Recap surah al-baqarah ayat 208-209:
“Wahai org2 yg beriman, masuklah kamu ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa kamu dan janganlah kamu mengikuti langkah2 syaitan. Sesungguhnya ia adalah musuh kamu yg nyata. Oleh itu jika kamu tergelincir juga setelah datang kepada kamu keterangan2 yang jelas, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.”
salah satu kesan kedamaian dalam jiwa seperti yg telah dicatatkan ialah menjadikan seseorang itu:
–tidak bimbang kehilangan sesuatu dan tidak mengharapkan sesuatu yg lain dari Allah Yang Berkuasa Menahan dan Memberi.
Saya suka melihat ayat2 Quran yang terzahir dalam contoh yang nyata. Yang terzahir melalui perbuatan manusia, yang dapat dilihat dengan mata kepala sendiri. Kerana kesannya turun laju ke hati, menjadikan diri ini percaya bahawa ianya MAMPU DILAKSANAKAN, menjadikan diri ini berazam, jika dia mampu lakukannya maka mengapa tidak aku?
Dalam konteks ayat ini, dalam konteks pengajaran yang satu ini, saya ingin menceritakan seorang ukhti ini dan keretanya.
Saya sangat kagum dengan ukhti ini kerana dia seperti menjadikan keretanya seperti barang belasahan yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja bila2 yg perlu, bukan shj untuk tujuan2 penting atau emergency sahaja, malah apa2 urusan peribadi sekalipun. Saya amat kagum, dan kekaguman ini lahir kerana saya juga punyai kereta, dan saya tahu susahnya menjaga sebuah kereta, rego nya yg perlu diperbaharui, servisnya setahun 2 kali, kalau rosak perlu dibaiki, insuransnya perlu diperbahaui setahun sekali, dan jumlah peruntukan wang utk semua yg tersebut ini bukan sedikit, ribu2! Semakin banyak kereta dipakai, maka kos pembaikan dan risiko kerosakan semakin tinggi, tapi pada ukhti ini SEOLAH2 semua ini tidak terambil peduli.
Itu belum dikira org2 yg pinjam tanpa mengisi semula minyak yg digunakan. Saya kira ukhti ini cukup pemurah kerana tidak pernah serik meminjamkan keretanya walaupun sering diperlakukan sedemikian rupa.
Yang plg mengkagumkan, ukhti ini sedia meminjamkan keretanya kepada SESIAPA SAHAJA, baik yg mmg mahir memandu atau pun yg baru setahun jagung dalam pemanduan. Bayangkan apa yg boleh berlaku kepada kereta ukhti ini jika dipinjam oleh org yg kurang cekap memandu atau belum biasa memandu, pasti sahaja terdedah kepada kemalangan dan kerosakan! Tapi ukhti ini tidak meletakkan itu sebagai halangan utk memaksimakan amalan melalui keretanya.
Sekarang bandingkan dengan diri saya sendiri, yg pertamanya, saya memang selalu keberatan untuk meminjamkan kereta kpd org, kerana:
1) Takut minyak habis segera sedangkan duit pokai dan x mampu isi minyak selalu.
2) Takut dipinjam org yg kurg cekap memandu dan terlibat dlm kemalangan yg akhirnya kos pembaikan terpaksa saya tanggung sendiri.
3) Kalaupun tidak ada kerosakan/kemalangan, jika dipakai selalu, kumulatifnya akan terlihat dengan turunnya potensi kereta dengan sangat cepat.
Tapi setelah melihat ukhti ini, saya berfikir dan berfikir dan berfikir. Bagaimana ukhti ini boleh sampai ke tahap itu? Kemungkinannya hanya ada dua:
1) Ukhti ini punya banyak wang, maka dia tidak kisah andai terpaksa bayar minyak selalu atau andai keretanya rosak.
atau
2) Dia telah mencapai kedamaian seperti yg ALlah sebutkan dalam ayat 208-209 surah Al-Baqarah.
Jauh di sudut hati, saya tahu jawapannya. Ianya terlalu jelas dan tidak perlu bersuluh, dan saya, berikrar dan berazam utk BERUSAHA ke arah itu. Amin.