Archive for November, 2008

belum bertemu cinta agung

bukan. bukan Pencinta yang tidak menemui aku. tapi aku yang masih lengah tak mahu bergerak mencari cinta agung. Seolah-olah aku mahu cinta itu datang padaku. Hakikatnya CInta Agung hanya untuk mereka yg mahu bergerak, berusaha, mencari, berkorban dan terkorban dalam langkah mencari cinta agung itu. Mesti sanggup berabis harta mahupun jiwa untuk membeli keabadian cinta teragung itu. Tapi aku masih juga menunggu. Wahai Pencinta Teragung di atas segala keagungan, berikanku sedikit tamparan supaya aku mahu berlari mendakap cintaMu.

belum berkorban sampai tak larat.

“Maka apakah orang2 yg dibukakan hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dgn org yg hatinya membatu)? Maka celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.” (39: 22)

Esok bakal menyaksikan penerokaanku dan rakan2. Meneroka tempat baru dan meneroka cabaran baru. Bekerja memetik ceri di Young, yang jauhnya 7 jam perjalanan dari Newcastle. Makanya, kalau ada tersilap merancang dan ada barang tertinggal jawabnya pasrah sajalah. Harus mula membetulkan niat. …Niat? Maka harus aku niatkan penerokaan ini untuk apa? Untuk mencari wang? Ya itu saja yg terlintas dalam fikiranku sejak kelmarin dulu dulu. Wang. Wang. Wang. Duit. Money. Nak carik wang nak bayar rego Zuhayr, sekali dgn servis, sekali dgn segala urusan birokrasi untuk perbaharui rego Zuhayr. Nak cari wang nak bayar hutang kad kredit yg tertunggak-tunggak. Nak cari wang supaya nanti banyak keinginan dunia boleh dilunaskan. OWh mengapa tidak? Kasut impianku belum terbeli lagi.

Kemudian hari ini dengan limpah kasih sayang ALlah Dia beri amaran padaku. Kalau wang yang aku mahu lihat bagaimana Dia berkuasa menghalang buas nafsu wang ku. Dengan masa bertolak hanya berbaki tidak sampai 20 jam lagi aku baru terlintas hendak mencari Tax File Number ku. Nombor supaya kerajaan australia boleh mengaut sedikit pendapatan denagn mengambil sedikit dari gajiku, dan juga nombor yg melayakkan aku utnuk bekerja secara legal. Seperti sudah kuduga, nombor yg kuperoleh 2 tahun lepas tapi tidak pernah digunakan itu telah hilang. Tapi aku relax sahaja, aku dail nombor pejabat cukai, dgn amat yakin nombor itu dapat dicari dgn mudah dalam database pejabat cukai. Bismillah pun x baca. Nah padan muka aku. Nama aku tidak ada dalam database. Tidak ada. “Anda pasti anda pernah mempunyai Tax File Number?” Tanya pegawai pejabat cukai. Aku jadi marah tak semena-mena. Patutlah NAbi bersabda org yg berjaya¬† bukanlah org yg banyak hartanya, tapi org yg berjaya menahan amarahnya.

Selepas mencuba semua perkataan yg ada dlm namaku; Nur. Balqis. Zahirah. Ali. tak kurg juga dgn kombinasi2 yg berbeza dan pelik bunyinya: Nur Zahirah. Balqis Zahirah. Nur Ali. tak ada satu pun sangkut. Lama2 aku fed up, pegawai pun fed up dan kami saling ber bye bye. Aku mula tak tentu arah. Sebagai seorg yg kuat menangis, aku pun menangis di tepi longgokan file yg ku geledah sebelumnya utk mencari Tax File Number durjana itu. Bingung, aku telefon ibu. Pesan ibu, jangan susah hati. Buat solat hajat, kemudian cari semula. Aku simpati pada org2 yg tak punya ibu, kerana ibu begitu penting dalam hidupku.

Selepas bertenang aku mula didatangi ilham. Aku telefon Yana, org yg berpengalaman bekerja dan berusan dgn org2 seperti aku yg suka bertangguh kerja sehingga ke last minute. ALhamdulillah, senang saja jawab Yana. Kamu pergi apply semula tax file number tu. lepas tu pergi kerja. beritahu tuan punya ladang nombor kamu kamu akan beri sebaik nombor itu sampai pada kamu. Aduh. Sia-sia aku menangis, begitu mudah rupanya jalan penyelesaiannya.

Selesai urusan apply tax file number itu aku pun terduduk dan berfikir. sebelum aku telefon Yana aku sebenarnya sudah berputus asa. Kalau tanpa tax file nummber susah utk aku bekerja jadi tak ada guna aku pergi jauh2 utk sia-sia. Dalam kecelaruan aku sudah membuat keputusan utk tidak bekerja, tukar tiket dan pulang saja ke Malaysia, dan kemudiannya nanti menagih simpati ibu ayah dan mungkin juga kakakku utk membantu membayar rego zuhayr. itu sebelum aku hubungi ibu dan Yana. Allah lebih amat amat Mengetahui.

Aku berfikir dan aku membuat keputusan ini mungkin adalah ujian Allah. Ini amaran. Niatku dunia semata-mata, sedangkan dunia ini Dia yang punya. Makanya sekarang, dengan penuh harap aku minta pada Allah bersihkan hatiku daripada sifat cintakan dunia. Jadikan penerokaan ini penerokaan untuk mencari cinta agungMu. Siapa tahu, aku perlu berjalan jauh sebelum aku temui cinta agungMu. Amin~

Dan sedikit bingkisan buat semua teman-teman: Nabi sesungguhnya telah bersabda bahawa Allah berfirman “KecintaanKu didapati oleh org2 yg saling mencintai dan saling duduk kerana AKu saling berkunjung keranaKu dan saling memberi keranaKu”. Ayuh jadi orang yg cintakan saudara lebih dari cinta diri sendiri. Ayuh berjuang dan berkorban sampai tak larat.

terus berusaha dan bertawakal

mengeluh~

kerana terlalu banyak yang perlu ditelaah dalam masa yang sangat singkat. sekali-sekala diserang rasa panik apabila memikirkan bagaimana jika tak sempat habis dan hafalkan semua fakta-fakta dalam lecture notes dan juga panik apabila usaha mengingati fakta2 yg telah dibaca tidak berjaya dilakukan.

sesungguhnya semua yang berlaku itu telah ditakdirkan oleh Allah, tidak ada yang kebetulan.

melayari internet di kala diri di tengah-tengah resah gelisah yang tak putus-putus sampai kepada sebuah artikel ditulis oleh seorang yang bukan islam menulis pengalamannya dalam sebuah pertandingan yang baru-baru ini disertainya. dalam pertandingan itu pasukannya kalah dan itu merupakan satu kejutan kerana mereka adalah pasukan favorit dan baru sahaja mengungguli pertandingan sama dianjurkan oleh pihak berbeza. kekalahan itu mulanya menyebabkan dia merasa sedih, tetapi kemudian setelah dia mengumpulkan semula kekuatan, dia berfikir, ‘kalau kita asyik nak fikirkan kejayaan, percayalah takkan bawa kita melangkah jauh.Pertandingan ini lebih bermakna bila kita, percaya pada diri, mengenali diri, dan sabar.”

yang membuatkan aku terfikir, apakah yang membuatkan aku resah-gelisah saat ini. kerana aku mahu lulus dalam peperiksaan. tapi aku telah lupa matlamat menuntut ilmu ini sendiri. iaitu aku mahu jadi orang yang beramal dengan ilmunya, yang ikhlas mahu membantu orang, bukan semata-mata mahu lulus dan tamatkan ijazah ini sehingga memaksa aku menyumbat-nyumbat dan memaksa-maksa juga diri membaca segala butir perkataan yang tercetak. sedangkan memang tidak munasabah pun untuk aku atau siapa-siapa sahaja menghafaz dan menghadam beribu-ribu perkataan itu.

dan aku juga telah lupa bahawa satu masa dahulu aku pernah berikrar bahawa aku tidak takut dengan kegagalan. mengapa kini aku menjadi hamba perasaan sendiri? ya Allah ebaskan aku dari ikatan perasaan ini.

sesungguhnya segala pertolongan itu milik Allah ~

Makin dekat makin jauh

Semakin aku cuba menghampiri, semakin sukar pula rasa laluan yang ditempuh. Semakin ku meminta dipermudahkan jalan, semakin sukar pula jalan ini. Semakin kuat rayuanku, semakin banyak pula dugaan yang Kau beri.

Tapi aku juga tahu, aku mahukan dunia, sedangkan Kau lebih tahu apa yang lebih baik. Maka aku terima. Cuma aku pinta padaMu Pemilik sekalian hati, biar sebesar mana pun dugaan yang Kau beri, hulurkanlah aku kekuatan untuk menempuhinya dengan jalan sabar dan takwa. Jangan biar aku pilih jalan yang sesat dan merosakkan diri dalam melalui ujian-ujian ini.

Ya ALlah, aku mahu mawar yang harum sedang Kau beriku kaktus berduri. Dan untuk itu aku tangisi. Tapi kini aku mula melihat, mawar yang kuharap layu berguguran ke bumi, sedang kaktus yang Kau beri mula berbunga sedang ia terus tegak berdiri. Ya ALlah ampunkan aku atas ketidak yakinanku kepadaMu, ya Allah dengarilah rayuanku, terimalah aku, dan mudahkanlah urusanku. Amin~


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers