Archive for February, 2011

Akhlak itu apa yang terlahir secara spontan

Allah Maha Besar, Allah is the Greatest, thank you Allah. Izinkan hambaMu yang hina ini berbicara, semoga ia membasahi jiwa.

Definisi akhlak ialah sikap kita yang terlahir secara spontan.

Bagaimana cara kita bercakap, cara kita mengaddress orang lain, cara kita membalas budi, sebagainya.

maka, reaksi spontan kita apabila berdepan dengan sesuatu, juga memberitahu orang tentang akhlak kita.

kata2 seperti, ‘di luar sahaja jahat, di dalam baik’ mungkin agak sukar diterima setelah kita mengetahui definisi akhlak.

baru2 ini saya menonton sebuah filem pendek yang dibuat oleh seorang pelajar yang sebelum ini banyak menghasilkan filem2 pendek lain. saya sangat suka filem2 itu kerana sangat lucu. tapi filem yang terbaru ni agak mengguris hati para pendokong dakwah. boleh baca review yang dinukilkan oleh seorang ukhti ttg video itu di sini: http://laskarmentari.wordpress.com/2011/02/23/lawak-ke-tak-tak/

dan sungguh, hati yang terluka di atas jalan ini lebih kita cintai dari kegembiraan pada dunia yang hina dina. maka, silalah lukakan hati kami.

video boleh ditonton di sini: http://www.youtube.com/watch?v=yvCaAcoTUTg (sambil memohon ampun kpd Allah andai tindakan menyebarkan video ini dimurkai Allah)

tapi saya rasa ianya tidaklah lebih daripada sebuah luahan ikhlas seorang mad’u, yang harus diterima seikhlasnya.

ingat, reaksi spontan kita adalah gambaran akhlak kita.

——— satu sudut pandang ——–

dengan ikhlas, daripada video ini kita mengakui bahawa perjuangan kita banyak ternoda oleh masalah-masalah hati.

pertamanya, keterikatan kita kepada jemaah dilihat lebih menonjol daripada keterikatan kepada Allah dan Islam. Kehadiran kita dilihat seolah-olah hanyalah seperti sebuah organisasi terancang yang merancang pelbagai program2 baik. Kita dilihat sebagai sekumpulan manusia yang setia pada teman2 yang sama fahaman.

Ini tidak salah. tetapi kita mahu manusia merasai kasih sayang Allah, belai mesra Allah, cinta dan pengharapan yang diberikan Allah sebelum yang lain-lain. Kita mahu kehadiran kita membasahkan jiwa-jiwa manusia. Kita mahu manusia merasai betapa hidup di dunia ini hanya sia-sia dan kita sama2 mengejar akhirat. kita mahu bila manusia memandang wajah kita, dan mendengar kata2 kita, mereka teringatkan keesaan Allah.

Apabila nilai kebersamaan jemaah terlihat lebih ke depan daripada kebersamaan dengan Allah, pandangan manusia kpd kita mulai salah.

keduanya ialah sikap merasakan kita betul dan penyakit hati yang membuat kita ada rasa ‘sesuatu’ bila terlibat dengan jemaah lain.

saya sendiri mengakui adakalanya tertewas dengan penyakit hati dan bisikan syaitan ini. Bilamana kita berdepan dengan jemaah lain kita bersangka yang macam2; seperti pertanyaan mengapalah mereka ni tak mahu join kita saja, atau mengapa mereka mengambil sesuatu tindakan tertentu. dan paling teruk, terganggu emosi dengan perasaan marah, geram, dan penat bila berlakunya persaingan.

seolah2 ada satu pihak yang benar dan ada satu pihak yang salah. seolah2 kita memerjuangkan perkara yang berlainan. seolah2 kita bukan bersaudara,

maka berhati2lah, bila manusia mula melihat keretakan biarpun halus antara jemaah, maka pandangan buruk akan diterjermah.

satu lagi penyakit yang sangat merbahaya yang bisa meruntuhkan segala usaha ialah penyakit sombong: kepada manusia, lebih2 lagi kepada Allah.

kita masih ingat segala kenangan indah kita ditarbiyah dan dibawa mencintai Allah sesungguh hati kita. Kita ingat segala ilmu yang kita timba sedikit demi sedikit. kita terbayang perubahan diri kita juga sedikit demi sedikit. kita tersenuym pada segala memori kita di atas jalan ini, baik yang indah mahupun yang pahit.

tetapi kita tidak sedar, bilakah penyakit hati mula meresapi diri. kita mula merasakan betapa banyaknya ilmu yang telah bertambah. betapa banyaknya ayat alquran yang sudah dihafal, berapa banyaknya hadis yang boleh kita kupas. betapa tingginya mustawa kita. dan berapa bagusnya pakaian kita. dan betapa hebatnya kita membentangkan daurah.

di saat anda melihat orang lain dan merasakan anda bagus dan lebih dekat dengan Allah dan islam dari orang yang dipandang itu, ternyata hati anda telah penuh dengan kesombongan. di saat anda merasakan hanya orang itu dan orang itu dan orang itu perlu ditolong sedangkan anda merasa anda sudah tidak perlu ditolong, ternyata hati yang disangka murni telah berubah hitam.

kesombongan ini akan terserlah, dengan akhlak anda! yaitu segala sikap dan perbuatan2 spontan anda.

pada jelingan mata, pada perubahan suara, pada gerak tubuh, pada apa yang anda hindari, dan pada pemilihan kata.

maka kesombongan ini akan tertonjol di mata mad’u. dan mencacatkan segala usaha.

mungkin, inilah yang telah berlaku. sehingga terhasilnya video ini.

tidak ada perkara yang berlaku dengan kebetulan, maka dengarlah, Tuhan sedang berbicara dengan kita semua.

semua yang saya sebut di atas, adalah taubat dan keinsafan atas segala penyakit hati saya. semoga kita semua dibersihkan dari segala penyakit ini, dan bergerak menyeru manusia hanya kepada Allah.

Allahua’lam

 

Advertisements

nasihat.

saya berpendapat dan mengesyorkan;

kerana tarikan hiburan terlalu kuat, maka usaha menarik manusia ke arah Allah harus sepadan kuatnya.

Maka bila kita menyeru, maka seruan itu mesti mengetuk jiwa-jiwa yang mendegar sekeras-kerasnya dan berbekas sampai berhari-hari. dan menyebabkan yang mendengar rasa ingin dengar lebih lagi.

jika tidak kita tak dapat menyaingi seruan hiburan.

Bahagiakan hidupmu dengan hati yang bersih

Seperti kebanyakan peringatan-peringatan yang lain, peringatan ‘bahagiakan hidupmu dengan hati yang bersih’ sounds so cliche.

Maka ianya adalah hak anda untuk meneruskan pembacaan artikel ini atau tidak.

tetapi firman Allah berbunyi, “Berilah peringatan kerana peringatan itu bermakna” (Al-A’la ayat 9)

————————————————————————————————–

Saya selalu terkesima dengan kisah-kisah dahsyat yang Allah ceritakan dalam Al-Quran. Contohnya seperti kisah Firaun dengan Nabi Musa. Saya pelik, macam mana Firaun boleh tak terbuka langsung hatinya untuk mempercayai Allah dan keagunganNya walaupun dah ditunjukkan dengan jelas bukti-bukti yang Allah tu ada dan Maha Berkuasa.

Contohnya, yang pertama bila Nabi Musa a.s tunjukkan mukjizat, dia tak percaya, ok mungkin bukti belum cukup jelas. Macam mana pulak bila tiba-tiba semua penyihir yang dilantik untuk mengalahkan Nabi Musa tunduk kepada Allah, siap mewartakan keimanan mereka di depan Firaun?  Lepas tu, Firaun yang marah mengancam (dan kemudian mengotakan) untuk menyiksa para penyihir itu dengan memotong kaki tangan mereka secara bersilang dan disalib, lantas dengan penuh redha para penyihir itu rela disiksa sebegitu rupa dengan menyatakan “Tidak ada yang kami takutkan, kerana kami akan kembali kepada Tuhan kami” (kisah dalam surah As-Syuara)

Macam mana hati Firaun boleh tak terusik dengan bukti keimanan sebesar itu?

Kemudian laut siap terbelah di depan mata FIraun. Peringatan dengan panca indera! (ainul yakin). Masih tak terasa lagi?

Cuba bayangkan jika anda mendapat penghormatan untuk merasai kehebatan Allah dengan cara sebegini rupa. Agak-agak macam mana perasaan kita di hadapan laut yang terbelah tu? Atau di hadapan para penyihir yang dipotong kaki tangan itu?

Tapi saya hairan, Firaun takkan tak rasa apa-apa dalam hati dia?

Kemudian sampailah saya kepada satu ayat yang amat menggegarkan jiwa,

“Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan nya, padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerusakan” (An-Naml: 14)

Subhanallah! Astagfirullah!

Betapa besarnya effek hati yang sombong!

Sehingga bukti dan kejelasan yang maha besar tak mampu menguis hati itu sedikit pun!

Astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah..

Mari kita sama-sama cek hati kita masing-masing..

Berapa banyak sikap sombong yang ada dalam hati kita ni, sampai bukti-bukti kekuasaan Allah yang ada di sekeliling kita tak mampu menyentuh hati kita? Berapa banya peringatan-peringatan yang hadir dalam hidup kita tak mampu menyiram hati kita kerana kesombongannya? Dan berapa banyak ajakan-ajakan, seruan-seruan kebaikan yang datang kepada kita yang kita berpaling darinya juga kerana sikap sombong kita?

Astagfirullah, hati kita hampir menyamai hati Firaun, tetapi kita tak belajar dari apa yang berlaku terhadap Firaun.

Maka; kerja membersihkan hati, is a serious business! bukan main-main.

cuba cek, dalam hati kita ni, ada tak perasaan2 seperti ‘aku lebih bijak dari orang lain’, atau ‘aku lebih berbakat’ dan sebagainya. itu antara tanda kesombongan.

Ataupun bila orang mengajak kepada kebaikan, kita memandang serba-serbi kecacatan pada pengajak, seperti orang tu layak ke nak ajak aku ke arah kebaikan? orang tu kelihatan kolot, atau orang tu pun ada banyak buat silap dan sebagainya.

atau bila kita dengar seruan, kita pertikaikan macam-macam sampai isi yang disampaikan tak melekat dalam hati. kita pertikaikan bakat sang penyampai dan dirinya..

atau dalam hati kita ni ada tak banyak prasangka-prasangka, sampai semuanya buruk di depan mata kita?

dan macam-macam lagi..

cuba cek, dan bersihkan hati sebersihnya! lawanlah setiap kali ada fkiran-fikiran, bayangan-bayangan dan bisikan-bisikan yang buruk menyinggah dalam hati.

semoga setiap yang ada di sekeliling kita menjadi tazkirah buat hati kita..

Allahua’lam

bukan milik saya

walau saya sebut beribu-ribu-ribu kali pun, ianya tetap sukar dikotakan:

‘suami milik Allah, bukan milik saya. suami milik Allah, bukan milik saya. suami milik Allah, bukan milik saya…….’

hati lemah seorang isteri

Of the spices of life..

Kerana masih lagi berjauhan dengan dakwah dan tarbiyyah, maka saya hanya akan mampu menulis lintasan hati, yang mungkin kurang jiwa. semoga bermanfaat.

Secara terus-terangnya, ramai para daie diuji oleh Allah untuk bergerak laju dalam dakwah dan tarbiyyah oleh keluarga. Terutamanya para akhawat.

Ada akhawat yang hanya bergerak laju bila berjauhan dengan keluarga, kerana bila bersama keluarga, segala gerak dan langkah terhalang. Ibu bapa yang risau dengan aktiviti baru yang disertai, yang gusar dengan perubahan2 pelik yang berlaku pada anak, yang amat sensitif dan terus menghalang apabila mendengar perkataan usrah, daurah, jemaah islam,  dan sebagainya.

Ada yang menghalang kerana bimbang anak perempuan yang meminta izin untuk merantau ke tempat jauh seorang diri.  Ada juga yang ada contoh2 buruk dari saudara-mara atau jiran dekat yang hidupya rosak selepas mengikuti gerakan2 islam tertentu.

Terlalu banyak contoh, dan terlalu banyak sebab.

Tetapi kadangkala kita kurang memahami.

Jangan sekali-kali membandingkan keluarga kita dengan keluarga orang lain. Isu halangan oleh kelaurga ini sudah disebut sebegitu berulang-kali hingga kita menyangka setiap daie harus sudah siap membuat persiapan mengharungi dugaan ini dan harus sudah ada penyelesaian, seperti mana kita sudah menjumpai teknik2 dan helah2 mendepaninya. Keluarga saya, dan keluarga kamu, tetap tidak akan sama.

Kita tak akan pernah dapat menyelami dan memahami keuarga setiap daie. Begitulah betapa diversenya perbezaan antara kita. Kita menyangka halangan dari keluarga kita sudah cukup hebat, tetapi kita masih mampu mendepaninya, maka kita tidak dapat memahami mengapa ada sesetengah akhawat begitu lemah dalam urusan ini?

Biar saya ceritakan, ada akhawat yang setiap kali keluar rumah harus singgah di mana-mana untuk menukar tudung, begitu juga ketika sebelum pulang, juga harus menukar tudung yang lebih kecil. Sebegitu kuat halangannya.

Cerita akhawat ini lagi, kalaukan tudung dan pakaiannya pun menjadi isu besar di rumah, jangan ditanya soal yang lebih besar. Kalau dia dapat menghadiri satu daurah sahajapun sewaktu cuti semester yang panjang, sudah dikira lebih dari sebuah keajaiban.

Ceritanya lagi, dia pernah berkecil hati apabila ditegur oleh seorang akhawat lain, ketika dia menceritakan dia telah pun memilih tempat kerjanya yang semata-mata menurut permintaan keluarga, lalu akhawat yang mendengar terus mencelah, “Sepatutnya kamu harus berbincang dengan naqibah dahulu!” kalaulah akhawat itu tahu dan faham keadaan keluarganya, pasti dia tidak akan berkata begitu.

Dan cerita2 seterusnya sangat meruntun air mata.

Lalu saya bertanya kepada akhawat ini, bagaimana terus sabar menghadapi?

Sambil tersenyum, katanya setiap kali hatinya hampir hancur berkecai, dia akan segera teringat satu slot dari filem Sang Murabbi, di mana Ustaz Rahmat sangat gembira untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir tetapi tidak diizinkan oleh ibu Ustaz. Katanya dia sangat terkesan apabila Ustaz Rahmat menyusun buku2nya sambil tersenyum tatkala ibunya menzahirkan rasa berat mengizinkan ustaz ke Mesir. Kata akhawat, walaupun itu hanya sebuah lakonan, dia dapat merasai betapa besar kepahitan yang ditelan sewaktu Ustaz menghadiahkan senyuman itu kepada ibunya. Dan ini menjadi sumber inspirasi kepadanya, untuk sentiasa menelan kepahitan dengan senyuman.

Subhanallah, sebuah kesabaran terbaik dan terindah.

Maka saya teringat tazkirah dari Saudara Nouman Ali Khan yang saya dengar dari Youtube, dimana beliau mengupas sebuah ayat Al-Quran yang indah, iaitu ayat dari surah luqman, ayat 14-15:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kmbali kepadaKu…”

Di dalam ayat 15 itu, Allah memerintahkan supaya kita tidak taat kepada ibu bapa kita apabila mereka menyuruh kita menjauhi Allah, tetapi Allah tidak menyuruh supaya kita melaksanakannya dengan apa jua cara, tetapi dengan cara yang terbaik, yang mana kita terus ‘bergaul dengan mereka’ dengan cara yang baik.

Seperti menelan setiap kepahitan yang datang dengan sebuah senyuman.

Maka apabila kita terhalang oleh keluarga, janganlah kita bertindak kasar dan gopoh terhadap mereka, seperti bergaduh dan meninggi suara kerana kita pasti kita di pihak yang benar, menghempas pintu bilik bila mereka menghalang kita dari pergi ke daurah atau berjumpa teman2 ikhwah akhawat, bermasam muka dan memulaukan mereka. Atau curi kunci kereta dan keluar juga walaupun mereka tidak suka.

Bukan begini sikap yang Allah mahukan dari kita, walaupun apa yang kita pertahankan adalah sebuah kebenaran.

Hadapilah dengan penuh sabar, dan kesabaran ini haruslah kesabaran yang baik.

Seperti firman Allah; “Pergaulilah dengan baik”

Jika pergaulan baik ini bermakna anda terlepas pelang ke daurah dan terpaksa mendengar video rakaman, maka lakukanlah.

Jika pergaulan baik ini bermakna anda terpaksa menukar tudung berkali-kali setiap kali keluar masuk rumah, maka lakukanlah.

Jika pergaulan baik ini bermakna anda terpaksa berpindah jauh dari teman2 seperjuangan untuk memenuhi permintaan keluarga dan terpaksa berulang-alik begitu jauh hanya untuk menghadiri usrah atau bertemu teman2 maka lakukanlah.

Jika pergaulan baik ini bermakna anda terpaksa senyum di hadapan ahli keluarga anda dan hanya menangis berhamburan air mata bila anda berseorangan, maka lakukanlah.

tetapi teruslah mentaati Allah. i.e. teruslah berusaha memperjuangkan cinta dan kehidupan anda.

Hadapilah dengan senyuman 🙂

p/s: suka lagu tu yeay

 

 


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers