Archive for December, 2009

Mujahadah cinta

Apabila rasa cinta kian pudar, yang hilang bukannya cinta itu, tetapi mujahadah untuk terus mencintai~

Kita meyakini Allah Yang Maha Esa boleh memberikan cinta secara percuma, hidayah yang turun secara pukal. Mungkin ada sandaran sebab, misalnya kematian orang yang tersayang sehingga mencetuskan rasa getaran dalam jiwa yang mengimani kekuasaan Allah taala lantas mendorong diri yang selama ini alpa sehingga lolos ke gerbang taubat dan cahaya imani, atau mungkin juga kita insan terpilih yang dikasihi Allah sehingga disapa iman tanpa sebarang alasan.

Tetapi hakikatnya hidayah cinta begini lebih selalu digunakan sebagai alasan untuk ‘menanti’ hidayah Allah.

“hidayah Allah belum sampai lagi”

“Nantilah, belum sampai seru”

“Tunggulah, bila dah dapat petunjuk Allah nanti aku akan berubah”

Hakikatnya cinta memerlukan mujahadah, memerlukan usaha, memerlukan pengorbanan. Mujahadah ini, adalah ‘harga’ yang perlu dibayar untuk mendapat nikmat cinta yang paling agung, yang mengatasi segala cinta. Kerana itu, apabila pintu hati kita diketuk, apabila ada perasaan mengingati Allah walau sekelumit, bermujahadah lah!

Ustaz Farid Ravi tatkala disapa kehairanan dan kekaguman terhadap Islam pertama kali terus bermujahadah untuk meluaskan ilmunya tentang islam, terus berhambat menjejaki bumi para anbiya’ untuk mendalami dan memahami hidayah Allah. Apakan terjadi sekiranya saat awal disapa benih kehairanan pada islam itu ustaz cuma duduk diam membatu sahaja? Mujahadah lah yang telah mendorong beliau mencapai cintanya pada Allah dan pada Islam.

Mujahadah juga dilihat pada para sahabat yang mulia. Mujahadah Bilal untuk mempertahankan keimanannya, tegar diseksa sekalipun mungkin kehilanga nyawa. Mujahadah begini mungkin terlalu besar agam dan tak terbandingkan dengan jiwa kita yang kecil dan jauh dari martabat ima para sahabat ini, tetapi tidak salah bermimpi. Mimpi untuk memiliki mujahadah sebesar ini, sebelum berani bermimpi untuk memiliki cinta setebal itu.

Sama juga.

Bagi yang telah dianugerahi cinta ini. Lebih besar mujahadah yang perlu diberi pada cinta ini. Mujahadah untuk terus membersihka hati, mujahadah untuk terus merasai kemanisan cinta ini.

Kerana apabila cinta itu pudar, yang hilang bukanlah cinta dari Yang Maha Mencintai, tetapi mujahadah untuk terus memiliki cinta.

Advertisements

Cerita tentang terung

Cerita ini saya baru saya baca dalam majalah Solusi volume 13:

Kira2 70 tahun yang lalu, di kota damsyik tinggal seorang pemuda penuntut ilmu bernama Sulaim al-Suyuthi. Dia sangat bijak dan soleh, tetapi juga sangat miskin. Kemiskinannya mengizinkan beliau untuk hanya tinggal menumpang di Masjid At-Taubah yang terletak di tengah2 kota Damsyik.

Kemiskinannya juga sering menyebabkan dia kekurangan makanan. Pada satu waktu dia tidak mendapat sebarang makanan selama 2 hari. Pada hari ketiga, dia merasa sungguh lapar dan merasakan dia telah jatuh ke dalam golongan mereka yang dalam keadaan darurat dan boleh memakan bangkai atau mencuri. Dia telah memilih untuk mencuri. maka dia pun memanjat bumbung masjid At-Taubah. Rumah2 di Damsyik sangat rapat antara satu sama lain sehingga dia dapat berjalan merentasi rumah2 di damsyik dengan berjalan dari atap ke atap.

Sampai di atas bumbung sebuah rumah dia tercium bau makanan yang sangat enak. Dia pun memasuki dapur rumah itu, mengangkat tutup kuali dan mendapati ada terung2 yang sedang dimasak. Dia mengambil sebiji terung lantas menggigitnya, tetapi sewaktu dia sedang menggigit terung itu dia teringat kepada Allah lantas beristigfar dan meletakkan kembali terung yang telah dgigit itu dan meninggalkan rumah itu lalu kembali ke masjid dalam keadaan sangat lapar.

Dia menyertai sebuah majlis ilmu di masjid tetapi dia tidak dapat memahami apa2 kerana sudah sanagt hypoglycaemic. Selepas tamat majlis ilmu tersebut, seorang wanita berpudah telah datang menjumpai tuan guru. Selepas berbicara dengan wanita itu, tuan guru memanggil Sulaim dan berkata kepadanya, ” Wanita ini telah kematian suami sedangkan dia adalah seorang asing di kawasan ini. Dia meminta untuk dicarikan seorang suami untuk dirinya, mahukah kamu menikahi perempuan ini?” Sulaim menjawab, “Ya” Perempuan itu juga bersetuju untuk bernikah dengan Sulaim, lalu mereka dinikahkan pada malam itu dan kemudian pulang ke rumah perempuan itu.

Ternyata rumah itu adalah rumah yang telah dicerobohi oleh Sulaim sebentar tadi. Apabila isterinya itu ingin menghidangkan makanan dia terkejut apabila melihat ada sebiji terung telah digigit. Apabila Sulaim melihat terung itu, dia terus menangis lantas memberitahu isterinya tentang perkara sebenar yang telah berlaku. Isterinya itu segera berkata, “Inilah buah daripada sifat amanah. Engkau telah meninggalkan sebiji terung yang haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini beserta seluruh isinya melalui cara yang halal”

Meninggalkan perkara haram adalah perkara yang paling disukai oleh Allah. Imam al-Tirmizi meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Tinggalkanlah perkara2 yang haram, maka engkau menjadi orang yang paling banyak ibadatnya”

Siti aisyah berkata, “Kamu semua tidak akan membawa amalan yang lebih baik dari sedikit dosa. Maka barang siapa yang ingin mengalahkan seorang ahli ibadah yang tidak pernah berhenti menyembah Allah, maka tahanlah dirinya daripada dosa”

bukan tentang kita 2

kalau orang bertanya pada saya macam mana nak berjaya dalam pelajaran, saya akan jawab, “Doa ibu ayah”

sememangnya semuanya dari Allah, kita tidak layak bergantung harap selain dariNya, dan tidak layak menyandarkan sesuatu yang kita terima, baik yang baik mahupun yang buruk kepada selain dariNya. Saya yakini, semua yang saya terima, semua yang saya lalui, segala nikmat dan segala musibah semuaNya hanyalah dari Dia. Oh, tiba2 teringat ayat ini:

“Segala musibah yang menimpa kamu di dunia dan apa yang menimpa ke atas diri kamu, telah dicatatkan di dalam kitab (Luh Mahfuz) terlebih dahulu sebelum ia diwujudkan. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah” (57:22)

Tapi kita juga dikehendaki berusaha dalam nak mencapai sesuatu. Sesungguhnya dalam lapangan pelajaran ini semestinya kita perlu meletakkan usaha dalam mencapai kejayaan. Usaha itu pula bukan belajar semata-mata walaupun ianya adalah satu usaha terpenting. Doa juga adalah usaha, dan bagi saya, doa ibu ayah saya adalah antara ‘usaha’ yang paling mujarab.

Tak kiralah sekuat mana pun saya belajar, menelaah siang malam hati selalu rasa tak tenang dan berdebar-debar, tapi lepas dapat minta restu ibu ayah dan mohon didoakan tiba2 semua macam dimudahkan. Bila tiba hari peperiksaan debaran tadi macam hilang serta-merta. Alhamdulillah semuanya dimudahkan. Bukan dalam hal peperiksaan sahaja, apa-apa pun yang menguji kemampuan diri. saya yang tak pandai bercakap ni Alhamdulilah dimudahkan saja oleh ALlah bile kena giliran membuat presentation, jadi lancar dan difahami semua. Saya ingat lagi, peperiksaan lisan pertama adalah waktu short case 3rd year, sebenarnya bila sekarang ni benda tu mudah saja, tapi waktu itu sebab baru pertama kali, rasa berdebar tu Tuhan saja yang tahu. Rasa macam walaupun dah buat persediaan serapi mungkin, dah baca nota berulang kali, dah praktis examine patient beratus kali pun hati masih tak yakin. macam mana kalau tersilap buat? macam mana kalau tak dapat jawab soalan? macam mana kalau terlepas tanda2 yang penting? Telefon ibu ayah minta didoakan, kemudian melangkah ke bilik peperiksaan. hati macam nak meletup,tapi sebaik memulakan, Alhamdulillah tiba2 semua jadi tenang setenangnya. Semua tugasan dapat dibuat dengan baik, semua soalan dapat dijawab. Memang lepas melangkah keluar, bersyukur pada Tuhan dan berterima kasih pada ibu ayah.

Ada sekali tu, saya kena present sesuatu pada doktor, entah macam mana, ditakdirkan Allah, saya terlupa nak beritahu ibu ayah terlebih dahulu. Mungkin sebenarnya bukan terlupa, tapi ‘teryakin’. Sebenarnya tugasnya mudah saja, ambil history patient, examine dan present pada doktor, jadi saya ‘teryakin’ pada kemampuan diri sendiri, tak minta restu ibu ayah, malah saya rasa waktu tu saya terlupa nak mohon pada Allah pun. Punyalah angkuh. Sekali kena tegur dengan dahsyatnya padahal saya rasa saya buat sama sahaja dengan yang sebelum2 ni, entah kenapa kali ni macam banyak pula silap sana sini. Lepas tu baru tersedar inilah teguran Allah kepada orang yang kufur nikmat.

Ada sekali tu saya menonton sebuah drama Melayu dengan ibu. Ceritanya lebih kurang begini: ada seorang perempuan ni telah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang bukan pilihan hatinya. Selepas melahirkan anak lelaki tersebut dia telah melarikan diri kerana benci pada lelaki itu. Selepas 8 tahun, selepas dia berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi kaya-raya,  dia kembali dan menuntut hak penjagaan anaknya yang selama ini ditinggalkan bersama lelaki itu.

Cepat je saya melenting marah, tak berguna punya perempuan! Dah tinggalkan anak tu selama ni  tiba2 je senang2 nak ambik balek. Ibu memandang saya dan perlahan2 berkata, ‘tapi dia yang melahirkan anak itu’

Subhanallah. Betapa ceteknya pemahaman saya terhadap jasa dan pengorbanan seorang ibu. betapa rendahnya nilai yang saya letakkan kepada seorang ibu yang telah bersusah-payah mengandungkan seorang anak selama sembilan bulan sepuluh hari dan menanggung derita melahirkan seorang anak. Sesungguhnya kalaupun seorang ibu itu tidak menjaga anaknya selepas lahirnya, pengorbanan mengandung dan melahirkan itu sudah cukup terlalu besar untuk menjadi asbab anak itu mentaati dan mengasihinya! Ibu tetap ibu. Syurga tetap di bawah tapak kaki dia.

Sebab itu ini bukan tentang kita. tentang mereka, ibu dan ayah, Status itu sahaja, ibu ayah, sudah cukup mendambakan ketaatan dan penunaian tanggungjawab dari pihak kita anak-anak. jangan sekali-kali menyoalkan apa yang mereka beri pada kita, sebab mereka ibu dan ayah! Tak boleh ditukar ganti. Saya tahu ramai anak-anak selalu jauh hati dengan sikap mak ayah, ada mak ayah yang selalu marah2, ada mak ayah yang kurang peduli hal anak-anak, ada mak ayah bersikap pilih kasih dengan akan-anak, tapi bukankah ibu ayah juga manusia biasa yang membuat kesilapan? Susah sangatkah kita anak-anak untuk bersabar terhadap mereka?

Susah, selagi mana kita sentiasa mengharapkan dari mereka, instead of ‘memberi’ kepada mereka. Kita mengharapkan itu ini dari mak ayah, minta itu, minta ini (terutamanya wang), bila tak dapat kita jauh hati dengan mak ayah. Mulalah bersangka buruk dengan ibu ayah sendiri. bila ibu berleter kita rasa panas hati sahaja. tapi kita tak fiker pula adakah mereka jauh hati dengan sikap kita?

Maka sentiasalah memberi pada ibu bapa, jangan meminta. Cukup2 lah permintan kita pada ibu ayah sejak kita lahir dulu. Asyik meminta saja. Sekarang ini, bila sudah dewasa, berilah pula. Kalau mampu dengan wang dengan harta, laksanakanlah, kalau tidak berilah kasih-sayang, berilah ketaatan, berilah kegembiraan, berilah senyuman ketika dileter, berilah pengorbanan waktu, berilah pertolongan tanpa perlu diminta, jadilah peneman mak ayah yang setia. Beri, beri, beri dan beri sampai mereka menutup mata. semoga Allah ganjari segala.

yours sincerely..

Alhamdulillah saya sudah lulus peperiksaan akhir tahun 4th year. InsyaAllah akan melangkah ke 5th year @ tahun akhir pengajian, semoga Allah mudahkan untuk tamat dalam jangka waktu yang ditetapkan.

Terfiker2 balek, dan terkenang2 yang lama, pernah bersembang2 dengan seorang hamba Allah yang sama2 tak pernah diuji dengan kegagalan dalam pelajaran, kata beliau, dia sangat bersyukur kerana Allah Memudahkan laluan dia dalam menuntut ilmu, dan lagi katanya, dia tak dapat bayangkan bagaimana penerimaan dirinya jika ditakdirkan Allah dia gagal dalam pelajaran, dan dia sangat mengkagumi semangat dan kekuatan yang dilihat pada rakan2 lain yang pernah mengalami peritnya gagal dan terpaksa merepeat semester tapi tetap terus tabah dan berdiri kukuh.

Saya menyoal diri sendiri, betulkah aku ini dihindari dari ujian? kalau dilihat hanya dari sudut pelajaran, maka ya, memang tak teruji lagi setakat ini. tapi saya juga seperti manusia lain, sudah banyak kali ‘gagal’ dan merasai berbagai2 kepahitan, asyik jatuh tersungkur, merasai perit untuk bangun kembali, belajar dari kesilapan yang sudah dan cuba bangkit kembali.

saya sudah banyak kali gagal dalam soal hati..

baru2 ini saya membaca artikel yg ditulis oleh prof dr sidek baba, beliau menceritakan pengalaman beliau yg terpaksa mengulang peperiksaan STPM sebanyak 7 kali sebelum layak melangkah ke universiti. tapi prof tak pernah berputus asa, semangat untuk menuntut ilmu dalam dirinya membara, biarlah jatuh berapa kali pun beliau tetap tegar terus bangkit kembali sampai berjaya. Akhirnya beliau berjaya menjejaki Universiti Malaya dan dari situ tak pernah berhenti lagi sampai memperoleh Phd.

Entah macam mana, dengan izin Allah, selepas membaca artikel ini tiba2 saya terfikir, kalau Allah boleh menguji kita dengan gagal melalui pelajaran, mengapa pula DIa tidak boleh menguji kita dengan ‘kegagalan hati’? pelajaran itu kita nampak lulus gagalnya kerana diadili manusia sedemikian rupa. tapi ujian hati? saya rasa dan saya sangat yakin, kalaulah ujian atas hati ini ada penilaiannya, mesti hati saya sudah ‘gagal’ banyak kali dan asyik kena merepeat semester.

kata kakak dahulu, bila kita mengikuti usrah, maka tarbiah berjalan, dan atas sifat tarbiah yang sentiasa merubah manusia, sewajarnya diri kita akan ‘terubah’ seiring dengan pertambahan ilmu, kefahaman, amal, dan ‘kejernihan hati’. Tapi kan, saya rasa lah, kalau ada lah peperiksaan menilai sejauh mana keberkesanan tarbiah ini ke atas individual, mungkin2 saja saya menduduki tempat tercorot dalam kelas. sebab hati saya tidak jernih, ataupun asyik teroleng2. kalau orang selalu gelar pelajar yg di kelas corot ini ‘pelajar lembab’, maka hati saya pun kategori ‘lembab’ juga.

kadang2 iri hati juga melihat orang lain melangkah jauh dengan cepat. iri hati melihat orang lain makin lama makin hampir dengan Allah sedangkan diri masih macam tu juga, keras macam batu. masih terpalit dengan jahiliyah. amal pun tak berapa bertambah. ikhlas maseh dipaksa2. akhlak maseh buruk juga. lagi malu2 alah bila ada adik2 lagi kuat melangkah. tapi bila dipaksa, tak jadi juga. hati gagal merasa. ada akal sahaja yang selalu mengingat, itupun bila akal alpa atau tersibuk urusan dunia, jatuh lagi parah. kadang2 terjatuh juga ke lembah dosa. semoga Allah ampunkan segala.

selalunya bila ada program2 tarbiah yang intensif, masa tu lah hati jadi hidup sekejap, bergerak laju siket. tapi selalunya impak ni tak kekal lama. saya pun jadi hairan ,macam mana orang lain kekalkan momentum? macam mana hati boleh tak tergolek balek ke belakang? macam mana nak jadi baik sepanjang masa?

kesan hati yang asyik teroleng2 ini memang sangat menyiksakan jiwa, manakan tidaknya, sakit hati kan penyakit yang paling dashyat sekali? masa hati sakit, macam2 berlaku. hasad dengki dan buruk sangka senang2 je mengambil tempat. tak pasal2 kawan serumah jadi musuh, padahal atas sangkaan je. kadang2 tak sedar mengucapkan perkataan2 tak sepatutnya, kadang2 jadi batu api, selalunya tak dapat menahan marah. dah la dah memang panas baran kan. disimbah2 pulak denagn hati yang kotor, sekecil2 benda boleh jadi asbab marah yang meletus2. mana 10 muwosafat semua hilang berterabur. disiplin tunggang langgang, ibadah kusut masai, asyik malas2 je, mula lah solat pun terasa berat dan khusyuk macam benda yang susah sangat nak capai. emosi pon jadi caca merba, asyik nak cari pasal dengan  orang tak semena-mena. tak percaya tanya lah naqibah saya, saya memang selalu mencari pasal dengan beliau. kadang2 saya pun dapat rasa dia kecewa.

sebab itu lah walaupun saya tak pernah gagal periksa, tapi saya rasa saya selalu gagal. kadang2 berlinang lah jugak air mata. susah sangatkah nak rasa cinta pada Allah dan Rasul? kenapa orang lain macam senang je?

akal tahu itu dan ini. kalau suruh mulut menyebut laju je keluar segala ilmu dah kefahaman, tapi hakikatnya hati tak mengikut.

lepas baca artikel oleh prof itu, saya pun mula berfiker balik, mungkin inilah ujian besar dari Allah untukku. Mungkin Dia Mudahkan laluan menuntut ilmu tapi Menguji melalui hati yang degil. Dan fiker lagi, kalau prof boleh gagal berulang kali dalam pelajaran tapi x putus2 asa terus berusaha sampai akhirnya berjaya, mungkin ujian atas hati begitu juga? Mungkin kalau saya terus dan terus dan terus berusaha membaiki hati satu hari nanti Allah akhirnya akan bagi ‘lulus’ juga ke atas hati ini walaupun setelah gagal berulang kali? Mungkin satu hari nanti, impian saya untuk menjadi seorang muslimah yang solehah yang hatinya sentiasa terpaut pada Allah, sentiasa jernih dihiasi dengan segala sifat mahmudah dan terhindar dari segala mazmumah akhirnya akan tercapai? Mungkin satu hari nanti cita2 besar untuk menjadi seorang pejuang agama Allah yang rela berkorban apa sahaja akan termakbul. Mungkin angan2 panjang untuk cuba mendekati makam siti fatimah dan siti khadijah di sisi Allah tidak mustahil?

hakikatnya kita semua diuji. kalau bukan begini, begitu. semoga Allah beri kekuatan untuk terus tabah mengharungi ujian2 ini sampai akhirnya masing2 kita akan berjaya melepasi ujian masing2.

akhir kata saya teringat kata2 kak ja yang sangat meruntun hati dahulu, katanya, antara kita memang ada yang berjalan laju, ada yang berjalan perlahan, tapi insyaAllah akhirnya kita semua akan sampai ke situ selagi terus berada di jalan ini!

air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Kata kakak, kalau kita tidak mengisi masa kita dengan sesuatu, maka sesuatu akan mengisi masa kita. Dan beberapa pihak sentiasa mengintai2 peluang untuk datang mengisikan kekosongan2 ini. Maka jika kita tidak gerakkan hati dan akal untuk mengisi masa, syaitan dan nafsu bertindak sebagai usahawan proaktif yang cepat2 datang menawarkan bisnes2 hiburan utk mengisi masa kita.

berada di malaysia dalam keadaan bercuti betul2 membuka minda terhadap perkembangan rakyat malaysia. rakyat kita dahaga. dahagakan sesuatu untuk diisi dalam hidup masing2. malangnya yang banyak datang mengisi hidup setiap dari kita ialah hiburan. saya pun hairan; hiburan di malaysia ini tak putus2. kadang2 ada yg sampai tak ada idea sampai keluar idea2 yg tidak senonoh atau melampau atau sekurg2nya merapu. yang peliknya ada sahaja yg mengikuti. ada sahaja sambutan. tak cukup rancangan2 di tv yang bermacam2, ada pula rancangan yang dibawa terus menemui penonton secara live. rancangan realiti tak usah kata lah, banyaknya tak terkira. apa rakyat kita ini tak ada kerja lain lagi kah selain masing2 sibuk masuk rancangan realiti sana-sini? cuba saya buat senarai siket ye: yang tengah meletop skrg ni ialah sehati berdansa, baru2  ini pencarian gadis melayu, pertandingan mencari mempelai of the year, akademi fantasia, one in a million, raja lawak, malaysian top host, penyampai ikon,bintang kecil rtm,  macam2 lagi. saya pon terfiker, kalau semua orang nak jadi penghibur sapa yg nak dihiburkan? oo…masing2 menghibur untuk sesama sendiri lah agaknya..

itu rancangan hiburan yg disediakan, ada pula hiburan2 yg kita sendiri boleh pergi cari. dari berpicnic ke futsal ke karaoke ke wayang ke teater ke macam2 lagi, sumber hiburan mmg tak putus. sebab itu lah saya katakan rakyat kita sangat dahaga. atas kedahagaan inilah, akan ada sahaja pihak yg sedia menyediakan hiburan. ianya adalah suatu bisnes yang sangat menguntungkan; bagi orang berseronok.

pada pendapat saya berhibur tidak salah tetapi kita punya matlamat yang lebih besar dalam hidup. tanya saja mana2 og yg beragama islam mesti tahu apa dia matlamat ini: iaitu menjadi hamba Allah yang taat melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya. Impian teragung kita adalah hendak mendapatkan rahmat ALlah dan ingin sampai ke syurgaNya.

tak percaya tanyalah siapa2 pun yg beragama islam, mesti sedar dan tahu akan hakikat ini. tapi persoalannya kenapa hidup kita tidak terisi dengan perkara2 yg boleh membawa kepada pencapaian matlamat ini? kenapa kita semua ralit dengan hiburan?

sebab akal tahu, tetapi hati tidak merasa..

yang kita dahagakan itu adalah kemanisan, tak disangkal lagi hiburan sentiasa memberikan kemanisan dalam hidup. sebaliknya kita tak merasa kemanisan dalam amal ibadah dan kebajikan walaupun kita tahu ianya baik. baru2 ini saya membaca sebuah artikel, untuk merasa kemanisan dalam beramal ibadah, sebenarnya ada beberapa peringkat yg perlu kita lalui sebelum mencapainya:

yang pertama, kita perlu tahu, maksudnya kita perlu ada ilmu. contohnya ambil ibadah solat, kita perlu tahu ilmu2 berkenaan solat, dai hukumnya ke syaat sahnya ke ukun2 pelaksanaannya dan sbgnya.

yang kedua kena ada kefahaman. faham mengapa perlu laksanakan solat contohnya. apa impak meninggalaknnya, apa ganjaran melaksanakannya. tahu sahaja tidak memadai, faham yg akan menggerakkan kita utk melaksanakannya.

yang ketiga ialah amal. maksudnya selepas tahu dan faham, kenalah kita laksanakannya. bila dah tahu solat itu wajib dan bagaimana melaksanakannya, dan sudah faham kalau kita tak solat betapa besarnya murka Allah dan betapa dahsyatnya balasan meninggalkannya maka jasad akan tergerak utnuk melaksanakannya.

yang keempat adalah mujahadah dalam melaksanakannya. bila dah tahu, faham dan mula mengamalkan kita kena bermujahadah, dan saya kira inilah peringkat paling sukar, untuk terus kekal bertahan melaksanakan apa yg kita telah ketahui. sebab itu ramai orang walaupun tahu betapa besarnya tuntutan solat tetap meninggalkannya, sebab tak dapat menghadapi ujian dan cabaran yg asyik datang yg menybabkan solat itu terasa sukar sekali.

yang kelima barulah kita sampai ke peringkat merasai kemanisan dalam ibadah itu. selepas mengaut ilmu, membina kefahaman, mula mengamalkan, bermujahadah dgn sepenuh jiwa insyaAllah akhirnya kita akan sampai ke peringkat di mana kita sendiri rindu akan ibadah itu, terasa ringan dalam melaksanakannya, merasa bersalah walaupun hanya terlewat sedikit, dan merasa satu kemanisan  tak terhingga dalam melaksanakannya.

contoh yang saya beri adalah solat, tapi sebenarnya tak kira ibadah apa pun, kebajikan apa pun perlukan kepada 5 peringkat ini. hatta dalam persoalan akhlak sekalipun. kalau kita seorang yg panas baran (hoho?) dan ingin menjadi seorang yg sabar begini juga yg kita perlu lalui.kalau kita ingin menjadi seorang daie dan merasai manisnya berjuang di jalan Allah, sama juga, kena ada ilmu, faham, amal, dan mujahadah.

berbalik kepada masyarakat, semua org islam tahu akan hakikat hari kiamat dan kehidupan abadi tetapi kita gagal merasai kemanisan dalam menempuhi jalan utk sampai ke matlamat itu. nyata sekali, tahu sahaja tidak cukup.mana amalnya? mana mujahadahnya?

bila pusing2 fiker2 balek semuanya kembali berbalik ke soal hati. hakikatnya untuk sampai ke peringkat mujahadah itu perlukan hati yang bersih, kerana hanya hati yg bersih akan menolak tuan punya diri untuk beramal dan bermujahadah. infact, kalau kita jahil pun, hati yang bersih akan menolak2 utk mencari kebenaran. akhir kata, ayuh bersihkan hati..

Mengenal Tuhan itu perjalanan

Dalam hidup ni kita selalu lupa sebenarnya kita tak berkuasa atas apa-apa pun. Kita sedar dan kita tahu kita hidup atas belas dan ihsan Allah, tapi kerap kali bila kita mencapai sesuatu cepat2 kita merasa itu hasil usaha kita yg berpenat lelah dan berhempas pulas untuk menikmatinya. Atau kita merasa kita menerimanya kerana ilmu kita, atau kebaikan kita, atau ketinggian darjat kita, ataupun sekurang-kurangnya berkat kesabaran kita.

dalam sebuah kisah tentang Syeikh Abdul kadir al-Jilani, satu hari syaitan datang menggoda beliau. Syeikh Abdul kadir melihat langit memancar penuh bercahaya memenuhi langit sejurus sebelum seorang manusia muncul di hadapannya dan berkata, “Wahai abdul Kadir, akulah Allah, Tuhanmu. Aku telah menghalalkan segala perkara yg haram untukmu” syeikh Abdul kadir terus menjawab, “Berambuslah wahai syaitan!” Langit yg terang benderang kemudian bertukar menjadi gelap dan syaitan itu mula beransur pergi. tetapi sebelum pergi syaitan terus menduga Syeikh Abdul Kadir dengan berkata, “Wahai Abdul kadir, aku telah menyesatkan 70 orang ahli sufi dengan cara ini. tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu”
Syeikh Abdul Kadir tanpa teragak-agak menjawab, “Tidak. Ini adalah rahmat Allah Taala”

Ada pula masa2nya bila kita diberi sesuatu pula kita merasakan yang diberi itu terlalu berat untuk dipikul, atau tidak layak untuk kita pikul. Lalu kita berkeluh-kesah dan bersoal-jawab dalam hati mengapa ini yang harus kita terima. terutamanya dalam menerima sesebuah tanggungjawab, adakalanya tidak kita pinta dan nyata sekali tanggungjawab itu kita rasakan bukan kita orang yang terbaik untuk melaksanakannya. kita bertanya, mengapa aku? mengapa bukan orang itu atau orang ini? bukankah dia jauh lebih baik dari aku? aku ini terlalu banyak kurang dan cacat celanya.

Terimbau kembali nasihat sangat bermakna dari Aini Shamsi lebih kurang 5 tahun yang lalu. Waktu itu saya mengadu nasib kepada Aini tentang sesuatu yang saya telah terpaksa terima sedangkan saya rasa saya tidak layak langsung untuk menerimanya atas sebab kekurangan diri dan saya merasakan ada ramai lagi manusia lain yang lebih berkebolehan dan lebih layak untuk menerimanya. Kata Aini, “Balqis, sedar tak sebenarnya apa yang kamu terima itu ketentuan Allah. Kalau Allah Merasakan bahawa kamu layak untuk menerimanya, mengapa pula kamu tidak yakin dengan keputusan Allah?”

Nasihat ini terus menyedarkan saya, bahawa Allah Maha Tahu, sedangkan pengetahuan kita sangat terbatas. Kita terkongkong atas apa yg dapat kita lihat, dengar, fikir dan rasakan dalam hati. Sedangkan Dia tahu segala-galanya termasuk yg tak dapat kita capai dengan pancaindera kita. Bila Dia Memberi kita sesuatu yakinlah atas pilihan Allah ke atas kita itu. Mungkin hikmahnya kita tidak nampak sekarang tapi esok lusa siapa tahu?

Dalam kisah Sultan Alauddin diajar mengenai tasawwur oleh gurunya, gurunya itu menyuruh Sultan Alauddin (waktu itu belum bergelar sultan) untuk membina sebuah kereta lembu. walaupun kehairanan atas perintah ini Sultan Alauddin melaksanakannya juga krn yakin pasti ada hikmah di sebalik arahan itu. Kerana tidak pernah membina kereta lembu baginda terpaksa belajar segala asas membina kereta lembu dan berusaha mencari segala alat2 dan bahan2 yg diperlukan utk membinanya. Balajar dan membinanya perlahan2 sampai berpekan2 lamanya tapi akhirnya siap juga. Apabila dipersembahkan kpd tuan gurunya, tuan gurunya itu telah memandai2 menukar bbrp struktur kereta lembu itu termasuk mencabut satu penyangga sehingga kereta itu roboh sewaktu berjalan.

Sultan Alauddin yg kecewa melihat hasil penat lelahnya berpekan2 hancur begitu sahaja bertanya mengapa tuan gurunya berbuat demikian sedangkan dia sudah jelaskan bahawa bahagian2 itu tidak boleh diubah, jika tidak binasalah kereta lembu itu. Jelas tuan gurnya, begitulah urusan antara kita dengan Tuhan. Bila Tuhan Menciptakan kita, Dia telah ciptakan yang terbaik, Dia lebih tahu bagaimana seharusnya kita berfungsi. Sepertimana kamu mencipta kereta lembu, bukankah kamu lebih arif akan segala selok belok pembinaannya? Kemudian datang manusia hendak memandai2, tidak percaya pada ciptaan Tuhan mula mengubah di sana-sini dan tiada mahu mengikut manual asal penciptaannya, sepertimana yg tuan guru lakukan, bertindak membuta-tuli walaupun telah diperingatkan, maka apabila telah memandai-mandai dan merubah di sana-sini maka binasalah jawabnya.

Begitulah seharusnya kita manusia. Kita harus meletakkan sepenuh keyakinan atas ketentuan Allah ke atas kita, meyakini ia adalah rahmat dariNya, walaupun tak terjangkau oleh diri kita akan segala rahsianya. Allah Maha Mengetahui segala yang telah lalu dan yang akan berlaku. Dia Tahu segala yang nyata dan segala yang tersembunyi. yang baik hari ini tetapi buruk di hari esok berada dalam pengetahuanNya, begitu juga sebaliknya, apa yg kita sangkakan terlalu besar utk kita pikul hari ini mungkin satu rahmat hari esok yang tidak tersangka-sangka. Maka yakinlah atas pilihan Allah untuk dirimu….


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers