Archive for November, 2010

Makanan Jiwa

Hari ni saya lalu di sebelah kucing yang baru kena langgar kereta. Mukanya pecah berdarah-darah. Kucing itu menggelupur menanti maut yang sangat hampir. Kasihan. dan ada satu perasaan sakit menyinggah dalam jiwa.

Kemudiannya di sebuah kedai makan, saya melihat seorang anak kecil dimarahi dengan teruk oleh bapanya. Ditengking di hadapan orang ramai dan ditampar. Anak kecil itu menangis teresak2, tetapi semakin kuat menangis semakin teruk ditengking oleh ayah, akhirnya anak kecil terpaksa berhenti menangis kerana akhirnya, selepas ditengking dan ditampar, barulah dia faham, ayah mahu dia diam. Kasihan. Dan ada satu perasaan yang sangat sakit menyinggah dalam jiwa. Lebih sakit dari melihat kucing yang menggelupur menanti maut.

Rasa sakit ini ialah sebuah refleks. Sukar diterjemah, apakah kasihan sangat, atau benci, atau marah, atau sedih. Sakit.

Astagfirullah. saya memohon dari Allah sangkaan yang buruk terhadap si ayah.

Tetapi seorang kanak-kanak sentiasa lapar dua perkara;

1) Lapar keperluan fizikal
Yang saya yakin telah dipenuhi oleh ayah, kerana baju anak kecil cantik dan kemas, rambutnya tersisir rapi, dan kasut tampak baru dan berkilat. Tubuhnya nampak sihat, tanda diberikan cukup makan dan zat. Si ayah kemudian membawa anak kecil makan tgh hari dalam kedai makan tersebut, nyata ayah cukup sempurna dalam memenuhi kelaparan fizikal anak. saya juga yakin, anak kecil ini akan dihantar ke sekolah yang bagus, yuran sekolah kan sentiasa berbayar, baju sekolah kan bertukar baru saban tahun. Saya yakin, anak kecil dibesarkan dalam rumah yang cukup serba serbi, dilindungi dari bahaya dan kesusahan. Saya yakin, ayah sangat cermat dalam menyediakan segala yang akan mengenyagkan kelaparan fizikal anak kecil.

2) Lapar jiwa
Setelah meyakini bahawa anak ini akan dibesarkan dalam sebaik2 persediaan fizikal, saya mula memahami mengapa ada rasa sakit yang singgah apabila melihat anak kecil dilayan sebegitu rupa di tengah2 orang ramai. Kerana pada waktu itu, dia lapar jiwa, bukan lapar fizikal. DIa tidak peduli apakah bajunya cantik dan kemas, apakah kasutnya berkilat, apakah perutnya kenyang atau lapar. Yang lapar adalah jiwa.

Dan menyediakan makanan jiwa adalah jauh lebih utama dari makanan fizikal.

Kelaparan jiwa tak dapat dikenyangkan oleh harta, keperluan2 fizikal. Kelaparan jiwa dikenyangkan oleh kasih sayang, perhatian, dan respon2 ang terbaik pada saat2 yang paling kritikal.

Adakah ilmu jatuh dalam makanan fizikal atau makanan jiwa?

Kedua-duanya,

Apabila ilmu diberikan sekadar mengenyangkan pembesaran minda yang pesat, ia tinggal sebagai teori dalam kepala.
Tetapi ilmu yang diberi dengan maksud supaya diterjemah sebagai praktikal, yang diberikan dengan kasih sayang, dan penuh kesabaran, akan terpatri sebagai makanan fizikal dan makanan jiwa.

Semasa di Australia, saya melihat bagaimana ibu-bapa di sana sangat mementingkan makanan jiwa anak-anak, jauh lebih diutamakan daripada makanan fizikal. Sering saya lihat ibu2 yang tidak penat2 melayan soalan2 anak2 yang tak putus2, sekali pun tidak melenting, sekali pun tidak menyuruh anak itu diam, dan lebih mengutamakan anak yang di pangkuan dari orang2 lain di sekeliling.  Pada masa itu saya merasakan kedamaian, walaupun cuma sebagai pemerhati, bahawa pada saat itu, makanan jiwa anak itu sedang dipenuhi dengan baik.

Dan bukankah ini juga tuntutan dalam islam?

Memberikan sebaik-baik makanan kepada anak2 ini. Dan seagung2 makanan jiwa ialah mengesakan Allah dan menunjukkan ke jalan yang lurus…

Advertisements

Survival of the most asing

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَال َ: قَالَ رَسُولُ اللّهِ قال : بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً فَطُوبىَ لِلْغُرَبَاءِ

Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda, “Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”

(Riwayat Muslim)

Menjadi asing di tempat yang sangat tidak asing, adalah satu ujian yang menjerut diri dari segala penjuru.

Menjadi asing di tempat yang sangat asing, meskipun punya cabaran dan halangan tersendiri, tidaklah lebih sukar dari cubaan menjadi asing di tempat yang tanahnya, orang-orangnya, udaranya, cuacanya adalah sangat familiar.

Semasa di Australia, bumi istimewa tempat mengenali islam dan Allah, bumi tempat menghargai nilai asing di sisi Allah, dan bumi merubah diri untuk menjadi golongan yang terasing. Sukar, kerana ia langkah bermula. Jatuh, bangun, jatuh dan bangun semula perlahan-lahan selama 5 tahun. Tetapi jatuh bangun itu kerana kerapuhan dalam diri  sendiri, akibat iman yang goyah dan asyik naik turun.

Tetapi di sana, orang-orang sekeliling tidak mengenali ‘nilai asing’. Samaada anda mengamalkan islam secara sempurna atau tidak, anda tetap di mata mereka ‘the tiny harmless little malaysian’. Mereka tidak menilai anda berdasarkan pakaian anda, atau solat anda, atau puasa anda, atau segala pilihan anda. Does not concern them. Menjadikan ianya agak mudah apabila anda nekad berubah menjadi orang yang asing.

Tetapi apabila anda pulang ke tanah yang tidak asing lagi, baru anda sedar betapa peritnya cabaran untuk terus kekal asing. Ada banyak mata2 yang menilai anda, pilihan2 anda. Anda ada keluarga, saudara-mara, sahabat handai yang perlu dipuaskan hati. Anda ada masyarakat yang punya stigma untuk dihindari. Anda ada komuniti yang penuh dengan nilai-nilai adat dan budaya yang menjadikan anda lebih-lebih terasing dan sangat janggal!

Maka banyak2lah kita berbaik sangka. Kita selalu hairan, mengapa boleh berlaku fenomena futur yang tinggi. Tetapi pada masa itu kita hanya nampak faktor iman sebagai kayu ukur, sedangkan di medan realiti ini, cabarannya amat hebat. Entah berapa ramai mungkin, yang tidak rela untuk futur tetapi ditewaskan oleh tuntutan sebagai anak atau abang atau kakak atau tuntutan masyarakat yang bagaikan harimau membaham diri-diri yang kerdil.

Baru beberapa hari berada di tanah yang sangst tidak asing ini, saya sudah terasa hebatnya cabaran yang menghalang survival untuk terus menjadi asing di sisi Allah. Sudah berkarung tumpahan air mata.

Hanya Allah sebagai tempat mengadu, bahawa ada perkara yang saya sebagai insan yang amat lemah tak mampu untuk tangani sepenuhnya, semoga iman, dan masa akan menjadi pengubat.

Mohon didoakan untuk terus kuat

Allahua’lam

Cinta

Hadis Anas r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman:
Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

(Riwayat Muslim)

Mencintai seseorang hanya kerana ALLAH

Begitu mudah dilafazkan di mulut: saya cinta kamu ikhlas hanya kerana Allah.
tetapi pembuktian pasti datang dari perbuatan yang terzahir

—————————————————————————————————-

Sambil menyelak2 helaian majalah di ruang tamu rumah Seri..

“Seri, aku suka duduk di rumah kau lama2…Di sini ada kedamaian..” kata Masitah.
Seri menatap wajah Masitah lama2…
“Kau bergaduh dengan mak kau lagi?”
Diam.
“Sampai bila Mas? Sekarang kau makin kerap datang ke rumah aku…Bukan aku tak suka..tapi kalau aku jadi jalan keluar setiap kali kau bergaduh dengan mak, aku pun rasa tak selesa…”

“Kau tak faham Seri..Kau tak kenal mak aku…Aku dah tak tahan dengan sikap emak..”
Kipas berputar laju…Pasti selaju gelora di hati Masitah.
“Mak aku tak pernah beri peluang pada aku untuk jelaskan apa2pun, semuanya mesti ikut cakap dia. Aku dah dewasa Seri, aku sudah punya kerjaya sendiri! Aku patutnya boleh putuskan sendiri apa yang aku mahu lakukan dengan hidupku, tapi emak tak sudah2 mencampuri urusan hidupku. Pulak tu segala yang dia mahu tak sama dengan apa yang aku mahu..Kalau dulu masa aku kecil tak mengapa, tapi aku sudah besar, aku tahu apa yang aku mahu, aku ada hala tuju hidupku sendiri, tapi dia masih melayan ku seperti kanak2 kecil yang perlu dibimbing setiap masa…”

Mas menyambung keluhannya lagi..
“Sudahnya kami asyik berperang mulut…Kadang2 aku cuba jelaskan dengan cara yang lembut, aku cuba berdiplomasi, tapi dia langsung tak mahu mendengar…segalanya dia sahaja yang betul, segala pillihanku semuanya salah, semuanya buruk belaka…kadang2 dia memerli ku..kadang2 dia memarahiku tak semena2…aku…aku rasa aku dah kecewa dengan emak aku…aku..nak lari jauh2…dari hidup dia..”

Seri menghela nafas panjang selepas mendengar curahan hati temannya itu..

“Jadi, adakah kau masih sayang pada dia?”

“Tentulah aku sayang dia…dia emak aku…”

“Kenapa? Kenapa kau masih sayang dia selepas apa yang dia lakukan pada kau?”

“Sebab dia emak! Dia mengandungkan aku selama sembilan bulan! kemudian bertarung nyawa melahirkan aku. Kemudian dia membesarkan aku, bekerja keras demi membesarkan aku. Dia dah banyak berkorban untuk aku, sebab itu aku mesti menyayangi dia walau pun jauh di sudut hati aku ingin lari jauh dari dia…”

“Herm…kau tahu apa punca masalah kau dengan mak kau sekarang?…Kau sayang dia…..pada sebab yang salah!”

“Haaa??” Masitah nyata sangat terkejut dengan ungkapan itu..

“Masih ingat hadis kemanisan iman?? Syarat yang kedua untuk merasai kemanisan iman ialah kita mencintai seseorang itu, ikhlas, hanya kerana ALlah semata2, bukan atas sebarang sebab yang lain, yang hina-dina dan amat rendah nilainya di sisi Allah…sebesar2 cinta ialah apabila kita tidak meletakkan sebarang syarat untuk cinta itu, hanya kerana ALlah semata-mata..barulah kita namakan cinta itu cinta yang teragung!”

Masitah menundukkan wajahnya..Seri menyambung lagi…

“Asas cinta kita kepada emak kita, jika kita landaskan kerana dia telah mengandungkan kita, telah melahirkan kita, telah membesarkan kita, bermakna asas cinta kita itu lemah dan mudah retak…Kita telah meletakkan syarat, yang syaratnya bukan Allah! Maka seolah2nya kita memaksa diri kita mencintai seseorang itu kerana syarat2 ini!”

Seri bersyarah lagi..”Kalau begitu apa bezanya nilai cinta kita ini dengan cinta seekor kucing kepada emaknya? Bukankah seekor kucing juga mencintai emaknya kerana emaknya itu mengandungkannya, melahirkannya, melindunguinya dan membesarkannya? Dan kita hendak meletakkan cinta kita serendah cinta haiwan? Jangan Mas, jangan…. besarkanlah dan agungkanlah cintamu”

Masitah hanya diam tidak bersuara apa-apa..

“Masih ingat kisah pemuda yang akan menjadi jiran Nabi Musa di syurga? Masih ingat bagaimana Allah memberitahu siapakah jiran Nabi Musa kelak di syurga, lantas Nabi Musa menjejaki pemuda itu, dan betapa terkejutnya baginda apabila melihat pemuda itu memelihara, malah memandi dan memeluk cium dua ekor khinzir yang besar! Ternyata, kedua2 khinzir itu adalah ibu-bapanya…Betapa besar pengajaran cerita ini kepada kita Mas, bahawasanya, kalau cinta kita kepada ibu-bapa kita ikhlas hanya kerana Allah, maka jika mereka khinzir sekalipun kita tetap menyayangi mereka! Apatah lagi kalau mereka setakat memarahi kita, menengking kita atau tidak setuju dengan kita….Kerana cinta kita kepada mereka terlalu besar, sehingga mengaburi segala kelemahan dan kekurangan mereka…Dan itulah cinta yang teragung Mas..”

————————————————————————————————-

Sebulan kemudian…
Di talian telefon yang menghubungkan Seri dan Masitah..
“..Seri, aku sangat terhutang budi dengan kau…Sekarang hubungan aku dengan emak sudah sangat baik…Sekarang aku temui kedamaian yang selama ini aku cari..”

“iye ke? baguslah, Alhamdulillah..apa yang telah berubah? Emak ke Mas?”

“Tak ada apa yang berubah dengan emak,  masih macam dulu…Tapi hatiku yang telah berubah Seri..Selepas kau berikan nasihat dulu, aku terus menyesal dengan kebodohan aku yang meletakkan harga cinta ku pada emak begitu rendah sekali…Aku balik, menangis dan bersolat taubat..Aku mohon maaf kpd Allah kerana lupa dengan apa yang Dia Mahukan…Aku minta kekuatan dari Allah, supaya aku bersabar dan terus mencintai emak di sebalik kekurangan dalam hubungan kami…Aku juga minta pada Allah, supaya aku benar2 ikhlas mencintai emak hanya kerana Dia…Ternyata selepas itu Allah Menolongku…walaupun emak masih begitu, tetapi hatiku disambut ketenangan setiap masa..aku mendapat kekuatan untuk sentiasa bermujahadah dan bersabar dengan setiap kerenah emak…Agaknya emak pun perasan dengan perubahan sikapku, sekarang emak pun nampaknya sudah mula mahu mendengar kata2ku…Alhamdulillah…Seri, terima kasih Seri, kerana mengingatkan aku..”

“Alhamdulillah..kita manusia memang kena sering saling mengingatkan…Baguslah kalau hubungan kau dan emak dah semakin pulih…tapi ingat ye, bukan dengan emak sahaja cinta kita begitu, malah dengan siapa pun yang penting dalam hidup kita..dengan adik-beradik kita, dengan saudara-mara kita..dengan teman2 yang kita sayangi..dengan suami kita…mestilah kita meletakkan cinta yang teragung ini, iaitu cinta yang tak punya sebarang syarat melainkan Allah semata-mata!”

“Iye, betul tu Seri…Banyak manusia sekarang cintanya cinta bersyarat…Contohnya macam dalam soal mencari jodoh…ramai yang mengakui cintanya adalah ikhlas kerana Allah, tetapi pelaksanaannya seolah2 Allah itu diletakkan di pinggiran atau di tempat yang terakhir…Meletakkan rupa paras, umur, kerjaya, harta, keakraban yang telah terjalin lama. jadi dimana Allah?….ramai juga yang tidak dapat menerima kekurangan pasangannya..pemalu, penakut, garang, kasar, lambat..aku juga pernah jumpa yang bercerai kerana tidak dikurniakan cahaya mata…itukah cinta yang ikhlas kerana Allah?”

“jangan begitu Mas…Kita kena sentiasa bersangka-baik dengan semua orang…Mudah-mudahan bila tiba masa kita untuk melaluinya kelak, kita akan jadi orang yang pertama-tama mengotakan kata2nya..Takutnya kalau kita tergolong dalam golongan orang yang kata2nya di mulut sahaja manis, tetapi tidak terzahir dalam perbuatan…”

“Astagfirullah…….Ye Seri….InsyaAllah…marilah kita sama2 meminta dan berdoa kepada Allah, agar memberikan kita cinta setinggi-tinggi cinta, iaitu kecintaan, hanya kerana Allah!..”

Perkongsian: tips muwajjih (penyampai)

Salam..

sekadar perkongsian, semoga bermanfaat untuk yang berjuang di atas jalan ini..

sharing sedikit tips untuk menjadi muwajjih (penyampai):
1) JIWA. Kalau anda dioffer untuk menjadi muwajih, jangan mula memikirkan segala kekurangan diri. Allah sedang memberi ruang untuk anda bergerak pantas dalam dakwah dan tarbiyyah. Katakan dengan penuh semangat luar biasa, “Ya, saya akan cuba!!!”

2) Niat: Mesti tulus dan jitu kerana Allah semata; dengan sulaman niat untuk menyentuh hati manusia supaya mengenal Allah, mengenal Islam. Juga dengan niat untuk memahamkan yang mendengar pada eprkara2 yang besar di sisi Allah tapi selama ni kita tak nampak. Jangan sekali2 niat untuk test skill bercakap! (Ya, ironi sekali dengan point satu, tapi point satu hanya untuk menyambut seruan, harus segera menggugurkan sebarang sebab lain selain Allah!) Atau sebarang niat2 lain yang hina dina. Niat anda kelak akan terlempar ke muka anda sendiri biarpun orang lain tidak tahu.

3) Orientasi ialah mesej bukan bahan! Jangan sekali-kali membentangkan bahan, tapi hantarkan mesej kpd yg mendengar, dan mesej ini mestilah mesej yang segar yang belum dketahuia oleh pendengar, atau selama ini disalah anggap. Secara logiknya, jika anda tidak memberikan satu pembaharuan kpd pendengar, anda akan seolah2 membacakan sahaja bahan itu di depan pendengar.
Drop kan semua point2 yang anda sendiri tak dapat fahami!
Kadang2 dlm persediaan sbg muwajih, ada point dari bahan yg kita baca, kita pon x dapat nak paham, tak apa, drop kan saja! Setiap yang keluar dari mulut anda mesti anda sendiri fahami, yakini dan amali! Kalau anda sebut sesuatu yang anda sendiri tak faham/tak yakini maka anda tidak akan dapat memahamkan dan meyakinkan pendengar.

4) Baca bahan sampai anda faham (sampai keluar air mata pun). sekali lagi, a bit ironi kpd point sebelumnya yang saya sebut drop kan point yg anda tak faham. tetapi selagi terdaya, gunakan seluruh tenaga, pemikiran dan masa anda untuk memahami bahan yg akan dbentangkan. Bacalah sampai 7-8 round bahan tersebut sampai anda betul2 faham apa yg akan disampaikan. rujuk kepada yang lebih tahu. cari sumber lain utk membantu.

5) Bangun solat taubat dan tahajud. Terutamanya malam sebelum pembentangan. Saya kira ini adalah persiapan paling penting untuk dilaksanakan. Bangunlah memohon ampun atas segala dosa dan kesilapan, moga-moga dosa kita tidak menjadi penghalang untuk pendengar meraih ilmu, kefahaman dan pembasahan jiwa.

Pada pengalaman saya, ada satu kali saya tidak terbangun untuk solat taubat, dalam pembentangan tersebut saya telah tersebut kata-kata yang tidak appropriate dan tidak necessary sehingga mengguris hati yang mendengar, bila saya cek balik, sunggohpon saya meyakini setiap yang terkeluar dari mulut itu adalah yang terbaik yang Allah telah tetapkan, ttp ia juga mungkin lahir dari dosa dan silap saya yang tidak diampunkan Allah, astagfirullah…

6) Berikanlah segala kesungguhan anda. Keadaan ummat, dan tanggungjawab yang kita pikul menjadikan setiap saat, dan setiap usaha yang tercurah di atas jalan ini adalah sangat krtikal dan sangat genting. Setiap perkataan yang anda ucapkan tidak boleh anda bazirkan pada kesesiaan. Anda harus berusaha sehingga setiap bait kata anda menusuk jiwa yang mendengar!

It’s okay kalau anda nervous dan gementar, it’s okay kalau suara anda tersekat2, it’s okay kalau anda membosankan, it’s okay kalau anda tak pernah ada pengalaman berucap di depan, it’s okay jika anda tak pandai membuat jenaka..
tetapi it is not okay kalau anda tidak memberikan seluruh jiwa dan raga anda untuk menyampaikan!!
It’s not okay jika anda hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

From the point of view seorang pendengar, seperti yg saya jelaskan, saya tidak kisah jika anda nervous atau apa pon, tetapi saya sangat tidak senang jika saya dapat membaca anda datang dengan kerja separuh jalan, atau datang sekadar membacakan bahan yang terrentang di depan mata. Itu tidak dapat saya terima, walaupon saya sedia memaafkan.

Anda sendiri juga harus merasakan betapa pentingnya dan betapa mustahaknya setiap bait kata yang anda lafazkan. Kalau dalam pembentangan ustaz salam, beliau tidak suka kalau makanan diedar dan dimakan sewaktu pembentangan sedang dilakukan, hanya boleh makan waktu rehat. Dalam satu ceramah uztas salam, beliau menegur pendengar yang makan biskut, “waktu awak ambik biskut tu, awak mungkin akan terlepas point paling penting dalam pmbentangan ini” Ini adalah contoh orang yang mengambil berat pada setiap perkataan yang diucapkannya! Dan anda juga mesti begitu.

Anda mesti merasa tidak selesa bile nampak pendengar mula mengantuk atau mula hilang concentration. Anda bukan nak menghabiskan pembentangan bahan tu, tapi anda nak mendeliver mesej yang terlalu penting! berehat lah banyak2 kali pon x pa, mainkan video2 selingan, kalau tak sempat habiskan bahan pon x apa! Itu lebih bermakna dari habis bentang bahan dalam keadaan pendengar ramai yang dah tertidur atau dah tak mendengar kerana hilang tumpuan…

7) Ambil berat pada jiwa yang mendengar. Apabila anda membentang, anda bukan superior kepada yang mendengar, anda hanyalah seorang yang baru mendapat kesedaran dan sangat ingin berkongsi dengan teman-teman anda, maka layanlah setiap yang mendengar seperti teman-teman yang sangat anda cintai. mesti berusaha mengenali setiap dari mereka; tahu nama mereka dan kalau boleh apa yang signifikan pada mereka. seperti mana kita rasa dihargai apabila orang lain kenal dan ingat pada kita, begitu juga perasaan para pendengar. Bukankah apabila kita sebagai pendengar rasa dihargai, setiap kata yang kita dengar semakin bermakna buat kita?

8) banyak banyak banyakkkkkk membaca! menjadi seorang muwajjih bermakna turun ke medan perang, dan anda harus turun dalam keadaan yang sangat bersedia dan penuh dengan senjata2 paling canggih iaitu ilmu2 yang berguna! pembentangan akan menjadi lebih berkesan jika anda dapat mengolah point2 penting dengan ilmu2 yg dikutip dari sumber2 lain.

dan untuk point ini, dekatkanlah diri dengan Quran dan Sunnah, kerana ilmu yang paling bermanfaat dan yang akan menyentuh jiwa adalah kalam2 Allah dan pesan2 Rasulullah..maka banyak2lah membaca dan menghafaz al-quran dan hadis, dan banyakkkanlah mendalami tafsir al-quran dan huraian hadis. InsyaAllah sangat bermanfaat utk jiwa anda dan juga jiwa pendengar.

9) Luruskan niat! Luruskan niat! Luruskan niat! Saya pernah dikritik, dikutuk malah diketawakan semasa/selepas membentang. Saya juga pernah rasa kecewa bila ada jiwa yang tidak dapat menerima kata2 saya atau terguris hati dengan apa yang saya sebut. Ya, rasa2 itu memang amat sakit sekali. Juga pernah rasa gembira apabila ada yang memuji. Maka tanyailah diri anda semula, anda membentang kan itu sebab apa? Kalau anda ikhlas kerana ALlah semata2 dan sudah berusaha memberikan yang terbaik, maka kata2 yang mengguris hati atau pujian2 tak akan menggoyahkan hati anda. Anda akan terus teguh berjuang insyaAllah………..

Sekian sahaja, minta maaf kerana tips ini terlalu panjang. dengan izin Allah saya harap ianya bermanfaat untuk semua.
Minta maaf juga jika tips2 ini salah dan tidak sesuai untuk diguna, ambillah mana2 yang anda rasakan baik…

Allahua’lam
yang sedang diuji……


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers