Archive for April, 2010

biah sangat penting

pada pandangan saya, antara faktor terbesar kejayaan sebuah tarbiyyah itu adalah pengwujudan sebuah biah yang paling soleh. biah adalah suasana/environment yang diciptakan oleh orang2 yang terlibat dalam tarbiyyah itu.

tetapi kita selalu terlepas pandang hal ini. kita selalu sibuk dan menyibukkan diri dengan manhaj dan bahan tarbiyyah ataupun isu2 technicalities. Tidak ada keraguan lagi ilmu sangat penting untuk mengajak manusia kembali kepada Allah. Begitu juga dengan silibus dan bahan yang disampaikan. Seorang murabbi memang harus bersunggoh2 mendalami ilmu sebanyaknya dan menambah kefahaman supaya dapat menyampaikan ilmu2 ini sehingga mereka juga akhirnya faham sepertimana kita faham.

Tetapi kita lupa, manusia bukan sahaja perlukan ilmu, mereka lebih2 lagi memerlukan bukti atau aplikasi terhadap ilmu itu. barulah akhirnya mereka akan percaya terhadap ilmu itu.

Analoginya seperti kita mengajar seseorang  cara2 membuat kek secara teori. Kemudian kita cuba yakinkan dia bahawa kek ini kalau dibuat pasti sangat sedap. Kemungkinan besar orang itu akan percaya je kek ini pastinya sangat sedap, tetapi jika kita buat kek itu sendiri dan beri dia rasa bahawa kek ini sememangnya enak dia pasti lebih2 lagi amat percaya bahawa resepi yang diajar secara teori tadi memang boleh menghasilkan sebuah kek yang sangat enak, pasti selepas itu dia tidak teragak2 lagi untuk  mencuba membuat kek yang sama!

Sebab itu kita harus tunjukkan bukti terhadap apa yang kita ajarkan.

Terpaling penting apabila kita hendak mengajak manusia supaya beramal/membaiki amal. Kita harus tunjukkan melalui amal kita sendiri, bukan setakat cakap di mulut sahaja. Bila kita mengajarkan tentang solat, solat kita sendiri bagaimana? Hendak mengajak orang solat berjemaah kita lah yg pertama2 sekali kena paling rajin solat berjemaah. Mengajak orang membaca ma’thurat, tapi bila subuh kita yang pertama2 tertidur sewaktu orang lain membaca mathurat?. Mengajak orang menutup aurat dengan baik tapi kita sendiri masih macam dulu? (eh, owh ini mungken signifikan pada saya je haha).

Terlebih2 lagi bila kita hendak mengajak orang supaya membuat kerja dakwah. Allahurabbi, saya bertanya diri saya sendiri terlebih dahulu tentunya; sudahkah aku bekerja keras dalam usaha dakwah ku? Kalau aku sendiri tidak mendakap usaha dakwah ini dengan kemas dan erat lalu bagaimana hendak meyakinkan orang bahawa hanya dengan usaha dakwah ini lah yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat? Bagaimana meyakinkan orang bahawa kita harus meletakkan dakwah itu lebih utama dari segala2nya?

Kemudian kita bicara tentang soal biah. Usaha yang dibuat secara kumulatif itu pastinya mendatangkan impak yang lebih besar dari usaha2 kecil individu2 tertentu sahaja. Maknanya begini, kalau kita ambil contoh solat berjemaah tadi, bila kita ramai2 bersunggoh2 melaksanakan solat jemaah orang akan nampak kepentingan solat jemaah itu. Ataupun kita ambil contoh menjaga aurat, bila kita ramai2 betul2 menjaga aurat sebaiknya orang akan nampak, ‘wah, diorg semua ni memang serius dalam soal penjagaan aurat’ berbanding dnegan jika hanya seorang dua sahaja yang betul2 menjaga aurat.

Begitu juga dalam apa jua aktiviti harian kita, bukan dalam ibadat sahaja. cara bercakap kita, akhlak kita, kalau semua yang di dalam tarbiyah itu benar2 mempraktiskan islam sebenar, yang melihat pasti akan merasa ‘aura kekuatan’ islam itu.

Lebih2 lagi dalam medan dakwah kita sesama pelajar. Adik2 sentiasa melihat kepada kakak2. Begitu juga saya dahulu, banyak belajar dari melihat qudwah yang ditunjukkan, jauh lebih banyak dari ilmu dan teori yang diterangkan. Saya dapat melihat bukti nyata indahnya islam itu apabila dibawa masuk dengan benar dalam kehidupan, dan lebih2 lagi bila semua kakak2 itu benar2 melaksanakannya. The mass effect is too strong to be ignored! Saya melihat satu kakak ke satu kakak yang lain semua sama, semua benar2 hidup dengan kehidupan islam. So the theories are proven, and that really convinced me. kalaulah masa itu cuma seorang dua sahaja yang begitu sementara yg lain2 tidak pasti saya tidak akan dapat merasa keyakinan yang sama.

Oleh itu saya menyeru kepada kakak2 sekalian, marilah kita bersunggoh2 mewujudkan biah yang soleh ini, sekalipun kita tidak mahu/belum bersedia untuk menjadi naqibah/penyampai. jagalah akhlak kita elok2, tingkatkanlah amalan kita. Kadang2 adik2 yg tidak rapat dengan kita pun akan terkesan dengan perbuatan kita apabila kita menjadi sebahagian dari ‘jemaah besar’ yang memiliki ciri2 yang sama ini.

Dakwah ini adalah dari Allah. Maka kita harus melaksanankannya dengan serius. Yakni bukan hanya di mulut sahaja, tetapi harus diterjemahkan dalam kehidupan.

Peringatan ini unutk diri saya sendiri sebelum untuk orang lain.
Saya memohon ampun kpd Allah jika selama ini saya tidka berbuat seperti yang saya cakap.
Saya juga memohon maaf kpd anda semua atas silap yang sama.
Allahua’lam.

Advertisements

of the ups and downs, Allah Knows

beberapa lama tidak menulis, bukan kerana tidak ada perubahan yg berlaku dalam hidup, sebaliknya terlalu banyak yang berlaku sehingga tak berkesempatan untuk menulis.

1) Usrah
Baru2 ini berpeluang menghuraikan kepentingan usrah, semoga yang mendengar dapat memahami apa yg disampaikan, jika tidak, saya memohon ampun kpd Allah atas kelemahan diri menyampaikan risalahNya.

Sebelum itu sempat juga saya huraikan bahawa ‘islam’ itu hanyalah satu perkataan bahasa arab yg diguna pakai sbg lambang orang2 yg menundukkan dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Maka org2 islam adalah org2 yg tunduk patuh kpd Allah dan org2 yg tunduk patuh kpd Allah adalah org islam. Yang memberikan satu manifestasi iaitu kalau tak guna perkataan islam pun kita masih islam selagimana kita tunduk dan patuh kpd Allah. Panggillah dgn nama apa pun, bahasa apa pun, agama tauhid ke, agama berserah diri ke, agama org2 menyembah Allah ke, dalam bahasa cina ke, bahasa tamil ke, sama, bukan nama itu yg menjadi sandaran keislaman seseorang, tetapi ketundukan dan kepatuhan kepada Allah semata2 (yg terjelma dalam amal, akhlak, perkataan,perbuatan, dan cara hidup).

Begitu juga lah dengan usrah. Ianya hanyalah nama, yang bermaksud ‘keluarga’.

Usrah adalah sebuah sunnah kerana ianya dipelopori oleh rasulullah saw. Dalam usrah yg rasulullah laksanakan, baginda mengajarkan para sahabat wahyu2 (yakni ayat2 Al-Quran) yg diturunkan kpd baginda, lantas wahyu2 ini menjadi sumber pegangan dan rujukan para sahabat, yang melahirkan generasi Al-Quran yang sangat mantap. Generasi yang mendahulukan wahyu Allah daripada pertimbangan rasional akal sendiri. Yang meletakkan neraca Allah di hadapan neraca manusia.

Lihat peristiwa Perang badar:

Pasukan Muslimin bergerak maju dan kemudian berhenti sejenak di tempat yang berdekatan dengan Badar (tempat paling dekat ke Madinah yang berada di utara Mekkah). Seorang sahabat bernama Al-Hubab bin Mundhir ra., bertanya kepada Rasulullah SAW, “ Apakah Allah mewahyukan kepadamu untuk memilih tempat ini atau ianya strategi perang hasil keputusan musyawarah?”. Rasulullah SAW bersabda, “Ini adalah hasil strategi perang dan keputusan musyawarah”. Maka Al-Hubab telah mengusulkan kembali kepada Rasulullah SAW agar pasukan Muslimin sebaiknya bermarkas lebih ke selatan tempat yang paling dekat dengan sumber air, kemudian membuat kolam persediaan air untuk mereka dan menghancurkan sumber air yang lain sehingga dapat menghalang orang kafir Quraish dari mendapatkan air. Rasulullah SAW menyetujui usulan tersebut dan melaksanakannya (dipetik dari http://azharjaafar.blogspot.com)

Allahurabbi! Betapa agungnya para sahabat yang meletakkan keputusan Allah di hadapan pertimbangan akal.

Bukan bermakna kita tak boleh memutuskan apa pun dalam hidup ini, in fact dalam sebuah hadis rasulullah bersabda, ‘Kamu lebih tahu urusan hidupmu’. hadis ini dilafazkan apabila sekumpulan penduduk menghentikan proses mengkahwinkan antara pokok2 tanaman mereka apabila Rasulullah menyebutkan apakah ada bezanya sama ia dilakukan atau tidak. rasulullah menyebutnya lebih kepada sebuah curiosity daripada sebuah teguran tetapi penduduk di situ menyangka ianya adalah sebuah perintah, lalu menghentikannya dan hasilnya tanaman mereka pada tahun itu tidak menjadi. Selepas itulah Rasulullah bersabda, “kamu lebih tahu urusan hidupmu” mengisyaratkan bhw ilmu yg Allah kurniakan pada kita berbeza2, maka gunakanlah akal dan ilmu yg dikurniakan kpdmu utk melaksanakan urusan seharian. Tetapi di mana ada wahyu Allah yg telah Allah gariskan untuk hidup ini mesti kita patuhi. (wa ma kholaktul jin na wal ins illa li ya’budun, remember?)

Kita hari ini bagaimana?

Betapa jauhnya kita dari wahyu2 Allah ini? Kita bukan lagi orang yang tahu tetapi tidak mahu melaksanakan, malah kita adalah orang2 yg tidak tahu!  Kita adalah orang2 yg telah tercabut ruh Al-Quran dari jiwa2 kita sehingga tali yang menghubungkan kita kpd Allah terputus terus. islam kita hari ini adalah atas sandaran nama, bukan lagi sandaran akhlak dan cara hidup.

Kita hari ini tidak tahu isi kandungan ‘surat’ yang Allah Tulis khusus kepada kita. Surat yg sama yg telah melahirkan manusia2 berjiwa besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Surat yg telah mengubahkan begitu banyak jiwa para sahabat shng sebaik surat ini tertanam dalam jiwa mereka sanggup berpaling 180 darjah meninggalkan kehidupan yg lama, sehingga sanggup mati sebaik merasai cinta kepada Allah hasil hati yang tertaut, bersambung secara langsung dengan Allah.

Maka orang2 yang secara tulus hati, yang mengasihi saudara2nya, yang ingin mengembalikan semula manusia kepada Allah, yang ingin menghidupkan kembali wahyu Allah ini dalam diri2 manusia, ‘mengutip’ kembali template yang telah Rasulullah ajarkan, iaitu menganjurkan perjumpaan untuk mengajarkan wahyu2 Allah ini.

hari ini saya amat bersyukur, kerana ada orang yang sudi ‘mengutip’ saya untuk mengajarkan kalimat2 Allah ini, jika tidak pada hari ini, saya akan masih lagi menganggap bahawa Al-Quran adalah sebuah bacaan yang mendatangkan pahala semata2, tidak lebih dari itu.

Inilah jawapan sekiranya ada yang bertanya2 usrah itu untuk apa. usrah adalah untuk mengajarkan firman2 Allah. Tidak lebih dari itu.

Kalau begitu mengapa perlu usrah? Tak bolehkah kita belajar sendiri?. Jawapannya tentu boleh, tapi betulkah kita akan belajar? usrah menyediakan satu suasana kondusif untuk menolak kita terus-menerus belajar firman2 Allah ini. Ia bersifat berterusan, istiqamah dan menuntut peningkatan. Sekarang jawaplah, kalau kita memilih untuk belajar sendiri, berapa lama semangat kita akan bertahan? Sampai bila kita akan istiqamah? Denagn siapa kita hendak berbincang dan bertanya?

Kemudian kita mendengar tuduhan2 dan perkataan2 tidak elok yang dilemparkan kepada usrah. saya berfikir, tidak elokkah belajar Al-Quran? Tidak elokkah menghubungkan tali yang telah terputus kembali bersambung kepada Allah?

Beberapa minggu lalu ada orang mengatakan bahawa usrah memecah-belahkan masyarakat (atas sandaran apa ni?) sehari selepas itu sewaktu sedang membaca tentangan dan penyiksaan terhadap perjuangan rasulullah, salah satu tuduhan yang dilemparkan kafir quraisy kepada baginda ialah apa yg baginda bawa memecah-belahkan masyarakat. (dalam hati, wow! adakah kita semakin menghampiri kesaksamaan perjuangan rasulullah?. lepas tu, blerghh, jauh panggang dari api). anyways, 23 tahun selepas rasulullah hadir, masyarakt arab yang bertelagah sesama sendiri dan tidak dikenali oleh manusia2 lain di muka bumi waktu itu muncul sebagai sekelompok manusia yang bersatu-padu dan kukuh dan selepas itu islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sampai 2/3 penduduk dunia tunduk di bawah pemerintahan islam.

Jadi soal memecah-belah atau menyatu padu ini harus diperkatakan dengan hati2. Kita guna scale apa? scale sesama students di newcastle atau scale 6 billion penduduk dunia? Lepas tu kena lagi super hati2, kita tengah argue dengan siapa ni? dengan orang yang dalam usrah atau dengan Allah?

Kesimpulannya, panggellah nak panggel apa pon, usrah ke, islamic talk ke, perjumpaan mingguan untuk belajar agama ke, sisters in islamic talk ke (heheh), ianya adalah untuk mengembalikan manusia kepada Allah semata2 dengan membuka lembaran al-Quran, membaca maksudnya, memahami maksud di sebalik ayat itu, mengambilnya untuk dijadikan panduan hidup, menyedarkan bahawa ia bukan bahan bacaan semata2.

di belakang kita siapa?
Allahua’lam.

Tidak akan berputus asa! InsyaAllah

Para daie, pasti dan pastinya adalah manusia biasa yang punya perasaan yang bisa tewas bila dipulas-pulas, punya jasad yang bisa penat dan lemah bila diperah-perah. Tak hairan dan tidak mengejutkan bila kadang2 daie mengadu sudah tak larat menunggu. Menunggu orang yang ingin disentuh hatinya masih lagi tak bisa disentuh. Rasa ingin melepaskan orang2 yang ‘kelihatan’ seperti sentiasa ingin melepaskan diri tetapi kitalah yang tak ingin untuk melepaskan. Rasa ingin meninggalkan orang2 yg sibuk mengejar dunia ini dan segala nikmatnya sedangkan kita sudah berpenat lelah mengkhabarkan tentang satu perdagangan yang jauh lebih baik. Rsa ingin hanya membawa yang sudi menaiki kapal yang kita pandu dan meninggalkan orang2 yg tak sudi menginjak naik ke kapal kita.

Janganlah begitu.

Hati ini hakikatnya milik Allah, bukan hak kita untuk menentukan siapa baik siapa tidak. Bukan hak kita memilih siapa yang layak siapa yang harus ditinggalkan. Rasulullah ketika diutuskan, diturunkan wahyu, “Wahai orang yang berselimut. Bangkitlah dan berilah peringatan!” (Al-Muddatsir) Seruan ini Allah arahkan agar sampai ke seluruh pelusuk alam. Maka Rasulullah pun menyampaikan dengan ikhlas agar ia sampai kpd semua, biarpun kemudiannya baginda dicerca, dipukul, diugut bunuh. Kita pula bagaimana? Ada tak kita dipukul? Ada tak kita dicerca? Ada tak diugut bunuh?

Maka janganlah begitu.

Benar, kita takkan upaya dengan kudrat dan iradat kita yang sehalus selembar benang ini menyampaikan sama rata pada semua. Maka bertindak bijaklah. Kita tidak tahu hati manusia ini bila ia akan tersentuh. Mungkin hanya satu kali sahaja lagi, hatinya akan tersentuh, tetapi sebelum kali yang terakhir itu kita sudah menyerah kalah! Sebab itu teru dan teruslah mendampingin dan mengasihi kerana kita tidak tahu bila ‘kali yang satu’ itu akan tiba.

Kalau tak berjaya begini, berbuatlah begitu. Nabi Nuh a.s telah meninggalkan kita satu pengajaran yang amat bermakna; cubalah bermacam2 cara untuk menyentuh hati manusia; bacalah surah Nuh, telah digariskan panduan2 dari nabi nuh, kalau seruan secara langsung tak menjadi, berikan seruan scr tak langsung, khabarkan berita gembira yg Allah janjikan buat org beriman, berikan ancaman kpd org yg ingkar, pandanglah dan lihatlah kpd alam utk mengetahui kekuasaan Allah, berjalanlah dan lihatlah kebesaran Allah,renungilah penciptaan dirimu, serulah secara lembut, serulah secara tegas, tetapi jangan berputus-asa, sampai betul-betul tak larat. Dalam konteks Nabi Nuh, ‘ketidak-laratan’ baginda hanyalah selepas seribu tahun kurang lima puluh. Subhanallah!

Sebab itu teruslah dan teruslah berjuang.

Mungkin juga usaha kita tidak berkesan kerana diri kita. Dalam kita sibuk memandang kesalahan orang, dalam kita sibuk menyalahkan bermacam2 faktor knp usaha kita tidak berhasil, kita terlepas pandang  kecuaian diri kita sendiri. Hati yang hitam dan kotor takkan bisa menjernihkan hati2 yang lain. Mungkin dosa2 kita telah menyebabkan usaha kita terbang bak debu2 di mata orang lain. Mungkin akhlak kita yang buruk bertentangan dengan apa yg kita seru. Mungkin orang tidak nampak keindahan mengabdikan diri kpd Allah kerana kita tidak menzahirkannya. Maka insaflah! Sebaik2 usaha menjadi daie yang cemerlang adalah pengsilahan diri yangberterusan, dari segenap sudut. Saya menyeru diri saya tentunya lebih dahulu sblm orang lain.

Allahurabbi, sayangilah kami dan juga orang2 yg kami sayangi. Semoga mereka akan sama2 merasai kasih dan sayang ini. Semoga kasih sayang ini akan bersambung terus sampai ke jannah yang amat kami idam-idamkan.

Allahua’lam


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers