Archive for January, 2009

Ujian ini untuk kita semua

Segala musibah yang menimpa di dunia ini dan segala kesengsaraan tidak ada satu pun sebenarnya bersifat individual.

Adakah Allah menciptakan kecacatan, kemalangan dan kesengsaraan untuk menguji individual yang mengalaminya? Ya, tetapi, ujian itu bukanlah semata-mata untuk individu yang merasainya sahaja, tetapi adalah untuk kita semua sama-sama merasai ujian itu.

Lihat orang yang buta dengan mata kita yang celik. Bukankah tanggungjawab si celik untuk memimpin si buta? Lihat orang yang kudung kaki, bukankah kita yang sempurna sifat ini bertanggungjawab memikul mereka untuk ke sana ke mari? Lihat orang yang miskin melarat, bukankah wang kita yang berlunggun-lunggun itu perlu disalurkan kepada mereka?

Kerana kelak, di akhirat ALlah akan tanya, sewaktu kau melihat si buta, adakah kau pimpin tangannya? Apabila kau melihat si kudung adakah kau memikulnya? Apabila kau lihat si miskin, adakah kau tanpa teragak-agak menghulurkan wang kepadanya?

Itulah maksud bahawa segala kesusahan dan kesedihan itu perlu kita semua tanggung bersama. Ianya adaah ujian yang Allah turunkan, menguji yang melalui kesusahan itu samaada mereka redha dan bersabar, dan menguji mereka yang sejahtera samaada membantu atau tidak.

Kalau kita sibuk tentang hal kita saja, memaksimakan penggunaan anggota tubuh yang sempurna dan rezeki yang tak putus2 hanya untuk kelangsungan hidup kita sahaja, alangkah sombong dan bongkaknya kita terhadap Allah! Sedangkan semua ini hanya pinjaman. Apabila sesuatu musibah menimpa kita, kita tuduh Allah kejam dan tidak adil sedangkan di masa2 kita BERPELUANG berlaku ADIL sesama makhluk kita sia-siakan. Maka tak hairanlah jika di saat kita meraung kesakitan Allah biarkan saja kita.

SAma juga dengan kesengsaraan rakyat PAlestin.

Ujian ke atas mereka, sebenarnya adalah ujian terhadap kita semua. Nanti di akhirat kelak, ALlah akan tanya, ‘sewaktu saudara2mu di Palestin disembelih oleh rejim Yahudi apakah yang sedang kau lakukan di tanah airmu?’

Apakah kita tanpa rasa bersalah menjawab, ‘saya bersenang-lenang di rumah menonton rancangan-rancangan menarik di tv dan keluar berjalan-jalan bersama rakan2 menghirup hiburan dunia’ MasyaAllah! Betapa bongkaknya kita!! Saya secara personal rasa sungguh meradang melihat umat islam di malaysia yang sibuk meraikan perahwinan mawi ekin dan menanti penuh debaran anugerah juara lagu sedangkan saudara kita setiap saat hanya menanti maut menjemput. Sekiranya kita tidak mampu membantu secara langsung, sekurang2nya hormati kesengsaraan mereka. Kawal diri dari seronok yang berlebihan, bertafakur, alirkan air mata, bangun solat malam doakan mereka, hadiri ceramah2 yang mengingatkan tentang mereka, boikot barangan mereka, dan ingatkan org lain perkara yang sama. Sedangkan artis2 di Morocco melancarkan mogok seni selagi kekejaman Yahudi berterusan, artis di Malaysia pula seperti tidak ada sensitiviti. Subahnallah, astagfirullah. Allah ampunkan kami semua.

Ramai yang selalu menyuarakan, jalan keluar iaitu kemenangan umat islam ke atas Palestin adalah mustahil, kerana kuasa2 yang mencengkam bumi palestin adalah kuasa2 yang tak terlawankan. Ya, itu memang betul, tapi kita perlu ingat, untuk mereka sampai ke tahap itu bukannya mengambil masa satu dua hari tetapi berkurun2!! Perancangan Yahudi untuk merampas Palestin bukannya baru dirancang setahun dua yang lalu, tetapi berpuluh2 tahun yang lalu. Dan serangan mereka bukan lagi serampang dua mata, tetapi terlalu banyak mata! Mereka bukan sahaja menyerang rakyat Palestin malah menyerang umat islam keseluruhannya sejak lama dahulu, dan percayalah semua ini telah dirancang secara tersusun sejak ratusan tahun dahulu. Lihat strategi mereka, mula2 lalai dan lemahkan umat islam dgn hiburan, kemudian pecah2kan sistem kita, kemudian jadikan kita hamba ekonomi mereka hingga akhirnya apabila PAlestin disembelih, kita hanya ibarat anjing kurap yang melihat disebalik pintu. Melolong tak diendah, melawan tak berani. (baca: tiada niat menghina umat islam yang tercinta, hanya meluahkan rasa kecewa yang teramat)

Untuk itu, usaha merampas palestin bukan setakat mendesak PBB yang nyata juga adalah satu lagi anjing USA, ataupun menyorok di belakang OIC yang sebenarnya tidak punya sebarang kuasa mengubah keadaan, tetapi usaha perlu menyeluruh. Jika Yahudi mengambil masa beratus tahun untuk sampai ke tahap ini, maka adalah logik untuk kita juga mengambil masa selama itu untuk merampas kembali pAlestin. Bahkan seluruh dunia.

Yang utama, umat islam lemah dan lembik. Kebergantungan kita bukan mutlak kepada Allah, tetapi kepada dunia. Kita bergantung kepada PBB. Dari sudut ekonomi, kita bergantung kepada US. Maka adakah mustahil untuk orang2 yang bergantung kepada sesuatu utk melawannya? Kebergantungan yang mutlak hanylah kepda ALlah, maka selagi kita bergantung kepada segala alat dunia ini, mahukah ALlah menolong kita?

Jalan jangka pendek untuk membantu Palestin mungkin ada, tetapi jalan jangka panjang hanya ada satu: mengembalikan SEMUA umat islam kepada jalan kebenaran. Maka berusahalah, mungkin kita sendri takkan sempat melihat dengan mata kepala kita, sepertimana tokoh2 kafir yang mula2 merangka pelan menjatuhkan umat islam lama dahulu tidak sempat melihat ‘kejayaan’ hasil usaha mereka itu, tapi percayalah, apabila ianya terlaksana kelak, kita akan turut mendapat ‘share’. Kita perlu rampas kembali ekonomi, rampas kembali pentadbiran, sebelum kita berjaya merampas kembali hak2 yang lain yang telah dirampas termasuk bumi palestin.

Bangkitlah wahai umat islam. Tinggalkan kesenangan, berjuanglah untuk merubah manusia. Wallahua’lam.

Bukan sembang orang awam

Jauh berjalan luas pemandangan
Banyak berjumpa orang luas pengalaman

Pagi, berziarah ke rumah seorang kakak yang baru mendirikan rumah tangga. Dijemput minum dan bersembang sambil-sambil menghirup teh panas dan menjamah kuih dan muih. Sungguh aku kagum. Ziarah ini hanyalah ziarah yang sebentar dan tidak dirancang teliti. Hanya untuk singgah sebentar mengambil barang yang perlu dipos ke australia. Tapi dalam jumpa yang sangat singkat itu begitu banyak butir hikmah yang sangat berharga diperoleh. Dari hanya melihat-lihat album perkahwinan, kami terus diingatkan tentang hikmah perkahwinan. Katanya, kahwin ini bukan perkara senang. Salah seorang kami bertanya, susah ye nak kahwin ni. Jawab kakak, kalau berkahwin untuk umat memanglah susah, banyak perkara perlu difikirkan, perlu diuruskan. dalam erti kata lain kahwin untuk umat menuntut pengorbanan yang tidak bertepi, pengorbanan harta, jiwa, masa dan juga keluarga. Kalau kahwin hanya untuk diri sendiri senang sahajalah, kata kakak lagi. Kami kemudian mengundur diri untuk menyambung perjalanan yang sebenar.

Bertolak ke sebuah kawasan perkelahan air terjun, kami bertemu dengan manusia-manusia yang telah lama berjuang untuk menegakkan kalimah ALlah. Mereka yang telah lama merasai susah dan payah menyampaikan kebenaran dalam kesesatan manusia. Sekali lagi aku kagum. Sememangnya ada sesi tazkirah yang pendek tapi yang benar-benar menggamit rasa kagum ialah sahsiah dan butir kata mereka dalam duduk-duduk dan bersantai di tepi sungai. Sembang-sembang yang mulanya biasa sahaja tentang pelajaran secara tidak sedar bersambung dengan kata-kata yang mengingatkan tentang Yang Maha Pencipta, tentang keadaan umat, ingatan untukku yang masih muda supaya terus berada di jalan ini, supaya terus meletakkan diri sebagai pejuang agama, sebagai pengganti mereka yang semakin dimamah usia.

Sungguh aku kagum. Dan sungguh mereka ini bukan orang awam yang biasa-biasa. Percakapan mereka sentiasa terarah kepada percakapan yang mengandungi nasihat, yang mengingatkan sungguhpun ia hanya lah percakapan biasa insan-insan yang bertamu di rumah atau yang sedang melepak di tepi sungai. Sungguh apa yang di hati dan akal mereka tidak sama dengan apa yang ada dalam diriku. teringat aku bahawa akhlak itu adalah apa yang terlahir secara spontan. Dan kespontanan mereka untuk berkata-kata tentang yang membawa kepada kebaikan itulah yang membuatku kagum. dan juga menjana perasaan dan harapan untuk jadi seperti itu juga. Semoga satu hari nanti aku juga akan seperti mereka, walau berkata apa, dengan siapa pun, moga-moga kata-kataku sentiasa adalah yang membawa manusia ke arah kebenaran, ke arah cinta kepada yang hakiki. Amin~


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers