Archive for March, 2010

Hati-hati

Firman Allah, “Bukankah Kami telah lapangkan dadamu?” (Al-Insyirah, ayat 1)

Surah ini diturunkan sewaktu Nabi sedang merasa sangat kesulitan akibat tekanan-tekanan yang diterima oleh baginda dan para sahabat sangat dashyat. Mereka disiksa dari segenap sudut: secara fizikal dengan penyiksaan2 yg kejam, baginda malah diancam untuk dibunuh, tersiksa dari segi spiritual, ekonomi, hubungan saudara, dan yang paling menyulitkan jiwa ialah untuk mengetuk hati-hati yang degil yang menyebabkan baginda, sebagai seorang manusia rasa terhimpit, kesulitan, dan memerlukan bantuan.

Lantas Allah Menurunkan surah ini sebagai sebuah bantuan.

Bantuan itu tidak lain adalah satu rasa ketenangan, kedamaian, keindahan, kesyukuran ke dalam jiwa Nabi dan para sahabat. Semakin disiksa, semakin jalan kelihatan semakin sempit, semakin meresap rasa keetnanagn dan keindahan itu. Dan ini adalah bantuan yang amat besar.

Lihat. Allah tidak pun Mengurangkan siksaan2 yg dikenakan oleh kaum kafir terhadap orang2 mukmin. Allah tidak Melenyapkan mereka tatkala Nabi Mengadu kesulitan. Allah tidak Menukarkan sahabat2 menjadi makhluk magikal yang tiba2 punya tubuh sasa untuk menumpaskan siksaan orang2 kafir. Allah tidak Menukarkan seorang hamab menajdi tuan, tuan menajdi hamba. Walaupun Allah Mampu.

tetapi Allah Memberikan suatu pertolongan yang lebih indah, dan lebih kuat dari segala pertolongan, iaitu rasa keindahan dalam melalui laluan yang sempit.

Dan rasa ini, terus-menerus Allah campakkan ke dalam hati-hati orang-orang yang beriman, yang sama2 berjuang di jalanNya.  Sebab itu dari zaman ke zaman, pasti ada manusia2 yang terus melaksanakan tanggungjawab menyebarkan keimanan ini, kerana rasa ini, terus-menerus hadir. dapatkah kau merasai rasa yang sama?

Perasaan ini, rasa indah ini, dikongsi bersama oleh hati-hati yang berpaut pada cinta yang sama. rasa ini dikongsi bersama oleh orang-orang yang bertaqwa. dan hanya yang merasainya, mengetahuinya. Maka hanya yang sama2 berkongsi perasaan ini terus terikat hati2 merka walaupun jasad jauh beribu batu.

dari yang mengharap kebersamaan hati dengan orang2 yang bertaqwa,
Allahua’lam

Rejuvenisasi

pesanan yang amat berharga:
sebelum cuba menyentuh hati, laksanakanlah solat taubat dahulu~

Allahurabbi,
Kita seringkali lupa, yang terpaling penting, dalam usaha menyentuh hati-hati manusia, adalah kejernihan hati sendiri.
Bukan setakat pemahaman yang mantap, atau semangat membara, atau pengalaman bertahun-tahun, atau kepetahan berkata-kata yang akhirnya akan menyentuh hati2 manusia, tetapi hati yang bertaut langsung dengan Allah yang akan mengalirkan siraman yang membasahkan hati2.

kadang2 kita terlupa untuk mengembalikan segalanya kepada Allah, Tuhan Yang Membolak-balikkan hati. sebab itu terkadang kita tewas dengan emosi, terjerat dengan mainan perasaan. kita mula berkeluh-kesah kenapa kita masih belum berjaya menyentuh hati2 yg ingin kita sentuh. kita mula bersungut tentang usaha2 yg tidak membuahkan hasil. mungkinkah semuanya sebenarnya adalah kerana kekeruhan hati kita sendiri?

Firman Allah: “Tidak. bahkan hati mereka telah diliputi oleh apa yang mereka kerjakan”

Mungkinkah dosa-dosa kita telah menyelaputi hati kita sehingga ianya menjadi gersang, lantas yang terucap dek mulut kita dan yang terpancar dari akhlak kita tidak membawa kebasahan yang bisa menyentuh hati2? kering-kontang.

Bukan sahaja tak upaya menyentuh hati2 manusia, malah hati yang gersang juga melahirkan jiwa yang lemah longlai. Mula lah berkira soal wang di waktu kesempitan. mula lah penat tak sanggup berjaga malam untuk syura. mula lah terkecil hati, terguris perasaan bila pendapat ditolak. mula lah bersangka buruk sesama akhawat. mula lah meletakkan alasan2 atas mana2 tujuan yg tak tercapai. mula lah culas dalam ibadah. Kerana hati yang gersang tidak menyediakan takungan kesedaran yang boleh menolak diri keluar dari kongkongan nafsu. terbelenggu.

Maka sebab itu, dalam apa jua keadaan, jernihkanlah hatimu. Bila mula terasa kekeringan jiwa, berzikirlah mengingati Allah. basahkanlah jiwa dengan ayat-ayat Al-Quran. walau sesibuk mana pun denagn urusan dakwah, curilah sedikit masa untuk mentadabbur Al-Quran. Gigihkan diri untuk bangun juga solat malam walaupun badan terasa lenguh-lenguh. Usahakan khusyuk dalam solat walaupun rasa macam hampir nak pitam kepenatan. Selitkan peringatan di celah2 kesibukan, yang terbaik adalah yang mengingatkan tentang mati, tentang syurga, tentang hidup yg abadi selepas ini. Mohon keampunan atas segala dosa. Apabila mula tersasar, kembalilah memautkan semula hati kepada Allah.

hanya dengan mengingati Allah akan mengembalikan kejernihan hati dan memberikan kekuatan untuk terus bergerak walaupun jasad sudah mahu mengalah.

“Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa – dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)”. (3;13)

hati yang tulus ikhlas

yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat adalah hati yang penuh keimanan dan ketaqwaan

satu hari dari hari2 manifestasi cinta kepada Tuhan:
“kita kata kita percaya kepada hari kebangkitan, kita mahu masuk syurga dan tak mahu ke neraka, tapi mengapa ramai dari kita terus hanyut dalam kehidupan dunia yang penuh kelalaian ini?” soal Nurul
“soalan kak nurul ni soalan yang ikhlas mahukan jawapan atau cuba menduga kefahaman?” balas Suria
senyum. “dua-dua”

“kerana ramai antara kita buta”
“maksudnya?”

“saya teringat firman Allah;  ‘Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat dan tidak (pula) sama gelap dengan cahaya’ dari surah fathir ayat 19 hingga 20. Apabila Allah Menciptakan orang yang buta, Dia Menyuruh kita belajar bahawa buta itu ertinya tidak dapat melihat. Tanpa penglihatan kita sukar utuk melihat arah tuju, mudah saja tersasar haluan. Tanpa penglihatan kita terkapai-kapai dan tidak mengerti apa yang berlaku di sekeliling kita”

“tetapi Allah juga Mengajar kita melihat lebih jauh dari aspek fizikal semata. ALlah Mengajar, yang buta bukanlah mata semata-mata, tetapi hati juga boleh menjadi buta.”

“apakah yang dimaksudkan dengan buta hati?”

“Buta hati maksudnya tidak dapat melihat beyond apa yang terzahir di depan mata.
tidak dapat melihat Tuhan di sebalik penciptaan alam ini. tidak dapat melihat kasih sayang Allah di sebalik segala nikmat dan musibah yang menimpa diri. tidak dapat melihat bahawa syurga untuk orang yang beriman dan beramal dan neraka untuk yang tidak beriman dan berbuat mungkar.”

“pandangannya sangat sempit. Sangat sempit sampaikan hidupnya terhimpit sekadar apa yang dapat dilihat dengan matanya semata. Itulah yang terjadi apabila melihat artis di tv dia rasa itulah kehidupan, itulah yang menggembirakan hidupnya. bila keluar ke shopping complex nampak beg tangan cantik dia rasa itulah kehidupan, dan itulah yang memberi kepuasan. Bila jumpa boyfriend rasa inilah dia sumber kebahagiaan dalam hidup. Sempit. Tak nampak lebih dari apa yang terzahir depan mata. yang membahagiakan, yang menyeronokkan, yang memberi kepuasan haruslah terjelma di depan mata. Buta dari melihat kehadiran Allah yang sentiasa Memerhati dan malaikat kiri-kanan yang sentiasa mencatat amalan”

“wah. menariknya point ni. Alhamdulillah, semoga kefahaman ini membantu Suria untuk tsabat mencari redha Allah. Boleh akak tambah siket?”

“kalau saya tak bagi pon kak nurul mesti akan cakap jugak punya” sengih.

“betullah macam yang Suria cakap tu. Manusia hari ini ramainya yang buta dan hanya melihat sebatas penglihatan mata kasarnya sahaja. Akak pula teringat sabda Nabi bahawa ‘orang yang paling bijak adalah orang yang selalu mengingati mati.’ Dulu akak tak faham sangat maksud hadis ni, walaupon dah diberi penerangan. tapi sekarang, akak rasa kita boleh letakkan hadis ni dalam konteks ‘buta hati’ yang suria cakapkan tu. Orang yang selalu mengingati mati adalah orang yang bijak, kerana pandangannya sangat luas. Dia melihat sangat jauh, tak terbatas oleh pandangan mata. kadang2 apa yang terlihat di mata orang lain x sama seperti apa yang dia nampak”

“Kak nurul ni suka sangat berfalsafah. kan saya dah x paham, explain siket”

“yg pertamanya orang yang selalu mengingati mati adalah orang yang sentiasa ‘melihat Allah’. Buat apa2 pun asyik rasa Allah sedang Melihat. Jadi dia melihat dengan neraca Tuhan, bukan dengan neraca manusia. Macam yg Suria cakap tadi, bila berjalan, orang lain nampak gunung, sungai, manusia, tapi dia nampak Allah Maha Agung. bila belajar, orang lain nampak, ‘saya mahu segenggam ijazah’ tapi dia nampak ‘saya akan menggunakan ilmu ini untuk mendekatkan diri kepada Allah'”

“kan tak sama tu antara ‘orang yang buta’ dengan ‘orang yang dapat melihat’ ”

“akak teringat kisah seorang ulama dengan sekumpulan anak muridnya. tak ingat pulak siapa ulama ni. Tapi dalam ramai2 anak muridnya dia sangat sayang seorang dari mereka. Pelajar2 yg lain merasa cemburu. untuk menutup rasa cemburu tu, satu hari tok guru ni suruh setiap dari mereka menangkap seekor ayam dan sembelih di satu tempat yang tak ada sesiapa pun dapat melihat. Akhirnya semua orang membawa pulang ayam yang sudah disembelih kecuali anak murid kesayangannya itu. Apabila ditanya mengapa dia tidak menyembelih ayam itu, dia menjawab, ‘saya tidak dapat mencari satu tempat pun di mana Allah tidak dapat Melihat saya’. Akhirnya barulah pelajar2 lain faham, bahawa budak itu, walaupun matanya melihat sepertimana mereka melihat, yaitu ayam dan pisau di tangan, tetapi dia dapat melihat ‘lebih lagi’, yakni apa yang tak terlihat oleh mata orang lain”

“Jadi ayat Allah ini sangat jelas. Bahawa tidak sama antara orang yang buta dengan orang yang dapat melihat. Dan tanggungjawab kita terhadap Allah hari ini adalah untuk membawa manusia ‘kembali celik’ ”

“bukannya senang tugas itu Kak Nurul. Kita pun sebenarnya belum dapat ‘melihat’ dengan sejelasnya lagi”

“Memang betul. tapi kalau nak tunggu sampai betul2 terang takut x sempat pulak. heheh. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 179: ‘Sesungguhnya Kami jadikan untuk isi Neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah SWT. Mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah SWT. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah SWT. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.’ ”

Allahua’lam

Atas semua ini kurasa sangat2 bersyukur

“Demi Allah, jika Allah memberi hidayah kepada satu orang melalui dirimu, itu lebih baik bagimu daripada unta merah” [HR. Bukhari]

Sangat2 gembira. Sangat2 bersyukur.

Kerana telah berada bersama2 dalam usaha menyampaikan dan memberi kefahaman tentang tarbiyyah dan dakwah kepada adik2 yang sangat disayangi. Tapi mungkin tak cukup diemphasizedkan, bahawa keputusan untuk berada dalam tarbiyyah dan melaksanakan usaha dakwah itu adalah hak mutlak kita. Tak ada seorang manusia lain pun yang boleh memaksa kita untuk melaksanakannya, sekalipun jika dia berjaya memaksa, takkan berhasillah usaha itu selagi mana hati kita sendiri tidak merelakan untuk melaksanakannya dengan ikhlas.

Maka adik2 yg sangat disayangi, kakak2 yang berada di hadapan yang cuba menyampaikan dan menyeru adik2 utk sama2 melakukan amar makruf nahi mungkar ini hakikatnya adalah2 ornag2 yg telah membuat keputusan sendiri untuk berada di jalan ini. Tidak ada paksaan. tidak ada brain wash. tidak ada ganjaran nyata yang dijanjikan kepada kami.tidak ada kepentingan diri, keluarga mahupun mana2 parti/jemaah.

Yang ada adalah tarbiyyah, yang kami pilih untuk lalui selama ini. ketahuilah adik2 satu ketika dulu kami pun begitu, sama2 merasa diri ini tidak layak untuk melaksanakan tanggungjawab ini, merasakan tugasan ini terlalu jauh utk dipikul oleh bahu ini, berasa sangsi dengan kata2 kakak2, tidak memahami dan tidak dapat menjiwai mengapakah kakak2 beria-ria benar menekankan tentang dakwah itu, dakwah ini.

hakikatnya kita sama sahaja, kakak2 pernah berada exactly di mana adik2 berada. sama2 pernah rasa ada orang yang cuba memaksa diri menajdi hipokrit, membuat sesuatu yang kita belum bersedia untuk lakukan.

hari ini kami melihat, segala yang dilakukan kakak2 itu adalah semata2 kerana sayangnya dan cintanya mereka terhadap kami. Sama. Sepertimana kami juga menyayangi dan mencintai adik2.

Hari ini baru lah kami mula menjiwai mengapa mereka sanggup berkorban masa, harta dan tenaga. Tidak lain dan tidak bukan kerana terbitnya rasa kecintaan terhadap Allah dan RasulNya, rasa bertanggungjawab terhadap agama ini, rasa kagum dengan semangat dan kekentalan para sahabat, dan pastinya kerana semakin lama, kehidupan ini terasa lebih manis.

tak dapat nak digambarkan dengan kata2 perasaan itu. Berada di jalan dakwah ini memberikan satu makna dalam setiap nafas. Ia memberikan satu gambaran yang sangat jelas tentang matlamat hidup. Ianya menunjukkan satu jalan lurus yang sangat jelas penghujungnya. Ianya menjadikan setiap saat dalam hidup ini terasa sangat bermakna. ianya menyebabkan kita sentiasa memiliki sesuatu untuk mengisi masa kita dengan bermakna. Ia memberi kepuasan terhadap persoalan mengapa aku diciptakan, dan bermaknakah diriku ini? Ianya memberikan satu keteguhan dalam jiwa, yang menyebabkan kita bangun setiap hari dan berasa sangat bersemangat kerana kita tahu ada sahaja perkara2 bermanfaat yg boleh kita lakukan, bukan hanya untuk diri kita malah untuk orang2 yg kita sayangi. Ianya menjadikan kita kuat, tak mudah hanyut dan lalai dalam perkara2 yg sebenarnya tidak kita perlukan dalam hidup ini. Yang utama, ia memberikan satu kemanisan dalam jiwa, rasa indah yang tak tergambar tetapi sama2 dirasai oleh hati2 yang memilih utnuk berada di jalan ini.

oleh sebab itu, wahai adik2, kami juga dambakan adik2 juga merasai kemanisan ini. semakin berkorban semakin tinggi rasa dalam jiwa. semakin dekat dengan Tuhan.

tidak sekali2 kami akan memaksa. yang kami lakukan hanyalah memberi sedikit kefahaman, cukuplah jika hari ini adik2 dapat menerima ilmu baru ini dengan baik. kami doakan, semoga dengan adanya kefahaman ini, yang adik2 perlukan adalah satu sentuhan dalam hati dari Allah, yang akan terus melajakkan adik2 untuk terjun dalam arena perjuangan ini.

kebenarannya adik2, jalan ini telah menumpahkan air mata, mempermainkan emosi, menganggu-gugat sesetengah perkara dalam hidup, menguji ukhuwwah, merampas masa dan harta. tetapi entah mengapa kami masih ingin terus berada di jalan ini selepas semua ini. adik2 rasa mengapa?

Allahua’lam

saya sayang kamu kerana Allah.

sayang.
rupanya kita masih x dapat bezakan antara menyayangi dengan menggembirakan.
menggembirakan itu mudah, sedangkan untuk menyayangi kadang2 kita perlu dibenci.
tanya lah sekalian ibu dan ayah, mereka pasti lebih tahu.
saat anak2 lebih suka bersama kawan2 kerana di situ ditemui kegembiraan,  orang yang sangat menyayangi mereka pula ingin dijauhi.
mengapa?
kerana mereka temui kegembiraan tapi tak dapat melihat kasih sayang.
tak apa lah, wahai semua orang2 yg menyayangi, kasih sayang kita bukanlah kerana kita mahukan sebarang balasan pun.
tetap dan tetap kita mahukan hanya yang terbaik utk mereka, dan yg terbaik itu bukan calang2 benda, syurga Allah jua.
maka jika kasih sayang ini dibalas dengan kebencian, teruslah menyayangi.
satu hari mereka akan merindui kasih sayang ini.
kalaupun tidak maka kita harapkanlah semoga kasih sayang ini terbalas denagn redha Allah ke atas kita.

tak lain tak bukan saya menulis ini dengan seruan ikhlas kpd semua kakak2 newcastle:

teruslah menyayangi walau apapun terjadi.

Allahua’lam


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers