Archive for August, 2009

Cerpen bulan Ramadhan (cubaan berdakwah kepada kanak-kanak)

“Opah! Hassan nak ayam percik!!” pekik Hassan di tengah-tengah kerumunan manusia yang ramai di bazaar ramadhan yang sudah sedia sibuk.

“Hussein nak kuih yang bulat-bulat tu Opah. Opah dah janji dah nak beli untuk Hussein..” Hussein tak mahu kalah dengan Hassan

Lebih kurang 20 langkah ke hadapan Nina, kak ngah kepada hassan dan Hussein berjalan laju-laju dan tersipu-sipu kerana malu dengan perangai adik-adiknya yang tiada segan silu memekik-mekik di celah orang ramai.

“Eh, tadi kan dah beli ayam masak merah dengan ayam rendang, takkan nak beli ayam percik pulak Hassan? banyak sangat dah ayam ni, tak larat nak makan nanti, Opah nak buat apa ayam banyak2 ni? Hussein kan dah dapat kuih popia, kuih badak berendam, kuih ketayap, kuih karipap dengan kuih cucur udang? Nak tambah lagi ke? Kalau tak habes nanti siaplah kamu berdua, opah sumbat2 jugak dalam mulut masing2 nanti..” kata opah dengan penuh kesabaran melayan kerenah cucu2 nya yang tidak dapat menghargai nilai besederhana mahupun nilai malu memekik2 di khalayak ramai. Opah sabarkan juga sementelah menyedari apalah yg patut diharapkan dari cucu2ya yang baru berumur 4 1/2 tahun itu (kembar). Tapi kesabaran opah agak tipis terhadap Nina yang asyik menyelinap dan mengghaibkan diri di celahan orang ramai.

Waktu berbuka:

Tok Wan: “Ya Allah! Ni ape kah kejadahnya banyak sangat makanan ni?  Ayam sampai 4 jenis, ikan 3 jenis, sotong lagi, udang, ketam?”
Memalingkan wajah ke tepi dan terkejut sekali algi; “lah!! Sampai keluarkan meja makan yang lama nak taruh kuih muih? Ya Allah penuhnya meja ni, macam mana Tok Wan nak lalu ni? ” kata Tok Wan sambil cuba melalui tepi meja yang penuh dengan makanan itu.
Mata Tok Wan terus terbelalak melihat 6 jag air dengan air-air yg berlainan tersusun rapat ke dinding.

Nina: “Siapa punya kerja lagi Tok Wan? Cucu2 kesayangan Tok Wan punya kerjalah ni. itu nak, ini nak, kalau tak bagi meraung-raung pulak tengah2 bazar tu. Hisy, malu betullah bawak diorang ni pergi bazar ramadhan. lain kali toksah pergi dah, dudok je rumah. Haa, tengok tu, bukannya makan pun, baru makan ayam seketul dah kenyang dah, ni sapa nak makan ayam 3-4 jenis ni?” bebel Nina (kat rumah pandai pula nak tunjuk power, kat bazar tadi menyorok macam tikus)

Tok Wan memandang lesu.

Hassan dan Hussein tersenyum-senyum simpul seolah-olah mereka memang kanak-kanak innocent yang sunggoh comel dalam apa jua keadaan (kanak-kanak memang comel)

————————————————————————————————————————————————————————-

Selepas selesai solat terawikh, Tok Wan didekati oleh hassan dan hussein yang memang selalu bermanja2 dengan Tok Wan mereka setiap malam sebelum tidur kerana Tok Wan selalu bercerita berbagai2 kisah yang menarik kepada mereka.

“Tok Wan, malam ni Tok Wan cerita lah pasal spiderman!! Hassan nak tengok kat tb ummi tak nak kasik…”

Tok Wan: “Tok Wan ada cerita lagi best dari spiderman, cerita pasal Tok Wan masa Tok Wan kecik2 dulu. Nak dengar tak?”

“Nak!!!!!!!” serentak meledak.

Nina datang duduk bersimpuh di sebelah tok Wan untuk mendengar juga.

“Masa Tok Wan kecik2 dulu, Tok Wan miskin sangat. Masa tu ayah Tok Wan kerja kampung je, gaji ayah Tok Wan siket sangat. Adik-beradik Tok Wan ramai, 13 orang semua sekali. Jadi Tok Wan dengan adik-beradik Tok Wan biasa hidup dalam kemiskinan dan kesusahan. Tapi Tok Wan pergi jugak sekolah. Masa tu Tok Wan ingat lagi, sepanjang dari Tok Wan darjah satu samapi Tok Wan darjah 5, Tok Wan ada satu ehlai seluar sekolah saje, itu pun seluar pendek, sebab ayah Tok Wan tak mampu nak belikan Tok Wan seluar panjang. Tok Wan pakai seminggu Tok Wan basuh, pakai basuh, pakai basuh sampai lah seluar tu lusuh. Masa Tok Wan darjah 5, Tok Wan teringin sangat nak pakai seluar panjang pergi sekolah, Tok Wan tanya ayah Tok Wan, tapi dia kata tak mampu. Jadi Tok Wan pun berazam, Tok Wan nak simpan duit, sebab Tok Wan nak beli seluar panjang bila Tok Wan masuk darjah enam.”

“Jadi, hari2 Tok Wan tak makan dekat sekolah, sebab Tok Wan nak simpan duit belanja Tok Wan. Tok Wan tak kisah pun perut Tok Wan lapar, lagipun Tok Wan dah biasa. Setiap hari Tok Wan simpan 5 sen dalam tabung buluh Tok Wan. Tabung tu tok Wan sangkut dekat dinding bilik Tok Wan. Bilik ni dekat bahagian bawah rumah Tok Wan, sebab bilik atas ayah bagi dekat adik-beradik perempuan Tok Wan, jadi yang lelaki semua kongsi bilik bawah”

“Tok Wan kutip duit setiap hari, tapi tak cukup jugak nak beli seluar panjang. Jadi Tok Wan pun ambil upah kutipkan buah2an, kadang-kadang kutip buah rtambutan, buah langsat, buah asam gelugor, macam2 lagi lah Tok Wan buat. Lama2 simapnan Tok Wan pun bertambah. Tok Wan kira2, tinggal siket saja lagi nak cukop untuk beli seluar panjang. Jadi tok Wan rasa gembira sangat dan tak sabar-sabar nak beli seluar panjang.”

“Tiba-tiba satu hari tu hujan turun tak henti-henti. berhari2 lamanya. Air mula naik dekat kawasan rumah Tok Wan. Ayah Tok Wan panggil kami adik-beradik lelaki untuk selamatkan barang-barang berharga yang ekbanyakannya ada dekat bahagian rumah belah atas. Kami pun memindahkan barang2 berharga. Air semakin naik, dan satu petang tu tiba2 air naik dengan sangat mendadak. Tiba-tiba Tok Wan teringat atbung buluh Tok Wan yang tersangkut dekat dinding bilik bawah! Tok Wan pun berlari-lari turn naks elamatkan tabung Tok Wan, tapi bila Tok Wan sampai Tok Wan tengok tabung du dah hanyut. Tok Wan cuba kejar tabung tu, tapi air sangat dears, jadi Tok Wan terpaksa lepaskan dia pergi, Tok Wan nangis je tengok tabung tu keluar ikut tingkap, pergi meninggalkan Tok Wan. Impian Tok Wan nak beli seluar panjang pun musnah….”

Rupa-rupanya dis ebelah Tok Wan Hassan, hussein dan Nina telah menangis teresak-esak.

“Tok Wan, kenapa cerita Tok Wan ni sedih sangat?” kata Hassan sambil menangis-nangis

Tok Wan senyap sahaja.

Mulai hari itu hassan dan hussein tidak pernah lagi meminta2 berlebih-lebihan bila dibawa kelaur ke bazaar ramadhan, malah mereka semakin rajin pula berpuasa dengan bersunggoh2..

Sekian.

(ceriat ini telah dicampur-aduk antara kisah rekaan dengan kisah benar)

Membebel-bebel

Ada satu sebab kenapa menghadiri lecture ethics di bumi Australia ini agak memualkan bagi saya. Fakta-fakta yang diberikan selalu membuatkan kepala saya pening-pening dan mabuk laut. Kalau bukan sebab ianya adalah compulsory, adalah lebih baik saya menaiki kapal dan betul2 mabuk laut daripada mabuk laut di tempat yang tak ada laut.

Baru-baru ini lecture ethic adalah mengenai status dan etika seorang doktor dalam memprescribe contraception (pencegah kehamilan). Ringkasnya, mengikut undang-undang Australia, terdapat sedikit percanggahan (maka di sinilah saya menjadi pening):
1) Untuk wanita berumur 14 tahun ke atas, doktor boleh memprescribe contraception kepada wanita ini tanpa perlu merujuk kepada ibu bapa atau penjaga wanita ini, dan sekirannya diminta oleh wanita ini untuk dirahsiakan tindakannya itu daripada ibu bapanya maka doktor tersebut harus menghormati dan menunaikan kehendaknya ini. Pelanggaran hak consent dan confidentiality ini boleh menyebabkan pendakwaan di mahkamah.

2) Masalahnya, mengikut satu lagi undang2, seorang wanita hanya boleh dengan bebas mengadakan hubungan seksual tanpa campur tangan ibu bapa hanya setelah berumur 16 tahun, maksudnya jika seorang doktor mendapati pesakitnya yang berumur 15 tahun telah mengadakan hubungan seksual dengan seseorang dan menghidapi penyakit kelamin (Sexually trasmitted disease) maka tidak dianggap melanggar hak consent dan confidentiality terhadap wanita itu sekiranya doktor itu memberitahu kedua orang tuanya.

Maka kalau digabungkan kedua2 premis di atas ianya menjadi ebgini:
Seorang wanita tidak boleh membuat hubungan seksual sebelum berumur 16 tahun tetapi boleh mendapatkan contraception setelah berumur 14 tahun.

————————————————————————————————————————

Dunia barat atau mana-mana dunia yang bersifat sekular selalu menyangka mereka boleh ‘mengawal dosa’ manusia melalui undang-undang. Saya tidak hendak mendebatkan benar-benar terbuktikah undang-undang ini berjaya atau gagal mengawal dosa manusia. Benda-benda yang subjektif begini kalau didebatkan tak akan habis pun sampai bila-bila.

Cuma saya hendak bicarakan bahawa sesungguhnya Allah telah menggariskan satu akedah yang jauh lebih efektif dalam ‘mengawal dosa’ manusia ini:

Firman Allah: “Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit, (pohon) itu menghasilkan  buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yg telah dicabut akar-akarnya dari eprmukaan bumi; tidak dapat (tegak) sedikit pun” (14:24-26)

Jelas sekali Allah menggariskan bahawa untuk menghasilkan pokok yang baik ahruslah kuat dari tunjangnya, dari dasarnya, dari dalamnya, maka dari tunjang yang kuat ini akan menjulanglah pucuk yang tinggi dan perkasa dan akan keluarlah cabang-cabang yang tegap yang menghunjam sampai ke langit dan dari cabang ini akan terhasillah buah-buah yang mantap, bermutu tinggi dan enak, yang memberi manfaat kepada yang memakannya.

Pokok ini harus dikuatkan dari dalam! Bukannya kita cuba betulkan dari luar, bila keluar buah-buah yang tidak elok kita petik dan kita buang buah yang rosak ini. Bila ada cadang yang rapuh dan terpatah kita pun cantas cabang ini. Bila ada daun-daun yang rosak kita pun ambil gunting dan buang daun-daun rosak ini. Tapi soal mengapa pokok ini menghasilkan buah-buah yang tidak elok dan tidak berkualiti kita tak mahu address kan.

Seperti itulah undang-undang sekular ini. Undang-undang ini cuba menghiasi pokok ini dari luar, bila ada yang dah terngadah baru nak fikir bagaimana nak kawal masalah ini, soal pokok itu sihat atau tidak tak mahu fikir. Kalau ada pokok yang dah rosak sangat, nak tebang saja tak bagi pulak, katanya haruslah kita menghargai nilai setiap nyawa. (Again, tak mahu diargue, bersifat terlalu subjektif di mata manusia-manusia sekular)

————————————————————————————————————————

Sebagai manusia-manusia yang menyembah Allah, marilah kita pegang kalimat Allah ini, marilah kita mendekati sekalian pokok-pokok untuk dirawat dari dalam, bukannya sekadar dihias dari luar supaya nampak cantik dan tidak terlalu hodoh di mata yang melihat. Bila pokok-pokok ini telah dikuatkan dari dalam, maka tak akan kita perlu risau akan luarannya, kuat atau tidak cabangnya, elok atau tidak daunnya, enak atau tidak buahnya, denagn sendirinya ia akan terpelihara, degan izin Allah jua.

Sekian sahaja pembebelan, apa yang nyata tak perlu dihurai panjang-panjang dan lebar-lebar, hatiyang faham sekejap saja akan faham.

Bulan ini Bulan Ramadhan

Saya ini orangnya tak pandai bercakap (walaupun boleh bercakap), kerana itu saya menulis. Bila orang yang tak pandai bercakap menulis, maka dia menulis apa yang ingin dia cakapkan. dan bila orang yang tak pandai bercakap menulis, maka dia meluahkan isi hati. Sepanjang saya menulis saya tidak pernah menulis denagn tujuan menghantar mesej kepada mana2 individu, saya menulsi untuk menggemakan isi hati, yang kalau dietlan mati bapak. kalau ada yang baik ambillah, kalau terkena pada sesiapa itu lah yang diibaratkan sebagai diluah mati mak dalam bidalan orang melayu.

“Ya Ayyuhal Insan. Innaka kadihun ila rabbika kad han fa mulakih”

Wahai manusia! Kamu telah berusaha keras menuju tuhanmu, maka kamu pasti akan menemuinya” (al-Insyiqa’, 6)

Ayat ini adalah ayat yang sungguh istimewa, sebab itu saya membawanya ke mana-mana sepertimana manusia membawa handphone ke merata-rata tempat. dalam keadaan emergency, handphone sangat berguna kerana kita boleh menelefon polis atau bomba atau mak atau ayah atau kawan. maka sepertimana handphone, ayat ini saya bawa ke mana2 kerana ia amat berguna bukan sahaja di waktu emergency.

apakah yang kita sedang buat dengan kehidupan kita?

menurut ayat ini, semua manusia, ‘sedang’ berusaha keras untuk menemui Tuhannya. Tidak ada pengecualian. Baik seorang perdana menteri atau seorang ustaz atau seorang pelajar atau seorang doktor atau seorang perompak atau seorang perogol bersiri, baik seorang islam mahupun seorang kafir kita semua ‘sedang’ berusaha menuju ke arah Tuhan.

Dan usaha keras itu maksudnya apa sahaja yang kita lakukan sama ada denagn sengaja/dirancang atau tidak sengaja/tidak dirancang. Makanya jika sepanjang hayat saya tidur sahaja di atas katil, itulah ‘usaha keras’ saya, walaupun di amat manusia seoalh2 saya tidak membuat apa. Maka usaha keras = segala yang mengisi kehidupan kita, dan bukannya hanya segala usaha yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh sahaja. Dan usaha keras ini, pasti, dan pasti, dan pasti akan kita persembahkan di hadapan Tuhan kelak.

Bolehkah kita berehat-rehat kalau begitu?

Nanti di akhirat yang akan kita persembahkan pada Tuhan adalah seluruh kehidupan kita, yakni yang dimaksudkan dengan usaha keras ini. Kita pun berkata, cukuplah denagn solat 5 waktu sehari semalam ku cukup tak ada yang etrtinggal. Adaakh kita sangka Tuhan hanya mahu lihat usaha kita waktu solat sahaja? Dia mahu lihat apa yang terjadi sepanjang hari.
Jadinya, hari kita begini: pagi solat subuh, keluar main futasl samapi jam 11 pagi, kemudian makan di pizza hut tengah hari, solat zuhur, pergi kuliah, solat asar, main bola sampai magrib, solat magrib, makan di warung mamak, solat isya’, study, telepon kawan, main game, tido, solat subuh, futsal, pizza hut………………………..
Maka setelah kita ‘berusaha keras’ sepanjang hari, cukupkah usaha2 yang akan memberi kita mata bonus?

Sebagai kesimpulan, ingatlah, sedetik saat yang berlalu dalam hidup kita, kita sebenarnya sedang ‘berusaha’ menuju ke arah Tuhan, sama ada kita membuat sesuatu atau pun tidak membuat apa-apa, sama ada kita sedang menambah pahala, ataupun menambah dosa. dan pasti usaha ini nanti akan kita persembahkan pada Dia. Maka berusaha keraslah untuk menjadikan usaha kerasmu berbaloi.

Cerpen: Kambing yang fed up

Ada sebuah kampung.
Di dalam kampung itu ada seorang pengembala kambing.
Pengembala kambing ini ada banyak kambing-kambing.

Ada seekor kambing hitam, sejak dia kecil dan masih hingusan dia dijaga oleh pengembala kambing ini, dipelihara, diasuh dan dipimpin. Maka kambing ini sangat taat kepada pengembala, dia akan ikut arahan pengembala kambing, disuruh ke hulu dia ke hulu, disuruh ke hilir dia ke hilir. Kambing ini sangat taat, kerana dia tahu semua arahan2 itu adalah untuk kebaikan dirinya. Maka dia tidak kisah untuk menuruti kata2 tuannya walaupun kadang2 tuannya tidak bertanya pun akan pendapat atau perasaan atau persetujuan kambing dalam melaksanakan sesuatu yg melibatkan hidup kambing ini. Lagipula, kata tuan kambing, ketaatan yang tidak berbelah bahagi adalah satu ciri kambing yang cemerlang. jadi kambing ini cuba untuk menjadi kambing yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Tapi, kadang2 kambing ini rasa sedih, kerana hidupnya seolah2 diatur, walaupun sebenarnya segala yg diatur oleh pengembala itu baik2 belaka. kambing ini mahu menjadi kambing yg lebih berdikari, boleh melontarkan pendapat, boleh memikirkan apa yg terbaik yang mahu dilakukan dalam hidupnya. Dia mempunyai begitu banyak idea2 yg bernas dan sangat bersemangat tinggi untuk menjadi seekor kambing yg aktif, tetapi selalunya dia terpaksa mengikut sahaja rancangan tuannya yg telah diatur diluar pengetahuan kambing. kambing ini bukanlah seekor kambing yang gila kuasa atau gila pangkat (gipang), tetapi dia merasakan, sementelah umurnya semakin lanjut, dia wajar tidak dilayan seperti kambing yang masih kanak-kanak.

Kehidupan terus berlalu tanpa perubahan.

Satu hari, sewaktu kambing ini sedang melayan jiwang di tepi sungai, dia telah terjumpa dua ekor anak tikus yang sangat kecil dan comel. Kasihan mereka, ibu mereka mungkin telah mati lemas. Tikus2 ini kelihatan bingung dan sesat larat. Maka kambing ini pun mengambil dua ekor tikus ini menjadi anak angkatnya. Tuan pengembala bersetuju denagn rancangan kambing untuk mengambil tikus ini sebagai anak angkat, tambahan pula banyak kambing2 lain juga telah pun mengambil anak angkat masing2 seperti zirafah, platipus dan kera hutan.

Kambing ini menjadi sangat gembira. Ini lah pertama kali dalam hidup kambing, dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sesuatu. Dia boleh memikirkan sendiri rancangan2 untuk memelihara tikus ini dengan baik, maka dia pun mula merancang menggunakan sepenuh daya pemikirannya yg kreatif itu. Berbagai2 idea keluar. Kambing gembira kerana kali ini dia tidak lagi terkongkong untuk mengekspresi ideanya dan berhak merancang dan melkasanakan sesuatu untuk anak2 tikus ini, walaupun masih dalam ruang lingkungan kawasan jajahan pengembala dan tertakluk kepada undang2 pengembala. Kambing rasa puas kerana dia telah menjumpai satu ruang lingkup untuk dia bernafas.

hari raya semakin hampir. ini lah pertama kali kambing akan menyambut hari raya bersama anak2 angkatnya. Kambing ini sangat teruja. Dia mahu membawa anak2 tikus ini ke luar untuk membeli baju raya. Tuan pengembala pun bersetuju dengan cadangan ini dan memujinya atas ranacngannya itu. Kambing menjadi lebih excited. Dia mula merancang2 tarikh dan masa yg plg sesuai utk keluar bersama anak2 angkatnya itu. Dia juga merancang utk pergi ke kedai yg mana, baju bagaimana yg hendak dibeli, dan apa lagi yg akan mereka lakukan bersama2 semasa outing nanti. Saban malam kambing terbayang2 dan ternanti2 hari itu. Saban hari juga dia asyik mengubah racangannya supaya menjadi lebih mantap.

Akan tetapi, pada satu senja yg suram, pengembala memanggil kambing ini. Dia menyatakan bahawa kambing2 lain yg juga mempunyai anak angkat (zirafah, platipus dan kera hutan) telah merancang untuk mengadakan outing beramai2 untuk membeli baju raya dan pengembala mahu anak2 tikus kambing ini ikut sekali. dan untuk kambing, terpulanglah pada dia untuk ikut atau tidak, yang pasti, anak2 tikus itu kena ikut outing tersebut.Tarikh, transport dan segala kelengkapan telah pun diatur dengan rapi, tunggu pelaksanaan sahaja, kata tuan pengembala.

Kambing berlari denagn sangat laju ke tepi sungai. Di tepi sungai dia menangis semahu-mahunya. Kambing lari jauh2 dan tidak mahu menangis di hadapan tuan pengembala kerana nanti tuan pengembala akan mengatakan dia adalah kambing yg tidak cemerlang. Kambing sangat kecewa. Dia sangkakan dia telah menemui satu ruang dan peluang di mana dia boleh bersuara dan mengekspresi suaranya, tetapi kambing silap. kambing sedih, kerana rancangannya hancur berkecai. Dia juga tidak faham mengapa dia tidak diajak bersama untuk merancang tentang outing tersebut. Bukankah dia bertanggungjawab terhadap anak2 tikus itu, dan sekiranya sesuatu hendak dilaksanakan untuk mereka, bukankah dia berhak untuk melontarkan pendapat atau sekurang2 nya diminta persetujuan untuk ia dilaksanakan?

kambing tahu dia terlebih beremosi. In the end, apa yg dirancangkan tuan pengembala itu untuk kebaikan anak2 tikus itu juga, dan juga untuk meringankan beban kambing. Tapi kambing ialah seekor kambing biasa, punya hati dan perasaan seperti kambing-kambing yang lain juga. Lagipula, kesedihan kambing ini bukanlah semata2 kerana isu outing ini, tapi lebih kepada akumulasi banyak2 benda yg telah berlaku sebelum ini. Kambing rasa sungguh tidak berguna kerana tidak layak untuk tahu apa yg akan berlaku dalam hidup kambing dan tidak layak untuk campur tangan dalam menentukan apa yg akan berlaku.

Seperti yg telah dikatakan sebelum ini, kambing ini bukanlah gila kuasa atau mahu menjadi pembuat keputusan mutlak dalam hidupnya atau kehidupan kambing-kambing yg lain, kambing ini tidak kisah kalau tuan pengembala terus-menerus memegang kuasa tertinggi untuk membuat keputusan, kambing ini sangat faham akan konsep taat itu, cuma kambing mahu dihargai dan didengari suaranya sebelum sesuatu keputusan itu dibuat. Dulu2 waktu kambing masih kecil, kambing tidak kisah kerana kambing sedar kedudukan dirinya yg masih mentah, dan waktu itu pun kambing belum ada banyak idea lagi, dan belum memahami banyak rahsia kehidupan. Tapi kambing telah semakin tua, entah esok lusa kambing akan pergi dari kawasan pengembala ini. Kambing pasti sangat sedih jika segala memorinya di tempat ini hanyalah memori dia menjadi pak turut yang tiada tolok bandingnya. Tapi kambing juga faham, tuan pengembala itu tidak pernah menjadi seekor kambing, mungkin sebab itu dia tiadk dapat memahami hati dan perasaan seekor kambing.

Tapi, entah lah,  sekarang kambing ini telah fed up. Belum tentu sebarang perubahan yg dilakukan selepas ini akan mengubat ke fed up an hati kambing. dengan hati yang lara, di tepi sungai yang mengalir lesu, kambing mengarang sebuah lagu yang paling sedih sekali…..

p/s: cerita ini memang tentang seekor kambing.

Cerpen: kita bukan melahirkan klon

Petang yang emosi

“Kak Tim, saya terpaksa berterus terang saja dengan Kak Tim, saya tak mahu bawa Usrah Fussilat lagi, saya tak mahu jadi naqibah lagi” bersahaja dalam paksa, itu sememangnya Erni.

Buntang mata Tim. Cepat2 istigfar dan, “Mengapa?”

“Selepas setahun setengah berhempas-pulas…saya… dah penat”

Tim tidak mahu cepat melenting, tidak mahu cepat melatah. Lalu dia ukirkan sebuah senyuman paling manis kepada Erni sehingga wajah serius Erni berubah menjadi kehairanan.

“Kak Tim tak marah saya?”

“..herm..(senyum)…Kak Tim teringat kenangan lama. (senyum lagi) Erni tahukah, suatu ketika dahulu Kak Tim pun pernah hampir give up dengan usrah Erni, Mumtahanah?”

“Sungguh? Kenapa?”

“Ikut rasa hati Kak Tim, apa yg Kak Tim lalui dulu sama dengan apa yg Erni rasa sekarang. Kak Tim rasa Erni lebih tahu mengapa, itu dari hati Erni. Kenapa Erni rasa penat?”

“Sebab…saya penat..sebab..saya rasa tak ada apa2 perubahan pun pada Fussilat walaupun dah puas selama setahun setengah ni saya taburkan pelbagai ilmu, dari tafsir alquran kepada ilmu tauhid kepada sirah rasulullah, saya berikan peringatan, ajak kepada kebaikan, tegur kesalahan baik secara hikmah atau secara langsung. libatkan mereka dalam pelbagai program, pantau keadaan mereka, tolong bila perlu, saya sanggup korban masa dan tenaga, tapi..bila saya lihat mereka sekarang, macam tak ada apa2 perubahan, masih di takuk lama, perangai masih tak matang, masih terlalu kebudak-budakan, masih bercampur gaul dengan bukan mahram, masih tak sungguh2 dalam ibadah, masih menonton cerita2 jahiliyah, masih suka membuang masa dengan benda2 tak berfaedah, pakaian pun masih takde kemajuan, macam…macam tak ada perubahan lah…Kak Tim, saya..sangat penat..”

sangat penat..sangat penat..sangat penat…
—————————————————————————————————————————————————
2 tahun lalu,
“Tim mahu mereka jadi macam mana?” terus sahaja Syafinaz menerjah dengan tegas
Terkedu.
“Saya mahu mereka betul2 faham dan amalkan islam. Saya mahu mereka berubah. Saya mahu lihat perangai mereka bertambah baik, jadi lebih bersopan santun, lebih menjaga adab dan perilaku sebagai seorang muslimah, tidak terlalu menarik perhatian terutamanya terhadap lelaki, lebih prihatin tentang soal pakaian maksudnya menutup aurat dengan lebih sempurna, saya mahu mereka tunjukkan kesungguhan dalam ibadah, menghafaz quran dan bangun qiyam contohnya. Tinggalkan segala yg jahiliyah dan ambil hanya islam sahaja secara total. Saya mahu mereka jadi lebih bersemangat untuk menjayakan program2 kita. Saya mahu mereka semangat dalam mendekati adik2. Saya mahu…”

“Tim mahu mereka jadi seperti Tim?”

Angin sepoi-sepoi bahasa berlalu memberi salam.

“Saya…saya..itu..bukan…maksud saya…” (nada menggelabah)

“Tim, kita kena ingat dan faham, yang pertamanya setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Kita tidak tahu bagaimana kehidupan seseorang itu sebelum kita pertama kali berjumpa dengan dia. Mungkin sebelum ini kehidupan dia sangat teruk terbelenggu dengan jahiliyah yg sangat tebal. Jadi kita tidak boleh pukul rata semua orang dengan mengharapkan semua orang berubah dengan kadar yg sama, walaupun kita telah curahkan ilmu yg sama. Cuba bayangkan, kita nak gantikan jahiliyah 2 inci dengan seorang lagi yg punya jahiliyah 10 inci dengan ilmu yg sama, logikkah utk mereka berubah dalam tempoh yg sama? Jadi Tim tidak boleh gunakan diri Tim sebagai kayu ukur terhadap mereka. Kak Naz tahu Tim berubah dengan sangat cepat. Tim cepat faham, Alhamdulillah Allah cepat bukakkan hati Tim kepada kebenaran, dan Allah berikan juga kekuatan utk Tim berubah. Tapi Tim tidak boleh harapkan yg sama dari orang lain, terutamanya orang2 yg Tim pimpin.”

“Lagipula kita tidak boleh ‘menghakimi’ seseorang itu dengan membandingkan dirinya dengan diri kita. Kita kena bandingkan dirinya sekarang dengan dirinya yang dahulu. Mungkin di mata Tim, mereka ini masih ‘teruk’. Tapi kalau Tim siasat latar belakang mereka, Tim mungkin terkejut, apa yg terhidang di depan mata Tim sekarang ini mungkin seratus kali lebih baik berbanding diri mereka dahulu. Kalau tim tanya mereka, jangan terkejut kalau mereka kata sebenarnya mereka telah banyak berubah. Kita mungkin sudah sampai ke peringka menyeru dan diseru utk bangun qiyam setiap malam, maka kita ‘pukul rata’ bahawa orang lain juga mesti sudah ‘settle’ bab2 yg wajib seperti solat 5 waktu. Kemudian kita jadi jelek sebab ada adik kita yg malas dan culas utk melaksanakan solat sunat, tapi kita tidak sedar, rupa2nya selama dia mengikuti usrah, dia telah berusaha bersungguh sungguh utk solat di awal waktu! Dan bagi dia itu satu perubahan yang besar, tapi kita terlepas pandang ini”

“Yang keduanya setiap orang itu punya kapasiti yang berbeza2, kebolehan yg berbeza, skill yg berbeza. Adalah mustahil kita hendak klonkan individu2 yg berbeza2 ini menjadi sama seperti diri kita! Dalam mengajak orang meninggalkan jahiliyah dan bergerak ke arah kebaikan, kita tidak boleh paksa mereka meninggalkan ‘skill-skill’ mereka.”

“Contohnya, katakan ada seorang ni dia sangat suka main gitar dan pandai menyanyi. Tapi dia suka menyanyikan lagu2 yg bukan membawa kepada mengingati Allah, sebab dia dibesarkan begitu. Dia main lagu2 rock, dan lagu2 dari barat yg melalaikan. Kita pula memang sangat opposed dengan lagu2 begini. Adakah wajar kita tegur dia, suruh dia berhenti menyanyi lagu2 begitu dan tinggalkan atau jual gitar dia?”

Tim senyap sahaja.

“Tim, walaupun apa yg adik2 buat bertentangan dengan prinsip kita, kita tetap perlu hargai kebolehan mereka. Maka kita perlu kreatif. Daripada kita membuat musuh dengan dia dengan memaksa dia menjadi seperti kita, adalah lebih baik kita memimpin mereka untuk beramal dalam islam dengan cara yg mereka gemari. Jadi, daripada suruh dia buang gitar itu, lebih baik kita berusaha mengajak dia menyanyikan lagu2 islamik, suruh dia buat persembahan masa program, atau cipta lagu2 yg mengajak manusia ingat pada Allah. Tunjukkan pada dia bahawa dalam Islam hiburan itu penting, tunjukkan bahawa kita boleh berseronok sambil berdakwah”

“Contoh lain, katakan ada yg sangat meminati fotografi, tapi dia sangat suka mengambil gambar2 yg tidak islamik, gambar2 yg boleh mencetuskan kontroversi dan fitnah, dan ini bertentangan dengan prinsip kita, maka adakah kita suruh dia jual kamera nya yang mahal itu? Bukankah ini hanya akan menimbulkan kemarahan di hatinya dan menyebabkan dia ingin berpaling dari kita? Tapi kalau kita bersabar dan berfikir secara kreatif, maka kita boleh sarankan padanya, bahawa dengan fotografi juga kita boleh berdakwah, ambil gambar2 pemandangan dan ingatkan manusia akan keEsaan Allah, ambil gambar kesengsaraan manusia dan jadikannya sebahagian dari tazkirah, ambil gambar2 yg menunjukkan ikatan ukuwwah dan macam2 lagi.”

“Point yg Kak Naz nak sampaikan di sini ialah kita penat kerana kita meletakkan target yg tidak realistik. Kalau dahulu kita berubah dalam masa setahun, maka kita letakkan pula target untuk adik2 kita setahun juga. Dan kita letakkan pula target yg vivid perubahan sebagaimana yg kita mahukan dari mereka. Mereka harus jagi begini, begini, dan begini. Tapi tanpa kita sedari kita sebenarnya cuba mengacu mereka menjadi seperti diri kita!  Sebab itu kita penat..bila mereka tidak ‘menjadi seperti diri kita’.”

“dan kita juga perlu ingat, hidayah itu di tangan Allah, Dia Yang Mencipta, Dia Yang Mengawal segalanya, maka bolehkah kita berputus asa sedangkan Yang Maha Penyayang itu sentiasa ada menjadi sandaran kita?
Dan apabila mereka bertanya tentang Aku, maka katakan lah bahawa Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang2 yg berdoa, apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, mudah2an mereka mendapat petunjuk .Bukankah begitu firman Allah dalam surah Al-Baqarah yg sama2 kita hafal dahulu?”

“Tak apa, in the end, Kak Naz tidak suka memaksa sesiapa, Kak Naz hormati apa sahaja keputusan Tim. Cuma, Tim fikir2kanlah semula, apa yg Tim ingin capai. Adakah Tim hendak melahirkan manusia2 seperti yg acuan yg Tim sediakan atau Tim mahu melahirkan manusia2 yg berjuang di jalan Allah menggunakan kebolehan masing2. Erm..Tim fikirkan dahulu, nanti kita bincangkan semula, ye”

—————————————————————————————————————————————————

Petang yang emosi

sebiji2 Tim muntahkan semula kata2 Syafinaz kepada Erni.

Mudah2an dia juga tidak akan putus asa.

Allah bantulah kami semua.

Menyelesaikan masalah mat rempit

Maafkanlah saya kerana tak pandai berkata2, kalau nak bersuara tu kena fikir lama, cari perkataan, susun2 ayat, timbangkan semula apa yg nak disebut dan akhirnya decide untuk tak bersuara langsung. Maka sebab itu saya tidak berkata, sebaliknya memilih untuk menulis.

Hari ini kita akan cuba menyelesaikan masalah mat rempit di malaysia.

1) Mula2 kita kena buang tanggapan negatif terhadap mat2 rempit.
Dalam sebuah perbincangan baru2 ini mengenai mengapa mat rempit merempit, antara pendapat yg dilontarkan ialah: mat rempit tiada jatidiri, tiada matlamat hidup, tidak cukup kasih sayang, tidak cukup didikan agama, tidak faham mengapa mereka dijadikan dan sebagainya yang negatif belaka. Seolah2nya kita memukul rata semua golongan mat rempit ini sebagai watak2 antagonis yg berjiwa rendah, rendah daya berfikir, malah tak segan silu ada yg melabel mereka sebagai sampah masyarakat.

Cuba fikir semula, kalau kita kata mereka ini sampah masyarakat (tidak bernilai) maka mengapa pula kita hendak membantu sampah2 yg tidak berharga ini?

Secara logiknya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sewaktu memilih pelajar2 yg akan ditajanya akan menyaring dan memilih pelajar2 yg dirasakan ‘lebih berharga’ untuk ditolong kerana mereka ini permata yg akan memberi manfaat kpd masyarakat. Mereka tidak akan memilih sampah untuk ditolong.

Antara kita dengan orang2 yg kita sayang, mengapa hati kita sentiasa bersedia sahaja memberi pertolongan kpd org2 yg kita sayang ini pada bila2 masa? Jawapannya kerana kita sayang mereka, dan kerana mereka ini begitu berharga di mata kita. Kalau seseorang itu tidak kita sayang dan tidak berharga di mata kita, maka adakah jiwa kita ini akan terdorong untuk membantunya?

Sebab itu isu mat rempit ini tidak pernah selesai. Sebab tidak ada orang yg hendak datang memberitahu mereka bahawa mereka ini adalah org2 yg hebat, memberikan kasih sayang dan perhatian kepada mereka. Yang datang hanyalah cemuhan, cercaan, tanggapan2 negatif yg meranapkan jatidiri. Sedar tak sedar kita sebenarnya menyokong kegiatan mat rempit selama ini dengan tidak memberikan mereka peluang merasakan diri dan hidup mereka sangat berharga. Kita tidak membantu membesarkan jiwa mereka.

Dan ini, adalah kesilapan terbesar para pendakwah.

Sebagai seorang yg pernah jadi antara pelajar paling nakal di sekolah, saya memahami situasi mat2 rempit ini. Sebenarnya mat rempit ini adalah manusia2 yg hebat, sebab itu mereka merempit. Mereka mempunyai semangat yg berkobar2 utk mencapai tahap tertinggi dalam bidang yg mereka minati. Mereka berusaha bersungguh2 ke arah itu. Mereka tidak puas hati apabila mereka tewas. Mereka sanggup bergolok gadai demi mencapai sebuah cita2. Mereka berani menanggung risiko. Mereka tidak mudah gentar dengan ancaman atau sekatan polis. Mereka mendisiplinkan diri untuk hadir ke litar lumba pada waktu yg tepat. Yang paling hebat, mereka sangat berjiwa besar dalam membuktikan kemampuan diri.

Bukankah semua ini ciri2 yg cuba kita bentuk dalam tarbiyah kita, dan ciri2 ini telah ada pada diri mat2 rempit ini!

Sebuah drama Jepun, Gokusen menceritakan tentang matlamat ini. Tentang seorang guru yg ditugaskan mengendalikan sebuah kelas yg penuh dengan remaja2 yg sangat nakal, terlibat dengan gangsterism, rendah pencapaian akademik, kaki buli, kaki gaduh, kaki tidak hormat guru dan mcm2 kaki lagi. Semua guru2 lain memandang mereka sebagai org2 yg sudah pun gagal, tidak akan berjaya, mencemuh mereka malah cuba menjauhi mereka. Datang guru baru ini, tanpa teragak2 dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka ini. Dia sentiasa bersama mereka ketika mereka dituduh mencuri, bersama mereka bila mereka ditahan polis, membela mereka bila mereka direndah2 kan oleh guru lain, sanggup merayu kepada ibu bapa yg sudah kecewa dgn anak2 sendiri dan mahu menghentikan persekolahan anak mereka.

Setiap hari guru ini masuk ke kelas dengan sabar, tidak2 putus2 memberitahu mereka bahawa mereka adalah manusia2 yg hebat. Tidak sekali2 memarahi dan mengucapkan kata2 negatif seperti kamu tidak guna, kamu bodoh, sial dan sebagainya.

Lama kelamaan murid2 ini yg pada asalnya sgt benci guru ini (mereka benci semua guru) akhirnya jadi percaya kepada guru ini dan mereka mulai merasakan ada orang yg percayakan mereka, sedia mendengar masalah mereka, sedia membantu mereka, tidak pernah memperkecil2kan mereka. Tanpa dipaksa2 mereka mula berubah mengikut nasihat2 yg guru ini berikan! Mereka mula nampak matlamat hidup, mula menanam cita2 dan mula berubah menjadi lebih baik, meninggalkan perbuatan2 buruk selama ini.

Alangkah indahnya kalau para daie kita juga bersikap seperti guru ini.

Sebenarnya nak menyelesaikan masalah mat rempit ini senang sahaja, sekiranya semua orang sedia terjun padang membantu mereka.

Doktor boleh membantu, bila ada mat rempit kemalangan masa ni lah kita bagi ‘tazkirah’ kepada mereka. Sambil merawat kita ingtkan mereka bahana merempit.

Guru2 sekolah boleh membantu, jadi seperti guru dalam gokusen ini, tidak cukup sekadar nasihat dalam kelas bahawa merempit ini tidak baik, malah sampai mengekori pelajar2 ini dalam kehidupan peribadi mereka, tahu apa yg mereka buat di luar waktu sekolah, bagaimana keluarga mereka, apa punca masalahnya. Hubungan guru murid bukan setakat dalam darjah sahaja.

Arkitek dan engineer juga boleh membantu. Fikirkan satu sistem jalan raya pintar yg boleh menghalang kejadian merempit ini. (tak taulah mcm mana tu kan, saya bukan budka engine, ini pakai lontar je idea ni) Atau bina pusat2 lumba alternatif.

Ustaz2 dan para daie yg berani boleh terus bersemuka dengan mereka ini, memberikan teguran.

Polis, seperti sekarang ini boleh membantu dengan menghambat mat2 rempit ini supaya berhenti merempit.

Artis2 dan media boleh membantu dengan menghasilkan filem/dokumentari yg boleh menarik minat mat2 rempit ini supaya berfikir dan berubah.

Para hartawan jutawan boleh sponsor untuk bina pusat2 alternatif lumba.

Para daie yg kenal mana2 mat rempit ini boleh bergerak dengan teknik dakwah one-on-one, iaitu kita target satu mat rempit dan kita berusaha bersungguh2 mengajak mereka ke arah kebaikan. Kalau semua daie keluar membuat sebegini, bukankah ianya tidak mustahil kita akan dapat mengubah begitu banyak mat rempit?

Soalnya sekarang ialah SIAPA yg nak buat semua ni?

Selagi kita semua tidak bergerak dan assume ada orang lain akan buat, maka isu mat rempit tak akan selesai. Sewaktu kita sibuk konon2 cuba mencari punca mengapa mat rempit ini merempit, tidak ada pun sebenarnya orang yg betul2 approach berusaha membantu mereka. Tidak ada orang yg bergerak. Stagnant. Stasis. Beku.

Maka resolusinya adalah begini:
1) Kita harus memandang tinggi kepada mat2 rempit ini, barulah kita akan rasa teruja untuk membantu mereka.
2) Kita harus berhenti bercakap dan bergerak berbuat sesuatu

Sabda Nabi:

“Dan barangsiapa yang ketika ia bangun dari

tidur tanpa memikirkan urusan umat Islam, maka

ia bukan dari kalangan mereka”. [HR Al Hakim]

sementara masih ingat 2

Ulasan dari pelajaran moral nombor satu:

Sampai hari ini, saya masih belum ada ‘skrip tetap’ untuk menjawap soalan “Mengapa kamu mahu menjadi seorang doktor?” Setiap kali ditanya, setiap kali itu juga saya akan memberi skrip-skrip yg berbeza: contohnya: “saya mahu tolong orang” “saya adalah seorang pencinta ilmu dan medik memberikan selaut ilmu untuk dicintai” “Itu cita2 saya sejak kecil, tak pernah ada cita2 lain” (<– tipu, saya pernah bercita2 untuk menjadi seorang pemain drum). “doktor adalah tugas yg mulia” saya mahu dapat gaji besar, hidup senang”dan sebagainya.

sebenarnya saya keliru, sebab itu saya tidak dapat memberikan satu jawapan tepat yg pasti. Iaitu saya tidak menyedari hakikat kejadian diri saya.

Saya rasa ramai orang keliru seperti saya juga. Pak Kasim juga keliru. Yang tidak keliru hanya Pak Mat seorang. Dia dapat melihat dengan jelas bahawa tidak ada gunanya bersusah-payah mencari pendapatan yg lebih hanya untuk mendapat kesenangan yg telah pun diperolehnya sekarang.

Mari muhasabah sebentar.

Cuba tanya diri kita, mengapa kita lakukan apa yg sedang kita lakukan sekarang? Baik menjadi seorang doktor, atau arkitek, atau geologist atau lawyer atau guru atau pemain drum sekalipun, apa yg ingin kita capai? Bukankah apa yg kita kejar adalah kesenangan? Kita mahu wang, harta yg membolehkan kita menghirup nikmat dunia.

Baru2 ini seorang mamat di australia ini telah memenangi 20 juta ausie dolar melalui loteri. durian runtuh dengan sangat dahsyatnya. tahukah apa yg ingin dilakukannya? dia ingin menukar pekerjaan daripada bekerja di pejabat menjadi seorang pelayan di McDonald! Kerana apa? Kerana sekarang, oleh kerana dia sudah mempunyai terlalu banyak duit, dia hanya mahu melakukan kerja2 ringan sahaja.

I mean, lets admit it ok, kalau kita lah, tiba2 dapat duit 20 juta, adakah kita akan terus bekerja sebagai arkitek atau doktor atau engineer? berapa ramai antara kita yg akan terus setia mendampingi kerjaya yang dahulu dia claim sebagai ‘minat’ atau ‘cinta’ nya? Kalau kita berfikiran sepertimana mamat ini berfikir, maka sebenarnya selama hari ini kita tidak ikhlas dalam kerja kita, kita bekerja hanya supaya kita dapat peroleh wang untuk menyara kehidupan, dan lagi besar kerja itu dan lagi banyak gaji kita, maka lebih mewah lah kehidupan kita. Tak begitu?

Kalau betulpun kita bekerja kerana minat dan cinta, adakah ianya mengatasi keinginan untuk mencari wang sebanyak mungkin? Katakan kita ini seorang doktor by passion, kalau tiba2 seseorang menawarkan kerjaya sebagai kerani dengan gaji seratus ribu sebulan betulkah kita tidak akan teragak2 menolak tawaran ini kerana ‘cinta’ kita itu?

alrite, alrite, alrite

saya tidak lah pula mengatakan niat untuk mencari wang sebanyak mungkin itu salah, tapi untuk apa? betul salahnya tergantung kepada niat dan matlamat. Sepertimana dalam kisah pak mat, dia tidak dapat comprehend mengapa dia harus bersusah payah hanya untuk mendapat sesuatu yg telah pun diperolehnya sekarang. dalam erti kata lain, kenapa dia harus menghabiskan hidupnya dalam kesusahan untuk sesuatu yg tidak berharga?

bayangkan diri kita, apa yg ingin kita capai sebenarnya? duit yg banyak, untuk beli rumah besar, kereta mewah, barang2 berkualiti, jalan2 melihat dunia, kemudian kita tua, tak larat bekerja, tak larat berjalan, tak larat memandu, duduk berehat di rumah kemudian mati. what has happened to our life? gone~

jangan lekas melenting.

sepertimana adanya matlamat yang menjadikan kehidupan seseorang itu sia-sia, begitu juga ada matlamat yg menjadikan kehidupan seseorang itu lebih berharga dari alam semesta ini dan seluruh isinya. insyaAllah ada.


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers