahan itu terhasil dari 1)mujahadah dan istiqamah kita untuk trus berada dalam tarbiyyah itu sendiri dan 2) dari amalan2 yg kita laksanakan yg membuahkan pengalaman2 yg berharga.

Contohnya, dimensi pandangan saya terhadap Dakwah Fardiyyah juga sedang mula terevolusi. Dahulu bagi saya DF sama dengan berbaik2 dengan adik2 dengan skop target yg amat sempit: semoga bila kita ajak mereka pergi program mereka akan ikut dan bila kita ikut ajak usrah mereka akan setuju. perlahan2 saya mula melihat usaha DF ini sebenranya adalah antara usaha yg paling genting dan crucial dan sebenarnya sepatutnya menjadi usaha yg plg berkesan utk menyentuh hati2 manusia. ianya tidak layak utk dipandang enteng sepertimana yg dpandang sebelum ini, dan ianya harus dilaksanakan dengan seserius mungkin, termasuklah usaha membaikkan diri sendiri yg seharusnya berjaln lebih pesat spy terpancar aura iman itu di mata org yg diDF kan.

saya juga menyedari saya mengalami perubahan dimensi dari sudut emosi dan perasaan. Dahulu (dan mungkin juga kini) saya adalah seorang yg sgt beremosi dan juga sangat sombong. in a simple words = perasan bagus. Selalu tidak berpuas hati dengan keputusan syura dan suka menimbulkan spekulasi2 yg 1)tidak bermanfaat pun dan 2) boleh menghalang usaha dakwah. Dahulu saya tahu, tetapi sekrg saya sedar, bahawa orang yg tidak dapat menerima keputusan syura sebenarnya adalah orang yg tidak mampu memikul tanggungjawab dakwah ini. Menimbulkan huru-hara bukan bermakna anda adalah seorang critical thinker yg dapat mengesan kesalahan2 dari keputusan syura tetapi adalah seorang yg lemah dan tidak dapat mengawal emosi, dan lebih parah ia juga menunjukkan betapa rendahnya ikatan diri terhadap Allah (dan betapa besarnya ikatan terhadap nafsu dan perasaan). Jadi sekrg saya amat faham bagaimana yg dimaksudkan dengan ‘haruslah sentiasa berbaik sangka dengan keputusan syura’. Dan kefahaman ini timbul setelah menyertai syura itu sendiri 🙂 (baru mula faham bukan senang hendak come out with an idea/resolution, apath lagi utk menyenangkan hati semua orang)

Maka apa yg bagus sangat dengan segala peruabahn2 dimensi ini? Ada impak ke dalam kehidupan?
Ada insyaAllah, yang pertamanya ia memberi makna dalam kehidupan, ia memberikan satu tujuan dan cita2 untuk terus bernafas.
Yang keduanya ia memberikan satu kemanisan yg tak dapat nak digambarkan dalam bentuk kata2 melainkan anda merasainya sendiri.
Yang ketiga ianya menjadikan pergantungan dna kecintaan kepada Allah menjadi lebih tinggi
yang keempat ianya menjadikan anda seorang manusia yg lebih berguna di sisi manusia: baik keluarga, rakan2 mahupun org2 di sekeliling
Yang kelima ianya mengkagumkan diri sendiri atas perubahan2 yg berlaku, kerana ia membuktikan segala teori2 yg dipelajari selama ini benar satu demi satu.

Apapun, satu lagi teori yg telah lama dibuktikan benar: it is always much easier said than done. I hope and I pray to Allah that i will walk my talk. Ameen.

Menduga kefahaman, menguji kesabaran, menyebar iman: selamat datang adik2 :)

Sekadar luahan hati terhadap kedatangan adik2 baru ke newcastle bagi sesi 2010 onwards:

selamat datang adik2 sekalian ke australia. kami semua mengalu2kan kedatangan adik2 dengan penuh berbesar hati dan gembira. semoga adik2 memulakan langkah baru dalam hidup dengan penuh tekad, dan keimanan yg tinggi.

Untuk kakak2 sekalian yang dikasihi, adik2 sudah tiba di sini selama beberapa hari. lets pause for a while and muhasabah.

yang paling utama, marilah kita renungkan kembali sebab paling utama mengapa kita begitu beria2 hendak menyambut adik2 ini: ke manakah kita hendak membawa mereka?

dari pengalaman yang lepas2 kita telah belajar bahawa langkah yang benar bermula dari permulaan yang benar. iaitu masa sekarang, masa adik2 baru tiba. masa yg plg crucial sebenarnya untuk memandu iman mereka ke arah Allah swt. Jangan kita lupa niat paling agung itu.

Jadi apa startegi kita? Cukupkah sekadar berbaik dan membina rapport? benar itu permulaan yg baik, tapi in the end ke mana kita hendak membawa mereka dengan rapport tersebut? Usaha dakwah harus ebrmula dari sekarang, bukan nanti setelah adik2 ebgitu sayang pada kita akibat pembinaan ukhuwah yg begitu mantap. Dari sekrang kita kena mengikat mereka kepada Allah, bukan kepada kita.

Untuk itu kita tiada pilihan lain selain bermujahadah untuk menonjolkan sifat2 berteraskan keimanan yg mantap. Secara mudahnya kalau sekarang kita membina ukhwah dgn mereka atas dasar keseronokan, keselesaan, nanti bagaimana kita hendak switch mode itu kepada mode dakwah?. Dari pengalaman2 yg lepas kita lihat betapa ramainya adik2 yg terbina hubungan yg sgt akrab dengan kakak2 ini tetapi dari sudut perkembangan iman dan rohaninya sangat perlahan. Bukan menuding jari kpd siapa2 sebab saya pun sama.

Kepada rumah2 yg menjadi hub adik2 menumpang buat sementara adakah apabila adik2 melangkah ke dalam rumah kita mereka merasai ‘tempias’ iman? adakah mereka mendapat satu ‘aura’ ketenangan , kedamaian, dan kerinduan kepada Allah swt? Kalau jawapannya tidak ini bermakna rumah itu sendiri ‘gersang’ dari sinar iman.

Maka muhasabah lah. Stop and think, where are we taking them? ini bukan soal hendak berebut adik2, hendak berlumba menonjolkan kepakaran sosial masing2 dalam menawan hati adik2 sehingga ramai adik2 ‘suka’ dan ‘sayang’ pada kita. Tapi ini soal bagaimana membawa adik2 ini ke jalan yang benar, membawa mereka sehingga menjadi pelais2 dakwah yang hebat, bahkan lebih hebat dari kita. Ayuh bersihkan hati, mantapkan iman sehingga adik2 ini juga cinta pada kita kerana Allah swt.

Allahualam~


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers