Archive for May, 2009

pesan untuk diri-(band of ukhwah)

ukhwah itu terdiri daripada 1) rasa faham 2) rasa cinta 3) manusia2 yg punya hati dan perasaan

-bila hati kita disakiti oleh kawan, ingatlah, manusia selalu nampak dan rasa bila ia disakiti, tetapi tidak bila ia menyakiti. mungkin bila hati kita disakiti, kita tidak sedar, sebelum itu kita telah pun menyakitkan hati entah berapa ramai orang. maka maafkanlah.
-hidup ini bukan macam movie, kalau dalam movie, watak yg jahat tu dialah sejahat2 manusia, kalau watak baik tu dialah yg baik tiada cacat celanya. hidup bukan mcm movie, semua org ada baik dan jahat dalam diri masing2, maka bertoleransilah.
-kita perlu menerima bahawa kelemahan seseorang kadang-kala juga ialah kekuatan dirinya yg membantunya mengharungi hidup selama ini. contohnya orang yang sangat pentingkan diri, kita anggap itu kelemahan dia, tapi utk org itu, itu adalah sumbar kekuatannya utk berjaya, jika dia membuka dirinya utk hal2 lain akan menyebabkan dia tidak fokus pada perkara penting dlm hidupnya, maka dia akan gagal. maka terimalah kelemahan sahabatmu.
-tidak ada org yg dgn sengaja utk menyakitkan hati org lain. yg selalu terjadi ialah pertembungan kehendak, kesukaan dan kebiasaan. contohnya A dan B berkongsi bilik, A suka tidur awal sedangkan B perlukan malam utk study maka B membuka lampu pada waktu malam sedangkan A tidak dapat tidur lena. A merasakan B sengaja menyakitkan hatinya sedangkan B tidak pun sedar akan hal itu. Maka berundinglah.
-Bila hati kita disakiti, cuba fikirkan sejenak, mengapa org itu menyakiti hati kita, kerana jangan terkejut, org itu mungkin menyakiti hati kta kerana kita terlebih dahulu tlh menyakitkan hatinya. Maka, renungilah kesilapan diri sendiri dahulu sebelum cuba menyalahkan org lain.
-ingatlah, jika kita memaafkna org lain, org lain juga akan memaafkan kita. kelmarin saya bangun dari tidur, dan saya terus rasa ingin memaafkan semua org yg ada berbuat silap pada saya, dan sepanjang hari itu saya merasakan ketenangan yg hebat.

Advertisements

janji yang sering kita lupakan..

Janji Iblis:

Ia (iblis) berkata, ‘Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka‘”(15:39-40)

Sungguh iblis tak pernah lupa akan janji ini, yg selalu lupa, ialah kita.

Relevankah Allah dan Rasulullah dalam dunia moden serba canggih dan penuh kesenangan ini?

Minta maaf tajuk ini mungkin agak kontroversi, tapi saya berniat untuk berlaku jujur sahaja, tak lebih dari itu.
Jujur.
Secara jujurnya saya melihat manusia pada hari ini telah ‘mengasingkan’ Allah dari kehidupan mereka.
Mengapa tidak?
Apa yang kita ‘perlu’ dari Allah? Makan cukup tak pernah terkurang, rumah selesa siap bertv, berradio, pakaian indah, negara aman dan tenteram, teknologi canggih, senang berhubung dgn siapa2 sahaja bila2 masa, kenderaan semakin canggih, lalu apa lagi yg boleh Allah ‘berikan’ kepada kita? Ataupun, apakah lagi yg perlu kita minta atau harapkan dari ALlah sementelah segala keperluan malah keinginan hidup kita telah terpenuhi?

Cuba bandingkan dgn masa2 lalu, pada masa itu Allah ‘sangat relevan’. Hidup susah, makan tak cukup, pakai compang-camping, tertindas pula oleh puak yg zalim (penjajah dan sebagainya), sekolah belum ada, pelajaran tak bagus, gaji kecil, tanggungan banyak, teknologi terhad, maka ALlah sangat relevan kerana ada terlalu banyak yg perlu dipinta dan diharapkan yg secara logisnya di luar kemampuan diri. Sentiasa berdoa, mengharapkan magis yg boleh ALlah berikan.

Maka apabila segala kesusahan ini telah lenyap, masih relevankah ALlah? Untuk apa kita perlu mengingat ALlah jika segala yg kita mahu kita peroleh?

Maka tak hairan jika kita lihat Allah itu hanya ‘relevan sekali-sekala’. Ketika exam contohnya. Tiba2 ramai cuba menghampirkan diri kepada Allah. Ketika menghadiri interview utk mendapatkan kerja. Ketika Palestin disembelih baru kita tersedar sekejap. Bila kesusahan sementara ini lenyap, ALlah kembali menjadi tidak relevan.

Aduh! Bagaimana ini?

Begitukah sepatutnya hubungan kita dengan Allah? Adakah kita hanya perlu ingat Allah ketika susah sahaja, sedangkan seperti firmanNya, tujuan Dia Menciptakan kita hanyalah: “Aku tidak Menciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaKu” (51:56)

Dia suruh kita sembah Dia sepanjang masa, bukan jadikan Dia tempat meminta itu dan ini ketika susah sahaja. Maka sepatutnya kita Mengingati DIa, Menyembah Dia, Mematuhi Dia, Menjauhi laranganNya pada SETIAP MASA.

Satu lagi kesilapan kita ialah menganggap hanya kesusahan sahaja sebagai ujian. Sungguh kita salah. Sebenarnya seluruh kehidupan ini ialah ujian, tak kira baik atau buruk perkara yg menimpa kita. Seperti firmanNya:
Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya, dan  memberinya kesenangan, maka dia berkata, ‘Tuhanku telah memuliakanku’. Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata ‘Tuhanku telah menghinaku’. Sekali-kali tidak!” (89:15-17)

Begitulah kita manusia, bila kita ditimpa kesusahan kita anggap kita diuji Allah, sedangkan bila kita mendapat kegembiraan atau kesenangan kita anggap itu kemuliaan yg ALlah beri pada kita. Sedangkan itu salah! Susah atau senang, kedua2nya adalah ujian. Malah kesenangan adalah ujian yang lebih berat dan besar berbanding kesusahan!! Masakan tidak, bila kita susah, tak perlu disuruh2 kita sendiri pandai mencari ALlah, tetapi berapa ramai org yg bila diberi kesenangan membalikkan semula kesenangan itu kepada ALlah?  Menyedari bahawa senagn itu tidak lain hanyalah dari Allah semata, dan sedar jika tidak hati2 dia boleh tewas dalam ujian berbentuk kesenangan ini.

Bagaimana yg dikatakan tewas dalam ujian kesenangan?
Itulah bila kita melupakan ALlah dalam kesenangan kita. Bila kita lulus exam kita kata itu usaha kita, bila kita beli sesuatu kita kata itu hasil duit simpanan/gaji kita. Bila kita makan sedap kita kata itu kerana skill memasak kita.
Org yg tahu bersyukur ialah org yg sedar walaupun dia telah berusaha kuat kalau ditakdirkan ALlah dia sakit teruk waktu exam dia takkan lulus exam juga, atau kalau duit disimpan banyak2 tapi x diselamatkan ALlah dari dicuri orang atau trpaksa digunakan utk tujuan lain dia takkan mampu beli brg yg dia ingin, atau kalau bukan karana ALlah menciptakan garam dan gula maka makanan dia takkan jadi sedap juga, malah deria merasa itu pun dipinjamkan ALlah juga!

Maka bagaimana boleh kita meng’tidak’ relevan kan Allah?

Bukankah itu sombong lagi bongkak?

Sedarlah , sedarlah, sedarlah. Tentunya saya menyeru diri saya sendiri terlebih dahulu, kerana kalau bukan kerana saya tersedar bahawa saya adalah golongan org2 yg menjadikan Allah itu tidak relevan dalam hidup saya, maka saya takkan tercetus utk menulis sebegini.

Sudah lama ayat ini tidak singgah dalam akal dan hati, sebab itu senang jadi lupa:
Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Allah Mengumpulkan mereka, (mereka merasa) seakan-akan tidak pernah berdiam (di dunia) kecuali sesaat sahaja pada siang hari, (pada waktu) mereka saling berkenalan. Sungguh rugi org yg mendustakan pertemuan mereka dengan ALlah, dan mereka tidak mendapat petunjuk (10:45)

Kalau dunia ini hanya sesaat sahaja, maka ia sangatlah tidak relevan.

peminjam dan barang yang dipinjam

kultum 9/5/2009, cameron

kultum = kuliah tujuh minit

hari ini ahli cameron membincangkan tentang satu topik yg menarik dalam sesi kultum harian usai solat magrib kami. tajuk ini membuka minda terhadap nostalgia lama, ilmu yg pernah dituntut satu ketika dulu tapi tengelam dalam keserabutan perjalanan hidup.

Ruh vs jasad

Sebenarnya kita ini apa? Kita ini sebenarnya adalah ruh. ITUlah KITA sebenarnya.

Jadi jasad ini apa? Jasad ini hanyalah barang pinjaman yang ALlah berikan kepada setiap dari kita untuk menjadi kenderaan kepada ruh ini.

Adat barang pinjaman, perlu dipelihara dengan elok. Jadi jasad kita perlu dijaga kesihatannya,rapi rupanya, bersih dan kemas.

Juga menjadi adat barang pinjaman, oleh kerana ia bukan milik kita tetapi milik ALlah, maka selayaknya Dia boleh Mengambil kembali barang pinjaman ini bila2 masa sahaja. Maka kaki yg kita gunakan selama ini utk melangkah ke hulu dan ke hilir baik untuk berbuat amal yg baik mahupun kejahatan dan dosa boleh diambil kembali oleh ALlah bila Ia tentukan. Begitu juga tangan kita, mulut kita, semuanya. Organ-organ juga tidak terkecuali, semuanya adalah barang pinjaman. Jika hari ini Allah takdirkan kita ditimpa angin ahmar @ stroke dan sebahagian otak kita menjadi mati, maka itu bermakna ALlah Mengambil kembali sebahgian dari apa yg Dia Pinjamkan kepada kita.

Berbalik kepada ruh, lihat, hatta kita telah di’reduced’kan sehingga tak punya kaki tangan dan sebahagian organ, kita masih boleh terus sahaja punya nyawa dan terus juga bernafas. Kerana kita masih punya ruh. Jadi ruh itu letak di mana? Wallahua’lam, yang pasti ruh itu lah kita, sementara yg lain itu semua adalah pinjaman.

Hairan.

Menyedari semula hakikat ini, kami langsung berbincang, sekiranya semua ini adalah pinjaman semata dan boleh diambil kembali bila2 masa, maka mengapa ada manusia2 yg begitu taksub dgn barang2 pinjaman ini? Ada orang berhabis beribuan untuk mencantikkan wajahnya. ada yg sanggup sampai ke meja bedah untuk mencantikkan struktur tubuh.

Malah ada yang berlagak seolah2 barang pinjaman ini bukan barang pinjaman, tetapi ialah milik aku yg mutlak yg berhak aku lakukan apa sahaja sesuka hatiku terhadap barang2 ini. Lantas lahir manusia yg menunjuk2kan barang2 pinjaman ini menjadi tatapan manusia denagn moto, “Pandanglah dan lihatlah keindahan yg ada padaku ini dan kagumilah ia”
MasyaALlah, sedangkan cantik buruk kita pun bukan kita yang pilih sebelum kita dijadikan, maka mengapa setelah ALlah berikan rupa yg cantik kita jadikan ia seolah2 milik mutlak kita sehingga sanggup menggunakan barang2 pinjaman ini untuk menjadi alat mengajak manusia kepada kemungkaran?

Seolah2nya begini, seseorang meminjamkan kita pisau, dan memberitahu kita, pisau ini hendaklah digunakan begini dan begini (memotong buah dan sayur misalnya) tetapi tidak boleh digunakan utk begini dan begini kerana ia akan mengakibatkan ini dan ini. Kemudian kita lupa bahawa pisau ini hanya dipinjamkan sahaja kepada kita dan kita buat sesuka hati kita dengan pisau ini termasuk menggunakannya utk perkara2 yg telah dilarang oleh si peminjam tadi. Alangkah sombong dan bongkaknya kita!. Kemudian sehingga si peminjam menarik kembali barang yg dipinjam barulah kita mahu tersedar dan menyesal, barulah kita hendak menghargai barang yg telah hilang, dan barulah menyesali mengapakah dulu sementara barang itu masih ada aku tidak mahu menjaganya dgn baik.

Dan dalam konteks barang yg dipinjam, bukan jasad sahaja. Harta kita, orang2 yg kita kasihi, jawatan, segala kesenangan mahupun kesusahan semuanya adalah pinjaman dari ALlah. Kerana kita hanyalah ruh. Dan sama juga, ada sahaja manusia2 (termasuk yg menulis ini) sentiasa angkuh dan sombong dgn brg2 ‘pinjaman’ ini, dan merasakan semuanya milik mutlak dirinya. Ambil harta. Orang yg mengerti bahawa dirinya adalah ruh semata dan sgl yg lain adalah brg pinjaman akan dgn senang hati bersedekah dan meminjamkan barang2nya kerana dia tahu brg2 itu mmg bukan miliknya sejak dari awal, maka mengapa perlu kikir bila org lain yg lebih memerlukan meminta.

Sedarilah, di akhirat nanti, jasad kita telah pun hancur semasa di dunia, bagaimana rupa kita nanti bila dibangkitkan kita tak dapat ketahui, harta yg bertimbun kita kumpul di dunia dulu telah lenyap, segala jawatan tidak ada nilainya, yang akan tinggal di hadapan Allah nanti hanyalah ruh mengahdap seorang diri, sambil memikul amal dan tingkah laku yg pernah dilakukannya dahulu, dengan menggunakan semua barang2 pinjaman dari ALlah.

Wallahua’lam.

revolusi

berfikir-fikir dan hampir-hampir.
patutkah aku layani cinta baru ini?
herm….


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers