Archive for July, 2010

yang pertama adalah meyakini

Saya bukanlah orang yang banyak berpengalaman dalam tarbiyyah
tetapi hanya ingin berkongsi sedikit rasa hati.

Pada pandangan saya, apabila kita hendak menyeru orang ke arah kebaikan, yang terpaling penting adalah kita meyakini sepenuhnya bahawa orang yang kita seru itu pasti akan berubah ke arah kebaikan. begitu juga apabila kita hendak menyeru orang supaya mereka bersama-sama kita menyeru orang-orang lain pula untuk menjadi lebih baik, kita hendaklah meyakini bahawa hati mereka akan terbuka untuk menggalas tanggungjawab tersebut, tidak kira berapa lama pun masa yang perlu kita ambil untuk mencapai tujuan tersebut.

Perkara ini nampak seperti common sense, i.e. secara logiknya memanglah apabila kita hendak menyeru orang, kita sudah tanamkan dalam diri bahawa kita akan berusaha sehingga berjaya (sehingga orang itu benar-benar berubah)

tetapi pengalaman mengajarkan saya bahawa konsep semudah ini kadang-kadang amat sukar dilaksanakan. Maksudnya, dalam diri para daie, kadang-kadang kita lebih bersikap menghakimi (judgmental) dan buruk sangka terhadap orang-orang yang kita seru. Akhirnya, hati-hati manusia tidak dapat disentuh, dan selepas itu kita kembali menambahkan buruk sangka kita bahawa sememangnya Allah belum Mahu membuka hati mereka, yang seterusnya menyebabkan kita semakin kurang semangat untuk menyeru mereka. Akhirnya, mereka tercicir, dan kita pula menyangka kita telah berusaha sekeras dan sepenuh tenaga kita.

kita selalu menyebutkan kisah sirah rasulullah tetapi sejauhmana kita benar-benar mempraktikkan teladan yang baginda tunjukkan kepada kita? Dalam peristiwa taif yang famous itu, kita telah arif bagaimana tindakan Rasulullah terhadap penduduk taif yang melayan baginda dan Zaid Harithah dengan amat buruk sekali. mereka sanggup membuat barisan panjang mengiringi nabi Muhammad dan Zaid keluar dari taif, bukan sebagai penghargaan, tetapi utnuk melempar batu dan najis sehingga kedua-dua nabi muhammad dan Zaid luka parah.

Malaikat jibril pun turun diiringi malaikat2 penjaga gunung di sekeliling taif, siap untuk menggilis penduduk taif antara banjaran2 gunung, tetapi dalam luka parah, dalam penat baginda, dalam kesedihan, Rasulullah melarang penduduk taif diapa-apakan, malah mendoakan supaya kelak di antara keturunan penduduk taif akan ada yang beriman kepada Allah dan Rasulullah.

kita ni, belum pun dilukai, malah dicerca pun belum, tetapi sudah cepat menyerah kalah. jauh sekali untuk mendoakan.

Hati manusia berbeza-beza. Ada orang yang sedikit tolakan saja sudah dapat menggerakkannya. Tetapi ada orang yang di akalnya faham, tahu, dan meyakini, cuma hatinya sahaja belum bersedia. Di sini, tanggungjawab seorang daie adalah untuk meyakini bahawa orang itu, hatinya boleh dibuka, malah keyakinan itu melebihi keyakinan individu yang terlibat itu sendiri!

Secra mudahnya, pasti setiap dari kita punyai pengalaman, ada sesuatu yang kita hendak laksanakan, tetapi kita tidak yakin pada kemampuan diri kita, lalu datang seseorang. baik ibu kita atau ayah kita atau teman rapat kita atau cikgu kita datang memberikan kata2 semangat, dan mengucapkan, “Saya sangat yakin kamu pasti dapat melaksanakannya!” ataupun, “Kamulah orang yang terbaik untuk melaksanakan”, ataupun, “walau apa pun terjadi, kamu tetap yang terbaik”, tiba-tiba keyakinan kita datang meluap-luap, segala kegentaran hilang dan kita rasa yakin untuk melangkah dan melaksanakan, hanya kerana hati kita tersentuh atas keyakinan seorang manusia lain ke atas kita!

Malangnya ramai antara kitatidak bersikap begini, ramai yang bersikap ragu-ragu dan memandang enteng orang-orang yang diseru. dan kadnag-kadang kita tidak menyedarinya. Ia berlaku denagn begitu halus sekali.

Awal-awal lagi kita menghakimi manusia berdasarkan rupa luaran atau latar belakang. tudung labuh? tidak bertudung? dari sekolah agama? dari sekolah harian? suka menonton drama korea? suka dengar nasyid? banyak bertanya dan banyak mempertikaikan? banyak berdiam diri?

Kita boleh berfikir dan cuba mengenali manusia, tetapi apa yang berlaku kadang-kadnag kita tanpa sedar telah meletakkan ‘keyakinan yang berbagai level’. Ada manusia yang keyakinan kita padanya untuk ebrubah dan bergerak begitu tinggi, dan ada pula yang awal-awal lagi kita telah meletakkan mindset ‘susah’ nak ubah orang ini.

Sekali lagi, dari pengalaman saya yang cetek, kita tak mungkin akan tahu sebenar-benarnya apa yang ada dalam hati manusia. Kerana tugas kita bukan menghakimi, tetapi meyakini.

Begitu kita belajar dari yakin dan doa rasulullah memohon kepada Allah membuka hati satu antara dua manusia: Abu jahal atau Umar Al-Khattab. Keyakinan yang tinggi.

begitu juga kita belajar dari Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, ketika para ikhwan hendak menyerang balas tulisan Syed Qutb (lama sebelum Syed Qutb sendiri menyertai IM) kerana menuliskan kita semua hendaklah kembali ke fitrah haiwani, Imam Hasaan Al-banna melarang tindakan tersebut, dan mendoakan, supaya hati Syed Qutb akan ternuka untuk berubah.

Keyakinan; yang tidak terpalit dengan latar belakang, hatta perbuatan buruk yang pernah dilaksanakan seseorang itu.

kita hari ini bagaimana?

Adakah perjuangan kita ini perjuanagn utnuk mengumpul orang-orang yang sudah sedia baik, dan menjadikan mereka lebih baik, lalu mengisolatekan diri kita dari orang-orang yang kita rasa kurang baik? Malulah kita kalau ini lah dasar perjuangan kita.

Perjuangan kita adalah perjuangan yang berlandaskan keyakinan bahawa semua manusia bisa disentuh hati-hati mereka, walau seburuk mana latar belakang mereka, walau betapa kental jahiliyyah yang melekat pada diri mereka.
sebab itu kita jangan cepat melatah bila ditebarkan kata-kata yang kurang enak, sesungguhnya itu baru sedikit teman. jangan cepat membuat kesimpulan terhadap diri manusia bila mereka menolak atau mempertikaikan kita. jangan cepat berputus asa. yang paling penting, jangan sekali-kali membuat keputusan bahawa mansuia tersebut sudah tak mungkin diubah. ada kemungkinan, orang itu juga sebenarnya sedang mencari jawapan, dan dalam proses mencari jawapan itu terserlah segala kerungsingan dan kekalutan hatinya.

tetapi, tugas kita adalah meyakini. dan sesudah meyakini, mengasihi.

Allahua’lam.

sudah begini lama tapi kamu masih belum faham?

peringatan! entri ini amat peribadi sekali, kerana blog ini, selain merupakan medium dakwah saya, juga adalah tempat saya meluahkan segala.

saya amat meyakini bahawa jalan dakwah ini adalah satu2nya jalan. the one and only.
saya juga amat meyakini bahawa dakwah mesti diletakkan di atas segala-galanya.
Hari ini saya akan menulis tentang struggle saya di antara dakwah dan study. ya, sekali lagi, tetapi kali ini amat lebih personal dan mendalam.

Study dan exam.

Saya meyakini lulus exam bukan pada banyaknya usaha study. saya meyakini lulus periksa bukan berada pada tangan examiner, atau darjah kesusahan soalan, atau buat atau tidak past years, atau berbincang dengan teman-teman. saya meyakini lulus exam adalah pada Allah secara mutlak.

Tetapi realitinya study dan exam adalah satu perkara yang amat rumit dan kompleks. Dan saya yakin ALlah sengaja jadikannya begitu sebagai ujian kepada hamba-hambaNya. Untuk kita telusi, untuk kita hadapi, untuk kita harunginya dengan jaya.

Di satu sudut, study itu sendiri akan membuahkan satu senjata dakwah yang amat hebat, iaitu sebuah profesion. jadi dengan sendirinya, secara otomatis, kita mengakui bahawa kita perlu excel dan lulus dalam study. Sunnatullah untuk kecemerlangan itu ialah usaha study yang berusngguh-sungguh, walaupun natijahnya dipegang oleh Allah.

Dalam pecahan kecilnya pula, study dalam konteks diri saya adalah medicine, ilmu perubatan yang amat luas tidak bertepi. sekuat mana pun saya study tidak akan pernah cukup, tidak akan pernah menyeluruh, tidak akan pernah habis walaupun saya belajar sampai ke akhir hayat. Dan sistem universiti saya yang tidak pernah mahu memberitahu markah atau gred dan cukup sekadar pemberitahuan lulus atau gagal sahaja amat menyulitkan keadaan kami untuk mengetahui status pencapaian kami, terlebihkah atau terkurang belajar? Dirumitkan pula dengan terbuktinya ada teman-teman yang menemui kegagalan menyebabkan setiap kali peperiksaan, baik sudah belajar separuh mati pun perut tetap kecut. Secara jujurnya, setiap kali peperiksaan berakhir, saya akan sentiasa menyiapkan diri untuk menerima keputusan gagal dari tahun satu sampai kini di tahun akhir.

sekarang saya sudah menceritakan keadaan peperiksaan di universiti saya yang tak pernah mengizinkan kami untuk berlengah walau sedikit.

seterusnya kami pengendong2 dakwah di newcastle ini tidak pernah mengangkat isu study ini ke peringkat yang lebih serius walaupon pada pandangan saya kita sudah perlu memandang serius soal study ini kerana ia boleh menjejaskan masa depan dakwah. di peringkat individu ia akan menjejaskan dakwah kerana ketidakpastian untung nasib dan masa depan individu tersebut. kegagalan dalam peperiksaan juga selalunya menjejaskan emosi. saya amat bangga denagn teman2 yang terus tabah menjalankan dakwah di sebalik ujian peperiksaan. tetapi kiat tidak boleh terus tumpang bangga sahaja, kita perlu ambil langkah lebih serius untuk membantu mereka2 yang perlu dibantu, dan tidak terus menutup sebelah mata dan meletakkan isu ini sebagai ‘dugaan buat daie semata-mata’. tidak, saya yakin Allah memberi ujian ini supaya kita berusaha mencari jalan keluar. itu pendapat saya.

di peringkat masyarakat, gagal dalam peperiksa juga memberi impak yang amat besar kepada dakwah. apa mesej yang kita sednag beritahu kepada adik2? adakah kita memberitahukan bahawa orang-orang yang berdakwah juga boleh berjaya dalam pelajaran, atau kerana dakwah lah study terjejas? hakikat sebenranya kita semua masing2 tahu dalam diri masing2, tetapiĀ  adik2 akan mula membuat assumptions dan penilaian mereka sendiri tanpa dapat kita bendung. maka tidak dapat tidak para pendokong dakwah mesti maju dalam pelajaran supaya adik2 akan menyambut usaha ini tanpa ragu2.

sebab itu, pada pendapat saya kita mesti mula syurakan isu study ini dan tidak lagi menepuk bahu masing2 mengucapkan selamat maju jaya sebelum peperiksaan bermula dan mengusap bahu masing2 bila tidka lulus pelajaran. Kita tidak boleh lagi membiarkan isu ini ditanggung sendiri2 oleh jiwa2 pendokong dakwah . jadi cadangan saya ialah sepertimana kita saling tolong-menolong dalam usaha dakwah begitulah juga kita harus tolong-menolong dalam soal study. sepertimana kita mengambil berat segala soal teman2 kita dalam dunia dakwah, begitulah juga kita harus mengambil berat soal study teman2 kita. kalau perlu adakan personal tutor untuk yang benar2 perlu kita wajar adakan. kalau perlu buat tutorial antara kakak dengan adik2 kita lakukan. mengapa tak boleh gabungkan usrah yang bersambung dengan slot perkongsian atau sharing tips untuk exam? alhamdulillah sebleum ini kita telah ada membuat sesi sharing is caring, tetapi itu tidak cukup. mengapa tidak wujudkan lujnah study yang bertanggungjawab menghimpun semua past years untuk semua batch dan memastikan semua orang menerimanya, mengatur dengan kemas sesi2 antara adik2 denagn kakak2 dan memantau masalah2 individual yang berlaku.

iya, saya akui, dalam soal ini kita harus amat berhati-hati; jangan sampai terjadinya pemberatan soal study melampaui tanggungjawab dakwah. tetapi saya tetap teguh ingin mengatakan, bahawa soal study ini tidak boleh lagi kita sapu ke bawah karpet.

mengapa saya membangkitkan isu ini? kerana baru2 ini saya terpaksa mengambil keputusan menyingkatkan kehadiran saya ke sebuh program kerana peperiksaan saya sudah amat hampir. dan saya amat kecewa sekali kerana tidak ada yang sudi bertanya dan memahami mengapa saya terpaksa mengambil keputusan tersebut disebalik saya sendirilah orang yang selalu melaung-laungkan bahawa Allah lah pemegang segala keputusan. hakikatnya, keputusan itu buaknlah semata2 kerana peperiksaan itu semata2, ada sebab2 lain, tapi kalau x ada yang sudi mendengar maka biarlah saya tanggung sendiri.

jadi selepas itu saya pun tersedar, betapa kompleksnya isu ini. ia bukan hanya study vs dakwah. ia adalah kehidupan vs dakwah. macam mana kalau ada daie yang punya masalah study dan juga masalah peribadi? maslaah epribadi ni akalu nak dilistkan subhanallah panjang sekali, dari masalah keluarga, kepada masalah kewangan, kepada masalah kesihatan, dan macam2 masalah lagi. setiap masalah dalam study harus kita telusi akar umbinya, adalah ia semata2 masalah study atau adakah maslaah lain? sebab itu saya kata, kita tidak boleh lagi berselindung di sebalik ‘sabarlah di atas ujian ini’

kita harus memasuki fasa mengoptimumkan pencapaian daie, dan termasuk usaha ini ialah cuba sedaya upaya memastikan setiap daie malah semua tidak tercicir dalam pelajaran. kita harus buktikan bahawa dakwah itu asas kecemerlangan dalam segenap sudut. dan termasuk dalam usaha ini ialah duduk, bertanya, dan mendengar masalah2 secara Individual, bukan hanya pukul rata semua orang dan berharap semua orang akan tabah mengharungi laluan ini seorang diri.

isu ini mungkintidak relevan untuk semua orang yang bergelar pelajar, tetapi dalam konteks bumi newcastle uni, saya merasakan ia amat perlu. demi cinta setinggi-tinggi cinta.

kebatilan yang terancang akan menewaskan kebenaran yang tidak terancang. maka sebba itu, kita mesti emrancang dengan perancangan yang kemas. bukankah ini satu perang yang perlu dihadapi dengan strategi dan kerjasama kumpulan?

kemudian sesudah berusaha, barulah kita boleh bertawakal dan megharapkan yang terbaik dari Pemutus segala keputusan.

Allahua’lam

Futur seorang teman adalah salah kita semua

Matlamat kita telah jelas, jalan yang dipilih amat terang tidak dikaburi lalang2 yang meninggi. Kita sudah membuat aku janji, sudah beriltizam, sudah mengimani bahawa hanya dengan jalan ini, yakni jalan seorang yang faham tuntutan lafaz kalimah syahadahnya, akan menjadi jalan yang akan kita lalui buat keseluruhan baki sisa hidup kita.

Kita pun melalui jalan tarbiyyah ini dengan riang gembira di sebalik segala pengorbanan yang terpaksa kita lakukan. Padanya kita temui kemanisan iman, padanya kita hidup setelah lama mati. Padanya kita berubah dan mengubah.

Tetapi kita lupa meyakini satu bahagian dari hakikat jalan ini, sungguhpun telah kita lihat berlaku berulang-kali pada sejarah generasi lampau, yaitu jaaln ini akan penuh dengan kesakitan, demi kesakitan, demi kesakitan.

Kita lupa kerana kita sendiri tidak pernah rasa.

Kemudian apabila sakit itu mula datang menyinggah, kita mula ragu-ragu dengan iltizam kita. Ya, matlamatnya jelas, tetapi keyakinan pada diri sendiri mula renggang. Kita mula berkira semula pada janji-janji kita, ‘mungkin aku belum patut melakukan’, ‘mungkin aku bukan orang terbaik’ , ‘kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku’, ‘mungkin jika aku berdiam diri kerosakan itu tidak akan pernah berlaku.

Pedih.

Dan lebih pedih apabila kita terpaksa tanggung sendiri. Tidak ada yang sudi mendengar, kalau pun ada yang sudi, tidak ada yang memahami. Kita laungkan kembali, “Ya, itulah hakikat jalan ini, kita memang akan menghadapi dugaan demi dugaan, maka bersabarlah”

Duhai teman, tidak perlu disebutkan semua itu, setiap dari kita telah lama mengimaninya sepenuh hati, tetapi apabila hakikat itu menjelma menjadi kenyataan, yang berlaku adalah jiwa-jiwa kerdil ini terkejut dan terpempan akan kedahsyatan rasa sakit itu, tidak pernah menyangka sakit itu sekuat ini.

Duhai teman, ya kita pun sama-sama masih baru di dalam dunia tarbiyyah ini, masing-masing pun masih belum matang dalam selok-belok yang akan kita harungi. Tetapi dengarlah suara hati temanmu, bilamana dia diuji denagn kesakitan yang tidak disangka-sangkanya dalam dunia ini.

janganlah kita jadi teman yang memandang rendah pada temannya yang minta untuk ‘berundur’ selepas diuji. hakikatnya kita telah berbuat apa? sudahkah kita menyelami hatinya? sudahkah kita cuba menghulurkan bantuan? sudahkah kita memberikan kata-kata semangat pada hatinya yang mungkin sudah hancur berkecai-kecai?

jangan begitu teman, hakikatnya futur seorang teman adalah sesuatu yang kita semua harus tanggung bersama.

Allahua’lam


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers