Archive for February, 2009

Tekanan

Hidup ini sebenarnya hanyalah permainan relativiti. Percaya atau tidak?

Seorang yang punya sebuah kereta proton saga tidak merasai gembira selagi mana dia belum memiliki sebuah kereta BMW 3 series. Sedangkan seorang yang hanya punya sebuah motorsikal cabuk akan rasa gembira jika dia punya sebuah proton saga.

Seorang hartawan yang kaya raya menjadi sangat risau apabila perniagaannya susut sedikit akibat terkena tempias kejatuhan ekonomi sehingga pulangan keuntungannya hanya berjumlah 20 ribu bulan ini berbanding 50 ribu bulan lalu, sedangkan seorang manusia biasa yg lain akan sangat gembira andai dapat memiliki hanya seribu sebulan.

Seorang wanita yang mempunyai berat badan 60 kg berpendapat dia hanya akan gembira bila beratnya menjadi 45 kg, sedangkan seorg yg lain yang beratnya 120 kg akan terlalu gembira jika beratnya turun ke 60 kg.

Seorang ibu hatinya kan sangta hancur apabila anak yg dikandungnya diketahui cacat, contohnya seperti hanya mempunyai satu kaki. Baru-baru ini saya membcaca sebuah artikel tentang pembedahan memisahkan kembar siam yg bercantum. Selepas dipisahkan, mereka setiap seorang hanya punya satu kaki, tetapi ibu mereka sangat gembira kerana mereka berjaya dipisahkan. satua tau dua kaki itu tidak mempengaruhi emosi ibu.

Seorang yg rumahnya hangus terbakar akibat kelalaian anaknya meninggalkan rumah tanpa menutup suis seterika pasti akan sangat marah denagn anaknya dan sedih atas kehilangan harta benda. Tapi seorang ayah yg hampir kehilangan anaknya dalam kebakaran rumah dan kemudian anak itu dapat diselamatkan akan pasti sangat gembira dan tidak peduli tentang rumahnya yg terbakar itu asalkan nyawa anaknya selamat.

Lihat.

Hidup ini hanyalah satu permainan. Apa yang gembira untuk engkau mungkin sedih untuk aku. Apa yg gembira utk aku mungkin sedih utk engkau. Tapi perkara2 itu tetap akan berlaku juga.

Lantas bagaimana kita meletakkan nilai dunia ini dalam hati kita? Selagi kita meletakkan dunia sebagai sumber kebahgiaan, kita tak akan bahagia sampai bila-bila kerana kita akan sentiasa terus-terusan mengharapkan yg lebih dari aa yg kita ada kepada dunia. Mengejar dunia. Apa yg dunia ada, dan apa yg ia miliki, segala nikmat yg ada memang tak terhingga, tapi laratkah kita utk terus mengejarnya?

Selepas miliki sebuah motor kita kejar proton saga, selepas proton saga kita kejar proton perdana, kemudian sebuah bmw, kemudian sebuah kapal, kemuian sebuah jet peribadi. Tapi kita tak pernah bahagia kerana kita masih mahu lagi dari dunia. Kita terus cari apa lgi nikmat dunia yg boleh aku kecapi. Sampai bila? Sampai mati? Maksudnya begitu kita tak akan bahagia sampai mati. Kerana hati kita tak pernah puas.

Maka kejarlah perkara yg pasti akan membahagiakan kita di dunia dan akhirat. Perkara yg memberikan kepuasan jiwa. Perkara yg memberi ketenangan di hati. Perkara yg menjadikan kita pasti dengan segala tindakan kita.

Wallahua’lam

Advertisements

Denda

Satu prinsip baru yg aku baru mula belajar untuk tanamkan dalam diri: apabila kita memberi bantuan, pasti apabila kita di dalam kesempitan kita akan diberi bantuan pula.

Sabtu lalu, sewaktu bertugas sebagai penunggu checkpoint masjid dalam permainan ala-ala amazing race untuk adik2 tahun satu yg baru tiba, telah berlaku satu kejadian di luar sangkaan. Sebaik tamat melaksanakan tugas, aku hendak berangkat ke foreshore utk menyertai majlis makan2 bbq di sana. Baru sahaja hendak hidupkan enjin kereta, telefon berbunyi. Kak Wardiah telefon, meminta tlg untuk ambilkan tikar di dalam stirage di belakang masjid untuk dijadikan alas tempat duduk di Foreshore. Aku pun melangkah keluar kereta dan kembali ke masjid bersama2 kak syila yg menemaniku sepanjang hari.

Setelah mengambil tikar, baru ku sedar kunci keretaku tidak ada bersamaku. Panik. Dan terus berlari ke arah kereta. Seperti yg kupanikkan, kunci kereta tersangkut di tempat kunci di dalam kereta, dan pintu kereta terkunci. Sewaktu kak wardiah menelefon tadi, aku terus saja melangkah kelaur sambil menjawap telefon menyebabkan aku tidak sedar kunci telah pun ditaruh di tempat menghidupkan enjin. Lebih memanikkan, kunci spare ku simpan di dalam wallet dan wallet itu berada di dalam tas tangan yg berada di dalam kereta kerana aku sengaja tinggalkan sementara mengambil tikar.

Panik lagi. Tiba2 pintu kereta penumpang di sebelah dibuka oleh kak syila. Rupa2nya pintu di sebelah itu tidak dikunci. Kak Syila telah pun menguncinya, tetapi entah mcm mana ianya terbuka kembali (atau tidak tertutup dengan rapi). Alhamdulillah. Perasaan lega sewaktu itu Allah sahaja yg tahu. Baru mula terfikir utk mencari mekanik, dan baru mula sedih memikirkan nasib pintu yg terpaksa dikopak.

Dalam perjalanan ke forsehore, bermuhasabah dgn kak syila atas kejadian yg baru berlaku. Aku sgt2 bersyukur kerana 1) tidak perlu bersusah payah mencari mekanik utk mengopak pintu, dan 2) sementara aku mengambil tikar di belakang masjid yg memakan masa hampir 5 minit, keretaku tidak dicuri orang.

Muhasabah kami, ini pasti tidak lain bantuan Allah kepada kami. Kemudian kami mula berfikir, adakah kebaikan atau bantuan yg kami berikan kepada siapa2 dalam masa terdekat ini. Baru aku teringat, hari sebelumnya aku ada memberi bantuan kepada seorang sahabat. Dan kami berfikir, mungkin, mungkin inilah ‘pulangan kembali’ atas kebaikan itu. Mungkin. Sesungguhnya kami meyakini ALlah berkuasa melaksanakan apa sahaja, yakni bantuan tak perlu Allah beri hanya apabila kita terlebih dahulu memberi bantuan kepada org lain, tapi kami juga meyakini bahawa Allah pasti membalas segala kebaikan dengan kebaikan.

Muhasabah diri yang lebih jauh, bayangkan, hanya dengan pertolonagn kecil Allah melepaskanku dari musibah yg besar, bayangkan, dan bayangkan, apakah bantuan yg akan Allah berikan sekiranya kita menolong AGAMANYA?

Firman Allah: “Wahai orang2 yg beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (47:7)

MasyaAllah, Subhanallah! Dan siapakah yg lebih menepati janjinya selain Allah?

Oleh itu ayuhlah! Marilah! KIta tegakkan iman dan berjuang menolong agama Allah dengan bersungguh2!

Sebagai renunan bersama, mari lihat nasib org2 yg sombong terhadap Allah, “Dan sungguh,akan Aku isikan neraka Jahannam banyak dari aklangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami (ayat2 ALlah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak mempergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga ttp tidak mempergunakannya utk mendengarkan (ayat2 Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah org2 yg lengah (7:179)

Wallahua’lam

Segala puji hanya bagi Allah

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Perasaan lega yang tak terhingga sebaik tamat SDS semalam. SDS ialah short form utk student directed seminar, di mana pelaja perlu membentangkan tentang satu tajuk yg diberi seminggu lebih awal dari tarikh SDS.
Tajuk ku ialah ‘The Role of Alternative Medicine in the Management of Patients with Advanced Malignancy’.
Berdebar untuk bercakap di hadapan orang satu perkara, kena bercakap dalam bahasa inggeris perkara kedua, kena bercakap dalam bahasa inggeris di hadapan org2 putih mungkin perkara yg plg mendebarkan sekali.

Tips untuk mengaharunginya (buat rakan2 yg masih menunggu giliran mereka): minta tolong dengan Allah banyak2.

“Sesungguhnya segala bantuan itu hanyalah milik ALlah. Dia Penguasa timur dan barat”

Minta tolong dengan bersungguh-sungguh, Dia pasti dengar rayuan kita dan Dia pasti akan tolong.

Tetapi sebaik dilepaskan dari satu masalah, yakni diberikan pertolongan dari Allah, jangan terlalu gembira dan mendabik dada pula. Bukankah sungguh semua yg terjadi itu telah tercatat di luh makhfuz sebelum ianya berlaku?

Good luck utk rakan2 yang lain, for now i’m off to go play ice skating as a treat to myself 😉

dan kita masih belum percaya

Australia dilanda musim panas antara yang paling hebat dalam sejarah, suhu sehari-hari kini tidak pernah kurang 40 darjah apabila menjelang petang. Hujan pula masih tidak mahu turun, atau Allah belum izinkan.

Dan semalam menyaksikan lebih 100 orang terkorban dalam kebakaran di Victoria dengan lebih 750 rumah dan harta persendirian musnah dijilat api. Dalam berita mangsa-mangsa yang terselamat menceritakan tentang detik2 mereka di ‘ambang maut’. Seorang mangsa menceritakan api yang sangat besar yang bermula dari hutan yang terbakar akibat cuaca yang tersangat panas, mara dengan sangat cepat, dalam masa beberapa saat sahaja dan terus menyambar rumah-rumah mereka. Yang tidak bernasib baik langsung tidak sempat mencuba untuk menyelamatkan diri: di bawah timbunan sebuah rumah yang runtuh terbakar, dijumpai mayat 4 orang kanak-kanak yang rentung berpelukan dengan dengan ibunya. Yang sempat keluar dari rumah ada yang tidak dapat melihat apa2 akibat asap yg sangat tebal lantas turut menjadi korban. Begitu juga yang cuba melarikan diri dengan menaiki kenderaan tidak dapat melihat jalan lantas berlaku pertembunagn dengan kereta2 lain sehingga mengakibatkan kemalangan yang dahsyat. Kereta2 yang terperangkap ini kemudiannya turut disambar api. Ramai juga yang cedera parah, terbakar teruk dan dalam keadaan kritikal. Seorang bapa yang terbakar teruk mendukung anaknya yang turut terbakar ke sebuah rumah jiran yang terselamat dan emrayu mereka utk menyelamatkan anaknya itu. Dia merayu sambil memberitahu bahawa dia telah pun kehilangan isteri dan seorang lagi anak, selamatkanlah satu2nya permata hatinya yang masih tinggal. Di luar kawasan terbabit, ramai saudara-mara yang terkejut dan hiba sebaik mendapat berita kematian ahli keluarga mereka. Seluruh Australia terkejut dan bersedih atas malapetaka yang tidak terduga ini.

Subahnallah. Allah hu akbar!

Satu saat mereka sedang duduk bergembira ria dengan ahli keluarga, sesaat kemudian ayah terpisah dgn anak, suami dgn isteri, datuk dgn cucu. Sesaat sebelum mereka sedang menjalani hidup seperti iasa, sesaat kemudian nyawa telah terpisah dari tubuh.

dan kita masih tidak mahu mengakui kekuasaan Allah. Siapakah Yang lebih berkuasa melakukan semua ini selai dari Allah Yang Maha Esa? Tidakkah ini menjadi bukti betapa Dia berkuasa mengawal hidup kita pada setiap saat? Bukankah ini bukti bahawa kekuasaanNya sangat besar sehingga apabila Dia menyeru, kita tidak sempat berbuat apa-apa?

Kekuasaan dan keagungan ALlah itu dilihat dari alam sekeliling dan dari apa yang berlaku. Lihat bintang2 d langit dan beritahu siapa yang mengadakannya?

FIkir, fikir fikir, dan berimanlah..

Aku Adalah Singa

Aku adalah singa. Maka aku haruslah kuat. Walaupun aku ada;ah singa yang meneydihkan kerana terpaklsa memberitahu dirinya bahawa dia adalah singa, sekurang2nya itu lebih baik dari singa2 yg tak pernah tahu dirinya adalah singa malah menganggap dirinya sebagai kijang2. Aku harus kuat!! I am a Lion!!!! Segala kekuatan itu dari Allah jua. Ya Allah, aku tak akan merasa selain apa yg Kau izinkan aku utk merasa.


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers