Archive for October, 2009

Tahniah malaysia! anda adalah moderate muslim country!

Beyonce postpones Malaysia gig amid Islamist ire Reuters October 20, 2009, 1:37 am KUALA LUMPUR (Reuters) – U.S. pop star Beyonce has postponed a planned concert in Malaysia after the nation’s opposition Islamist party raised concerns about her performance, citing moral issues, concert organizers said.

Foreign acts often draw protests by the Pan Malaysian Islamic Party (PAS), whose youth wing forced Beyonce to cancel her 2007 concert in the mainly Muslim nation of 27 million people.

Malaysian entertainment company Marctensia said in a statement on its website that the Beyonce “I am…” concert, planned for October 25 as part of her world tour, would be postponed to a date yet to be announced.

“The postponement is solely (the) decision of the artiste and has nothing to do with other external reasons,” the concert organizers said in the statement.

No further reason was given. Marctensia said a new date for the concert would be announced “shortly” and a statement from Beyonce’s management would be released later this week. PAS’s youth wing also sought last year to prevent Canadian singer Avril Lavigne from performing in Malaysia.

Earlier this month, Malaysia initially banned Muslims from attending a concert by U.S. hip-hop band The Black Eyed Peas, which was sponsored by Guinness, one of the brands owned by the world’s biggest spirits group, Diageo. The ban was reversed, but a senior official said it was up to each individual’s “better judgement” whether to attend the event. Malaysia’s image as a moderate Muslim country was hit when a woman caught drinking beer was sentenced recently to be caned. (Writing by Belinda Goldsmith, Editing by Paul Tait)

p/s: baru tahu bahawa muslim countries ada kategori-kategori tersendiri: mild, moderate, severe

Advertisements

guru ibarat lampu jalan 3

Hasil karya: Alif Rahman bin Hassan, tingkatan 2 Ibnu Sina

Tajuk: Cita-cita agungku; penulis terhebat jagat maya

Yang benar akan terzahir, yang batil akhirnya pasti akan lenyap. Yang berada di atas jalan kebenaran akan menemui kemenangan dan yang sesat akan pasti tersungkur, bi iz nillah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

Tuhan yang Menguasai sekalian alam, dengarilah kata kecil hatiku ini, aku ingin menjadi penulis terhebat jagat maya. Bukan aku mahu gelar dan populariti, melainkan aku mahu redhaMu jua akhirnya. Maka dengan segala keterbatasan daya usaha dan kemampuanku, aku melihat jauh, dengan menulis aku mampu menjadi jundiMu, yakni yang menulis bukan untuk kesia-siaan, bukan menulis untuk melalaikan manusia, bukan menulis untuk menyebarkan aib manusia lain, bukan juga untuk menyibuk tepi kain orang lain, bukan menulis untuk melampiaskan emosi, bukan juga sekadar mengisi keterlapangan waktu, bukan cuba melaga-lagakan mana-mana pihak, bukan untuk menyatakan sokongan kepada mana-mana parti, bukan untuk menyindir atau menyelar siapa-siapa melainkan mereka yang benar-benar perlu diselar, aku mahu menulis untuk mengajak manusia kembali kepadaMu.

Definisi penulis terhebat jagat maya: Sesungguhnya semua manusia itu di sisi Tuhan adalah sama, baik seorang perdana menteri, mahupun seorang doktor, mahupun seorang billionair, mahupun seorang peguam, mahupun seorang guru, mahupun seorang suri rumah, mahupun seorang penagih dadah. Yang membezakan di antara mereka semua di sisi Tuhan hanyalah taqwa semata.

Maka semua penulis juga adalah asalnya sama di sisi Tuhan, sama ada seorang penulis novel, mahupun penulis berita di akhbar, mahupun penulis blog, mahupun penulis gosip di laman gosip, mahupun seorang pelajar tingkatan dua yang menulis cerpen yang tidak dibaca melainkan hanya oleh guru kelasnya. Juga sama, tetapi dibezakan di sisi Tuhan juga melalui taqwa. Maka penulis terhebat jagat maya bukanlah seorang yang  hasil penulisannya menjadi kegilaan ramai manusia, bukan seorang penulis yang hasil tulisannya terjual sehingga bermillion-million naskah, bukan juga seoarang yang menghasilkan sekalian banyaknya buku, bukan penulis yang hasil bacaannya terus dibaca selepas ribuan tahun, tetapi penulis terhebat jagat maya adalah seorang penulis dengan martabat paling tinggi di sisi Tuhan. Penulis yang dianugerahkan pahala atas tulisannya, yang diberikan redha Allah melalui bait-bait yang ditulisnya.

Bagaimanakah redha Allah itu boleh diperoleh melalui penulisan? Pertama sekali, atas setiap penulisan ada dosa dan pahala yang dibawa bersama. Dan ramai ‘penulis-penulis’ tidak menyedari hakikat ini. Kita mengira dosa itu terhasil dari arak, zina, dan judi, tapi kita pandang enteng akan penyebaran dosa melalui kata-kata. Mengapa kita tidak nampak bahawa penulisan boleh membawa kepada arak, zina, dan judi? Umat Islam zaman sekarang memang sudah tidak nampak akan banyak perkara.

Firman Allah,

“Dan Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”(al-Isra’:32)
Penulisan boleh menjadi salah satu medium untuk mendekatkan diri kepada zina. Apabila majalah-majalah atau situs-situs menyebarkan penulisan tentang artis-artis dan kekasih-kekasih mereka bermesra-mesraan, tambah pula diletakkan sekali gambar-gambar artis-artis yang dikurniakan Allah rupa fizikal yang menawan,  mata kita jadi kabur, kita nampak ia sebagai keindahan yang harus dialami setiap manusia, maka ramai yang keluar mencari keindahan sedemikian rupa. Malah ramai cuba mencontohi teladan yang ditunjukkan melalui cerita-cerita yang mereka baca, bila artis keluar bercandle light dinner mereka pun mahu begitu juga, bila artis berpegangan tangan mereka mahu begitu jua, bila artis keluar menonton wayang bersama mereka mahu begitu juga. Malulah semua penulis yang terlibat dalam penyebaran amalan-amalan yang membawa menghampiri zina!

“Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami jadikan terasa indah kepada mereka perbuatan-perbuatan mereka (yang buruk), sehingga mereka bergelumang dalam kesesatan” (27;4)

Malulah kita jika melalui penulisan kita menyebabkan masyarakat alah bisa tegal biasa dengan dosa. Celakalah kita jika tulisan kita menyebabkan anak-anak kecil tidak dapat mengecam lagi yang mana dosa yang mana pahala. Malulah kita jika kita menggambarkan dosa seperti keluar berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan mahram sebagai sesuatu yang harus diraikan. Malulah kita menggambarkan keluar berparti-parti dalam suasana pergaulan bebas itu suatu yang ‘happening’. Malulah kita menggembar-gemburkan kehebatan filem-filem dari barat yang tak lain hanya merosakkan jiwa. Malulah kita menulis untuk membuka aib orang sehingga jadi umpatan dan fitnah yang tersebar. Malulah kita menulis perkara yang sia-sia sehingga yang membacanya ikut jatuh dalam kesia-siaan dan kelalaian dari mengingati Allah.

Belum pernah ada orang menyalahkan penulisan bila suatu2 dosa terjadi.

Oleh sebab itu kita tidak nampak melalui penulisan boleh membawa kepada dosa. Tapi kata-kata itu boleh menjadi ibarat racun perosak yang menghancurkan dari dalam secara diam-diam, menular bagai debu-debu anthrax yang tidak kelihatan di mata tetapi sangat berbisa. Kata-kata yang melalaikan dan menjauhkan manusia dari mengingati Allah bagaimana statusnya? Kita pasti ia tidak jatuh dalam perbuatan haram yang berdosa? Jika kita menulis sesuatu yang sangat menarik sehingga pembacanya tidak sanggup meletakkan bacaan tersebut hanya untuk 5 minit bersolat, maka kita tidakkah berkongsi dosa bersamanya?

Disebaliknya, kata-kata juga boleh menjadi ibarat penawar segala bencana. Bukan sedikit bacaan yang saya pernah baca yang membuatkan hati ini tersentuh, membuatkan hati ini terasa betapa kerdilnya diri ini di sisi Tuhan Rabbul A’lamin, yang membuatkan air mata ini mengalir tanpa paksa. Wahai betapa besarnya pahala pada setiap kata-kata yang menyebabkan pembacanya terasa ingin berlari ke pangkuan Tuhannya! Betapa tingginya martabat setiap tulisan yang membuatkan pembacanya jadi rindu pada Penciptanya, jadi ingin bersiap-sedia untuk menghadapi hari kebangkitan yang pasti, yang menyebabkannya rasa ingin lari jauh-jauh meninggalkan kefanaan dunia, yang menyebabkannya menjadi sayang kepada agama ini, yang menyebabkannya ingin menjadi sebahagian dari mereka yang berjuang, berkorban, dan terkorban di atas nama agama ini.

Maka itulah cita-cita agungku, Alif Rahman Hassan, yang mendambakan untuk menulis sebanyak-banyaknya kerana itu adalah dirinya. tetapi diri ini sangat khuatir kalau tulisannya akan menjerumuskan orang ke kelalaian dan dosa, sangat takut andai hasil tulisannya menjadi asbab kemurkaan Tuhan Yang amat dicintainya. tetapi diri ini juga sedih melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan kekeliruan dan rasa terpanggil untuk menulis, denagn sedaya upaya untuk menyentuh hati-hati manusia supaya kembali kepada kebenaran. Seandainya ada dosa di sebalik kata-kataku, semoga Allah ampunkan segalanya.

jumlah perkataan: 950

p/s: Cikgu Rahimah, minta maaf banyak-banyak, tersasar jauh dari limit 250 patah perkataan yang Cikgu suruh tulis.

Guru ibarat lampu jalan ii

“kenapa cikgu ni tak faham2 lagi? kan saya dah kata, jangan cari saya lagi!! Saya tak mahu sekolah!”
Dan kepala cikgu rahim pun benjol akibat dihempas pintu tepat kena ke kepalanya oleh Alif Rahman.

Masuk hari ini sudah 3 minggu Alif Rahman tidak hadir ke sekolah. Rahim pun tak pasti apa puncanya, adakah Alif Rahman benci pada dia yg asyik ‘menyibuk’ hal peribadi para pelajar atau kah ada sebab lain. Rahim tidak percaya Alif Rahman tidak menghadiri sekolah kerana tidak minat lagi untuk belajar, dari rekod persekolahan para pelajar 5 aurora, Alif Rahman adalah antara beberapa pelajar dalam kelas itu yg ada menunjukkan usaha untuk menimba ilmu berdasarkan rekod pencapaian ujian dan melalui kerja2 rumah yg dilaksanakan dengan bersungguh2.Kalau betul ada sebab yang lain, Rahim cuba untuk mengenal pasti, kalau boleh rahim mahu Alif Rahman ke sekolah, kerana pada Alif rahman ada tersembunyi banyak rahsia, dan pada wajah penuh rahsia itu rahim dapat melihat ada pandangan jauh, ada kesedaran, ada cita2 yang tinggi.

SMS :’Assalamualaikum Alif rahman. Cikgu rahim lagi. Saya nak belanja awak makan lunch dekat Restoran Lampu Hijau besok. Jumpa di sana jam 1 tgh hari’

Dan besoknya RAhim termangu seorang diri di restoran Lampu Hijau sampai jam 5 petang.

SMS: ‘Assalamualaikum Alif Rahman. Cikgu ada dekat luar rumah kamu ni. Cepat buka pintu’

2 jam juga lah Rahim tercongok di luar rumah Alif Rahman sebelum kakinya lenguh dan dia terpaksa berputus asa.

Macam2 SMS lagi, tapi Alif Rahman bijak mengelakkan diri.

Walaupun kepalanya pernah dihempas pintu sehingga benjol oleh Alif Rahman, setiap hari selepas tamat sekolah, Rahim tetap datang juga ke rumah Alif Rahman untuk bersemuka dengannya, walaupun saban hari juga dia tidak dilayan. Setiap hari dia akan mengetuk pintu berulang2 kali, melempar batu ke bilik Alif Rahman, meninggalkan berbagai2 nota di muka pintu, berpura2 sakit perut dan sebagainya tetapi Alif Rahman adalah seorang yg degil.

satu hari, mungkin juga kerana Alif Rahman sudah tak tahan dan rimas dengan berbagai2 bunyi yg terhasil dari luar pintu rumahnya dia membuka juga pintu rumahnya dan bersemuka dengan Rahim.

“Kan saya dah kata, saya tak mahu sekolah, saya tak mahu sekolah lah! Kenapa nak datang sini juga. Potong je nama saya dari list pelajar, habes cerita. Cikgu nak apa lagi?. jangan nak suruh saya balek sekolah semula, saya tak mahu!!”

“Oh, tak. Saya nak bagi balek barang2 awak yg tertinggal di sekolah. Oh, saya dah kumpulkan juga semua barang2 peribadi awak dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Saya fiker, kalau awak nak berhenti sekolah, lebih baiklah awak simpan semua barang2 peribadi awak ni, buat kenang-kenangan, manalah tahu, nanti di masa depan nanti awak cuba cari barang2 yg boleh ingtakan pada sekolah, atau nak tunjuk pada anak2 ke, sekurang2nya adalah benda awak boleh tunjukkan. Nah, ni dia semua. Ada banyak hasil kerja seni awak. Saya dah cuba kumpulkan semua hasil kerja seni awak dari sekolah rendah, tapi mungkin ada yg tak cukup. Semua lukisan2 awak, kraftangan dan karya2 awak semua saya dah kumpul. Haaa, yang ni mesti sangat istimewa pada awak, karangan yang ni, ‘Cita-cita agungku: penulis terhebat  jagat maya’, yg awak tulis masa tingkatan 2 dulu. Haa,…yg ni..”

Tak sempat rahim menyambung bebelan, Alif Rahman yg mula2 nampak acuh tak acuh tiba2 cepat2 mengambil semua barang2 peribadinya yg disusun kemas oleh rahim dalam sebuah bakul hasil anyaman Alif Rahman sendiri semasa darjah 3 dan menutup pintu lekas2 sambil berkata, “Lain kali tak payah susah2”

Rahim tersenyum. Akhirnya Allah Membukakan jalan. Sebelum beredar, rahim melekatkan satu lagi nota ke muka pintu yg berbunyi: ‘Saya tak akan padam nama awak dari list pelajar. Kembali lah ke sekolah bila2 masa sahaja. Jadilah penulis terhebat jagat maya. Insya Allah’

Rahim kembali ke kantornya di sekolah. Masih banyak lagi urusan yg belum selesai. Di atas meja Rahim, bergelimpangan rekod2 lama yg tertulis nama pelajar di atasnya “Alif Rahman bin Hassan”
Berhari2 Rahim menelaah rekod lama Alif Rahman. Dia sedar, kalau inginkan sesuatu dari seseorang, kalau ingin menyentuh hati manusia, hendaklah dia mengenali latar belakang manusia itu, hendaklah dia menyelidiki, hendaklah dia mengorek rahsia manusia itu, supaya manusia itu menjadi dekat padanya, supaya manusia itu jadi tidak asing pada dirinya, barulah akan mudah terbina tautan hati. Sepertimana untuk nenjadi dekat kepada Allah, hendaklah kita menjadi manusia yg dekat padaNya, mengetahui tentangNya, berusaha mengenali Dia dengan lebih mendalam, saban hari asyik mengingati Dia, asyik juga merindui Dia, saban hari merintih mengharapkan ampunan dan belas ihsan dariNya, supaya Dia juga Mengingati dan Merindui kita sentiasa.

Dari rekod lama Alif Rahman, Rahim mengetahui bahawa asal Alif Rahman adalah seorang pelajar yg sangat pintar dan cemerlang. Komen dari guru2 yg pernah mengajarnya kebanyakannya meletakkan Alif Rahman ‘above average’. sangat genius. terutamanya yg melibatkan seni dan penulisan. Alif Rahman sangat pandai menulis. Dia sentiasa berada di kedudukan yg baik setiap kali peperiksaan. dan ini terus dibawanya sampai ke sekolah menengah. tapi entah macam mana, semasa di tingkatan 2 dia telah melakukan satu jenayah yg menyebabkan dia dibicarakan dan dihantar ke sekolah tahanan remaja bermasalah selama setahun lebih sedikit. Di sinilah titik yg hilang dari pengetahuan rahim. Dia tidka pasti apakah kesalahan tersebut, yg tercatat hanyalah ‘kesalahan juvenil’. Selepas setahun lebih sedikit dia dibebaskan dari sekolah tahanan tersebut kerana berkelakuan baik dan tuduhan atasnya itu tak semena2 ‘digugurkan’, juga tidak ketahuan oleh rahim mengapa. Dia dihantar ke sekolah tempat Rahim mengajar sekarang, tanpa ada yg tahu latar belakang sebenar dirinya melainkan dia bekas pelajar ‘sekolah tahanan’. Oleh sebab itu, dia dimasukkan ke kelas 5 Aurora (waktu itu 4 Aurora lah ), kononnya untuk disekalikan dengan ‘pelajar2 bermasalah’ yang lain.

Jauh rahim merantau sampai ke bekas sekolah2 yg pernah Alif Rahman hadiri untuk mencari rahsia Alif Rahman dan juga untuk mencari tinggalan2 barang2 peribadi Alif Rahman. Untuk mencari barang2 itu tidak lah sukar kerana kebanyakan barang2/karya2 Alif Rahman banyak yg menjadi barang pameran sekolah atau disimpan dalam koleksi barang2 istimewa sekolah kerana tinggi dan istimewanya barang2 itu, cuma hendak mendapatkannya agak sedikit sukar. tetapi kerana Allah telah mengurniakan mulut yg manis kepada Rahim berjaya jugalah dia membodek dan mendapatkan sebahagian barang2 tersebut. Namun, rahsia ‘sejarah hitam’ Alif rahman masih tak dapat rahim rungkaikan, kerana peristiwa sebenar itu tidak diketahui juga oleh bekas cikgu2nya. Jelas sekali, peristiwa hitam ini tidak melibatkan sekolah atau kawan2 Alif rahman, jadi Rahim mula mengesyaki ianya adalah peristiwa yg melibatkan keluarga Alif Rahman. Satu rahsia yang tertutup.

Rahim amati barang2 Alif Rahman yg berjaya dikumpulkannya. Jelas, Alif Rahman adalah seorang pencinta seni, dan sangat rajin menghasilkan sekalian banyak karya2 seni. Dari sekolah rendah lagi. Bakul anyamannya sangat kemas dan kukuh,  menurut kata bekas gurunya, melangkaui kemampuan seorang pelajar darjah tiga, malah lain dari apa yg diajar oleh guru tersebut. Ada lukisan pemandangan gunung kinabalu yg dilukis waktu lawatan kelas darjah 4, sekali tengok seperti lukisan seorang professional, ada barang2 hasil ciptaan Alif Rahman seperti rumah melayu dari batang mancis, ada fenomena gunung berapi dari tanah liat, dan yang banyak sekali karya2 penulisan ALif Rahman berbentuk sajak, syair, pantun, gurindam, karangan, dan cerpen. Berhari2 juga masa yg rahim ambil untuk membaca semua karya2 ini, dan setiap karya Alif Rahman sangat mengejutkan dirinya, lantaran kerana tingginya nilai karya itu, dan dalamnya maksud setiap penulisan. Sukar juga untuk Rahim percayai semua itu hasil penulisan seorang anak muda yg mentah, tetapi karya2 itu memang ‘authentic’. telah digoogle nya tetapi tak dijumpai di mana2.

Akhirnya rahim sampai kepada saru karya tulisan Alif rahman ketika dia di tingkatan dua, tak lama sebelum dia terjebak dalam kesalahan jenayah. berikut adalah intipati karangan tersebut:

Hasil karya: Alif Rahman bin Hassan, tingkatan 2 Ibnu Sina (nama kelas)

Tajuk: Cita-cita agungku: penulis terhebat jagat maya

……………………

to be continued…

sangat lembap

iman itu untuk dirasai dengan hati, bukan diterjemah dengan logik akal.
i am so slow.

Pasca K and J

K and J = Katibah and Jaulah atau Knowledge and Joy

Alhamdulillah, walaupon dibuat secara ad-hock  + kelam kabut cari accommodation dan transportation yg sold out despite bukan musim cuti sekolah + kekurangan tenaga sebagai presenters, dengan takdir dan izin Allah, berlangsung juga K and J sesi 2009 untuk adik2 Durrah, Raqaiq dan Saubi (macam ni ke eja?)

berjaya atau tidak? berkesan ke tak berkesan?

Allahurabbi, kita hanya mampu berusaha, in the end, yahdillah hu linurihi man ya sya’. semoga kita semua tergolong dalam mereka yang menerima cahaya Allah ini yang sinarnya sangat begemerlapan, cahaya di atas cahaya.

Dari awal lagi saya memang berkobar-kobar untuk bentangkan tajuk ghuzwatul fikr, bukanlah kerana saya orang yg memang bagus dan lolos dari menjadi mangsa serangan ghuzwatul fikr ini, in fact, semangat ini datangnya dari kesedaran bahawa saya sendiri belum betul2 mengerti dan merasai kepentingan untuk menolak segala jahiliyah yang melalaikan dan mendeviatekan umat islam dari realiti. malah taks egan silu saya mengakui masih banyak lagi jahiliyah2 yg sampai hari ini terus menjadi medan tempur saya saban hari. pertarungan dengan ghuzwatul fikr ini hendaklah disertai dengan hati, mengikut pengalaman2 yg lepas, tanpa hati, teori dan kefahaman saja tidka cukup, selalunya waktu2 tertewas dengan ghuzwatul fikr ni ialah pada waktu2 lemah; contohnya terlalu penat lepas seharian di hospital, bila balek rumah, nak baca Quran tak larat, nak buat benda baik takde mood, masa ni lah selalunya ‘ter’tengok movie atau ‘ter’sembang2 merapu2.

wahai adik2 yg disayangi. memang kita lemah. naik turun iman itu memang pasti.

tapi teruslah kita berusaha.

semasa pembentangan, timbul persoalan, mengapa kita perlu sedar tentang ghuzwatul fikr dan kenapa kita harus selamatkan diri kita dari menjadi mangsanya? dengan pantas ada yg menjawab, kerana kita hendak mengembalikan kegemilangan islam seperti yg pernah kita kecapi dulu. saya tanya kembali, apa maksudnya kegemilangan itu, atau bagaimana caranya mencapai kegemilangan islam sepeti itu? jawab mereka dengan mengembalikan umat islam kepada Al-quran. Saya tanya lagi apa maksudnya mengembalikan umat islam kepada Al-Quran? Adakah dengan membawa al-quran ke mana2 sahaja kita pergi? adakah membaca al-quran sebanyak2nya dalam sehari?

Semasa zaman kegemilangan islam, pentauliahan Al-quran dalam kehidupan adalah sangat agung. kalau dibandingkan dengan kita sangatlah jauh bezanya, langit dan bumi pun mungkin tak sesuai nak digambarkan jauhnya beza antara kita dengan mereka.
Yang pertamanya, first language mereka adalah Bahasa Arab. Memahami apa yg dibaca  itu satu kebiasaan untuk mereka semua.
yang keduanya, sistem pendidikan yg meletakkan Al-quran sebagai ilmu primary, bukannya pilihan macam kita. Semua anak2 hendaklah menghafaz keseluruhan Al-Quran sebelum boleh menuntut ilmu2 ‘sekondari’ yang lain. Sejauh mana ini dipraktikkan ke atas semua umat islam itu wallahua’lam, tapi tokoh2 yg hebat yg lahir semasa kegemilangan islam semuanya menerima pendidikan yg sebegini. Selain manghafaz dan belajar ilmu2 Al-Quran mereka juga hendaklah menghafaz sekalian banyaknya hadis2 nabi, belajar ilmu2 fiqh dan sebagainya sehingga mantap, sebelum boleh ‘berubah’ jalur pelajaran.

Cuba banding dengan kita tengok.
Sah2 tak tahu bahasa Arab, jadi baca Al-Quran macam bergurindam saja, bunyinya sedap tapi tak tahu makna.
Sistem pendidikan kita tidak mengagungkan Al-Quran, kita copy sistem pendidikan barat, belajar ilmu2 sekular belaka dari tadika sampailah tua renta. Ilmu agama jadi ilmu sampingan pula, hafaz Al-Quran siket2 saja, itu pun hafaz lafaz sahaja, tak pernha pun kita diajar tafsir ayat2 Quran waktu di sekolah dulu kan?
Kalau ada ibu bapa yg hendak menjadikan anak2nya hafiz perlu lah dihantar ke sekolah2 aliran khas, jadi berbeza dengan anak2 yg lain. yang sedihnya, kebanyakan sekolah2 tahfiz ini sekadar melahirkan hafiz yg boleh membacakan ayat2 Quran dengan betul, tapi bukan hafiz yg boleh beritahu makna apatah lagi menjelaskan maksud2 ayat. itu pun dah kira cukup hebat lah tu, dipandang tinggi alim oleh masyarakat.

tengoklah outcome nya.

Apa impak pengagungan Al-Quran yang sangat hebat waktu zaman kegemilangan dulu? Impaknya, manusia2 waktu itu membawa Al-Quran kemana2 sahaja! Bukan dalam bentuk hard copy, tapi soft copy yg tertanam dalam hati pada setiap saat, sebaik celik mata sampai pejam mata semula, sehari2an. Tak perlu baru nak terselak2 helaian quran bila diperlukan.
Maka tak hairan langsung kalau mereka2 ini boleh menulis dan menghasilkan sebegitu banyak buku. Ada yag menulis beratus2 buku (kita nak baca seratus buku pun belum tentu kan, apatah lagi menulis beratus buku). Apa nak dihairankan, kalau AL-Quran yang 30 juzu’ itu mereka boleh hafaz, bukankah yg lain2 akan kelihatan mudah belaka? Macam kita ni, kalau nak hafaz juzu’ 30 pun terpaksa struggle sehabes daya, macam mana pula nak hasilkan walau sebuah buku?

kemudian cuba bayangkan, mereka ini sangat dekat dengan Allah hasil dekatnya diri mereka dengan Al-Quran. Mereka membawa bersam2 segala peringatan, amaran, balasan2 yg Allah janjikan kepada pendosa, berita2 gembira, nikmat2 yg Allah janjikan kepada mereka yg bertaqwa. Ayat2 ini sentiasa berlegar2 di ruang minda. Sanggupkah atau tergamakkah mereka membuat dosa saat teringatkan ayat2 yg menggerunkan yg mengingatkan tentang neraka? Sanggupkah membuang masa kalau asyik terbayang ayat2 seperti “Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu” ?

banding lagi dengan kita, kita tak punya ‘pendamping2’ ini. Saat kita terlalai dan terleka tidak ada ayat Al-Quran yang tiba2 hendak muncul di kotak fikiran kita untuk menyebabkan kita rasa gerun akan siksa Allah atau tidak ada ayat2 yg tiba2 muncul untuk menyebabkan kita semangat hendak melakukan kebaikan dengan tiba2.  Tidak Ada. Sebab itu kita tak malu2 membuat dosa, Sebab itu kita malas2 nak mengumpul pahala.

Wahai adik2 yg disayangi. bila kita kata kita hendak kembalikan umat Islam kepada Al-Quran, inilah yang kita maksudkan. bukannay setakat mengannatung ayat2 di dinding, bukan setakat membaca Al-Quran berulang2 kali, bukan setakat membawa Al-Quran ke mana2 pergi (dalam bentuk fizikal), malah bukan setakat menghafaz sahaja seluruh Al-Quran tanpa tahu maknanya. Itu semua belum cukup. Kita mahu kembalikan manusia2 yg mengahfaz seluruh Al-Quran, yang tahu dan faham maknya2nya, yang mengaplikasikan Al-Quran dalam kehidupan seharian, yang cuba hidup sebagai Al-Quran yang berjalan. (teringat dekat hospital john hunter ada seorang doktor muda yg digelar ensiklopedia berjalan akibat pengetahuan ilmu medik yg amat hebat)

Wahai adik2, senangkah misi ini?

sudah pun adik2 sendiri jawab, ia nya sangat sukar, dan terasa sangat jauh.

Sebab itu kita harus mula dari sekarang. bagaimana nak mula? Pastilah pertama sekali, untuk memberi ruang kepada sesuatu untuk masuk, hendaklah kita mengosongkan ruang yang sedia ada yg terpenuhi dengan benda2 lain.denag kata lain, hendaklah kita ‘gantikan’ apa yg mengisi hidup kita sekarang dengan yg lebih penting, iaitu Al-Quran. Di sinilah asbabnya mengapa kita bentangkan tajuk ghuzwatul fikr dan sayonara jahiliyyah. musuh islam menggunakan taktik yg mudah untuk menjauhkan kita dari Al-Quran, iaitu tak lain dan tak bukan, penuhkan sahaja masa/hari kita dengan segala macam perkara yg kelihatan seolah2 penting tapi sebenranya hanyalah supaya kita tidak jumpai masa untuk Al-Quran.  Movie, lagu, shopping, fesyen, sukan, konsert, etc. Salahkah atau berdosakah membuat benda2 ini? jawapannya tidak (kecuali kalau memang ada pertentangan dgn syariat). tetapi benda2 tidka berdosa inilah yg telah merampas masa kita dari diluangkan untuk Al-Quran.

Cukuplah setakat ini penulisan ini. Adik2 sesungguhnya telah cukup matang untuk memahami dan merasai.

Allahurabbi, lapangkanlah hati2 kami supaya mudah kami memahami dan mengerti maksud penciptaan diri kami ini. Amin.

p/s: hanya hati2 yg bersih sahaja yg boleh menerima, memahami dan merasai. betul, sangat betul, tapi tercapaikah? tercapai ke balqis? semoga sempat lah…..

saya jumpa ini di alam maya!

Penat membaca tentang bakteria dan antibiotik saya ambil keputusan untuk keluar ambil angin di alam maya. klik punye klik punya klik terjumpa artikel ni di salah satu blog yg saya terbaca:

Siapa suka main facebook?Saya!yes aku pun salah seorang peminat setia facebook.Hari masa aku menyinggah kat kedai buku popular aku beli majalah Al-Islam.Tertarik tentang artikel Natrah.Tapi tak sangka aku ada terjumpa artikel mengenai facebook dan amat memeranjatkan tajuk artikel tersebut ialah Zuckerberg(gambar di atas) guna facebook untuk bunuh Palestin…siapa lelaki ini dan bagaimana membunuh rakyat Palestin?

(x berjaya copy gambar)

Mari kita kenal dengan Zuckerberg :

1.Mark Zuckerberg ialah pencipta facebook.

2.Dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry,Westchester Country,New York.

3.Semasa menuntut di Universiti Harvard beliau telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran.

4.Majalah TIME telah mengiktiraf beliau dalam ranking ke-52 daripada 101 tokoh antara tokoh paling berpengaruh dunia 2008,sebaris dengan Barrack Obama.

5.Majalah Forbes Top 400 menyenaraikannya sebagai individu ke 321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008.

6.individu termuda disenaraikan dalam majalah Forbes semasa berusia 24 tahun dengan mempunyai kekayaan peribadi ketika itu sebanyak USD 1.5 billion.

7.Merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara,Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)

Apakah itu AEPI?

1.Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudi.

2.Juga bertujuan mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi di peringkat sekolah tinggi dan pekerjaan.

3.Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga dari sudut nilai,etika,dan menyiapkan para peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4.Berkait rapat secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel.

5.Berkait rapat dengan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC,Hillel,Israel on Campus Coalition,Aish HaTorah,Chabad on Campus,Hasbara Fellowships,B’inai Brith International,Shaare Zedek,Chai Lifeline,Holocaust Museum,dan Gift of Life.

Dan tahukah anda bahawa keuntungan facebook melaui Rizki menyatakan datangnya daripada iklan yang pelbagai.Jika dalam masa satu hari ada 1000 orang yang klik pada iklan di facebook,pendapatan yang diperoleh ialah $500.Itu baru satu iklan,cuba bayangkan jika 10 dan 20 iklan.Kiralah sendiri…Lebih malang lagi wang ini juga ada disalirkan untuk membiayai peperangan di Gaza.Dengan klik sahaja kita juga PEMBUNUH ORANG PALESTIN…Camne?aku pun addict gak..hmm..Kita perlu berhenti guna…pelan2 pun takpa..asalkan kita kena berhenti….

Allahua’lam
terima kasih kepada yg menulis artikel ini.
masa IPK hari tu, waktu pembentangan ghuzwatul fikr, kami telah bersetuju bahawa perang saraf bukan lagi 5s dan 4 f, tapi 5s dan 5 f, satu tambahan huruf  f  lagi tak lain dan tak bukan dari ‘facebook’

pandai2 la fiker sendiri bila guna facebook.


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers