Sindrom PMS (Pre Menjawap Soalan)

Beberapa hari sebelum peperiksaan besar semester ini bermula (dan juga berakhir, exam 2 hari sahaja berturut2, then it’s over)
Ya Allah Permudahkanlah urusanku, sepertimana telah Engkau Permudahkan selama ini.

Sabda Nabi: Barangsiapa yg inginkan kebahagiaan di dunia hendaklah dengan ilmu, siapa yg inginkan kebahagiaan di akhirat hendaklah dengan ilmu, dan siapa yg inginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat hendaklah dengan ilmu~

Niat itu ialah apa yang terlintas dalam hati. Yang tidak ada sesiapa pun yg tahu (kecuali Yang Maha Pencipta) melainkan diri kita sahaja.

Ada orang menggelarkan aku dan orang2 seperti aku terlalu exam oriented. Hidup tidak tentu arah bila tiba musim exam. Tiba2 tumpuan pada benda2 lain dikesampingkan, dan tujuan ke arah cita2 yg satu iaitu untuk lulus exam itu menjadi titik yg yg menarik padu hanya ke arahnya. Dalam fikiranku ada exam sahaja, exam, exam, exam. Sampaikan yg harus diutamakan pun jadi terkorban. yakni agama. Culas utk pergi program agama. culas utk beramah mesra menjalin ukhwah. culas utk berjemaah pun kadang2 (eh, ini bukan aku, ini contoh2 keculasan sahaja).

Gelarkanlah aku exam oriented, suka hati kau orang lah.

Aku melihat diriku ini pencinta ilmu.  Mungkin ada manusia2 lain yg lebih cintakan ilmu dari diriku, tapi aku tidak mahu bertanding atau bersaing dengan siapa2. Aku adalah pencinta ilmu, dan cukup sekadar itu. Kecintaanku kepada ilmu pernah jadi sangat luar biasa sehingga mencengangkan ibu bapaku sendiri. Dan percaya atau tidak, cinta luar biasaku pada ilmu waktu itu seiring dengan cinta pada Allah. Waktu aku mabuk cinta pada ilmu itu juga saat khusyukku paling dalam saat menghadap Yang Esa. Saat semarakku meluap2 utk mencari ilmu itu juga sekali dengan meluap2nya rasa untuk memperhatikan dan memperindahkan akhlak. Saat sedang amat rajin menelaah ilmu itu juga saat aku sangat rajin dan tanpa perlu dipaksa2 melaksanakan amalan2 sunat dan memperkasakan yg wajib.

Sebab itu, saat ini, bila nyala semangatku makin pudar, aku masih terus gelar diriku pencinta ilmu, kerana aku tahu, dengan cinta pada ilmu itu akan menyampaikan juga cintaku pada Allah. Rinduku pada ilmu akan menjadi nyalaan rindu pada Dia. InsyaAllah.

Sungguh menakjubkan, sabda Nabi  ini:
“Permisalan petunjuk dan ilmu yang ditugaskan Allah kepadaku bagaikan air hujan yang turun ke bumi. Di antaranya mengenai tanah yang subur dapat membawa air untuk manusia … bahkan pepohonan. Ada yang mengena tanah tandus dapat menahan air tapi tak dapat menghidupkan pepohonan. Ada pula tanah yang datar tidak dapat menahan air dan tidak pula membutuhkan pepohonan.” (HR Bukhari).

Isyarat dari hadis ini; Allah berikan kita peluang yang sama, ilmu yang sama. Itulah air hujan yg mengalir itu, sama sahaja di mana ia jatuh, ia adalah titisan air2 yg suci lagi mampu menyuburkan tempat yg disiraminya. Tapi tanah itulah yg berbeza2 sehinggakan tanah yg berbeza, disirami sumber yg sama tidak akan memberikan hasil yg sama. Tanah yg pertama itu, tanah yg menyerap air dengan baik, yakni  dimisalkan orang yg membukakan hatinya utk mendengar, menerima, memahami, malah mengamalkan ilmu yg dicurahkan padanya, hingga ia sendiri jadi subur dan segar, dan dapat pula memberi kesegaran pada org2 di sekeliling. Yang kedua itu, orang yg tidak memahami atau mengamali ilmu yg diterimanya, tetapi tidak pula disembunyikan daripada pengetahuan org lain. Ia tidak lokek andai org lain bisa beroleh manfaat dari ilmu itu. Sedangkan golongan yg ketiga itu ialah golongan yg menutup gegendang telinganya, sengaja menghindari majlis2 ilmu, ataupun kalau dihadiri, ilmu itu ibarat angin lalu sahaja di telinganya, didengar, tidak diserap ke dalam hati.

Takutlah aku andai menjadi golongan ketiga ini. Golongan keras kepala, atau kepala batu. Disiram air tak mahu lembut. (Mungkin patut disiram dengan asid biar lebur terus baru kau tahu) Sedangkan hidayah Allah yg datang menyapa kita itu sama. Sama sahaja ilmu2 yg ALlah turunkan. Tinggal kita sahaja mahu atau tidak membuka hati utk menerima dan akur.

Sebab itu aku terus, terus dan terus memberitahu diri sendiri supaya menajdi pencinta ilmu. Baik ilmu apa sekalipun (yg bermanfaatlah ye tapi), medik, seni mempertahankan diri, memasak, menjahit, fotografi (ini cinta terbaru sekali!), aku mahu penuhi setiap saat dengan mengabdikan diri pada ilmu, Ingin jadi seperti saidina ali, yg sangat mengerti nilai sebuah ilmu sehingga sanggup menjadikan dirinya hamba kepada siapa saja yg mengajarnya hatta hanya mengajar sebaris ayat. Ini pencinta ilmu yang sejati!! Dan cita2ku, mahu jadi seperti itu. Cinta ilmu, yg mendorong kepada cinta kepada Pemilik segala cinta.

Jadi kalau kau mahu terus panggil aku exam oriented, silakan. aku mahu kepuasan dalam menuntut ilmu. kalau aku menuntut ilmu, impianku, kalau boleh biar dapat seratus peratus dalam exam. kalau ini exam oriented pada kau, silakanlah terus fikir begitu. aku cinta pada ilmu.

Dan juga untuk revisi hati sendiri: aku selalu ketemukan doa ini ditempekkan dalam blog2 manusia lain (yang bujang belum berkahwin), berbunyi, “Ya Allah jika Kau takdirkan aku jatuh cinta, maka jadikanlah aku cinta pada orang yg melabuhkan cintanya padaMu”
Nah,oleh karana aku pun bujang belum berkahwin, maka terasalah tanggungjawab utk menempek doa ini juga dalam blogku sendiri (dalam hati dah lama tempek dah), tapi aku ubah suai sikit (ok, banyak sebenarnya), Ya Allah, berikan aku cinta padaMu, pada NabiMu, pada ibu-bapa, pada saudara2ku, pada seluruh muslimin dan muslimat, dan berikan aku cinta yang agung pada ilmu agar dengan cinta itu akan mendekatkan aku hanya pada cintaMu. Andai ada cinta insan utk diriku ini, moga dia juga mencinta ilmu dengan sedalam2nya supaya kami sama2 mengangkat nilai ilmu itu sehingga ke martabat yang tertinggi. Amin.

Pencinta ilmu menulis.

0 Responses to “Sindrom PMS (Pre Menjawap Soalan)”



  1. Leave a Comment

Leave a comment




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other subscribers