Archive for January, 2012

menjadi bintang bersinar

subhanallah..

semasa di sekolah dulu, saya pernah membuat perubahan drastik kepada diri saya, iaitu berubah menjadi lebih baik dari diri saya yang sebelumnya. bukan berubah apa sangat pun,cuma lebih rajin menuntut ilmu, dan meninggalkan perbuatan2 melanggar peraturan sekolah (haha).

satu hari, ada seorang teman saya berkata kepada saya, ‘perubahan kamu ni bagus, tapi mengapa kamu tak ajak orang lain untuk berubah sama? kamu tak nak tengok kawan2 yang lain pun jadi baik?’

pertanyaan ini sangat menyentakkan jiwa saya, sampai sekarang pun saya masih ingat lagi. masa itu saya berfikir2 macam mana nak ajak orang lain untuk berubah? fikir punya fikir punya fikir apa pun tak berlaku. saya langsung tak mengajak kawan2 saya berubah menjadi lebih baik kerana saya tidak tahu bagaimana!

betul ke susah nak ajak orang jadi baik? anda pun mengalami masalah yang sama ke?

memang susah kalau anda terus nak ubah tanah landai menjadi sebuah gunung!

mengubah orang memang akan menjadi mustahil kalau anda meletakkan perubahan itu mesti sempurna. waktu di sekolah itu saya buntu tidak tahu bagaimana mengajak kawan2 menjadi baik kerana definisi ‘baik’ saya terlalu ‘ekstrem’ untuk diaplikasikan kepada kawan2. saya mahu kawan2 yang datang lambat ke sekolah, malas belajar, suka mengumpat, tidak menjaga aurat, terus berubah menjadi minah surau yang rajin baca quran, berkata yang baik2 saja, menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran dan pakai tudung betul2, jangan nak on-off.

sudahnya habuk pon tak bergerak.

dalam dakwah pun begitu kan? kadang2 kita rasa ‘uuu susahnya nak ubah orang tu, dia tu jauh sangat dari islam..’

di situlah silap kita, kita membayangkan orang2 yang kita nak dekati, yang nak kita ubah mesti jadi begini, begini, dan begini…

sedangkan apa yang kita perlukan hanyalah mengubah orang itu jadi lebih baik dari sebelumnya! walaupun mungkin ‘baik’ itu sendiri pun masih jauh dari sempurna

orang yang tak solat, dapat diperkenalkan dan diajak solat satu dua waktu pun lebih baik dari ditinggalkan terus. orang yang tak baca quran, kita hadiahkan sebuah quran untuk dia simpan dahulu, x baca dulu pon x apa. orang yang tak tutup aurat, ajak sekali sekala ke program yang menuntut untuk aurat ditutup.

berubah sedikit jauh lebih baik dari tak berubah langsung!

percayalah, bila kita istiqamah mengajak orang menjadi lebih baik secara perlahan2, satu hari kelak bila hidayah Allah menyambar hatinya tup2 tiba2 dia sendiri akan berubah dengan drastik atas kemahuannya sendiri, insyaAllah ­čÖé

di kesempatan membicarakan isu ini, saya berminat untuk menyelitkan dua isu sensasi yang sedang melanda kita semua, iaitu fenomena filem ombak rindu dan amalina che bakri

sama jugalah, kadang2 kita terlalu mengharapkan perubahan yang besar dan drastik sampaikan tak ada sesiapa pun mengambil sebarang langkah kecil untuk membawa kepada perubahan.

saya sendiri sudah menonton filem ombak rindu (eh, hehe), walaupun terlalu banyak perlanggaran syariat di dalamnya, tetapi tak dapat dinafikan ianya adalah sebuah filem yang bagus! maksud saya aspek2 teknikal dan pembangkitan emosinya sangat berjaya. dari aspek dunianya ia adalah sebuah filem yang dibuat dengan bersungguh2 dan dipersembahkan dengan begitu baik sekali, sampai saya pun terbawa2 juga semasa menonton dan ada sedikit rasa nak mengalir air mata (huhuhu)

tetapi ramai orang menyelarnya! lantas saya berfikir, kita nak apa dari mereka pembuat2 filem ini? kita mahu mereka berubah terus dan buat filem2 islamik sahaja (sedangkan orang2 yang islamik sendiri pun x nak bikin filem) atau tinggalkan terus kerjaya membuat filem sedangkan mereka punya bakat besar untuk menyentuh hati manusia melalui karya mereka?

sebab itu, sampai sekarang, walaupun banyak yang telah diperkatakan, industri filem dan hiburan kita terus macam tu juga, tak ada sebarang perubahan sebab tak ada orang nak mengajak mereka menjadi lebih baik! (dan kita pun tak mengahrapkan dan mendoakan mereka menjadi lebih baik, kita nak berubah terus!)

sama juga, macam kes amalina che bakri, kita sibuk2 berkata pelbagai ni, kita nak apa dari dia sebenarnya? terus sarung tudung, terus berzanji baca quran dan sebagainya? persoalannya ialah, ada ke takde ni orang yang mengajak dia jadi orang yang lebih baik?

herm…

“Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat meyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?” (61:10)

 

Tergantung niat..

“Jazakallah khair. Terima kasih Man sebab kau sudi untuk mendengar masalah ku”

Bayu petang mengelus-ngelus wajah dua orang pemuda yang bersahabat itu. Halim nampak muram sekali, tidak ceria seperti perwatakannya yang selalu. Lokman hanya menduga-duga kemelut di hati sahabat baiknya itu. Dia membiarkan Halim meluahkan  segala duka di jiwa.

“Kau tahu bukan tentang keluargku? Keluarga yang sudah tidak lagi boleh dipanggil keluarga. Yang sudah hancur.”

Lokman mengangguk. Sudah lama mereka bersahabat, segala rahsia dan cerita tidak ada yang tersembunyi. Keluarga Halim, pada Lokman adalah keluarganya juga. Dia tahu ibu dan ayah Halim sudah lama tidak sehaluan. sering bertengkar dan bertingkah suara. Akhirnya mereka memlih untuk berpisah. Halim anak sulung dari 5 beradik. Adik2nya masih kecil, masih belum mengerti sepenuhnya. Maka Halim memendam rasa kecewa sendiri. Dia jauh hati terhadap kedua orang tuanya.

“Aku…aku penat, Man. Aku dah penat untuk terus mengharap. Mengharap yang kedua orang tuaku akan berbaik kembali, yang keluargaku akan bersatu semula. Dulu aku tak pernah rasa penat begini, siang malam aku tak jemu2 berdoa dan memohon kepada Allah untuk kembalikan kebahagiaan keluargaku. Malamku tak pernah putus aku bangkit bertahajud, semata2 untuk memohon agar hati ibu dan ayah dilembutkan. Agar nasib aku dan adik2 tak terabai. Dan aku sangat yakin Man, aku sangat yakin dengan doaku, dengan tahajudku, bahawa Allah pasti berkenan mengabulkan permintaan ku yang satu itu. Aku yakin dengan kekuasaan Allah yang agung yang boleh melaksanakan apa jua, permintaan kecilku ini akan didengari.”

Lokman setia mendengar.

“Tapi itu dulu Man, semakin lama, semakin hari berganti, keyakinanku makin rapuh. bahagia yang kutunggu tak kunjung tiba, malah ibu dan ayah makin jauh. seperti mustahil aku akan kecapi bahagia itu. sekarang aku selalu berfikir, mengapa? mengapa Allah tidak sudi memperkenankan doaku? dimanakah silapnya aku? Apakah cacatnya tahajudku? kadang2 aku rasa, keimananku semakin tipis. tahajud yang tak pernah kutinggalkan semakin hari semakin culas aku lakukan. seakan2 kalbuku membisik, apa gunanya berdoa dan meminta jika tak akan dikabulkan?”

Khali. Lokman menarik nafas dalam2 dan menghembus panjang. Berat bebanan masalah yang dipikul oleh Halim terasa seperti terpikul di bahunya juga.

Mencongak sebelum berbicara. “Benar kata kau Halim, yang cacatnya, dan yang silapnya adalah pada tahajud kau itu”

“Maksudmu?”

“Cacatnya ialah kau meniatkan tahajudmu itu bukan kerana Allah, tapi kerana dunia!”

Lokman menyambung, “Manusia ni, apabila meletakkan tujuannya adalah dunia, memang akan cepat penat, cepat lelah. Jujur dengan ku, kau bangun tahajud semata untuk kebahagiaan keluargamu bukan? Dan bukan kerana kau cintakan dan rindukan Allah?”

Halim rasa terpukul. Memandang longlai ke tanah.

“betulkan niat dulu, Lim, sebelum apa2 yang lain. Luruskan hatimu, kita ni mencari redha Allah, bukan redha manusia. Hanya apabila redha Allah mendatangi kita barulah bahagia akan kita kecapi, biar sepahit manapun dugaan yang sedang kita lalui. Kau tentu masih ingat Lim, bila kita mengejar Allah dan akhirat, dunia dengan sendirinya akan mengejar kita, tetapi jika kita mngejar dunia, dengan sendirinya ia akan berlari semakin jauh dari kita.”

“dan bila kita terlalu mencari dunia dan meninggalkan Allah, maka butalah kita dari segala nikmat, hikmah dan limpahan kasih sayang yang Allah curahkan pada kita.”

“Halim, kembalilah istiqamah dalam tahajudmu, tapi niatkanlah kerana Allah. Aku pasti, kelak kau akan lihat betapa kau boleh malah mungkin telah mengecapi bahagia walaupun apa yang kau hajatkan tidak tercapai seperti yang kau mahukan.

———————————————————————————————————————————-

Hari2 seterusnya Halim terus bangkit menunaikan tahajudnya, tetapi kali ini dengan penuh rasa kecintaan kepada Allah, dan penuh pengharapan untuk memperoleh redhaNya. Semakin hari jiwanya semakin tenang, dan diresapi bahagia.

Dia sedar kini, walaupun perkara utama yang dihajatinya tidak tercapai, banyak rahmat dan limpahan kasih sayang yang dicurahkan oleh Allah. Semenjak ibu dan ayah berpisah, adik2nya yang dulu pemalas dan tidak pandai berdikari sudah pandai menguruskan diri, malah semakin rajin menuntut ilmu. Nyata, pahit yang melanda keluarga menjadi tarbiyah dan mendewasakan mereka semua. Halim sendiri, semenjak perceraian berlaku, dia menjadi lebih bertanggungjawab, dia sedar adik2nya perlu bimbingan maka dia mengambil alih tugas memimpin dan mendidik adik2nya. Mungkin sebab itu, jiwa kepimpinan tersemadi dalam dirinya sehingga dia kini diamanahkan dengan berbagai2 tugas kepimpinan.

Ibu dan ayahnya sendiri, lebih tenang hidup berasingan. Jika dulu mereka asyik bertengkar dan saling membuka aib masing2, kini mereka lebih tenang mencari jalan menemui Tuhan.

Nyata, bila Halim memerhati dalam2 di tahajudnya yang panjang, ternyata terlalu banyak hikmahnya dari apa yang berlaku, bahkan mereka sekeluarga menjadi manusia2 yang lebih baik dari sebelumnya. Terus menerus bahagia meresapi jiwanya….

————————————————–

Ayuhlah teman2, kita koreksi diri kita dan betulkan niat kita. Ibadah kita, kesungguhan kta haruslah kerana Allah semata2, jangan kerana dunia yang hina dina ini. Jika kita sentiasa mengharapkan dunia, maka sebab itulah kita menjadi orang yang mudah penat dan cepat berputus asa.

Allahua’lam.

 


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers