Archive for July, 2008

ikhlas..ikhlas..ikhlas

baru pulang dari lecture, dan otak terasa tidak bersedia untuk mengharung semula nota-nota tentang penyakit dan rawatan. walaubagaimanapun, kerehatan itu adalah bukti kelalaian seorang daie’ maka di sini aku membuat keputusan untuk menaip sesuatu yang harap-harapnya bermakna demi untuk tidak terlalai dalam kerehatan. Dan juga kerana hendak menyahut seruan ‘faiza faraq tafansab’, setelah selesai satu perkara, lakukanlah perkara (berfaedah) yang lain pula. Dan juga kerana masa tetap akan berlalu, sama ada diisi dengan rehat, perkara tidak berfaedah, atau perkara berfaedah, masa tetap akan pergi. Maka mengapa harus dibiarkan masa berlalu dalam rehat yang sia-sia atau dalam perkara yg tidak berfaedah.

Ikhlas.

Adalah sesuatu yang kita telah dengar dan pelajari sejak kecil lagi, tapi adalah perkara yang paling susah untuk dipraktikkan dengan betul. Bandingkan dengan makan. Pertama kali kita belajar cara untuk makan mungkin juga tidak lama sebelum kita belajar konsep ikhlas. Tapi adakah kita masih struggle untuk makan pada hari ini sepertimana kita struggle untuk ikhlas?

Ikhlas itu bukan untuk dipelajari, tetapi untuk disebatikan dalam jiwa. Ikhlas juga bukan setakat pada perkara-perkara yang ‘jelas’. COntohnya, bukan setakat perlu ikhals dalam memberi sesuatu, beri sedekah, beri pinjaman, beri pertolongan kepada orang lain. Atau ikhlas menghadirkan diri ke program-program yg disediakan tatkala diri sedang membuat persiapan untuk peperiksaan, atau ikhlas mengeluarkan wang untuk dipinjamkan kepada kawan atau untuk diberi sebagai biaya program agama walaupun diri sendiri dalam kesempitan. Bukan setakat itu. Ikhlas bukan setakat apabila ikhlas itu diperlukan.

Ikhlas juga diperlukan dalam keadaan yang tidak disangka-sangka atau tidak dirancang. Ramai orang boleh ikhlas hatta mengorbankan seluruh hartanya sekalipun untuk islam, tetapi ramaikah yang ikhlas apabila sampai soal hati dan perasaan? Ikhlaskah kita untuk redha meraikan kegembiraan rakan kita mendapat sesuatu yang sebenarnya telah lama kita inginkan? ikhlaskah kita apabila kita bersimpati terhadap sesuatu keburukan yg menimpa rakan kita?

IKhlaskah kita menerima perubahan rakan kita yang semakin lama semakin mendekatkan dirinya kepada ALlah sedang kita masih di takuk lama? Seandainya kita ikhlas, kita akan turut menanam azam untuk menjadi sebaik rakan kita itu. Seandainya tiada keikhlasan, takutlah kita akan terjatuh dalam golongan yang dengki yang cuba menjatuhkan orang lain.

Tatkala diberi taklifan, ikhlaskah kita menerima taklifan yang diberi kepada kita dan tidak membanding-bezakan dengan taklifan orang lain? COntohnya, kita diberi taklifan yang kecil seperti memasak, sedang sahabat kita menerima taklifan yang ‘lebih gah’ seperti menjadi pembentang pada satu-satu proram. Ikhlaskah kita menerima tanggungjawab tersebut tanpa merasa cemburu kepada orang lain?

Apabila kita melaksanakan sesuatu tanggungjawab, kita melihat usaha kita tidak berapa membuahkan hasil sedangkan usaha rakan-rakan seperjuangan kita berjaya dengan gemilang. Ikhlaskah kita menerima bahawa Allah memberi kita kemampuan yang berbeza-beza dan yang sepatutnya kita lakukan adalah terus berusaha tanpa merasa resah-gelisah melihat rakan-rakan yang lain terus-menerus menempah kejayaan. IKhalskah kita memahami bahawa Allah melihat usaha dan bukannya natijah?

Dan ikhlaskah kita untuk berlapang dada menerima keputusan syura? Seandainya pendapat atau keputusan umum bercanggahan dengan keinginan kita, redhakah kita menerimanya? Lebih-lebih lagi jika keputusan tersebut berkenaan dengan diri kita dan ternyata keputusan tersebut membawa manfaat kepada semua org kecuali diri kita, relakah hati menerima? Di sini, keikhlasan  teruji dari segi tujuan dan matlamat perjuangan kita, samaada kita berjuang untuk kesenangan orang lain atau kesenangan diri sendiri.

ketahuilah bahawa dalam diri manusia itu ada seketul daging, seandainya baik daging itu, maka baiklah keseluruhan dirinya, seandainya buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya. Ketahuilah bahawa seketul daging itu ialah hati”

Maka peliharalah hati kita denagn keikhlasan. Dalam setiap perkara dan dalam setiap saat. Lakukalah sesuatu itu lillahita’ala, bukan kerana mengharapkan kemasyhuran, bukan supaya orang mengenali kita dan tahu apa yang telah kita sumbangkan untuk islam, bukan juga supaya orang tahu bahawa kita telah berubah menjadi baik, atau supaya adik-adik lebih sayang kepada kita. BUkan kerana semua itu, hanya kerana Allah swt.

LAwanlah segala perasaan buruk yang menyinggah di hati. Peringatkan hati bahawa yang dikejar hanyalah redha Allah, dan bukan segala bentuk nikmat dunia. Wallahua’lam.

Advertisements

Di manakah Al-Quran dalam hidup singkatku?

Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, Yang masih memberiku ruang dan peluang untuk menghampirkan diriku kepadaNya. Yang masih sudi menunjukkan aku lorong yang lurus dan benar, setelah lorong itu aku tutup selama ini dengan dosa-dosaku yang melangit luas.

Hari ini aku berdampingan dengan surah al-Muzzammil.

“Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu” (73:5)

Apakah perkataan yang berat itu? Tidak lain tidak bukan perkataan itu adalah bait-bait Al-Quran. Dan apakah yg dimaksudkna bhw ayat al-quran itu berat? Adakah secara literal atau secara tersirat? Menurut ibnu kathir, ulama’ menafsirkannya sebagai kedua-duanya, secara literalnya, bukti dapat dilhat daripada kisah yg diceritakan oleh Zaid bin Thabit, yang mengatakan, “Rasulullah menerima wahyu sedang pahanya di atas pahaku, dan aku merasakan bahawa pahaku hampir hancur akibat menanggungnya”.

Dan secara tersiratnya, berat ini boleh membawa maksud, ‘satu bebanan yg sukar ditanggung oleh jiwa dan perasaan’. Ini dapat dilihat dari sabda baginda apabila ditanya oleh Abdullah bin Amr’, apakah yg dirasai Rasulullah apabila wahyu diturunkan kepada baginda. Dan Rasulullah menjawab yg maksudnya lebih kurg begini: “Aku mendengar bunyi loceng maka aku diam untuk seketika. Tidak ada satu penurunan wahyu yang turun kepadaku melainkan aku merasakan bahawa nyawaku akan dicabut (mati)” (Riwayat Imam Ahmad)

Saidatina Aisyah juga ada meriwayatkan bahawa apabila Rasulullah menerima wahyu, peluh akan keluar dari dahinya walaupun pada hari yang sejuk. Ini menunjukkan betapa ‘berat’nya bait-bait al-Quran ini.

Aku kemudian bertanya kepada diriku, ‘beratkah al-QUran ini kepadaku?’

Bahkan gunung juga hancur apabila al-Quran diturunkan ke atasnya.

“Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yg dengan itu gunung-gunung dapat digoncangkan, atau bumi jadi terbelah, atau org yg sudah mati dapat berbicara, (itulah Al-Quran)” (13:31)

Sedang jiwaku, adakah ia merasai ‘berat’nya Al-Quran ini? Tidak, malah ia terlalu ringan bagiku. Hanya dibaca selepas solat untuk konon-konon menunjukkan baiknya diriku. Untuk mengisi sebahgian hidupku yg sudah cukup sekular denagn ‘sedikit’ agama. Dan ayat-ayatnya aku baca sekali lalu tanpa memahami maksudnya. Maka, aku merasakan al-Quran itu ringan sekali.

Aku juga membanding-bezakan al-Quran denagn buku-buku kuliahku, dan kemudian baru aku mengerti maksud ‘berat’. Apabila aku menelaah buku-buku sekolahku, aku membacanya dengan teliti, cuba memahami semua konsep dan teori yg diterangkan sebaik mungkin. Cuba mengingat sebanyak mungkin. Dan apabila aku tidak memahami atau mengingati sesuatu, aku mula terasa ‘berat’. Dan apabila semakin banyak yg aku pelajari, semakin banyak aku sedar yg banyak lagi yg tidak aku ketahui, aku semakin bertambah-tambah rasa berat. Aku yakin, semua yg bergelar pelajar pasti faham apa yg aku maksudkan, tak perlu digambarkan lagi apakah perasaan ‘berat’ ini.

Tetapi dengan Al-Quran, terasa beratkah kita terhadap isi kandungannya? Terasa terbebankah kita untuk meniliti, menelaah dan menghadam maksud2nya? Terasa perlukah kita untuk menghafaz bait-baitnya dan disemat kemas-kemas dalam jiwa? Terasa inginkah kita untuk sama-sama merasai beratnya al-Quran ini seperti mana yg dirasai Rasulullah?

Jika kita menyoroti kisah King Louise IX yang ditahan dalam penjara umat Islam, telah menggunakan masanya dalam penjara itu mengamati keadaan umat Islam. Dan apabila ditebus (dengan emas seberat dirinya), dia terus mencanangkan bahawa satu-satunya cara Nasrani dapat menumpaskan umat Islam adalah dengan memisahkan kita dari al-Quran! MasyaAllah, implikasi cerita ini sangat besar. Satu, kita melihat bahawa orang kafir sendiri dapat melihat betapa hebatnya kesan al-Quran dalam kehidupan umat Islam. Mereka melihat al-Quran sebagai satu faktor yang ‘berat’ dalam kekuatan umat Islam, sedangkan ianya (kalau nak diikutkan) hanyalah bait-bait ayat! Kedua, aku merasa sungguh sayu memikirkan nasib diriku dan ramai lagi di luar sana yang menjadi mangsa, lahir dalam keadaan al-Quran dipandang enteng dan menyebabkan kita tidak nampak akan ‘berat’nya al-Quran.

Tetapi Alhamdulillah, dan InsyaAllah, selagi masih ada masa yang berbaki, dan selagi masih ada rahmat Allah menujukkan kita jalan yang lurus, maka pasti masih ada peluang untuk kita merapatkan diri dengan Al-Quran. InsyaAllah.

Aku tidak mahu terus menjadi kijang yang pengecut, aku mahu menjadi singa yang berani. Kerana aku percaya dengan pasti.

Semoga aku ingat selalu

Detik-detik yg berharga

Syurga orang beriman itu adalah pada mihrabnya.

Kelazatan orang beriman itu ialah apabila dia menuju kepada Tuhannya dengan ruh yang jernih.

Cara untuk mendapat kejernihan, adalah dengan solat.

Asasnya iman

Masalah akan terus-menerus selagi mana hidup tidak didasari iman.
Kita melihat remaja-remaja yang berpeleseran dan berkelakuan negatif seperti lumba haram, pergaulan bebas yang melampau-lampau, budaya ponteng sekolah, budaya merokok, sebagai remaja yang bermasalah. Tetapi mereka sendiri tidak melihat diri mereka sebagai bermasalah.
Muda-mudi ramai yang memilih untuk bercouple. Tidak kurang juga mereka yang mengakui bahawa diri mereka pendokong agama, orang yang soleh dan muslih, juga ada yang tidak nampak bahawa bercouple ini sebagai satu masalah.

Dalam kebanyakan blog-blog islamik yang saya baca, sungguh ramai org membincangkan tentang isu coupling di kalangan mrk yg mengakui diri sebagai pejuang agama ini. Ada yang langsung membuat teguran secara kasar, menuduh ikhwah akhawat ini sebagai orang yang tidak ikhlas, orang yang tewas kpd nafsu, org yg belum memahami agamanya.

Saya melihatnya dari sudut yang berbeza. Bukan maknanya melihat bahawa coupling itu betul, malah saya tidak melihat kpd isu itu sahaja. Saya melihat bahawa apa-apa masalah sekalipun, sama ada bercouple atau lengah dalam solat atau tidak ikhlas melakukan sesuatu itu semua berpunca dari hati yang gersang. Kerana hati yang padu mengingati ALlah dan benar-benar ikhlas dalam agamanya, hatinya tidak akan terarah pun kepada masalah-masalah rekaan manusia ini.

Kerana cintanya yang teragung hanya kepada Allah.

“(Iaitu) mereka yang mengingati ALlah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, (seraya berkata) Wahai Tuhan kami, tidak Engkau ciptakan semua ini sia-sia. Maha suci Engkau, selamatkan kami dari azab api neraka” (3:191)

Ya Allah, jadikan kami orang2 yang Engkau sebut dalam firmanMu ini, iaitu orang yg ingat ENgkau dan hanya Engkau dalam setiap saat hidup kami agar fikiran kami tidak terarah kepada tarikan dunia yang menyesatkan.

Ya Allah, jadikanlah kami org2 yg beriman. Orang yang hatinya penuh mencintaiMu sehingga kami menjadi org yg berserah sepenuhnya kepadaMu dan tidak tumpas dengan godaan dunia.

Apakah ciri-ciri org yang beriman?
Sungguh beruntung orang2 yang beriman. (iaitu) orang yg khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yg menunaikan zakat, dan org yg memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yg mrk miliki, maka sesungguhnya mrk tidak tercela” (23:1-6)

Dan bagaimana kita tahu jika hati kita penuh dengan iman atau kering kontang penuh dengan dunia?
APabila kita memiliki dan merasai ciri-ciri di atas dan juga, “Sesungguhnya orang-orang yg beriman adalah mereka yg apabila disebut nama Allah, gementar hati mereka. Dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, semakin bertambah iman mereka. Dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal” (8:2)

Maka periksalah selalu hati kita. Tidak sepatutnya kita beralasan bahawa kita tidak menyedari bilakah saatnya iman kita turun atau naik. Periksalah solat kita. Khusyukkah kita dalam solat kita? Gementarkah hati kita apabila teringat atau diingatkan tentang Allah? IKhlaskah kita dalam setiap yang kita lakukan?

Kesimpulan yang ingin saya sampaikan ialah penyelesaian kepada semua masalah yg kita lihat hari ini bukanlah pada teguran yg keras, pedas dan memedihkan hati (walaupun ia mungkin meninggalkan sedikit bekas), kerana soal hati itu dipegang oleh ALlah. Seandainya kita semua berhimpun dan berpadu tenaga cuba memaksa seseorang itu untuk berubah sikap, ia tetap tidak akan berlaku tanpa izin Allah, kerana Dialah yang memegang segala hati-hati. DIa memberi petunjuk kepada siapa yg DIa kehendaki, dan menyesatkan siapa yang DIa kehendaki. Penyelesaiannya tetap kepada usaha pembaikan iman. Kerana islam itu adalah agama fitrah, apabila kita memahami islam dan beriman serta beramal, sgl tindak-tanduk kita insyaAllah akan sendirinya berbalik kepada fitrah iaitu sunnatullah.

Sebab itu langkah pertama dalam membangunkan semula islam ialah pembentukan individu. Membentuk individu yang beriman, bertaqwa, ikhlas, mencintai ALlah dan rela berkorban di jalanNya. Dan individu-individu inilah yang akan terpelihara dari melakukan kesilapan, akibat hati yg terang dan tersuluh ke jalan yang benar. Seperti firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada ALlah, niscaya dia akan memberikan Furqan (kemampuan membedakan antara hak dan batil) kepadamu dan menghapus segala kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Allah memiliki kurnia yang besar” (8:29)

Tetapi manusia itu diciptakan tidak sempurna. Tidak boleh tidak kita pasti akan melakukan kesalahan, kerana kejahilan atau ketidak sengajaan mahupun kerana terlupa atau terbuai dalam arus dunia, maka sentiasalah kita berusaha untuk terus meningkatkan iman kita agar kita menghampiri darjat org2 yg terpelihara dari kelalaian dan kealpaan ini, dan juga agar apabila kita jatuh kita akan segera bangun kembali.

Dan bagaimanakah caranya meningkatkan iman? Ingatlah pesan Rasulullah, “Umatku tidak akan sesat selagimana mrk berdampinagn dgn dua perkara, iaitu Al-Quran dan sunnah ku”. Maka dampingi, fahami dan amalkanlah dua panduan tersebut. Dan ajarilah kepada org lain, kerana sabda Nabi, “Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari AL-Quran dan mengajarkannya” (HR. Bukhari)

Wallhua`lam. Dari org yg sedar imannya setipis kulit bawang dan boleh tersungkur bila-bila masa tanpa rahmat dan belas ihsan Allah. Ya ALlah pehilara imanku, iman ibu bapaku, iman para sahabatku, iman para guruku, dan iman seluruh muslimin dan muslimat.

Sampai tak larat

Wahai orang yang beriman! Mahukah kamu AKu tunjukkan satu perdagangan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNYa dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang terbaik buat kamu, sekiranya kamu mengetahui” (61:10-11)

Jihad.

Sebelum-sebelum ini apabila aku membaca ayat ini tanpa jiwa yang memahami dan merasai, aku tidak tersentuh dengannya. Tetapi dengan rahmat dan kasih sayang ALlah yang masih memberiku masa dan ruang untuk memahami ayat-ayatNya, sekali ini apabila aku sampai kepada membaca ayat ini aku rasa sangat tersentuh sekali.

Mungkin kerana aku baru tahu apa maksud jihad. Dan baru melihat contoh praktikalnya.

Jihad itu maksudnya berusaha bersungguh-sungguh sampai tak larat. Bukan terhad kpd perang sahaja. Walaupun mmg jihad itu banyak pembahagiannya: jihad scr perang fizikal, jihad melawan hawa nafsu, tetapi maksud praktikalnya dalam segala segi ialah berusaha membuat sesuatu sehingga tak terdaya lagi kudrat dan kemampuan kita.

Apabila berjuang dengan harta, kita tidak kisah seandainya harta kita habis di jalan Allah. Kita tidak kisah menginfakkanya kepada orang2 yg lebih memerlukan. Kita tidak kisah duit habis membiayai program2 agama. Tidak kisah duit habis pada minyak kereta dan menjamu tetamu2 makan. Tidak kisah tak dapat beli apa yg kita mahu krn duit digunakan di jalan ALlah. Bukannya duit diasingkan dahulu untuk kepentingan diri dan selebihnya mana yg cukup utk jalan Allah. Begini mungkin lebih efisyen, tetapi adakah ia menepati maksud berjuang hingga tak larat? Wallahua’lam. (Berdoa spy menjadi seperti Abu Bakr yg menginfakkan seluruh hartanya untuk perang menentang musuh Islam. Apa yg ia tinggalkan utk keluarganya seandainya dia tidak kembali lagi dari perang? Allah dan rasulNYa. Sampai tak larat!!!)

Apabila berjuang dengan diri kita sampai rela diri kita musnah untuk agama ALlah. Seperti para sahabat yang diseksa kerana mempertahankan agamanya. Bilal, yang diseksa sedemikian teruk sehingga parut badannya akibat lemak yg cair dek kepanasan mentari kekal ke akhir haytnya tidak langsung membuatnya mahu mengakui Tuhan selain Allah. Bagaimana kita?

Baru-baru ini perjalananku mencari cinta Allah di bumi Melbourne menemukan aku contoh org2 yg berjuang sampai tak larat. Akhawat2 di Melbourne ada yang melaksanaka berbagai-bagai tugas dalam sehari untuk keselesaan org lain. Ada yg sampai tidak ada masa berehat langsung. Aku melihat ada akhawat yg sampai tengah2 malam 1-2 pagi masih setia menjemput org yg datang dari jauh di airport, sampai tak cukup masa tidur. DAn esoknya sewaktu qiyam aku melihat mrk sudah siap qiyam lebih awal dari aku yg berehat2 saja malam sebelumnya. Subhanallah!! Kadang2 mrk ini ada yg ku lihat tertidur2 di tikar sejadah sewaktu qiyam itu akibat terlalu penat, tetapi kesungguhan mrk utk bangun qiyam itu terlalu kuat. Walaupun sudah tak larat, mrk masih bangun juga! Sampai tak larat. Melihat contoh ini, barulah aku mengerti apa maksud ‘sampai tak larat’ itu. Bukan setakat luasnya kuantiti, contohnya menderma sejumlah besar wang, hadir banyak program, menjadi amirah untuk program, tetapi sebenarnya ialah buatlah apa sahaja, tetapi dibuat dengan sesungguh2 upaya yang ada sehingga tenaga itu kehabisan.

Oleh itu aku memohon sangat2 kepada Allah, agar aku juga menjadi pejuangNya yang berjihad dengan seikhlas hatiku. Amin.

bait-bait al-mulk

aku kira langkahku memang baru betul-betul bermula.
dari pertama kali mengenal tarbiyyah bbrp tahun yg lalu, baru sekali ini aku betul-betul mendakap islam yang sebenar.
maaf. silap. bukan betul-betul telah mendakap, tapi baru mula untuk mendakapnya dengan erat.
mungkin langkahku ini agak lambat, tapi bila aku memikirkan betapa buat seorang yang telah terlalu lama bergelumang dengan dosa, hati yang busuk, hidup penuh kemungkaran, sepatut-patutnya aku ini tidak layak pun untuk dipandang oleh Allah, apatah lagi diberi belas ihsan dan hidayah. Tapi masyaAllah, Dia tetap memilih untuk melapangkan dadaku yang sempit, mencurahkan cahaya ke atasnya untuk aku melihat jalan yang lurus, jalan kebenaran.

Apabila aku teringatkan kalimah Allah, “Dia memberikan petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya dan menyesatkan siapa yang dikehendakiNya”, air mataku pasti jatuh berderai-derai. Akibat merasakan betapa hibanya aku kerana Allah sudi menunjuki ku ke jalanNya yang lurus setelah segala yang aku lakukan terhadapNya. Setelah segala kehendakNya ku mungkiri dan segala larangannya ku lakukan.

Baru-baru ini air mataku jatuh berderai sekali lagi, selepas membaca tafsir ayat-ayat surah al-mulk. Subhanallah. Surah yang sungguh hebat sehingga membuatkan dimensiku bertambah luas bekali-kali ganda. Lantas membuat aku terfikir, kalau satu surah ini sudah begitu hebat kesannya terhadap diriku, bagaimanakah akan terjadi seandainya aku memahami seluruh al-Quran? Ya Allah, aku pohon diberi masa dan kekuatan untuk sampai ke tahap itu.

Aku menangis apabila sampai ayat ke 2, yang maksudnya: “Aku menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu lebih baik amalnya”

Aku menangis ketika sampai kepada firmanNya, “Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar

Aku terus menangis sampai ayat seterusnya, “Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha mengetahui segala isi hati”

Dan lagi selepas reda sebentar tangisanku aku menangis lagi sampai ayat ke-22, “Apakah orang yang mrangkak dengan wajah tertelungkup yang lebih terpimpin (dalam kebenaran) ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yg lurus?”

Tapi tangisanku yang paling-paling kuat sekali adalah pada ayat ke 10, iaitu jawapan orang-orang kafir yang dimasukkan ke dalam neraka apabila ditanya oleh malaikat tidakkah pernah ada datang rasul yang memberi peringatan kepada mereka, mereka menjawab ada tetapi mereka mendustakan rasul itu, lalu sekrang mereka menyesal dan mengeluh, “Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala”

Menurut tafsir ibnu kathir, yang dimaksudkan ‘mendengarkan atau memikirkan’ itu maksudnya enggunakan akal kepintaran untuk memikirkan apa yang disampaikan oleh rasul dengan teliti, menimbangkannya dan mencari kebenarannya. Orang-orang yang dilemparkan ke neraka ini telah dikurniakan pendengaran dan kemampuan akal untuk menimbang dan berfikir, tetapi mereka tidak mahu menggunakan akal mereka untuk memikirkan apa yang telah disampaikan oleh Rasul. Yang membuatkan aku menangis adalah kerana aku sedar, bahawa aku sendirilah antara golongan itu, yang dikurniakan akal yang cerdas oleh Allah, tetapi tak mahu menggunakannya untuk memikirkan dan mengikuti ajaran rasul. Bukan itu sahaja, aku bahkan tidak berusaha pun untuk mengetahui apakah yang diajari oleh Rasulullah!

Berapa banyak maksud sebenar kalam Allah yang aku fahami. Berapa banyak hadis Nabi yang aku pelajari dan aku amalkan? Sedikit sekali! Dan usaha aku untuk mengetahuinya? LAngsung hampir tiada melainkan aku terdengarnya dari ceramah-ceramah agama. Walaupun dalam tarbiyyahku ada banyak oengajaran hadis disampaikan, tetapi selalunya aku buat acuh tidaj acuh sahaja, tidak ada pun niat untuk engahfalnya apatah lagi measukkannya dalam amal harianku.

Yang lagi membuatku menangis adalah apabila aku membaca ayat ini dan teringat sabda Nabi (dari sejumlah kecil hadis yang ku ingat-ingat lupa): “Umatku tidak akan sesat selagi mana mereka berpegang kepada 2 perkara; Al-Quran dan sunnahku”

Aku menangis kerana aku merasakan betapa sesatnya aku kerana aku tidak pernah betul-betul berpegang kepada Quran dan sunnah. Selama ini Quran dan sunnah itu ku pelajari hanya dengan tujuan untuk lulus peperiksaan atau sekadar mengisi ruang selepas solat sahaja sebagai penambah pahala, bukan sebagai pegangan hidup.

Semua ini menyebabkan air mataku berhamburan tak henti-henti. Aku mohon kepada Allah, tunjukkanlah aku ke jalan kebenaran, izinkanlah aku berlari menujuMu. Amin.


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers