Archive for September, 2008

Kepada semua

Tolong ingatkan aku tentang mati

Advertisements

Syukur yang tak terhingga

Jika ditanya tentang satu benda yang dikurniakan Allah padaku yang paling kusyukuri dan pasti dan sangat pasti membuat jiwaku runtuh dengan tangisan, ianya ialah diberi peluang untuk berada dalam tarbiyyah. Pertamanya kerana aku percaya bahawa petunjuk Allah itu hanyalah untuk orang2 yang diberiNya petunjuk. Maka aku menangis kerana berfikir, siapa aku untuk diberi hidayah Allah, peluang untuk diberi ilmu yang membasahkan jiwa, dan diberi peringatan tentang hakikat kehidupan? Diselamatkan dari terus hanyut dalam arus nikmat dunia. SIapa aku di sisi Allah untuk layak diberi peluang begini?

Keduanya kerana peluang ini Allah beri setelah segala dosa dan noda aku harungi yang pastinya membangkitkan kemurkaan ALlah. satu ketika dahulu hidayah ALlah pernah hinggap di hati, kemudian aku jadi leka dan lalai dan terus menerus leka dalam keseronokan dunia. Tetapi Allah terus sahaja memberiku peluang sekali lagi, mengenali tarbiyyah dan berjumpa pejuang-pejuang agama Allah hingga hatiku jadi tersentak dan tersedar betapa besarnya keagungan Allah. dan membuat hatiku kembali mahu menjadi orang yang cinta pada Allah. Walaupun langkahku mungkin perlahan dan masih banyak kelalaian dan kealpaan terus menyelubungi hidup, tetapi ini jauh lebih baik daripada keadaan di mana aku tidak diberi peluang mengenali tarbiyyah dan terus hanyut, lupa dan tidak yakin akan adanya hari kebangkitan! Nauzubillah hi minzalik.

Kerana itu, aku sangat-sangat bersyukur kepada Allah di atas kurniaan ini. Bersyukur kerana ada sahaja orang yang akan datang mengingatkan. Ada orang-orang di sekeliling yang soleh dan sentiasa menolak untuk melakukan kebaikan. Ada suasana yang terpelihara dari dosa dan kemungkaran. Ada aktiviti-aktivit untuk membuatkan hidupku jadi bermakna. Yang paling penting, ada daya tolak yang kuat untukku mencari cinta Allah.

Sesungghnya tak ada yang dapat aku ungkapkan selain rasa syukur yang tak terhingga pada Allah kerana memberiku peluang mencuci diri selepas yang kuberi padaMu hanyalah derhaka dan kesombongan. Ya Allah tetapkanlah aku di jalan ini, dekatkanlah aku semakin hampir padaMu, dan matikan aku di atas jalanMu. Amin.

Tunjukkan aku jalan

Dalam dunia ini ada terlalu banyak kebaikan. Kenapa aku selalu pilih yang jahat juga? Kenapa? Kenapa?

pergantungan kepada Allah

Baru tersedar, sejak akhir-akhir ini hati terlalu banyak dilanda rusuh, kaget terhadap banyak perkara. Yang nak dicapai rasa terlalu sukar, yang diimpikan rasa terlalu jauh. Entah dari mana, entah sapaan siapa, baru tersedar kembali betapa rendahnya pergantungan hati dengan ALlah. Seolah-olah tak pernah dengar firman Allah, “Wa iza saalaka i’badi a’nni fainni qarib.” Terasa jauh dari pergantungan terhadap Allah. Sedangkan segala-galanya di tanganNya. Apa sahaja yang aku mahu, harus minta dariNya dengan sungguh-sungguh, dengan sepenuh pergantungan dan pengharapan agar Dia kabulkan. Pasti Dia dengar, dan pasti DIa kabulkan. Mahu meletakkan sepenuh pergantungan hanya kepada Allah. Lagipun kan Dia sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong? Cukuplah Dia bagiku. Wahai hati, tenanglah. Tawakkaltu a’lallah.

Pesan yang hebat

Mengikut kata orang yang kupercayai, apabila kita berdoa memohon sesuatu dari Allah, Allah akan mengkabulkan doa kita, sesuai dengan firmanNya, “Apabila hambaku bertanya tentangKu, ketakanlah bahawa Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang2 yang berdoa apbl dia berdoa. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman padaKu agar mereka memperoleh kebenaran” (2:186). Tapi bila Allah hendak mengkabulkan doa kita, DIa tidak menjadikannya berlaku sekelip mata. Lagipun memang tidak dapat diterima dek akal, andainya hari ini kita berdoa untuk menjadi orang yang sabar, dengan tiba2 hari esok kita bangun tiba2 kita berubah menjadi orang yang sabar. Allah menunaikan pinta kita dengan memberikan suasana yang akan menjadikan kita apa yang kita pinta itu. Jika kita minta pada Allah untuk menjadi sabar, ALlah berikan kita kesusahan supaya kita melatih sifat sabar itu. APabila kita minta untuk menjadi kaya, Allah berikan kita kemiskinan supaya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi kaya. APabila kita minta untuk menjadi pandai, ALlah berikan kita keputusan yang rendah dahulu supaya kita belajar bersungguh-sungguh sehingga akhirnya kita benar2 jadi pandai. Pelajaran dari pesan ini bukanlah supaya kita takut untuk berdoa kerana takut akan diuji, tetapi pengajarannya ialah apabila kita ditimpa susah, janganlah cepat mengeluh atau berputus-asa, mungkin itu sebahagian dari rencana ALlah untuk menunaikan permintaan kita yang kita sendiri pun tidak ingat yang mana satu. Teruskanlah berdoa, dan teruskanlah bertawakkal pada ALlah. Waa’sa an takrahu syai au wahua khairullakum, wa a’sa an tuhibbu syai au wahua syarrullakum. Wallahuya’lamu wa antum la tak’lamun. -DAn boleh jaid kamu benci sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan itu buruk bagimu. ALlah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (2:216)

Pinta untuk kejernihan hati

Sebahagian sabda Rasulullah: Ketahuilah bahawa di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya.

Keseluruhannya.

Sebesar-besar amal boleh menjadi kecil kerana niat, dan sekecil-kecil amal boleh menjadi besar juga kerana niat. dan inilah yang dimaksudkan dengan ‘keseluruhan’. Walau sebanyak mana pun amal yang kita buat, kalau niatnya terseleweng untuk mendapatkan kemayshuran atau tujuan-tujuan lain, maka ‘keseluruhan’ amal kita itu tiada gunanya. Juga jika kita menabur amal sebnayak mana pun, tetapi dengan hati yang tidak ikhlas dan menyumpah-seranah, maka yang tinggal adalah dosa yang menambah bintik hitam di hati. Apabila hati rosak, maka rosaklah keseluruhannya.

Keseluruhan juga merangkumi akhlak, peribadi, pembawaan diri, hubungan sesama manusia dan paling penting, hubungan dengan Allah. Tanpa hati yang bersih, pincanglah akhlak, rosaklah budi. Manakan tidak, hati yang tidak bersih tidak akan mendorong empunya diri untuk bersikap suka bersedekah, kerana hati yang tidak bersih risaukan harta yang berkurangan. hati yang tidak bersih tidak akan mendorong untuk berkata benar kerana risaukan rahsia yang akan terbongkar, atau peluang yang akan tertutup. Hati yang tidak bersih tidak akan mendorong sikap suka menolong kerana tidak suka orang lain hidup senang apatah lagi lebih dari kita. Hati yang tidak bersih menolak ke arah kelakuan kasar kerana hati itu sendiri telah menjadi keras dan diterjemahkan ke dalam perbuatan yang keras jua.

Hati yang tidak bersih mengkucar-kacirkan hubungan sesama manusia, terutamanya apabila timbul sifat hasad dengki dalam hati. Kita dengkikan kawan yang selalu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Kita dengkikan kawan yang bernas kata-katanya. Kita sampai dengki kepada persahabatan rakan kita dengan rakan yang lain kerana rasa terpinggir. Lantas hati yang tidak dapat menerima kenyataan-kenyataan ini mula merangka untuk memporak-porandakan kehidupan rakan kita. Kita lemahkan semangat rakan yang suka belajar. Kita ejek-ejek apabila rakan kita melontar pendapat. Kita laga-lagakan kawan kita.

Hati yang tidak bersih juga sering tewas kepada bisikan anfsu dan syaitan. Hati yang tidak bersih cepat sahaja terbuai oleh belaian nikmat dunia. Firman Allah , “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayang-bayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya)” (7:201) Tidak. Orang yang hatinya tidak bersih tidak nampak ini, kerana hatinya telah tertutup dek kerana dosa-dosanya sendiri. “Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka” (83:14)

Sahabat-sahabat, sekurang-kurangnya jagalah hati kita agar jangan sampai terjejas hubungan kita dengan Allah. Hati yang tidak bersih adalah hati yang cepat berputus-asa apabila ditimpa kesusahan. Dan berburuk sangka dengan Allah atas keputusanNya sedangkan firman Allah, “Sesungguhnya apa pun yang dijanjikan kepadamu pasti datang dan kamu tidak mampu menolaknya” (6:134) Apabila hati tidak bersih, kita menjauhkan diri dari Allah sehingga akhirnya hubungan itu putus terus. Pergantungan pada Allah hilang dan yang tinggal hanyalah kehidupan yang berterusan tanpa rasa cinta, kasih dan pengharapan pada Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku takut andai hatiku jadi segersang ini.

Mohon agar bulan Ramadhan ini dapat dimanfaatkan untuk membersihkan hati sebersih-bersihnya. Mahu membunag segala bisikan hati yang tidak enak. Mahu beramal dengan ikhlas. mahu menjaga hubungan dengan kawan. Mahu jadi hampir dengan Allah. Mohon diperkenankan. Amin.

matlamat dan muhasabah

Wahai orang2 yg beriman! DIwajibkan ke atasmu berpuasa sepertimana telah dwajibkan ke atas org2 yg terdahulu dari kamu, moga2 kamu akan bertaqwa” (2:183)

Sewaktu aku kecil2 dahulu, juga sama seperti soalan yg akan kita tanya kepada kanak2 kecil hari ini, aku sering ditanya, “puasa tak hari ni?”. Tapi hari ini menjadi bukti bahawa soalan yang paling kerap ditanya baik sebelum atau semasa RAmadhan ialah, “Apakah matlamat puasa kamu kali ini?”

Apakah matlamat puasa ku kali ini?

TAhun ini satu ayat yang sama sering kali terngiang2 di fikiranku. Iaitu “Al-Quran itu adalah manual kehidupan”. Dan ia sering membuat ku terfikir2. Manual kehidupan? Manual itu maksudnya ialah garis panduan. Baru2 ini aku membeli alat senaman yg perlu dipasang sendiri. Ia datang dengan sebuah manual yang memanduku memasang alat tersebut. Dengan manual itu aku tahu bahagian mana yg perlu dipasang dulu, bahagian mana dipasang dengan bahagian mana, sehingga besi2 yang asalnya bercerai-berai akhirnya tercantum dengan rapi menjadi sesuatu yg bermanfaat. Tanpa manual itu aku akan termangu2 tidak tahu hujung pangkal bagaimana untuk memasang alat itu.

Jadi aku terus kehairanan. Kalau AL-Quran itu adalah sebuah manual kehidupan, maka ianya patut menjadi petunjuk dan panduan untuk kita mengharungi kehidupan sehingga apa yg susah menjadi senang dengan panduan dan petunjuk AL-Quran.

Aku sudah meyakininya sekian lama, yakni meyakini bahawa Al-Quran itu benar2 sebuah panduan, aku meyakini kalam ALlah, “Wahai manusia! Telah datang sebuah pengajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, yang menyembuhkan penyakit yang ada dalam dada, dan menjadi petunjuk serta rahmat bagi org2 yg beriman (10:57) tetapi tidak betul2 ‘merasainya’.

Sehingga Ramadhan ini, ketika aku ditugaskan untuk satu event, tatkala exam ku kian hampir dan longgokan fail2 pelajaran yg perlu dibaca bersusun2, aku terduduk menangis memikirkan hati yang terbelah antara melaksanakan tugasan yg diberikan atas nama Allah dengan pelajaranku yang juga terkontang-kanting. Dengan izin Allah, ayat yang ku baca dari Al-Quran dalam keresahan jiwaku itu ialah ayat (10:45) yang bermaksud, “Dan pada hari Allah mengumpulkan mereka, mereka merasa seakan-akan tidak pernah berdiam (di dunia) kecuali sesaat sahaja di siang hari, (pada waktu) mereka berkenalan. Sungguh rugi orang yg mendustakan pertemuan mereka dengan Allah, dan mereka tidak mendapat petunjuk“. Lalu aku menyedari bahawa tidak ada gunanya langsung berkeluh-kesah atas urusan dunia, kerana akhirnya segala suka dan duka, gembira dan tawa, kesedihan dan kegembiraan di atas muka bumi ini akhirnya akan disimpulkan sebagai satu saat sahaja. Satu saat sahaja. Dan aku gelisah kerana satu saat itu. Selepas membaca ayat ini dan memahatnya dalam hati aku mendapat kekuatan semula. Aku merasa segar dan cergas untuk melaksanakan tugasan dan juga belajar dengan bersungguh-sungguh dan aku yakini Allah akan membantuku dalam melalui kedua-duanya.

Maka itulah matlamat Ramadhanku yang iA akan ku sambung menjadi matlamat hidupku, menjadikan Al-Quran sebagai manual kehidupan. Aku mahu mendalami ayat-ayat Allah dengan penuh rasa dan keyakinan dan menjadikannya pendorong dan motivasi dalam melalui setiap saat. Maka untuk Ramadhan ini aku mensasarkan untuk memahat ayat-ayat Allah dalam hati dan beramal atau berpegang padanya. Ada rakan2 meletakkan matlamat utk mengkhatamkan AL-Quran dalam bulan Ramadhan ini yg kukira satu matlamat yg cukup agung, tetapi untuk diriku, cukup sekadar aku mendapat ayat2 yg akan ku bawa ke mana2 sahaja dan menjadi penunjuk jalanku. Itu matlamatku.

Petang tadi aku mendapat berita seorang junior sekolahku dahulu telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri Allah, dosa2 nya diampunkan dan dia diletakkan bersama org2 yg beriman. Dan berita pemergiannya sekaligus mengingatkan aku juga akan tiba satu hari nanti giliran aku pula menamatkan perjalanan duniaku. Dan ini sungguh membuat aku takut. Semoga Allah jadikan aku org yg berkuang di atas jalanNya dengan ikhlas. Amin.


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers