Archive for September, 2010

kepada mutiara-mutiara tersimpan: Mari Membongkar Jahiliyah

Saya menulis sebuah surat untuk mutiara-mutiara tersimpan yang saya cintai, tetapi saya akan kongsikan surat itu di sini:

Kepada Mutiara-Mutiara tersimpan: mutiara-mutiara yang berkilau, mutiara-mutiara yang terlalu indah, mutiara-mutiara yang terjaga rapi, mutiara-mutiara yang dipelihara Allah.

Hari ini kakakmu menulis kerana sayang kakakmu yang melampau kepada kalian, tapi tak dapat diluahkan sepenuhnya hanya dengan kata-kata.

Marilah kita sama-sama membongkar habis-habisan jahiliyah yang berada dalam diri kita!

Seperti yang kita tadabbur bersama-sama di dalam tafsir surah A’basa, betapa Allah murka apabila kita berpegang kepada sesuatu yang neracanya bukan Allah, hatta dalam urusan agama dan dakwah sendiri! Neraca Allah yang lebih Mencintai taqwa seorang hamba yang buta (Abdullah Ummi Makhtum) daripada usaha dakwah kepada pembesar-pembesar Mekah yang keras kepala. Yang memberikan kita isyarat bahawa pada setiap saat dan tika dalam hidup kita Allah mahu kita sentiasa berpegang kepada neracanya semata-mata, dan bukan neraca-neraca lain walaupon neraca itu telah mendarah dan mendaging dalam hidup kita. Harus kita lempar, harus kita buang jauh-jauh. walaupun proses membuang itu adalah sesuatu yang amat menyakitkan, dan menuntut sebuah mujahadah yang amat besar dari kita, sehinggakan menitiskan air mata kita kerana sukarnya membuang jahiliyah itu.

terpaksa juga kita buangnya jauh-jauh walaupun kelak kita akan jadi manusia asing yang terasing atau diasingkan. saat kita buang jauh-jauh filem-filem yang dulu jadi tayangan biasa kita, saat kita buang jauh-jauh lagu-lagu yang dulu jadi iringan kita tiap masa, saat kita buang jauh-jauh pakaian-pakaian kita yang tidak menepati neraca Allah, saat kita buang jauh-jauh buku-buku yang dulu seirng kita baca, saat kita buang jauh-jauh kegemaran-kegemaran kita yang dulu kita uliti, saat kita buang jauh-jauh tempat2 yang sering kita lawati, saat kita buang jauh-jauh segalanya yang terpesong dari neraca Allah, maka kita akan menjadi mahkluk yang asing, terasing, dan diasingkan.

maka marilah sama-sama kita menjadi makhluk asing!

Sama-sama kita juga mentadabbur ayat Allah dalam surah Al-Baqarah; 208
yang mana Allah Memerintahkan kita supaya memasuki kedamaian denagn seluruh fikiran kita, niat kita, tindakan kita, kegemaran dan kemahuan kita, perasaan kita dan ketakutan kita.
Allah tidak mahu kita terkeluar sedikit pun dari garis lingkungannya. adn sungguh-sungguh kita merasa perintah ini adalah sebuah perintah yang amat berat, kerana tak terhitung banyaknya jahiliyah yang membelenggu diri kita.

pada niat-niat yang tersasar, pada perasaan-perasaan yang mengalir, pada pilihan-pilihan kita, pada rancangan-rancangan kita, betapakah banyaknya yang bercampur-baur antara islam dan bukan islam!

tetapi kita dambakan kedamaian itu, kita dambakan ketenangan, kesabaran dan kecintaan yang amat dalam itu sehingga kita tak rasa apa pun ketika ujian dunia yang rendah dan hina nilainya mendatangi kita. Kita dambakan rasa damai dan kemanisan iman seperti yang dirasai oleh Khabab Al-A`rat ketika ditanaya tidakkah dia merasa sakit saat dibakar dia atas api sehingga menitis lemak-lemaknya. Khabab menjawab bahawa saat disiksa itu dia merasakan kesakitan yang amat sangat tetapi ada satu perasaan cinta, damai, dan kemanisan yang mengatasi rasa sakit itu.Kita mahu kedamaian itu.

kita juga sangat takut andainya kata-kata Allah, dan pesan-pesan rasul, juga peringatan-peringatan para sahabat kita tidak meninggalkan kesan dalam hati kita, tidak membasahkan jiwa kita, kerana gelap dan legapnya hati kita diselaputi oleh noda dosa dan jahiliyah yang berselirat. Seperti firman Allah dalam surah Al-Mutaffifin:
Tidak sekali-sekali! bahkan hati mereka telah diselaputi dengan apa(dosa) yang mereka berbuat.

Kita takut andai kita terus bergelumang dengan jahiliyah kita, maka kita berterusan dalam dosa (allahua’lam) disebabkan kerana kita terus membiarkan diri kita mengingkari perintah Allah dalam 2: 208.

Dan sesungguhnya kita mahu menyertai angkatan golongan yang mendapat nikmat merasai kemanisan iman denagn memiliki salah satu ciri dari 3 ciri yang disebutkan rasulullah iaitu:
apabila kita benci untuk kembali melakukan jahiliyah yang telah kita tinggalkan sepertimana kita benci untuk dilemparkan ke dalam neraka.

Kita berusaha, dan kita berdoa kepada Allah semoga kita akan berjaya menjadi seorang hamba yang terjun ke dalam agamaNya, redhaNya dan kasih-sayangNya dengan seluruh jiwa dan raga kita. Kita mengangkat diri kita keluar dari lumpur-lumpur jahiliyah yang busuk dan kotor, merembeskan segala saki-baki lumpur jahiliyah yang melekat pada diri kita dan kemudian terjun ke dalam sebuah kehidupan yang dibatasi oleh syariatnya dan dibumbungi oleh neracaNya.

Kita mahu segala keladak jahiliyah kita diganti dengan akhlak yang terbaik, tutur kata yang paling sopan, amal ibadah yang paling mantap, tangisan air mata yang paling ikhlas, dzatiyah yang meluap-luap.
Kita mahu jadi perindu malam yang sering mengiringi taubatnya dengan air mata di malam yang sepi.
kita mahu jadi orang yang cinta dan tidak sanggup berpisah dari Al-Quran. Kita mahu ajdi orang2 yangd ekatd engan ayat2 Allah.

Oleh kerana itu, kita harus membongkar jahiliyah kita habis-habisan!

kakakmu menyampaikan pesan ini, kerana cinta kakak kepada kamu semua, agar kamu semua jangan jadi seperti kakak, yang lambat dan culas membuang jahiliyah2 yang bersarang dalam dirinya, sehingga dia tidak dapat melihat jalan lurus yang terhampar luas di depan matanya, kerana hitamnya hatinya dengan keladak-keladak jahiliyah. jangan jadi seperti kakakmu ini yang lambat merasai indahnya jalan dakwah, yang banyak memberontak dan banyak penyakit-penyakit hati. Ya, ianya adalah kerana dosa dan jahiliyah dalam hati yang lambat dibuang!

dan baru kini, apabila kakakmu ini baru menyedari hakikat ini, dia sudah hampir perlu meninggalkan adik-adiknya yang sangat tersayang.

marilah sama-sama kita membuang jauh-jauh kehidupan yang bergaul dengan jahiliyah. sucikan hati, sucikan hati, sucikan hati…

salam sayang dari kakakmu……

Advertisements

Tadabbur ku…indallahi atqakum…

Menelusuri tafsir surah Abasa.

Kemudian mentadabbur bait-bait awal surah itu; (ayat 1 – 4 )
“dia telah memasamkan mukanya dan berpaling mengabaikannya”
“Kerana seorang buta yang datang menemuinya”
“Tahukah engkau barangkali dia datang dgn tujuan membersihkan dirinya”
“Atau untuk mencari pengajaran, dan pengajaran itu berguna kepadanya”

Syed Qutb dalam menafsirkan ayat ke 4 itu menyebut;
…Tahukah engkau barangkali hati lelaki itu akan disinari nur Allah yg akan mengubahkannya menjadi rumah nur yg sentiasa menerima nur dari langit?…Kebajikan ini akan menjadi kenyataan apabila ada hati yg membuka pintunya untuk menerima hidayat dan apabila hakikat iman terpacak kukuh di dalam hatinya….Inilah persoalan agung dalam neraca Allah..

Saya mentadabbur tafsir ini..
Dan merasai sebuah hakikat yang kita sering lupa..
Iaitu hakikat dakwah kita adalah dakwah untuk menyimbahkan ‘nur’ ini ke dalam hati manusia.
tidak ada tujuan lain yang lebih agung dari tujuan itu.

Kita mahu menyimbah nur, ke dalam hati kita dan juga ke dalam hati orang lain. Nur iaitu kecintaan yang agung dan mutlak kepada Allah. Keimanan dan ketaqwaan. Jiwa yang basah dengan ingatan kpd Allah.

Seperti kata Hassan Al-basri..”sehingga hatiku mencapai ayat 8 surah al-anfal..”
8:2  Orang2 yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati-hati mereka.

kita mahu manusia mencapai tahapan ini.

Kita bukan hendak meramaikan jumlah kita.
Kita bukan hendak menjadikan usrah sebuah budaya.
Kita bukan hendak mengumpulkan manusia berkelompok-lompok.
Kita bukan hendak memastikan semua orang punya pemikiran yang sama.

Dakwah kita seharusnya ikhlas semata-mata untuk menyentuh hati-hati manusia;
berapa pun jumlahnya nanti, masuk usrah atau tidak, setuju atau tidak dengan pemikiran kita.

dalam kisah Abasa ini, rasulullah sedang berbincang dan cuba memujuk para ‘hardcore’ mekah pada waktu itu, seperti Abu jahal, Utbah bin rabiah, syaibah bin rabiah, dan bbrp lagi orang2 besar Mekah, kerana mereka memegang kunci besar kepada sampainya islam kepada seluruh penduduk mekah. seandainya pembesar-pembesar ini menganut islam ataupun sekurang-kurangnya bersetuju untuk menyokong perkembangan islam, maka pastilah islam akan bertapak kukuh di mekah dan tersebar luas dalam masa yang singkat. pasti berbondong-bondong lah para pengikut dan kaum kerabat tokoh2 ini menerima seruan dan tunduk kepada islam.

dalam perbincangan yg kritikal itu, Abdullah seorang sahabat yg buta pun datang dan dengan ikhlas meminta agar jiwanya dibasahkan, ruhnya diisi dengan kalimat Allah.

Rasulullah lantas berpaling dan memasamkan muka. hairan sekali, Abdullah tidak dapat pun melihat reaksi Rasulullah itu, tetapi betapa hebatnya teguran Allah ke atas Rasulullah s.a.w!

Yang memberi kita isyarat, mengisi jiwa dan nurani seorang yang dengan ikhas ingin mendekatkan dirinya kepada Allah, yang mendambakan limpahan cahaya ke atas hatinya, adalah jauh lebih utama di sisi Allah daripada urusan dakwah itu sendiri! yang kita sangkakan besar rupanya kerdil sahaja di sisi Allah, sedangkan yang kita sangkakan kecil rupanya amat besar di sisi Allah.

Marilah kita sama-sama beristigfar.
Sesungguhnya pada setiap hati manusia yang berjaya kita sentuh ada ganjaran yang lebih baik dari alam ini dan seluruh isinya buat kita, atau dalam sebah hadis yang lain ganjarannya lebih besar dari mendapat seekor unta merah.

Berapa banyakkah unta merah yang telah kita kumpul?
Adakah kita selama ini telah berjaya menyentuh hati manusia?
Bukan teman-teman, bukan hendak meruntuhkan semangat dan dzatiyah kamu dalam berdakwah, malah hanya ingin mengingatkan, agar saya dan kamu lebih berhati-hati dalam langkah dan tujuan kita.

Bahawa,
dakwah kita bukan pada banyaknya kita keluar dan ‘tidak duduk diam’. dakwah kita bukan pada jauhnya kita merantau. dakwah kita bukan pada banyaknya daurah yang kita bentang. dakwah kita bukan pada banyaknya usrah yang kita pegang. dakwah kita bukan pada banyaknya duit kita dan harta kita yang mengalir di jalan ini. dakwah kita bukan dikira berjaya pada banyaknya manusia dalam sistem kita.

dakwah kita tidak ada pada semua ini jika kita sebenarnya tidak berusaha menyentuh hati-hati manusia.

Kita mahu manusia-manusia pencinta Allah, pencinta-pencinta Rasulullah, pencinta-pencinta agamaNya.
Kita mahu manusia-manusia yang damai hatinya, yang merelakan segala ketentuan Allah.
Kita mahu manusia-manusia yang sanggup berkorban nyawa utk Allah dan agama ini.
manusia-manusia yang sudah hidup di syurga walaupun amsih bertapak di bumi.

Ayuhlah, mari lah menyentuh hati-hati manusia..

Pedas sikit

Rasa terpanggil-panggil untuk tulis..

beberapa hari lepas: angin takda, ribut takda, tiba-tiba seorang ukhti berkata:
“saya rasa ikhwah kena kerja keras lagi!”

muka saya muka terkejut dan tak paham.
“kenapa?”

sambung ukhti:
“kesian akhawat, akhawat ramai, tapi ikhwah siket sangat, nanti akhawat nak kawen dengan siapa?”

saya:
“betul tu”

tolonglah wahai para ikhwah…kerja keras!!

tarbiyyah menjadikan aku makhluk asing

tidak lah ada mana2 dunia selain di dalam dunia tarbiyyah kau temukan manusia2 yang berubah menjadi makhluk yang asing dan langsung tidak difahami oleh manusia lain. melainkan oleh orang2 yang yang sama2 berada di dalam tarbiyyah itu sendiri.

hanya dalam tarbiyyah kau temui manusia yang tersenyum apabila seorang adik memulangkan keretanya yang kemik kerana terlanggar bendul.

hanya dalam tarbiyyah kau temui manusia yang sujud syukur kerana gagal dalam ujian peperiksaan.

hanya dalam tarbiyyah kau temui manusia yang menangis tak henti2 kerana hatinya dilukai tapi bila bertemu semula denagn orang yang melukakan hatinya seperti seolah2 peristiwa itu tak pernah berlaku.

hanya dalam tarbiyyah kau temui seorang doktor intern sanggup menggunakan masa kosong hujung minggunya yang sangat sukar diperoleh utk berhambat ke medan dakwah.

hanya dalam tarbiyyah kau temui orang2 yang sanggup berhutang untuk hadir ke program2.

hanya dalam tarbiyyah kau temui orang yang berani seorang diri pergi bertemu dengan naib cancelor universiti untuk memohon tempat di universiti itu.

hanya dalam tarbiyyah kau temui orang yang setiap kali cuti pun asyik bertandang ke tempat yang sama.

hanya dalam tarbiyyah kau temui orang yang menangis sungguh2 kerana terlepas bangun qiyam.

hanya dalam tarbiyyah kau temui orang yang lebih banyak bertemu dengan orang-orang lain dari anak dan isteri sendiri.

hanya dalam tarbiyyah…
dan aku berdoa semoga aku juga akan menjadi manusia asing yang tidak akan difahami ini..

pasca daurah Wahai Pemuda, Brisbane 2010

Tadabbur ku: Ya Allah sungguh aku ingin berubah..

Sekadar tadabbur diri sendiri, bukan tafsir…

..Innallah ha la yughaiyyiru ma bikaumin hatta yughaiyiru am bianfusihim…
“..Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…” (ar-ra’du: 11)

Mentadabbur ayat ini dalam-dalam:
dan terasa hangat air mata yang mengalir..
Allah Allah Allah Allah….
Sudah berapa kali mengucapkan bahawa, ya, aku ingin berubah.
sudah berapa kali berazam, ya, aku ingin menjadi lebih baik.
sudah ratusan kali berkata dalam hati, ya, aku ingin memperbaharui agamaku.
sudah berfikir beribu-ribu kali, ya, aku ingin memperelokkan akhlakku, ibadahku, pakaianku, tutur-kataku….

Tetapi aku terus sahaja menunggu…
menunggu bilakah akan tibanya hari jiwaku bersedia untuk melaksanakan perubahan2 itu.
menunggu kata2 dan peringatan dari orang lain utk menggoncangkanku dengan keras untuk benar2 berubah.
menyalahkan orang lain kerana tidak cuba mengingatkan ku.
menyalahkan kakak2 atau siapa pun bila kata2 mereka tidak menusuk kalbuku.
menunggu hari Allah akan mencampakkan hidayah dan petunjuk untukku benar-benar berubah.

…hatta yughaiyyiru ma bianfusihim….
..sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri!…

Ya Allah…aku mahu berubah, tapi tak sedikit pun aku berusaha menyediakan diriku untuk perubahan itu.
Siapa aku ini? menanti satu hari yang tiba-tiba apabila aku bangkit dari tidur dengan automatisnya aku telah berubah?
sedikit pun aku tidak berusaha menolak diriku untuk berubah.
Contohnya aku sangat ingin untuk menjadikan bangun qiyam itu satu kebiasaan setiap hari, tapi sedikit pun aku tidak berusaha untuk mendalamkan ‘rasa’ terhadap ruh qiyamullail itu. kering. sedikit pun aku tidak pergi mencari ilmu2 utk menambahkan cinta pada qiyam.
tidak bersungguh2 pun mentadabbur al-muzzammil, tidak menjiwainya walau sudah tahu tafsirannya..
sedikit pun aku tidak memikirkan strategi untuk memastikan aku benar2 bangun qiyam setiap hari.
sedikit pun tidak memaksa diri untuk itu.

hanya menunggu dan menunggu dan beranggapan, Allah belum ‘menyediakan’ diriku untuk itu.

teringat terbaca sebuah nota yang ditampal oleh seorang adik di dinding kamarnya,
“Benda baik perlu dipaksa”

Dan adik ini sungguh2 dan benar2 berubah! dan isitqamah dalam perubahannya…

Allahurabbi, tapi aku?
sedikit pun tidak memaksa diri, walaupun berulang kali sudah menyatakan, ‘ya, aku ingin berubah!’
masih terus memanjakan diri..hanyut dalam alasan2 yang aku sendiri ciptakan.

sungguh diri ini belum faham kalimat Allah ar-ra’du ayat 11 itu..

Allah, Allah, Allah..
aku ingin berubah,
dan kali ini aku akan berusaha, dengan mengubah apa yang ada dalam diriku!

Ukhuwwah kita…

Kadang-kadang ku berfikir, Ukhuwwah kita ini, berapakah nilainya?
Lalu ku membaca sepucuk surat dari seorang teman buat teman-temannya:
Assalamualaikum w.b.t
sesungguhnya syaitan, apabila tidak mendapati mana2 ruang lagi untuk merosakkan akidah kita, akan datang menyerang ukhuwwah

marilah kita sama2 menutup ruang kepada syaitan utk menghembuskan virus2 ukhuwwah ke atas kita.

Allahurabbi…
teringat kisah Ummu Nidal, yang sanggup menghantar 3 orang anak lelakinya ke medan perang dan gembira atas kesyahidan mereka, bahkan menangis bila memikirkan tiba masanya nanti sudah tiada lagi anak untuk dihantar ke medan perang. Ummu Nidal bukan seperti ibu2 yang lain, yang jauh hati bila anak sudah jarang balik melawat, yang sedih bila anak2 tidak menghulurkan wang, yang merajuk hati bila anak menyebut sesuatu yang mengguris hati. Di hati Ummu Nidal tidak ada ‘kebiasaan’ itu semua. Dia tidak peduli apakah dia tak akan bertemu lagi dengan anak2nya buat selama2nya. Malah rela menanggung kesakitan sebesar2 kesakitan iaitu berpisah terus dengan mereka yang dicintai.

Allahurabbi…
teringat semasa di Melbourne, sewaktu di winter camp, terlihat kelibat seorang ukhti seperti tercari-cari manusia di sekeliling. Rupa2nya dia sedang mencari housematesnya. begitu sukar sekali ukhti ini mencari housematesnya kerana mereka semua bertebaran, bertempiaran, mengejar mad’u masing2, berhempas-pulas pada setiap minit dan saat yang ada menyeru manusia kembali kepada Allah. Cerita yang saya peroleh, ukhti dan hosuematesnya memang amat2 jarang sekali dapat duduk bersua muka sesama mereka, jarang sekali dapat bertanya khabar, apatah lagi mendengar luahan hati dan masalah setiap dari mereka. Kemudian ukhti ini berjaya menemui hosuematesnya di sebalik selaut manusia yang berpusu-pusu, hanya untuk mengambil gambar bersama2! Mereka berpegangan tangan dan berpelukan di dalam gambar itu, seolahnya melepaskan kerinduan dan kecintaan yang amat besar, sehinggakan seorang manusia yang memerhati dari jauh ini terasa tempias tautan hati yang begitu besar dan manis. Tak dapat dilupakan senyuman penuh kepuasan di wajah setiap dari mereka.

Allahurabbi…
teringat cerita seorang ukhti, bagaimana hubungan dia dengan suaminya yang tercinta. UKhti yang bekerja sebagai doktor ini kongsikan, pada setiap hari-hari selepas pulang dari hospital, selepas masing-masing penat dan lelah dari kerja yang banyak, dari kesedihan hati kerana dimarah doktor, dari kesilapan2 yang dibuat, dari rasa sayu kerana ada patient yang meninggal, apabila ukhti bertemu dengan suaminya selepas hari yang panjang dan memenatkan ini, mereka hanya bertukar beberapa baris ayat tentang apa yang berlaku di hospital, dan kemudiannya dengan bersemangat sekali berbicara tentang dakwah dan planat.

Allahurabbi….
teringat terbaca dalam blog seorang ukhti, dia menceritakan, apabila ada sambutan harijadi mad’u ukhti itu atau housematesnya yang lain, mereka akan bersama2 bersungguh2 mengadakan sambutan itu. masing2 memberikan hadiah, ada yang memasak yang istimewa2. tetapi hari jadi sesama housemates sendiri tidak dapat diraikan, bukan kerana sibuk tetapi kerana dirasakan tidak perlu. tidak ada  hadiah bertukar tangan. tetapi ukhti ini menyatakan dia sangat gembira, tatkala melihat senyuman terukir di wajah housematesnya.
ada juga dia mnyebutkan, kadang2 tetamu2 datang ke rumahnya, tapi ahli rumahnya tak pernah cukup, lalu mereka bertanya, ke mana orang ini, ke mana orang itu, mereka senang dan bangga sekali memnajwab, ukhti ini keluar usrah, ukhti ini di negeri lain sedang berdakwah..dan mereka amat gembira sekali dengan kehidupan seperti itu.

Allahurabbi….
saya ingin sekali memohon ampun atas segala kesalahan saya terhadap kalian. kerana saya tahu, sayalah orang itu yang paling tidak peduli apakah kalian sedih atau gembira. Sayalah orang itu yang keluar berdakwah dan membatalkan janji untuk makan bersama2 kalian. sayalah orang itu yang selalu membuat keputusan yang melibatkan kalian tanpa bertanya pendapat anda semua dahulu. sayalah orang itu yang selalu kelaur dan balik kepenatan dan tidak tahu apakah kalian baru mendapat berita gembira atau kecelakaan. sayalah orang itu yang lebih tahu suka duka orang2 di rumah lain daripada suka duka kalian.

Allahurabbi…

Dengan amat sangat saya memohon kemaafan dari kalian. Apakan daya, sudah saya cuba untuk mengaut segala-galanya, dari tugasan dakwah yang sebesar gunung dan tidak akan selesai sehingga mata ini rapat terpejam, kepada tuntutan pelajaran dan masalah peribadi, sehinggalah kepada tuntutan hak kalian ke atas saya. Hak untut didengari masalah kalian, hak untuk mencurahkan rasa hati, hak untuk bersembang2 mengetahui segala suka dan duka yang berlaku sehari-hari, hak untuk bergembira bersama-sama, berjalan bersama, makan bersama, berhibur bersama. Tetapi apakan daya, kerja terlalu banayk berbanding masa yang ada, sehingga hak-hak kalian sering saya gadaikan.

Tetapi saya amat yakin, kalian juga seperti saya, sangat menghargai makna bahawa ukhuwwah kita tidak sama seperti norma ukhuwwah ‘kebiasaan’. Ukhuwwah kita bukan pada banyaknya masa kita bersama, bukan pada mengetahui segala suka dan duka hidup kita, bukan pada sambutan majlis harijadi, bukan pada berjalan bersama, bahkan bukan pada ratap dan tangis bersama.

Tetapi ukhuwwah kita ada pada kecintaan kepada Allah dan kerinduan kepada Rasulullah. Hati kita diikat pada setiap saat walaupun jasad kita berjauhan. Cinta kita mekar sungguhpun lama tidak bersua muka. Kerinduan kita meluap-luap layaknya seperti dua orang teman yang sudah bertahun tidak berjumpa walau hakikatnya baru berpisah beberapa jam. Setiap saat yang suntuk yang kita miliki terasa begitu indah dan manis, kerana kita merasakan kehangatan roh-roh yang bertemu pada jalan yang suci dan agung. Saat kita berpelukan air mata kita berhamburan kerana basahnya jiwa-jiwa yang bertemu di atas jalan perjuangan. Tak perlu kalian nyatakan atau sebutkan apa-apa hati kita sudah saling mengetahui segala remuk-rendam dan kegembiraan dalam hati masing-masing.

Allahurabbi…
teman-teman yang terlalu kucintai, marilah kita sama-sama pertahankan ukhuwwah ini. marilah kita semua sama2 bersangka baik sesama kita. marilah kita sama2 membuang segala kekeruhan dalam hati. marilah kita semua sama2 memberi, kerana hanya apabila semua orang memberi maka semua orang akan menerima, tetapi apabila semua orang menunggu untuk menerima, maka tak akan ada siapa2 memperoleh apa2.

Allahurabbi..
cintailah hamba-hambaMu yang sentiasa mengharapkan cinta setinggi-tinggi cinta…

Sodaqallahuwarasuluhu!

Sejak akhir2 ini banyak cubaan untuk menulis di blog ini terpaksa dibatalkan. Utamanya ialah kerana kerja sesungguhnya lebih banyak dari masa. Jangankan menulis blog, ada benda2 basic dalam hidup pun tak sempat2  saya uruskan. Allahurabbi, terkenang-kenang masa lalu ketika punya ‘banyak’ masa membuat benda2 tak berfaedah dan punya masa menguap mengantuk bukan kerana tak cukup tidur, tapi sebab tak tahu nak buat apa. Allahurabbi…T__T (ke mana berlalu masa mudaku???!!)

Yang keduanya kerana ayat ini:
“kabura maktan ‘indallah an takulu ma la tafa’lun”
Amat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat (as-saff:3)

InsyaAllah sekarang saya sentiasa beringat untuk mengambil masa untuk betulkan niat setiap kali sebelum menulis sesuatu. Dan juga berusaha lebih keras supaya amal lebih ke depan dari tulisan ataupun kata2.

Dan menggagahkan juga diri untuk menulis walaupon kaki tangan rasa longlai setiap kali teringat ayat 61;3 itu dan juga ayat 2:44. saya gagahkan juga demi sebuah cinta. semoga anda dapat merasai cinta saya ini.

————————————————————————————————————————————————–
Sodaqallahuwarasuluhu!

dari masa ke masa, saya sebagai orang yang baru mula berkenalan dengan ayat2 Allah sentiasa menjumpai ayat demi ayat yang sangat menggentarkan jiwa dan membuka dimensi baru dalam hidup. Saya ingin share kan sebuah ayat yang sangat meruntun jiwa saya, dan menyebabkan saya rasa sangat termotivasi. Ayat tersebut ialah ayat 22 dalam surah al-ahzab (surah 33):

“walamma ra al mukminu nal ahzab, qola haza wa adanallah hu wa rasuluhu, wa sodaqallahuwarasuluhu. wama zadahum illa imanaw wa taslima”
:dan apabila orang-orang mukmin itu melihat tentera Ahzab mereka pun berkata, “Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasulullah. Maka benarlah Allah dan rasulullah”. Dan ia hanyalah menambah keimanan dan keislaman mereka.

berlinang air mata membaca ayat ini.

Dalam Perang ahzab atau Khandak, ketakutan para mukmin disebutkan dalam Al-Quran sampai ke kerongkong, ketakutan yang amat dahsyat, di hadapan mereka ada bala tentera bersekutu dari seluruh tanah arab yaitu berkekuatan beribu2 tentera, menentang para mukmin yang amat sedikit jumpahnya dan terkepung dalam kawasan kecil Madinah. Dan ketakutan yang amat sangat kerana Bani Quraizah yang tinggal di satu2nya laluan belakang untuk memasuki Madinah tak dapat diyakini baiahnya untuk tidak akan memberi laluan masuk kepada tentera bersekutu. Musuh datang dari depan dan dari belakang, andai ada musuh yang lolos, maka habislah Islam di atas muka bumi ini. Ketakutan yang amat sangat.

Putar ke belakang sedikit: selepas cadangan salman al-farisi untuk menggali parit diterima, maka Rasulullah dan para sahabat mula menggali parit tersebut. Tiba satu ketika sahabat datang mengadu kepada RAsulullah kerana ada batu besar yang menghalang usaha pengorekan. Lantas Rasulullah datang dan menghentak batu tersebut sebanyak 3 kali, dan terpancar lah kilatan dari batu tersebut setiap kali rasulullah memukulnya lantas terbe;ah lah batu tersebut. rasulullah kemudian bersabda pada hentakan pertama baginda melihat jatuhnya kisra parsi ke tanagn umat Islam, hentakan kedua baginda melihat kaisar Romawi jatuh ke tanagn umat islam dan hentakan ketiga baginda melihat jatuhnya Ethipia ke tangan umat Islam. Para sahabat pada waktu itu sangat gembira, kerana telah ‘dijanjikan’ kemenagn yang amat besar, dan amat yakin dengan janji tersebut, sungguhpon pada waktu itu mereka sedikit pun tak dapat membayangkan bagaimana perkara itu boleh tercapai sedangkan pada waktu itu mereka sedang cuba mempertahankan kewujudan agama islam itu sendiri! terasa amat jauh dari janji Rasulullah itu, tetapi mereka percaya denagn pasti….

Kemudian datanglah orang2 munafik mentertawakan janji rasulullah itu denagn berkata (lebih kurang): “Bagaimana mungkin kamu menawan Rom dan Parsi sedangkan yang kamu lakukan sekarang ini hanyalah mengorek parit dari hujung ke hujung”

Ternyata, semasa perang ahzab berlangsung, dan ketika ketakutan penduduk Madinah sampai ke kerongkong, orang2 munafik ini berasa kecut sekali, datang menemui Rasulullah dan meminta izin untuk lari berlindung dalam rumah masing-masing.

Bagaimana pula para mukmin, para sahabat, tiadalah lain yang mereka katakan selain
“Haza wa a’danallah huwa rasuluhu, Wa sodaqallahuwarasuluhu”
INILAH YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH DAN RASULULLAH. MAKA BENARLAH ALLAH DAN RASULULLAH.

Sedih. Sangat-sangat. Kalau anda dapat merasakan kesedihan saya ini anda akan tahu bahawa saya sedang menahan air mata.

Sedih kerana berapa ramai kita hari ini tidak percaya lagi kepada janji Allah dan Rasulullah.
Berapa ramai antara kita memandang rendah usaha yang dimulakan Rasulullah ini dan janji-janji baginda.
Berapa ramai antara kita yang tidak mahu berusaha membangkitkan agama ini kerana ‘tidak nampak’ janji baginda.

Ya, memang usaha ini amat perlahan sekali, amat perlahan sehingga ramai yang tidak nampak ke mana hala tuju kita? Apakah kesannya? apakah perubahannya? benarkah cara ini boleh membangkitkan islam? tak nampak pun. lantas ada yang memilih untuk menjayakan usaha2 yang kesannya ‘nampak instantly’. tidak ada apa salahnya, kerana kita ini manusia, sentiasa mahu melakukan sesuatu yang kita boleh nampak, kita boleh rasa, dan kita boleh nikmati hasilnya.

sebab itu saya sedih, kerana saya sendiri pun, tak dapat menjiwai ruh para sahabat ini, ketika mana maut amat hampir denagn mereka, ketika bahaya datang dari semua penjuru, ketika itu mereka tahu mereka mungkin tak akan dapat melihat janji rasulullah itu, iaitu janji tertawannya Rom dan Parsi terlaksana di hadapan mereka, tetapi dengan sepenuh keyakinan, sepenuh jiwa dan raga, tiada lain yang mereka ucapkan melainkan, “inilah yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasulullah!” lalu ada di antara mereka yang syahid (kalau bukan di khandak di perang2 yang lain) tanpa sempat melihat jatuhnya Rom dan PArsi ke tangan umat islam, tetapi mereka tetap yakin janji rasulullah pasti berlaku, lantas mereka lah yang mengobarkan semangat perjalanan menuju janji2 tersebut.

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..

Wahai teman2 sekalian, para sahabat rela tercerai tubuh mereka demi membangkitkan agama ini, ada yang syahidnya begitu awal ketika mana islam waktu itu bukan apa2 pun di atas muka bumi ini. Kita pula bagaimana? Belum terkuis sedikit pun daging di tubuh kita, tetapi keyakinan kita sudah goyah, lalu kita pun bertanya, sampai bila? Bilakah harinya kan tiba untuk islam bangkit? Dan kita pun malas2 berusaha kerana tidak yakin ‘hari itu akan tiba’

Wahai teman, jangan buat air mata ku jatuh lagi, cukup2lah.

Ayuhlah, perjuangan kita ialah perjuangan untuk mengembalikan semua umat islam kepada islam yang sebenar, kita mahu semua masuk ke dalam islam secara keseluruhan, yakni akhlak  kita, ibadah kita, muamalat kita, pakaian kita, semua sistem2 kita kembali sepenuhnya mengikut acuan Allah dan Rasulullah.

Selagi kes buang bayi oleh orang islam masih terus berleluasa, selagi penzinaan masih berterusan, selagi rompakan masih berlaku, selagi palestin masih terjajah, selagi saudara2 kita di tempat2 lain yang terus menderita tidak terbela, selagi sekecil2 isu seperti penutupan aurat belum sempurna pada semua umat islam, maka prioriti kita ialah menyeru semua orang islam supaya kembali kepada Allah. Itulah membaiki diri kita sendiri dan menyeru orang lain supaya menjadi baik.

Dan kita mungkin mati sebelum semua ini terlaksana, tetapi “HAZA WA A’DANALLAH HUWA RASULUHU!”

Allahurabbi,
penat menangis.


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers