Archive for October, 2010

Quran buruk..

Salam semua,

Tajuk hari ni, “Quran buruk” tidak ada kena mengena dengan ada satu drama melayu di tv bertajuk ‘quran buruk’ (saya pun x pernah tengok, tapi macam pernah nampak tajuk drama ni, sorry kalau sebenarnya tak wujud).

Sebab teringat, satu kisah di satu masa.

Ada seorang akhawat bercerita, sewaktu keluar berjalan di malaysia, dia singgah untuk solat di sebuah surau awam. Kerana telah terbiasa membawa tafsir (terjemahan) al-quran ke mana-mana dan telah terbiasa ‘meninggalkannya’ di merata-rata tempat, dia telah meletakkan quran tersebut di tepi bag nya, iaitu di atas lantai dan keluar mengambil wudhu’. selepas memasuki semula ruang solat, seorang mak cik yang tidak dikenalinya mengangkat quran tersebut dan menyerahkan kpdnya, sambil memberi nasihat. dengan nada yang tegas dan sedikit garang, makcik menasihatkan akhawat tersebut supaya ‘mengambil berat’ tentang al-quran. al-quran tidak boleh dibiarkan merata-rata dan tidak boleh diletakkan di tempat yang rendah .

sewaktu handing over tafsir akhawat tersebut, beberap helai muka surat yang telah terkoyak (kerana selalu sangat diselak) terjatuh ke atas lantai. makcik semakin marah! apabila dilihat kembali, tafisr akhawat tersebut juga banyak berconteng-conteng dan bertampal-tampal. makcik sangat terkejut kerana akhawat tersebut ‘melayan’ tafsir quran nya dengan begitu buruk sekali. tak pandai langsung menjaga kitab suci Allah. tidak tahukah nilai sebuah al-quran? tak tahukah ini adalah kata-kata Allah yang suci dan mesti dipelihara?

akhawat tersebut hanya tersenyum dan tidak berkecil hati.

wahai ummat. inilah hakikat kita!

beginilah pandangan kita kepada sebuah kitab bernama al-quran!

sekadar untuk dipelihara, tidak boleh dilangkah, tidak boleh dipijak, sebuah kitab suci yang menghiasi rak-rak rumah-rumah kita. untuk itukah al-quran ini diturunkan? untuk sekadar dibaca dengan tajwid yang betul? untuk menghafaz beberapa surah untuk dibaca dalam solat? untuk dibaca di bulan ramadhan? atau sekadar untuk menambah pahala?

antara perkara yang terbesar yang sangat merunsingkan kepala saya sebelum saya disapa tarbiyyah ialah mengenai sesuatu yang sering semua orang sebut-sebutkan, iaitu “Al-Quran adalah panduan hidup” atau “Al-Quran manual kehidupan”

semenjak saya mendengar nya, saya sering rasa tak puas hati, ‘apa maksudnya al-quran panduan kehidupan?’ kerana saya tidak terasa hidup saya dipandu al-quran. ‘apa ertinya al-quran manual kehidupan?’ kerana saya tidak pernah merujuk al-quran utnuk apa2 soal kehidupan saya pun.

ada orang datang menjelaskan bahawa itu adalah kerja ulama’, untuk mengeluarkan semua hukum dan garis panduan dari al-quran sebagai ikutan kita, sebab ilmu kita semua ni tak cukup untuk buat begitu. so indirectly sebenarnya kita dah pun hidup dengan al-quran sebagai manual dan panduan, cuma tak rasa je..

saya tidak dapat menerima jawapan ini!

tak mungkin sebuah manual atau sebuah panduan hanya boleh difahami oleh sedikit orang sahaja, sedangkan ia panduan untuk semua. tapi masa itu, ke manalah saya boleh pergi pun dengan kerunsingan saya ini? jadi ia hanya tinggal sbg kerunsingan dalam kepala saya sahaja, dan saya terus membaca al-quran sebagai penambah pahala semata…

sehinggalah saya mengenal tarbiyyah dan diberi peluang untuk mendekatkan diri denga ayat2 Allah..

ya Allah..ya Allah…ya Allah…

banyak kali bercucuran air mata apabila mengenal semula ayat-ayat Allah. menangis kerana isi kandungan ayat2 tersebut yang amat besar sekali…menangis kerana keindahan ayat-ayat Allah…menangis kerana begitu detail sekali Allah Menjelaskan tentang banyak perkara, tapi saya langsung tak pernah tahu tentang details yang Allah bagi..menangis kerana umur dah banyak baru nak mengenal ayat2 Allah..menangis kerana begitu banyak rahsia, matlamat kita dijadikan, apa yang Allah Mahukan dari kita sebenarnya, baru saya tahu sekarang..menangis kerana tak pernah ada orang datang mengajar ayat-ayat ini sedang ayat itu selama ini ada di situ sentiasa!

menangis kerana ramai lagi orang di luar sana yang seperti saya, menganggap al-quran hanyalah sebuah bahan baca semata. yang masih memelihara al-quran mereka supaya tersimpan rapi di rak di rumah di tempat yang tinggi, sedangkan sepatutnya ayat2 Allah duduknya di hati. dihafaz dan dibawa pergi ke mana-mana. atau al-quran itu sendiri diusung ke mana pergi.

dan benci dengan orang-orang yang telah memisahkan al-quran ini dari saya! dan dari ruh umat islam..

apakah al-quran ini, yang kalau diturunkan di atas gunung maka hancurlah gunung itu, boleh tidak mempunyai sebarang kesan ke atas diri kita yang kecil dan hina-dina ini? (lau anzalna hazal quran a’la jabalin la raaitahu khosyian mutasaddian min khasyatillah…59:21) saya yakin, kalau kita dapat menangkapi kebesaran al-quran itu, maka diri kita pun pasti akan terhancur-belah seperti gunung…

“Dan ini adalah Kitab (al-Quran) yang Kami turunkan dengan penuh berkah. Ikutilah, dan bertaqwalah agar kamu mendapat rahmat. (Kami turunkan Al-Quran itu) agar kamu (tidak) mengatakan, “kitab itu hanya diturunkan kepada dua golongan sebelum kami (Yahudi dan Nasrani) dan sungguh, kami tidak memperhatikan apa yang mereka baca” atau agar kamu (tidak) mengatakan, “kalaulah kitab itu turun kepada kami, tentulah kami lebih mendapat petunjuk daripada mereka” Sungguh, telah datang kepadamu penjelasan yang nyata, petunjuk dan rahmat dari Tuhanmu. Siapkah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? kelak, Kami akan  memberi balasan kpd orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan azab yang keras, krn mereka selalu berpaling” (6:155-157)

tiada kata akan dapat meyakinkan anda untuk mencintai al-quran melainkan anda sendiri mendekati al-quran dan jatuh cinta kepadanya.

cuma, saya hanya dapat berkongsi sedikit perasaan…terhadap al-quran….terhadap kalam Allah…
selepas saya mengenali al-quran, barulah saya sedar selama ini hidup saya hampir sia-sia seluruhnya, kerana saya bergerak, dan hidup di atas jalan yang salah, iaitu jalan yang dicorakkan oleh manusia, sedangkan jalan yang Allah mahu totally lain. fikiran2 saya, rasional2 saya, terbentuk oleh neraca pemikiran manusia, sedangkan neraca Alla lain dan lebih luas lagi. hanya selepas mengenali al-quran, hati saya berasa damai, kerana akhirnya saya tahu matlamat saya dijadikan, ke mana saya harus menuju, dan apa yang sebenarnya Allah mahu dari saya, saya menjadi orang yang hidup dengan wawasan, cita-cita dan keyakinan yang pasti atas apa yang akan saya buat dengan hidup saya, sehingga ke akhir hayat.

maka saya merayu kepada anda semua, mulailah membaca al-quran seperti anda membaca buku2 ilmiah anda, iaitu anda baca dan cuba fahami, supaya dapat dimanifestasi dalam kehidupan, bukan sekadar bahan bacaan pengisi masa lapang atau penambah pahal. al-quran adalah untuk dikaji, dipelajarai malah ia sepatutnya ilmu paling serius yang kita pulun untuk betul2 fahami. mulakan dengan membaca terjemahan dan tadabbur sendiri, kemudian carilah tafisr untuk mengetahui rahsia2 di sebalik setiap kata, kalau tak mampu memahami apabila dibaca sendiri carilah orang untuk mengajari anda..

akhir kata..saya juga menangis..kerana hanya sejak akhir-akhir ini, barulah saya mendapat sebuah perasaan baru, iaitu perasaan, “mengapa saya boleh tidak membaca al-quran sebanyak-banyaknya dalam sehari?”

ke arah satu juzuk sehari…amin…

allahua’lam…

 

Advertisements

Persepsi

hari ni saya ada satu teka-teki untuk semua.

mengapa, selalunya, biasanya, walau seteruk mana pun sikap seorang anak terhadap ibu atau bapanya, yaitu selalu melawan kata, selalu tidak setuju dengan approach ibu dan ayah, selalu memberontak, selalu meninggikan suara, selalu membalas, selalu mengguriskan hati ibu dan ayah, apabila kita tanya mereka, mereka tetap akan kata, bahawa mereka sayangkan ibu dan ayah nya. mengapa?

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————-

persepsi. atau sangkaan.

mula2 saya hendak beri contoh sebuah cerita mengenai bagaimana persepsi boleh berubah seratus-peratus apabila kita mengetahui sebuah kebenaran. satu hari, sebuah bas berhenti di satu perhentian bas. naiklah ke dalam bas itu seorang ayah dan dua orang anak nya yang masih kecil. di dalam bas itu ada ramai lagi penumpang-penumpang lain. ayah tadi mengambil tempat duduk, tetapi anak-anaknya lari berkeliaran di dalam bas itu. kerana mereka masih kecil dan tidak mengerti, mereka memanjat di sana sini dan bermain kejar-mengejar di dalam bas itu. tak lama kemudian mereka mula mengganggu penumpang2 lain dengan tingkah-laku mereka yang agak buas itu. mereka terlanggar, tersepak orang lain dan jeritan2 mereka sangat  merunsingkan (annoying). si ayah terus duduk diam membatu. lantas beberapa orang penumpang yang tidak berpuas hati menengking kepada si ayah, mengapa tidak dikawal anak-anak yang berkeliaran ni? ayah jenis apa ni? tak nampak ke budak2 ni tengah buat apa? takkan diam saja?! tak pandai jaga anak ke?! jerit penumpang2 itu kepada si ayah.

tiba-tiba si ayah mendongakkan kepala, seolah-olah baru sedar dari lamunan yang panjang, baru ternampak apa yang sedang dibuat anak-anaknya. dan berkata,

“oh, minta maaf terhadap perbuatan anak-anak saya. saya baru balik dari hospital, isteri saya iaitu emak kepada budak-budak ini baru sahaja meninggal dunia…saya…saya..” menitislah beberapa butiran air mata.

dan penumpang-penumpang yang lain pun tiba-tiba senyap, sedang anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu terus berlari.

hukum alam, tetap hukum alam. tetapi hukum alam, hanya menjadi adil apabila kita meletakkan hukum itu pada punca yang benar. dan kita hanya akan tahu punca yang benar, apabila kita berusaha mencari punca yang benar itu. tanpa punca yang benar ianya menjadi sangkaan, dan sangkaan yang salah, adalah apa yang kita panggil sebagai sangkaan yang buruk. su’uz zon.

saya ada seorang kawan baik, dia sangat suka dipuji. dan dia juga selalu menyebut-nyebut benda-benda baik atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapainya kepada orang lain, dan sangat gembira apabila mendapat feedback yang positif (pujian) dari orang lain. lalu hukum alam pun dijatuhkan ke atasnya. iaitu hukuman bahawa dia adalah seorang yang riak dan takabbur. kadang-kadang orang lain tidak menjatuhkan hukum alam ini terang-terangan di hadapan dia, tetapi riak muka dan pandangan yang kurang enak sudah cukup menyedarkan dia bahawa sikap suka dipuji itu tidak digemari orang lain. dan orang-orang yang ‘menyedari’ bahawa dia memiliki sikap suka dipuji ini pun sentiasa berhati-hati utnuk tidak memuji dia dalam apa benda sekalipun.  lalu saya, antara orang-orang yang menjatuhkan hukum alam itu pun nekad untuk bertindak sebagai hero, memberanikan diri pergi berjumpa terus denagn dia, one to one, untuk memberikan sedikit nasihat, kerana saya yakin, mungkin sebenarnya selama ini dia tidak menyedari akan hakikat penyakit hati yang dimilikinya itu.

saya berjumpa dengannya di satu malam yang hening, bersyarah panjang. kemudian dia menangis, dan saya sangka saya telah menjadi hero krn berjaya mengubah manusia <– takabbur!
tetapi dalam tangis dia pun bersuara, sebenarnya selama ini dia memang tahu sikap suka dipuji itu tidak bagus tetapi dengan pujian itu lah dia terus hidup!
lalu dia pun bercerita, semasa dia di sekolah, dia menjadi mangsa buli. dibuli dengan begitu dahsyat sekali, bukan dibuli secara fizikal, tetapi secara batin, yang lebih menghancurkan jiwa. dia selalu diejek, dan dimalukan di hadapan orang ramai. selepas sekian lama dimalukan, dia langsung hilang segala keyakinan diri. sehingga tidak ada yang tersisa. dia langsung tidak boleh berbuat apa pun di hadapan orang lain, biarpun di hadapan 2 orang saja! setiap kali disuruh membentangkan sesuatu, walaupun hanya di depan beberapa kerat kawan-kawan dia akan menggeletar dan rasa tak upaya mengawal diri, sedangkan sebelum kes pembulian itu berlaku dia adalah seorang yang sangat berkeyakinan. low self esteem ini berlarutan buat sekian lamanya sampai tamat sekolah, sampai tamat hubungan dengan pembuli-pembuli nya, tetapi low self esteem itu tidak hilang. dia hilang segala jati diri, berasa sangat tidak berguna, dan merasakan dia tidak akan berjaya sampai bila-bila. pernah juga dia merasakan baik mati sahaja.juga pernah merasakan Allah tidak Menolong dia, Allah tidak Menyayangi dia.

tetapi dia terus hidup. dengan pujian! setiap kali orang memuji apa pun perbuatannya, walaupun benda itu adalah perkara paling tidak signifikan seperti berjaya membuka tudung botol kicap, dia seperti mendapat satu kehidupan baru, satu kekuatan untuk mula mempercayai diri sendiri semula. dan sejak itu dia ‘hidup’ dan ‘mula meyakini’ bahawa dia adalah manusia berguna yang boleh berbuat sesuatu. dengan pujian dia mendapat sokongan. dengan kata-kata yang positif dia memikirkan tentang masa depan. dan paling penting, mula merasakan Allah ada memberikan jalan keluar.

sudahnya saya yang menangis berbaldi-baldi.

sejak hari itu saya belajar, erti bertanya, menyelidiki, dan mengenali seorang manusia sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang telahan.

dan baru mengerti, apa maksudnya apabila kita tahu tentang perbuatan buruk seseorang, hendaklah kita menyenaraikan 70 possibilities yang positif mengapa orang itu melakukan perbuatan itu sebalum sampai kepada possibility yang negatif. jarang2 manusia sengaja berbuat sesuatu yang buruk, tanpa alasan yang kukuh.

dan sikap menyelidiki sehingga ke akar umbi ini sangatlah mustahak di atas jalan tarbiyyah ini! terutamanya yang memegang amanah sebagai murabbi.

ketika orang-orang lain memandang buruk mutarabbi kita kerana sesuatu peristiwa atau sesuatu sikap, kita lah sebagai murabbi yang harus berdiri teguh di belakangnya, dan meyakini dirinya. kita lah yang harus berusaha mencari punca sebenar mengapa peristiwa/sikap itu berlaku. kerana mungkin anda adalah satu-satunya orang yang masih tinggal untuk mutarabbi itu mengadu nasib. mungkin anda ialah the last man standing untuk mutarabbi itu merasakan bahawa akan ada orang yang akan mempercayai cerita-cerita dan alasan-alasan mengapa apa yang terjadi itu terjadi. mungkin anda lah satu-satunya lengan yang tinggal untuk dia berpaut. tetapi jika anda juga berpaling darinya, maka di manakah lagi tempat bergantung? ya cukuplah Allah sebagai tempat bergantung tapi kita manusia yang serba lemah kan? cukup lemah untuk sepenuhnya menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. maka, jika anda juga tidak meyakini mutarabbi anda, maka putuslah segala tali harapannya….

mungkin di sebalik sikap suka menipu ada jiwa yang pernah ada kisah silam dipukul dengan teruk kerana berkata yang benar.
mungkin di sebalik sikap keakuan dan ego ada kisah silam yang menjadikan dia merasakan mengakui kelemahan dan meminta pertolongan itu bukan pilihan.
mungkin di sebalik sikap kasar dan suka meninggikan suara ada kisah silam di mana dia melihat orang yang lemah dan lembut menjadi mangsa penderaan.
mungkin di sebalik sikap suka mengiakan dan memuaskan hati semua orang ada kisah silam yang mana dia merasa sakit ditinggalkan dan tidak dipedulikan.
mungkin di sebalik sikap ‘hanya aku saja yang betul’ ada kisah silam yang mana setiap kesilapan dan kesalahan bermakna kritikan dan penghinaan yang teruk.

wahai murabbi sekalian! saya merayu kalian, kenalilah orang-orang yang datang menyerahkan diri mereka kepada kalian dengan sedalam-dalamnya! anda mungkin tidak menyedari, berapa ramainya orang yang merasakan dia telah mendapat sebuah kehidupan yang baru melalui tarbiyyah, meninggalkan segala kehidupan silam yang gelita dan menyedihkan. berapa ramainya orang yang merasakan kehidupan baru ini akan memimpinnya, menyelamatkannya, membersihkan dirinya. tetapi bagaimana semua itu akan berlaku? hanya bila engaku, wahai murabbi mampu memimpin mereka keluar dari gelap kehidupan lama kepada terang sinar tarbiyyah! tetapi ini tidak akan berlaku jika anda tidak kenal, dan tidak tahu siapa mutarabbi anda…

dan berapa ramainya yang merasa gembira dengan kehadiran anda, wahai murabbi sekalian, kerana akhirnya, ada juga orang yang akan mendengar segala isi hati ini….

ini adalah cubaan terakhir saya, sebelum meninggalkan australia….tolonglah memahami…..kalau kali ni gagal lagi, memang tinggal Allah sahaja tempat mengadu segalanya….

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

jawapan kepada teka-teki di atas:  kerana sayang itu lah mereka melawan kata, selalu tidak setuju dengan approach ibu dan ayah, selalu memberontak, selalu meninggikan suara, selalu membalas, selalu mengguriskan hati ibu dan ayah. kerana sayang itu. jika mereka tidak sayang, mereka akan buat tidak peduli.

manusia hanya akan memberontak, melawan, dan bersikap kurang ajar, kepada orang-orang yang mereka sayang, atau orang-orang yang mereka harap menyayangi mereka.

Allahua’lam.

Penjelasan..penjelasan…

salam, untuk previous artikel bertajuk ‘from the point of view of a mutarabbi’…ya Allah, astagfirullah…saya harap jangan ada yang membacanya merasakan ianya ditujukan kpd dirinya, atau jangan ada siapa2 pun membayangkan mana2 individu yang mungkin artikel itu ditujukan kpdnya. kerana itu semua tidak benar dan tidak wujud sama sekali.

begitu juga dengan seluruh artikel2 yang lain. perkara positif, ya mungkin ada org tertentu yg saya maksudkan specifically, tapi bukan terhadap perkara2 yang negatif.

mohon maaf sangat2 jika ada yang terasa hati.

semoga Allah ampunkan dosa kita semua.

Tadabbur ku…Belum cukup bertaqwa, belum cukup bertawakkal..

Alhamdulillah, telah selamat pulang dari misi “generasi muda dan perubahan”…..
Personally tajuk kali ni adalah tajuk yang agak mencabar dan serius untuk dibentangkan, dan half-way saya dah agak ‘pancit’. haha. kalau ada sapa2 perasan lah….apa2 pun, seperti sebuah peringatan yang selalu diulang2 oleh seorang ukhti, apa2 yang terkeluar dari mulut itu, baik elok atau buruk, adalah yang terbaik yang Allah Mahukan untuk semua pada masa itu….
dan overall, setiap sesi yg berlangsung dalam Katibah Umar baru2 ini (termasuklah senaman pagi yang terpaling semangat 😉 ) saling menguatkan antara satu sama lain..semoga Allah Merahmati dan Memberkati kita semua….

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————-

Kali ni nak tadabbur sebuah ayat yang dekat dengan kita semua…sangat dekat dengan saya, sampai siap gantung frame ayat ni kat dinding bilik di malaysia sebab suka sangat:

iaitu ayat seribu dinar:

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah , nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah (tawakkal), maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Selama ni dah hafaz ayat ni, tapi alhamdulillah, baru2 ni Allah membukakan satu lagi sudut tadabbur ke atas ayat ini.

tadabbur ni diperoleh selepas dengar tazkirah subuh dari seorang ukhti semasa di Katibah Umar beberapa hari lepas. Jazakillah khair ukhti.

Ukhti memberikan tazkirah tentang ‘tawakkal’. Baik sekali perkongsian ukhti ini yang mengingatkan bahawasanya, ‘tawakkal bukan hanya selepas kita sudah selesai melaksanakan sesuatu perkara dan menyerahkan keputusannya pada Allah, tetapi tawakkal sepatutnya berlaku dari mula, dari sebelum kita mula melaksanakan sesuatu, dan juga sepanjang kita melaksanakannya, sehinggalah sesudah kita selesai melaksanakannya’

Maksudnya, sejak dari mula, sejak sebelum kita mula buat apa2 kita sudah redha dengan keputusanNya, kita sudah menyerahkan bulat2 kepada Allah. Dan dari mula kita telah meyakini bahawa outcome sst perkara itu seluruhnya di tangan Allah, bukan di tangan dan di atas usaha kita!

lantas saya teringatkan ayat ini, iaitu ayat seribu dinar ini…

dan ter ingat2 kisah Bilal Bin Rabah sewaktu beliau disiksa, dan baru mengerti konsep taqwa dan tawakkal….

‘Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah , nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya’

Membuka semula kisah Bilal bin rabah: Beliau disiksa dengan begitu dahsyat sekali oleh Umayyah bin Khalaf, tuannya. Selepas disebat dengan cemeti dan dihina di depan orang ramai, Bilal dibaringkan di atas tanah padang pasir yang menggelegak panasnya, sehingga bahagian belakang badan Bilal cedera teruk dan berparut sehingga akhir hayatnya, dan dihempap pula dengan sebuah batu yang amat besar dan berat yang mampu mematahkan tulang2 rusuknya, dan dibiarkan dijemur di bawah kepanasan itu. Setiap kali Umayyah memaksanya untuk meninggalkan islam, tiadalah lain yang disebutnya melainkan ‘Ahad…Ahad…’

Pause.

Cuba bayangkan sekejap kita berada di tempat Bilal ini. Adakah kita akan sanggup menahan siksa ini? Adakah kita akan menzahirkan keimanan kita yang kita sering lafazkan iaitu kita tak akan berpaling dari Allah dan Rasulullah walau sehebat mana pun cubaan yang menimpa kita? Iman memang senang dilafazkan di mulut, tetapi penzahirannya, yakni ‘taqwa’ mampukah kita?

Akhirnya, selepas begitu teruk disiksa, datanglah utusan Saidina Abu Bakar bertemu dengan Umayyah menyatakan perutusan Saidina Abu Bakar untuk membeli dan membebaskan Bilal dari menjadi hamba kepada Umayyah. Maka bebaslah Bilal! Merdeka lah Bilal!

Subhanallah!

Sebuah jalan keluar! :Bilal langsung tidak menyangka, dan tidak mengharapkan jalan keluar yang sebegini indah. Sepanjang disiksa dia tidak dapat membayangkan bahawa dia akan diselamatkan dari siksaan itu dengan cara begini.dan dia juga tidak pernah merayu dan meminta kepada manusia2 di sekelilingnya supaya dia diselamatkan. hanya Allah sahaja tempat mengadu, dan tempat bertawakkal.

Sebuah rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka! : Bilal langsung tidak pernah terfikir bahawa dia akan bebas dari penghambaan. Dia hanya ingin mempertahankan keimanannya kepada Allah dan Rasulullah. Dia rela mati. tetapi Allah bukan sahaja menghentikan siksaan itu, malah Memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka, iaitu bebas dari perhambaan kepada manusia buat selama-lamanya!

Kisah ini membuatkan saya terfikir, kita pun selalu mengharapkan jalan keluar segala masalah kita dari Allah. Kita pun selalu mengharapkan rezeki dari arah yang tidak disangka2 akan turun kepada kita.

tetapi, adakah kita telah cukup bertaqwa dan bertawakkal untuk memperolehnya?

Kita dapat merasai betapa besarnya ‘taqwa’ dan ‘tawakkal’ Bilal bin Rabah.

ya Allah begitu sekali Allah menepati janjiNya! Iaitu janji di dalam ayat seribu dinar ini! (wa man aufa bi ‘ahdihi minallah!)

Kita pun sama menyakini, tetapi adakah kita sudah memanifestasi?

Mungkin dalam usaha2 kita, kita tidak cukup bertaqwa kepada Allah. Kita belum cukup ‘push’ diri kita untuk bersungguh2 melaksanakan segala perintah Allah sebaik2nya dengan sepenuh jiwa dan raga kita, dan belum betul2 mengotakan keimanan yang sering kita lafazkan.  Kita belum betul2 berlari dalam mengejar ‘jalan keluar’ yang Allah janjikan.

dan juga, mungkin kita belum benar2 bertawakkal  kepada Allah untuk benar2 layak menerima bantuan dan janji2Nya.

tetapi kita tak malu2 meminta dan mengharapkan ‘jalan keluar’ dan ‘rezeki dari arah yg tidak disangka-sangka’.

begitu juga langkah kita dalam dakwah…dalam mengembalikan manusia kepada Allah dan Islam, mungkin kita belum cukup bertaqwa, dan belum sempurna bertawakkal, sebab itu, jalan keluar masih pudar, dan rezeki belum tiba dari arah yang tidak disangka-sangka…
Ayuhlah bertaqwa dengan sebenar2 taqwa! dan bertawakkal dengan sebenar2 tawakkal!

 

 

From the point of view of a mutarabbi

Curi-curi masa menulis sebelum berangkat untuk berjihad di medan dakwah..

Salam

Ini adalah sejenis curhat.

Kita sudah faham dan menerima wajib dakwah. Kita sudah mula mengorak langkah. Kita bersemangat waja hendak mengajak manusia kembali kepada Allah dan islam. Maka kita mula bergerak dan berlari. Kita memikirkan, bagaimana cara terbaik untuk mendekati mansuia dan mengubah mereka? Kadang-kadang kita rasa  kecewa bila kita sudah berusaha tapi x berjaya. Maka kita menasihati sesama kita, supaya jangan berhenti sebelum mati, jangan menyerah sebelum kalah. Mesti terus push diri kita, berjuang sampai tak larat. Kita juga menasihatkan, supaya sentiasa koreksi diri, mungkin silapnya ada pada kita, yang belum bersih dari dosa. Atau masih bergelumang dengan jahiliyah, sehingga yang melihat merasa resah. Atau langkah kita sendiri longgar dan kata-kata kita tidak menembusi hati, kerana kata-kata itu keluar dari hati yang mati.

Kita boleh bermuhasabah dari bermacam sudut, dan hakikatnya jawapan memang bukan hanya ada satu.

Kadang-kadang kita lupa melihat satu sudut yang memberikan sumber jawapan yang besar.

Iaitu diri kita sendiri.

Iaitu sudut pandang seorang mutarabbi, dan bukannya sudut pandang sebagai seorang murabbi.

Maka ini adalah luahan hati yang ikhlas dari seorang mutarabbi: harapanku, impianku, angan-anganku, dalam meraih keberkatan tarbiyyah. Sebagai perinagtan buat diri agar melangkah lebih kemas dan gagah.

Apa yang ku harapkan dari seorang murabbi?

Hanyalah supaya menerima diri ini seadanya.

Kita semua adalah mangsa keadaan, dipisahkan dari Allah dan Al-Quran sehingga yang tersisa hanyalah kalimat2 yang dianggap suci dan disusun kemas di rak (Al-Quran). Kita semua bermula dengan belenggu-belenggu jahiliyah yang membelit diri dari semua sudut yang dapat kita fikiri. Ada yang jahiliyahnya begitu tebal dan tidak dapat kita percayai. Tapi ya, siapa yang bermula dengan langkah yang sempurna? Maka sebagai seorang mutarabbi, saya menyerahkan diri saya yang serba cacat, hina-dina, penuh dengan palitan dosa dan jahiliyah, baik luaran mahupun dalaman, kepada tarbiyyah sepenuhnya dan seluruhnya untuk diperbaiki! Maka terimalah saya seadanya!

Janganlah memincingkan mata apabila melihat keburukan diri saya, mungkin saya sendiri tak pernah tahu itu adalah keburukan. Janganglah memandang dengan sinis pakaian saya yang tidak sempurna, mungkin saya belum mengerti sepenuhnya. Janganlah asyik menidakkan kata-kata saya walaupun ia salah kerana mungkin saya belum dapat menerima apa yang benar.

janganlah membanding-beza saya dengan siapa pun, sungguh langkah bermula kita semua tidak sama.

tarbiyyah bukan untuk orang-orang yang sudah baik, tetapi untuk membaikkan semua orang. Maka layanlah saya sepertimana anda melayan orang-orang yang anda senangi, walaupun perangai dan sikap saya memualkan kamu. Kadang-kadang saya kecil hati juga apabila melihat murabbi yang bersikap lebih ‘mesra’ dan ‘ramah’ dengan orang-orang yang baik berbanding dengan orang-orang yang seperti saya, yang bermula dengan langkah yang caca-merba. Saya sedar siapa diri saya, tapi bukankah saya juga mutarabbi mu yang hanya mengharap agar tarbiyyah ini akan menyelamatkan saya?

Tolonglah beri kan saya sokongan dan dorongan, bukan kata-kata yang menghiris atau menghancurkan hati, terutama ketika diri masih sedang mencari.

Ya benar, matlamat tidak menghalalkan cara. Dalam gerak kerja kita, kita harus sentiasa berhati-hati dengan langkah agar tidak tersasar dari garisan tarbiyyah dan segala yang dituntutnya. Kita mahu kekemasan dalam tarbiyyah kita, maka kita harus meminta izin, harus sentiasa memaklumi, harus sentiasa syura, harus sentiasa melaporkan, tetapi kita hanya lah manusia, pulak tu yang bermula dengan segala kehinaan. Kadang-kadang bukan tidak mahu mentaati, tetapi gelora dalam jiwa lebih dahulu menempati hati. Hingga hilanglah segala konsep yang kita sepakati. Dan pada waktu2 begini, sebagai seorang mutarabbi, saya amat-amat mengharapkan murabbi nya orang yang paling dahulu memahami, bukan yang pertama-tama menghakimi.

Ada waktu-waktunya kita harus melepaskan kekerasan undang-undang demi sebuah kemanusiaan. Dan apabila seorang murabbi menghargai nilai ini, anda lah orang yang paling saya cintai. yang menghargai bahawa betapa lama pun mutarabbi nya sudah bertapak di atas tarbiyyah ini, dia tetap satu jiwa yang lemah dan ada masanya dia tewas kepada hambatan-hambatan jiwa dan perasaan. Saya mengharapkan agar murabbi saya bertindak mengikut kesesuaian, bukan keperluan semata-mata.Memberikan yang terbaik pada saat yang paling kritikal.

Berilah saya kesungguhanmu!

Pimpinlah saya, dengan sepenuh jiwa dan diri mu! Ya saya tahu anda punya begitu banyak tuntutan dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan, tetapi bukankah saya juga adalah satu tuntutan kepada dirimu? Bukankah saya juga adalah sebauh amanah yang harus kamu pikul dan pertanggungjawabkan? Di mana kah saya di hati kamu? Adakah hanya seorang insan yang kamu temui seminggu sekali dan tidak lebih dari itu? Apakah saya hanya seorang lagi manusia yang hadir dalam hidup kamu bila saya menjelma di depan mata kamu dan lenyap bila hilang dari pandangan? Sebanayk mana cinta kamu kepada saya di dalam diri kamu?

Dengarilah luahan hati ini seikhlasnya walau pun kamu tidak setuju. Biarkan lah saya menghabiskan kata-kata saya biarpun kamu tahu saya sudah jauh tersasar.

Sesungguhnya, kesungguhan, kesabaran, kegigihan, dan kasih sayang kamu lah yang akan menyentuh hati saya. Bukan setakat ilmu yang kamu taburi.

Cukuplah setakat ini curhat dari seorang insan yang bergelar mutarabbi.

Allahua’lam…..

 

Mengurung diri; perhatikanlah pakaianmu

Baru pulang dari “movie nite” ‘the garden at the end of the world’, : para daie semua silalah menonton dokumentari ini, anda akan rasa betapa selama ini usaha anda hanyalah main-main sahaja.

Sedang siap2 nak pergi usrah, curi masa sikit menulis..

nak tulis tentang pakaian…sebagai peringatan buat diri sendiri…

tiba2 sahaja terfikir sejak kebelakangan ini, mengapa baju kurung dipanggil ‘baju kurung’? as in, mengapa ‘kurung’? pernah tak terfikir kenapa ‘kurung’?
saya cuba mencari2 info di alam maya tentang asal usul perkataan ‘kurung’ di dalam nama baju kurung itu, tapi tidak berapa membuahkan hasil.
Yang ada cuma lah pengaruh pendakwah india dan cina ke atas asal kejadian baju itu, tapi bukan asal -usul nama tersebut. Ada juag disebutkan peranan sultan melaka dan sultan johor dalam pengubahsuaian pakaian orang2 melayu sehingga terhasillah baju kurung seperti yang ada sekarang.

ternyata, pencarian di alam maya tidak membantu ‘kajian’ saya ini.
Yang paling kukuh datangnya dari novel faisal tehrani, ‘manikam kalbu’ yg sudah saya baca beberapa tahun lepas,
saya tak pasti sama ada cerita manikam kalbu ini, specifically di zaman kesultanan melaka dan pertandingan menghasilkan busana, apakah ia benar2 terjadi atau rekaan faisal tehrani sendiri, atau mungkin memang fakta yang digunakan betul cuma diolah dalam bentuk fiksyen, wallahua’lam, tapi sedutan dalam novel itu yang menyebutkan tentang asal-usul nama ‘kurung’ itu sangta menarik;

“Tuanku, pacal namakan busana yang pertama ini baju kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi, dengan sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama, busana ini dikurung oleh syarak. pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam.”

“Adapun kurung itu dikurung oleh adat. Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai sama, tahu cara memakainya, dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya”

“Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong”

saya rasa sangat terpanggil untuk percaya bahawa asal-usul nama ‘kurung’ itu adalah begini, iaitu untuk ‘mengurung’ diri kita dalam batasan syarak, adat, dan akhlak.

dan seharusnya pakaian kita begitu, bukankah?

mungkin selama ini kita telah ter’cliche’ dengan nama ‘baju kurung’ itu sehingga kita tak pernah memikirkan, apa yang nak dikurung sebenarnya?

agama islam adalah satu-satunya agama yang garis panduannya ke atas penganutnya begitu menyeluruh, baik di bidang yang besar seperti pentadbiran negara, perundangan, pendidikan, ekonomi, sampai ke soal perang, atau pun soal pemparitan sampailah ke sekecil2 pelaksanaan di peringkat individu seperti adat masuk tandas, adat makan, adat tidur, hubungan dengan ibu-bapa, sampaikan penjagaan gigi pun ada garis panduan! tinggal kita saja nak terjun atau tidak ke dalam batasan islam seluruhnya, sebab dalam hidup kita ni, takde satu ruang pun yang kita boleh rujuk kepada ‘sumber2’ lain selain islam kerana islam itu sudah terlalu sempurna dan menyempurnakan.

begitu juga soal pakaian, kita tidak sepatutnya dengan bebas menetapkan pakaian yang hendak kita pakai, mengikut acuan keselesaan kita, atau acuan bebas bergerak, melompat dan menyepak, atau acuan trend terkini versus trend ketinggalan masa, atau acuan baju yang mak dan kakak atau kawan kita pakai, atau acuan pekerjaan kita (harus berpakain elite dan tidak kolot), atau acuan apa pun melainkan acuan Allah semata-mata!

mungkin yang salahnya sekarang ialah ramai kita tidak tahu pun apa acuan Allah terhadap pakaian…

herm…mungkin kita perlu ada daurah ‘pakaian menurut acuan Allah’

and i am more than happy to work on that, doakan lah…

as for the moment, to me, pakaian kita seharusnya berupaya mengurung kita dalam batasan syarak, adat dan akhlak kita..

allahua’lam…..

Mode: Panic

saya sudah mula panik.
tinggal lagi 31 hari sebelum balik for good ke malaysia.

Banyak perkara yang saya panikkan; kereta belum jual, barang2 belum pack, minggu terakhir tu masih ada exam psychiatry, literature review untuk longitudinal task kena buat semula, masih kena prepare utk presentation PHCS.

Tapi ini semua tak apa-apa.

Saya lebih panik kerana hampir nak meninggalkan adik-adik Durrah yang terlalu disayangi. Juga semua adik-adik di bumi Australia ini yang berada di hati saya; di Newcastle, di McQuarie, di Sydney, di Brisbane…
Ya, akak sangat panik untuk meninggalkan kamu semua.

Sungguh, kita sering diingatkan untuk membersihkan hati kita. Supaya dalam hati kita hanya ada Allah semata-mata.
jangan ada ikatan kepada selainNya, jangan sekali menyandarkan asbab berlakunya sesuatu atas selain dari Allah.
Begitu juga kita diingatkan agar membuang kebergantungan dan keterikatan kita kepada murabbi/naqibah kita, dan sepenuhnya meyakini segalanya atas kehendak dan kuasa Allah, bukan kerana murabbi/naqibah. Begitu juga seorang naqibah tak sepatutnya merasai progress dan kemajuan anak-anak usrahnya adalah kerana dirinya/usahanya, walau sekuat mana pun usaha yang telah dicurahkan, walau sebesar mana pun pengorbanan.

Tapi perasaan, apabila ia hadir, tak dapat kita nak menahannya.

Perasaan sayang ini, cinta ini, dari seorang kakak kepada adik-adiknya adalah pemberian dari Allah jua. Yang tak dapat ditahan-tahan.

Begitu juga perasaan panik ini. Adalah dari Allah jua, bahawa kakakmu ini merasa panik bila memikirkan tarbiyyah adik-adiknya yang tersayang. Bukan tidak yakin pada kalian, malah kalian jauh lebih hebat dan lebih matang dalam dakwah dan tarbiyyah ini berbanding diri ini.

Cuma panik bila memikirkan, nanti kalau adik-adik berasa musykil di jalan ini, adakah orang yang akan meleraikan kemusykilan? kalau hati adik-adik dilukai di jalan ini, adakah orang yang akan sudi mendengar dan datang memujuk? kalau adik-adik merasa lemah di atas jalan ini, adakah orang yang akan datang meniup kembali kata-kata semangat? ketika adik-adik terlalai, adakah nanti orang yang akan datang mengingatkan?

Adakah nanti orang yang akan sungguh-sungguh menyemarakkan semangat adik-adik agar terus tsabat di jalan ini? Siapakah yang akan menemani adik-adik dalam mengharungi suka dan duka jalan ini? Adakah nanti orang yang benar-benar mengenali adik-adik untuk tahu apa yang terbuku di hati adik-adik? yang akan tahu apa yang adik-adik paling perlukan pada tika dan saat berbeza.

Akak panik kerana selama ini akak melihat adik-adik di depan mata akak, kita bergerak bersama-sama. Kita telusuri kalam Allah bersama, bait-bait pesanan qudama’ yang memberkas di jiwa. Akak panik, memikirkan nanti bila kita telah berjauhan bagaimanakah perjalanan tarbiyyah adik-adik? bagaimanakah kemajuan dalam dakwah?

ya, mungkin ini hanyalah bisikan syaitan semata-mata, yang cuba meranapakan keyakinan dan keimanan kepada Allah, bahawasanya segalanya adalah di tangan Allah, bukan di tangan kita manusia yang hina.

tetapi perasaan panik ini terus juga hadir…….

ya Allah, ampunkan aku


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers