Archive for the 'Uncategorized' Category

menjadi bintang bersinar

subhanallah..

semasa di sekolah dulu, saya pernah membuat perubahan drastik kepada diri saya, iaitu berubah menjadi lebih baik dari diri saya yang sebelumnya. bukan berubah apa sangat pun,cuma lebih rajin menuntut ilmu, dan meninggalkan perbuatan2 melanggar peraturan sekolah (haha).

satu hari, ada seorang teman saya berkata kepada saya, ‘perubahan kamu ni bagus, tapi mengapa kamu tak ajak orang lain untuk berubah sama? kamu tak nak tengok kawan2 yang lain pun jadi baik?’

pertanyaan ini sangat menyentakkan jiwa saya, sampai sekarang pun saya masih ingat lagi. masa itu saya berfikir2 macam mana nak ajak orang lain untuk berubah? fikir punya fikir punya fikir apa pun tak berlaku. saya langsung tak mengajak kawan2 saya berubah menjadi lebih baik kerana saya tidak tahu bagaimana!

betul ke susah nak ajak orang jadi baik? anda pun mengalami masalah yang sama ke?

memang susah kalau anda terus nak ubah tanah landai menjadi sebuah gunung!

mengubah orang memang akan menjadi mustahil kalau anda meletakkan perubahan itu mesti sempurna. waktu di sekolah itu saya buntu tidak tahu bagaimana mengajak kawan2 menjadi baik kerana definisi ‘baik’ saya terlalu ‘ekstrem’ untuk diaplikasikan kepada kawan2. saya mahu kawan2 yang datang lambat ke sekolah, malas belajar, suka mengumpat, tidak menjaga aurat, terus berubah menjadi minah surau yang rajin baca quran, berkata yang baik2 saja, menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran dan pakai tudung betul2, jangan nak on-off.

sudahnya habuk pon tak bergerak.

dalam dakwah pun begitu kan? kadang2 kita rasa ‘uuu susahnya nak ubah orang tu, dia tu jauh sangat dari islam..’

di situlah silap kita, kita membayangkan orang2 yang kita nak dekati, yang nak kita ubah mesti jadi begini, begini, dan begini…

sedangkan apa yang kita perlukan hanyalah mengubah orang itu jadi lebih baik dari sebelumnya! walaupun mungkin ‘baik’ itu sendiri pun masih jauh dari sempurna

orang yang tak solat, dapat diperkenalkan dan diajak solat satu dua waktu pun lebih baik dari ditinggalkan terus. orang yang tak baca quran, kita hadiahkan sebuah quran untuk dia simpan dahulu, x baca dulu pon x apa. orang yang tak tutup aurat, ajak sekali sekala ke program yang menuntut untuk aurat ditutup.

berubah sedikit jauh lebih baik dari tak berubah langsung!

percayalah, bila kita istiqamah mengajak orang menjadi lebih baik secara perlahan2, satu hari kelak bila hidayah Allah menyambar hatinya tup2 tiba2 dia sendiri akan berubah dengan drastik atas kemahuannya sendiri, insyaAllah 🙂

di kesempatan membicarakan isu ini, saya berminat untuk menyelitkan dua isu sensasi yang sedang melanda kita semua, iaitu fenomena filem ombak rindu dan amalina che bakri

sama jugalah, kadang2 kita terlalu mengharapkan perubahan yang besar dan drastik sampaikan tak ada sesiapa pun mengambil sebarang langkah kecil untuk membawa kepada perubahan.

saya sendiri sudah menonton filem ombak rindu (eh, hehe), walaupun terlalu banyak perlanggaran syariat di dalamnya, tetapi tak dapat dinafikan ianya adalah sebuah filem yang bagus! maksud saya aspek2 teknikal dan pembangkitan emosinya sangat berjaya. dari aspek dunianya ia adalah sebuah filem yang dibuat dengan bersungguh2 dan dipersembahkan dengan begitu baik sekali, sampai saya pun terbawa2 juga semasa menonton dan ada sedikit rasa nak mengalir air mata (huhuhu)

tetapi ramai orang menyelarnya! lantas saya berfikir, kita nak apa dari mereka pembuat2 filem ini? kita mahu mereka berubah terus dan buat filem2 islamik sahaja (sedangkan orang2 yang islamik sendiri pun x nak bikin filem) atau tinggalkan terus kerjaya membuat filem sedangkan mereka punya bakat besar untuk menyentuh hati manusia melalui karya mereka?

sebab itu, sampai sekarang, walaupun banyak yang telah diperkatakan, industri filem dan hiburan kita terus macam tu juga, tak ada sebarang perubahan sebab tak ada orang nak mengajak mereka menjadi lebih baik! (dan kita pun tak mengahrapkan dan mendoakan mereka menjadi lebih baik, kita nak berubah terus!)

sama juga, macam kes amalina che bakri, kita sibuk2 berkata pelbagai ni, kita nak apa dari dia sebenarnya? terus sarung tudung, terus berzanji baca quran dan sebagainya? persoalannya ialah, ada ke takde ni orang yang mengajak dia jadi orang yang lebih baik?

herm…

“Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat meyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?” (61:10)

 

Tergantung niat..

“Jazakallah khair. Terima kasih Man sebab kau sudi untuk mendengar masalah ku”

Bayu petang mengelus-ngelus wajah dua orang pemuda yang bersahabat itu. Halim nampak muram sekali, tidak ceria seperti perwatakannya yang selalu. Lokman hanya menduga-duga kemelut di hati sahabat baiknya itu. Dia membiarkan Halim meluahkan  segala duka di jiwa.

“Kau tahu bukan tentang keluargku? Keluarga yang sudah tidak lagi boleh dipanggil keluarga. Yang sudah hancur.”

Lokman mengangguk. Sudah lama mereka bersahabat, segala rahsia dan cerita tidak ada yang tersembunyi. Keluarga Halim, pada Lokman adalah keluarganya juga. Dia tahu ibu dan ayah Halim sudah lama tidak sehaluan. sering bertengkar dan bertingkah suara. Akhirnya mereka memlih untuk berpisah. Halim anak sulung dari 5 beradik. Adik2nya masih kecil, masih belum mengerti sepenuhnya. Maka Halim memendam rasa kecewa sendiri. Dia jauh hati terhadap kedua orang tuanya.

“Aku…aku penat, Man. Aku dah penat untuk terus mengharap. Mengharap yang kedua orang tuaku akan berbaik kembali, yang keluargaku akan bersatu semula. Dulu aku tak pernah rasa penat begini, siang malam aku tak jemu2 berdoa dan memohon kepada Allah untuk kembalikan kebahagiaan keluargaku. Malamku tak pernah putus aku bangkit bertahajud, semata2 untuk memohon agar hati ibu dan ayah dilembutkan. Agar nasib aku dan adik2 tak terabai. Dan aku sangat yakin Man, aku sangat yakin dengan doaku, dengan tahajudku, bahawa Allah pasti berkenan mengabulkan permintaan ku yang satu itu. Aku yakin dengan kekuasaan Allah yang agung yang boleh melaksanakan apa jua, permintaan kecilku ini akan didengari.”

Lokman setia mendengar.

“Tapi itu dulu Man, semakin lama, semakin hari berganti, keyakinanku makin rapuh. bahagia yang kutunggu tak kunjung tiba, malah ibu dan ayah makin jauh. seperti mustahil aku akan kecapi bahagia itu. sekarang aku selalu berfikir, mengapa? mengapa Allah tidak sudi memperkenankan doaku? dimanakah silapnya aku? Apakah cacatnya tahajudku? kadang2 aku rasa, keimananku semakin tipis. tahajud yang tak pernah kutinggalkan semakin hari semakin culas aku lakukan. seakan2 kalbuku membisik, apa gunanya berdoa dan meminta jika tak akan dikabulkan?”

Khali. Lokman menarik nafas dalam2 dan menghembus panjang. Berat bebanan masalah yang dipikul oleh Halim terasa seperti terpikul di bahunya juga.

Mencongak sebelum berbicara. “Benar kata kau Halim, yang cacatnya, dan yang silapnya adalah pada tahajud kau itu”

“Maksudmu?”

“Cacatnya ialah kau meniatkan tahajudmu itu bukan kerana Allah, tapi kerana dunia!”

Lokman menyambung, “Manusia ni, apabila meletakkan tujuannya adalah dunia, memang akan cepat penat, cepat lelah. Jujur dengan ku, kau bangun tahajud semata untuk kebahagiaan keluargamu bukan? Dan bukan kerana kau cintakan dan rindukan Allah?”

Halim rasa terpukul. Memandang longlai ke tanah.

“betulkan niat dulu, Lim, sebelum apa2 yang lain. Luruskan hatimu, kita ni mencari redha Allah, bukan redha manusia. Hanya apabila redha Allah mendatangi kita barulah bahagia akan kita kecapi, biar sepahit manapun dugaan yang sedang kita lalui. Kau tentu masih ingat Lim, bila kita mengejar Allah dan akhirat, dunia dengan sendirinya akan mengejar kita, tetapi jika kita mngejar dunia, dengan sendirinya ia akan berlari semakin jauh dari kita.”

“dan bila kita terlalu mencari dunia dan meninggalkan Allah, maka butalah kita dari segala nikmat, hikmah dan limpahan kasih sayang yang Allah curahkan pada kita.”

“Halim, kembalilah istiqamah dalam tahajudmu, tapi niatkanlah kerana Allah. Aku pasti, kelak kau akan lihat betapa kau boleh malah mungkin telah mengecapi bahagia walaupun apa yang kau hajatkan tidak tercapai seperti yang kau mahukan.

———————————————————————————————————————————-

Hari2 seterusnya Halim terus bangkit menunaikan tahajudnya, tetapi kali ini dengan penuh rasa kecintaan kepada Allah, dan penuh pengharapan untuk memperoleh redhaNya. Semakin hari jiwanya semakin tenang, dan diresapi bahagia.

Dia sedar kini, walaupun perkara utama yang dihajatinya tidak tercapai, banyak rahmat dan limpahan kasih sayang yang dicurahkan oleh Allah. Semenjak ibu dan ayah berpisah, adik2nya yang dulu pemalas dan tidak pandai berdikari sudah pandai menguruskan diri, malah semakin rajin menuntut ilmu. Nyata, pahit yang melanda keluarga menjadi tarbiyah dan mendewasakan mereka semua. Halim sendiri, semenjak perceraian berlaku, dia menjadi lebih bertanggungjawab, dia sedar adik2nya perlu bimbingan maka dia mengambil alih tugas memimpin dan mendidik adik2nya. Mungkin sebab itu, jiwa kepimpinan tersemadi dalam dirinya sehingga dia kini diamanahkan dengan berbagai2 tugas kepimpinan.

Ibu dan ayahnya sendiri, lebih tenang hidup berasingan. Jika dulu mereka asyik bertengkar dan saling membuka aib masing2, kini mereka lebih tenang mencari jalan menemui Tuhan.

Nyata, bila Halim memerhati dalam2 di tahajudnya yang panjang, ternyata terlalu banyak hikmahnya dari apa yang berlaku, bahkan mereka sekeluarga menjadi manusia2 yang lebih baik dari sebelumnya. Terus menerus bahagia meresapi jiwanya….

————————————————–

Ayuhlah teman2, kita koreksi diri kita dan betulkan niat kita. Ibadah kita, kesungguhan kta haruslah kerana Allah semata2, jangan kerana dunia yang hina dina ini. Jika kita sentiasa mengharapkan dunia, maka sebab itulah kita menjadi orang yang mudah penat dan cepat berputus asa.

Allahua’lam.

 

Yang terbit dari hati…

James menguap sepuas hati, sambil bersungut-sungut dalam hati. Kalau bukan kerana Andrew yang beria-ria mengajaknya (memaksa sebetulnya) untuk hadir menemaninya ke kuliah Pembentangan Perbandingan antara Agama itu dengan menjanjikan untuk menaipkan sebahagian kerja kursusnya yang panjang berjela-jela, tidak mungkin dia akan berada di situ.

Sementelahan pula, musim sejuk di bumi Australia ini, sepatutnya dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada menaip hasil kerja kursusnya yang tidak siap-siap itu kerana musim bunga dan musim panas sudah digunakan sepenuhnya untuk keluar mengutip data dan membuat kajian.

Menguap lagi…

James tidak dapat mencerna bait-bait kata yang dilontarkan oleh penceramah beragama Kristian itu. Terlalu membosankan bagi seorang ateis seperti dirinya. Sedang Andrew di sebelahnya terbulat biji mata tanda memberikan sepenuh perhatian sambil mencatat-catat sesuatu ke buku nota kecilnya. Memang ceramah ini ditunggu-tunggu oleh Andrew. Minggu ini adalah minggu ‘Cherishing the Difference’ iaitu setiap agama yang dianuti oleh pelajar2 di Universiti itu meraikan agama masing2. Semua orang berpeluang untuk berkongsi dan berbicara tentang agama mereka dengan pelajar2 lain. Booth2 dibuka untuk semua agama2 tersebut, maka pelajar2 boleh belajar tentang agama2 lain dan bertanyakan soalan2. Ceramah ini adalah sebahagian dari kerangka program minggu tersebut.

James memandang ke seluruh dewan itu. Ramai juga yang berminat dengan ceramah bosan seperti ini, bisik hatinya. Pelajar2 dari berbilang bangsa, kaum, dan agama memenuhi dewan itu. James tertarik melihat ramai wanita-wanita muslim turut sama menghadiri ceramah itu. Tentu dia mengenali mereka dengan mudah, kerana hijab yang berwarna-warni.

Di satu sudut dia dapat mengenalpasti wanita2 muslim dari Asia Tenggara. Entah dari Malaysia atau Indonesia atau dari Singapura.  Mereka lebih kecil berbanding wanita2 Arab dan nampak lebih keanak-anakan. Warna kulit mereka juga lebih gelap berbanding perempuan Arab, dan hijab mereka tampak lebih meriah dan berwarna-warni.

Ceramah yang membosankan tiba2 bertukar menjadi riuh. Di hujung sesi, penceramah tiba2 mengeluarkan satu kenyataan yang amat kontroversi.

Dia tiba2 menimbulkan isu purdah. Nampak benar, dia mengambil kesempatan ceramah ini untuk menyuarakan pendapatnya tentang wanita muslim yang berpurdah.

James menumpukan perhatian.

“Saya sangat tidak bersetuju dengan pemakaian purdah di kalangan wanita musim di negara ini! Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan agama Islam itu sendiri, malah mengakui banyak aspek dalam agama tersebut adalah bagus. tetapi setahu saya, dalam islam sendiri tidak mewajibkan pemakaian purdah. Ya, pakaian adalah hak individu, maka mereka yang memilih untuk memakai purdah memang boleh memakainya, tetapi bukan di Australia ini!”

Bunyi riuh rendah.

“Saya bersetuju dan menyokong cadangan untuk mewujudkan akta yang melarang pemakaian purdah di negara ini. Yang menjadikan pemakaian purdah itu satu kesalahan dan boleh diambil tindakan jika tidak dipatuhi. Sebabnya, selain isu tidak profesional dan komunikasi yang terganggu, isu yang lebih besar di sini ialah soal keselamatan!  Sejak akhir2 ini, banyak kejadian serangan dan letupan bom semakin menjadi2   di Australia. Dasar keterbukaan Australia menjadikan kita menerima pelbagai manusia dari bermacam2 latarbelakang dari seluruh dunia. Dalam kejadian2 ini, adalah amat penting untuk kita dapat mengecam wajah si pelaku. Jika purdah tidak diharamkan, maka ramai penjenayah akan berselindung di balik purdah ini!”

“Dan jika tidak haramkan pemakaian purdah maka kita bersikap tidak adil. Bukankah kita sudah mengeluarkan akta bahawa tidak boleh memasuki premis2 awam dengan memakai helmet? Semua penunggang motosikal mesti menanggalkan helmet apabila memasuki kedai, pejabat, sekolah dan semua bangunan dan tempat awam, sebabnya sama, jika helmet itu tidak ditanggalkan, maka mudahlah jenayah dilakukan kerana wajah mereka tidak dapat dicam. Jadi, purdah juga harus diharamkan dari tempat2 awam juga, atas alasan yang sama!”

Dewan menjadi kecoh. Ramai yang mengangkat tangan dan bangun berdebat dengan penceramah tersebut. Terutama sekali pelajar2 beragama islam yang pastinya cuba mempertahankan agama mereka.

James mendengar dengan teliti perdebatan yang berlangsung. Berbagai2 hujah dikemukakan oleh para pelajar yang kemudian dibalas kembali oleh si penceramah. Ada satu hujah yang sangat menarik minat James. Ia dilontarkan oleh salah seorang pelajar wanita muslim dari kelompok Asia Tenggara yang diperhatikannya tadi. Wanita itu memakai jubah berwarna biru polos, digandingkan dengan hijab panjang warna biru tua berbunga putih, tidak berpurdah tetapi bersuara dengan amat lantang sekali sehingga mendiamkan seisi dewan.

“Saya berasa sangat sedih, kerana hari ini, tuan telah merendahkan martabat agama kami yang mulia. Tuan juga telah mempermainkan maruah wanita2 muslim yang terlalu tinggi nilainya.
Tuan telah merendahkan harga diri wanita2 yang sangat ingin menjaga dan memelihara dirinya dengan menyamakan dirinya dengan penjenayah! Tuan, saya hendak memberitahu anda, bahawa memakai purdah atau hijab sekalipun, memerlukan satu pengorbanan dan kekuatan.  Cuba tuan sendiri memakainya, pasti terasa panas dan tidak selesa. tetapi kami tidak mengendahkan itu semua, kerana apa? Kerana cinta yang terbit dari hati!”

“Itulah cinta kami kepada Tuhan kami, Allah yang Esa. Pakaian kami ini adalah pembuktian cinta kami kepadaNya. Dan juga ketaatan kami kepadaNya. Kami menutup diri kami dari dosa dan pandangan2 yang tidak wajar. Kami berasa sangat malu jika keluar dalam keadaan yang terdedah. Malu yang amat sangat. Kami juga sangat malu untuk melakukan sebarang dosa, bukan sekadar dosa tidak menutup tubuh. Apa sahaja dosa! Dan tuan menyamakan orang2 yang sangat pemalu ini dengan  seorang penjenayah? Malulah tuan yang mengakui mencintai agama..”

“Sedarkah tuan, sebenarnya tuan sedang mengatakan bahawa wanita muslim ini, yang tidak sanggup pun mengutip duit syiling sepuluh sen di tepi jalan yang ditemuinya kerana menjaga dirinya dari mengambil yang bukan haknya, adalah sama dengan seorang perompak bank yang menutup wajahnya dengan helmet! Sekali lagi, malulah tuan yang mengakui mencintai agama….”

Ceramah itu tamat dan terhenti di situ. Hari2 seterusnya keadaan jadi normal semula dan masing2 meneruskan kehidupan pelajar seperti biasa.

Tetapi di dalam dada James ada ombak yang bergelora. Telinganya asyik terngiang2 kata2 yang didengarinya di dewan tempoh hari. “Kerana cinta yang terbit dari hati!” Ahh….benarkah cinta begitu wujud? Cinta kepada Tuhan yang amat sangat sehingga pencintanya sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya itu?

James berfikir2…Aku harus mencari jawapannya……………..

 

 

Hidup dalam doa

Segala puji bagi Allah…

Beberapa hari lepas saya mendengar sebuah pengisian yang sangat membangkitkan jiwa dan menginsafkan, maka saya rasa terpanggil untuk menukilkannya di sini, supaya ia menjadi kekal dan tidak hilang dalam memori saya, dan jika mampu menyentuh hati2 lain yang membaca, saya ucapkan Alhamdulillah….

Pengisian itu lebih kepada penginsafan terhadap sifat ujub, takabbur dan rasa bangga diri yang terdapat dalam diri kita. Siapa yang tak pernah merasakan dirinya bagus? atau lebih bagus dari orang lain?
atau kita memandang rendah kepada orang lain.
mungkin ianya berlaku secara tak sengaja, seperti ada seseorang yang melintas di hadapan kita dan berpakaian yang tidak sewajarnya menurut syariat islam, maka secara otomatis, otak ujub kita segera berbisik, ‘isy, kesiannya, hidup dalam kejahilan dan kesesatan’ atau ‘nasib baik aku bukan seperti dia’ atau macam2 lagi bisikan penuh keujuban…

pernah bukan?

yang lebih teruk lagi apabila kita menzahirkan fikiran ujub itu melalui kata atau perbuatan, lantas ia menjadi riak.

ikhwah akhawat pon x terlepas dari dosa ini. kadang2 bicara yg asalnya untuk mengkoreksi salah dan silap mad’u2, apabila disimbah nafsu yang berkobar2 sering tertukar (tanpa sengaja @ tanpa niat) menjadi  sesi umpatan yang diselangi merendah2kan orang lain dan disulami rasa diri kita bagus.

itu sekadar peringatan.

pointnya, ustaz tersebut berkata, apabila kita melihat khilaf orang lain, HENDAKLAH KITA SEGERA BERDOA, yaitu mendoakan orang tersebut supaya keluar dari kekhilafan tersebut.

Subahanallah!

Bayangkan betapa eloknya jika setiap kali kita terlihat kesalahan orang atau kejahilan orang cepat2 kita mendoakannya. Bukan sahaja kita mengelak bisikan2 penuh ujub dan takabbur, malah kita mendapat pahala pula mendoakan kebaikan untuk orang lain. Hendak pula tiba2 doa itu dterima Allah, maka orang itu pun mendapat keinsafan dan berubah, bukankah itu satu keuntungan untuk seluruh umat ini!

begitu juga bila hati kita disebak-sebak rasa dengki dan iri hati pada kejayaan orang lain, tepislah rasa2 tidak elok itu segera sengan doa! Dengan mendoakan agar orang itu terus beroleh kebaikan dan rezeki dari Allah, dan doakan juga supaya kita juga beroleh kejayaan yang sama. Nah, bila kita hidup dalam doa2 yang begini, bukankah pintu2 hasad dan dendam yang boleh membawa kepada penzahiran akan tertutup terus!

Dan alangkah baiknya kalau kita berterusan hidup dalam doa…tiada siapa tahu, doa2 kita ni, entah yang mana satu, yang dibaca di mana, di ketika apa, yang akan dikabulkan Allah..

Subhanallah, saya sedang cuba menjadikan hidup sentiasa dalam doa ini sebagai satu habit baru. Ayuhlah kita bersama….

Tuhan kamu berfirman, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang bersikap sombong untuk beribadah da berdoa kepadaKu, akan masuk ke dalam neraka jahannam dalam keadaan hina” (Al;Ghafir:60)

Hilang di Facebook..

Bilakah akan hadirnya pemuda yang meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w? Bilakah tibanya pemimpin semulia Umar abdul Aziz? Di manakah jiwa-jiwa gagah seperti Salahuddin AlAyyubi? Bersembunyi di mana jiwa-jiwa seampuh Sultan Muhammad AlFateh?

Kita selalu bertanya, ‘Ke mana hilang pemuda-pemuda kita?’

Hari ini kita tahu ke mana hilang pemuda-pemuda kita…

Melalui status-status di Facebook yang pelbagai…

Ke mana pemuda-pemuda dalam sehari2 hidup mereka, apa kegemaran2 mereka, obsesi mereka, apa yg diperjuangkan dalam hidup mereka, tanpa ragu2 boleh kita perleh maklumat ini dari status2 di facebook..

Bagaimana anda?

 

Kek Coklat Wasatiah Ummi

Ok, cairkan 250gram cooking coklat dengan 250gram butter dalam periuk atas api kecil…kacau perlahan-lahan…masukkan ¾ cawan air..Oooo jangan lupa 1 sudu kecil serbuk kopi…Serbuk kopi akan buat coklat rasa lebih enak…itu fungsinya…

Ummi bermonolog dengan diri sendiri sambil tangan mengacau adunan untuk membuat kek coklat. Kesukaan semua orang, bisik ummi sambil tersenyum. Abah suka, amar suka, si kecik Nana pun suka…

Tiba-tiba si kecik nana muncul..mencari-cari ummi..hampir kepalanya tak kelihatan kerana berdiri di balik meja yang berterabur dengan barang2 buat kek coklat yang dipunggah ummi…

“Ummi…Ummi….Nana nak tanya ni…Tadi kat sekolah cikgu sebut satu word ni..nana tak faham maksudnya..”

“Word apa tu?”

“Erm……wasatiah…”

“kan bang amar dah kata, wasatiah tu maksudnya bersederhana…”Amar yang tak semena-mena muncul tidak beri peluang ummi beri jawapan dulu.

“Ye lah, Nana tau lah direct translationnya ‘bersederhana’, tapi apa maksudnya? Kan Allah ada sebut kan perkataan tu dalam Quran kan Ummi? So maksud dia mesti besar kan, kan?”

‘Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat islam) ‘umat pertengahan’ –>’ummatan wasatan’ agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan)manusia dan agar rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan)kamu. ..”(2:143)

‘Wasat’ dalam ayat ini ialah kata akar kepada wasatiah..fikir Ummi…

Sambil Ummi merangka-rangka jawapan, Amar lebih pantas memberi jawapan setelah menggodak handphone Ummi..”Haa, Nana, nah, bang amar dah google kan, wasat tu boleh beri 3 makna, satu, menjadi sederhana, berada di tengah-tengah, atau menjadi yang terbaik. Itu 3 definisi untuk perkataan wasat. Herm…tapi Amar pun tak faham jugalah Ummi, macam mana nak jadi sederhana tapi dalam masa yang sama jadi yang terbaik? Kalau nak jadi terbaik mana boleh sikapnya sederhana saja?”

“haah Ummi. Nana pun tak faham. Tadi cikgu sekolah Nana cakap kita orang islam ni kena bersederhana je dalam apa2 yang kita buat. Dia kata, kalau tak kita jadik orang yang ekstremis, atau orang yang melampau. Kami semua kata kat dia, kami tak faham, cikgu bagilah contoh….Kemudian dia fikir lama sangat, ingatkan dah tertidur.lepas tu dia kata contohnya macam pakai tudung, biarlah sederhana saja, jangan pakai tudung labuh2 itu kira melampau…kalau tak pakai langsung pun kira melampau..yang sederhana tu macam yang ramai orang pakai kat tv tu…”

Ummi terkedu sebentar..macam itu diajarnya anak aku?

“Kemudian ada kawan Nana tanya, alaa, Ain anak Makcik Som yang bijak tu..Dia Tanya, kalau macam tu cikgu, macam mana pulak dengan solat? Boleh ke bahagikan macam tu jugak? Sederhana tu maksudnya cukup solat 5 waktu. Yang melampau tu ialah tak solat langsung dengan solat berlebih-lebih, maksudnya tambah solat sunat, tahajud semua tu? Kemudian cikgu tu diam lama lagi, ingatkan dah tertidur lagi, rupanya dia sakit kepala..kemudian dia keluar..Jadi kami semua makin x faham Ummi…”

“haaa…Amar pun pernah terfikir benda yang sama…tapi lupa nak Tanya kat Ummi…kan rasulullah dan para sahabat sentiasa berjuang bermati-matian dalam hidup mereka kan? Dan mereka sentiasa berlumba-lumba untuk jadi orang yang paling banyak amal ibadat dan sumbangannya pada islam. So dimana praktikalnya pesan rasulullah sendiri yang menyuruh para sahabat bersederhana? Macam contradict siket kan Ummi? Ke sebenarnya wasatiah ni tak boleh digunakan dalam setiap aspek kehidupan? Tak ada wasatiah dalam beramal ibadat ye Ummi?“

Ummi menuang bancuhan coklat yang sudah sebati dalam periuk ke dalam mangkuk adunan. Selepas ini perlu tambahkan dengan adunan tepung yang dah siap diayak tadi. Eh, eh, focus, focus….wasatiah ye…

“Bukan macam tu…Bila rasulullah berpesan supaya kita mesti amalkan wasatiah, maksudnya ia mesti diaplikasi dalam semua tempat, baik ibadat kita, akhlak kita, harta kita…..lagipun kan ibadat tu maksudnya buat semata-mata kerana Allah. Jadi apa perkara dalam hidup kita ni yang bukan ibadat?”

“tak ada!!!!” Nana separuh menjerit..

“Ok, masalahnya dengan wasatiah sekarang ni ialah perkataan ‘sederhana’ tu. Memang perkataan ‘sederhana’ adalah perkataan paling hampir untuk terjemahkan ‘wasatiah’ tapi x tepat!”

“Ooooooooooooo” serentak Amar dan Nana bersuara..

“Bila kita guna perkataan ‘sederhana’ kebanyakan kita secara automatik menafsirkannya jadik ‘separuh penuh’ atau ‘separuh lengkap’…ataupun ‘jalan tengah’…Macam segelas air, sederhana penuh tu kan sama dengan separuh penuh!…”

“jadi ramai orang terkeliru dan pandai-pandai mengaplikasikan fahaman ‘separuh penuh’ ni dalam hidup mereka. Katanya, asal pakai tudung sudah, tutup kepala sudah, rasulullah kata biar sederhana…bila nak bersedekah bagi siket aje, rasulullah kan kata jangan melampau…ahh, asalkan cukup solat, puasa, zakat sudah, tak perlu buat lebih, saya ni orang islam yang ‘sederhana’ saja…”

“Sedangkan Rasulullah bukan ajar begitu! Macam yang Amar cakap tadi, wasatiah ialah kedua-dua, bersederhana dan dalam masa yang sama, buat yang terbaik! Strive for the best…Ok, macam mana nak aplikasikan? Macam ni, katakan kita solat, ‘sederhana’ kat situ maksudnya kita terikat dengan apa yang Allah dah tetapkan, solat mesti begini rukunnya, bacaannya, tertibnya, tak perlulah kita sengaja nak menjemurkan diri di tengah panas kononnya nak buktikan betapa kita cinta pada Allah, itu dah dikira terkeluar dari kesederhanaan. Ataupun kita buat dalam solat tu apa yang tak diajar oleh Allah dan Rasulullah, contohnya tambah extra rakaat ke, atau kita pandai2 kurangkan, contohnya tak payah baca surah fatihah ke…itulah yang dikira ‘melampau’ ataupun tak wasatiah..nampak tak? Wasatiah atau kesederhanaan ialah buat sepertimana yang diajar dalam agama, jangan pandai2 menokok tambah, mengurangkan. Itu baru kita panggil ‘melampau’…”

“Ok, dalam masa yang sama, kita kena persembahkan solat yang terbaik kepada Allah. Tak boleh solat sambil lewa saja. Kena solat dalam keadaan khusyuk..mesti solat di awal waktu..kemudian kita hiaskan pula solat kita dengan solat sunat, zikir, wirid, qiamullail dan sebagainya…sebab itulah wasatiah tu ada dua makna, sederhana dan terbaik!”

Amar dan nana serentak bertepuk tangan…”Yeay, dah faham dah” sorak Amar..

“haaaaaa..nana tau dah..Wasatiah tu macam kek coklat Ummi ni kan?!”

“haik..macam mana pulak tu?” Tanya Amar. Ummi pun hairan-hairan juga…

“Ye lah…macam kek coklat Ummi yang delicious ni…kalau Ummi buat kek coklat, ummi mesti buat sungguh-sungguh..ummi buat kek ni jadi sedap sangat..siap dengan topping dengan hiasan..tu maksudnya ummi strive for the best masa buat kek coklat ni…kalau ikut definisi yang ramai orang salah faham tu, kalau ‘bersederhana’ tu, maksudnya tak payahlah buat sedap2, buat separuh sedap cukuplah! Tapi dalam masa yang sama, ummi ikut resipi dia betul2, tak terlebih tak terkurang..kalau ummi tak ikut, mestilah kek ni jadik kek ‘terlampau’ kan ummi…hehehhehe…”

Ummi tersenyum bangga sambil mengiakan…

Dalam hati Ummi terfikir semula ayat 2:143 tadi….sudahkah kita semua menjadi ‘ummatan wasatan’? Sudahkah kita strive for the best??

Abah muncul tiba2 di dapur. Hairan melihat dapur yang berselerak dan dua kanak2 terjoget2 gembira di samping Ummi mereka..

“Eh..eh kenapa happy sangat ni?” Tanya Abah….

“Tak sabar nak makan kek coklat wasatiah ummi….” Selamba Amar menjawab dengan senyum melebar….

Kejelasan Yang Sempurna

Sekian lama tidak menulis…Sedang perlahan-lahan mengenali diri semula…

 —————————–

Saya dambakan sebuah kehidupan yang jelas. Jelas pengakhirannya, jelas matlamatnya, jelas laluan yang dilalui. Saya dambakan hidup yang penuh diterangi dengan kejelasan cahaya dari Allah, sehingga saya amat pasti, ini sajalah yang saya perlukan dalam hidup ini.

Kejelasan yang amat sempurna. Keyakinan yang amat pasti.

Malangnya kejelasan itu jauh dari sempurna.

Suasana umat islam, sekurang-kurangnya di tanah air kita ini amat jauh dari jelas. Nilai islam dan iman yang kita gariskan amat rendah.

Kita keliru. Dalam drama2 dan filem2 watak orang islam yang baik amat tipikal, tetapi juga sangat minimal. Mesti solat cukup, berakhlak baik, tutup aurat. Yang jahat mesti tak solat, clubbing, minum arak, maki ibu bapa.

Sampai situ sajakah nilai islam dan iman kita?

Sebetulnya itu bukan perbezaan antara orang islam baik dengan tidak baik, tetapi antara orang islam dengan bukan orang islam.

Kalau solat yang wajib menjadi pemisah antara beriman dengan tidak, bukankah kita sedang hidup dalam kekeliruan yang besar?

Mana umat islam yang berlumba-lumba beramal soleh sebanyak mungkin untuk menempah tempat di syurga yang mahal? Tidak jelas kelihatan.

Mana islam sebagai penaung dalam seluruh system kehidupan kita? Mana islam dalam ekonomi kita? Mana islam dalam pendidikan kita? Mana islam dalam hiburan kita? Mana islam dalam kisah cinta kita? Mana islam dalam teknologi kita? Tidak jelas kelihatan.

Islam itu nilainya serendah selafaz syahadah dan solat semata. (sangat ironis, kerana syahadah dan solat itu sepatutnya mengangkat  kita jadi amat mulia di sisi Allah)

Sebab itu kekeliruan semakin menjadi-jadi.

Satu contoh kekeliruan, semakin ramai penyanyi wanita bertudung muncul. Bukankah ini kekeliruan? Yang sangat berbahaya. Ia menghantar mesej kuat kepada ramai anak muda yang bertudung agar lebih berani mengekspresi diri, lebih tegar menyemai bakat dan keluar dari kepompong wanita bertudung dilihat terkongkong dalam banyak hal. Seolahnya ia satu kemenangan dalam perjuangan hak asasi wanita.

Bukankah kita ini sedang dalam kekeliruan? Dan ketidakjelasan.

Saya masih ingat, semasa di Australia, saya pernah menjaga booth sewaktu minggu Islamic awareness week. Seorang makcik yang tidak beragama islam datang menyerang saya bertubi-tubi dengan kekesalan dan kekecewaannya terhadap agama islam kerana mengongkong dan menyiksa wanita dalam  segenap hal. Saya hanya tersenyum. Islam amat tidak jelas di matanya, tetapi masih jelas di mata umat islam.

Sekarang, orang bukan islam memuji islam di Malaysia kerana lebih terbuka dan memberikan lebih kebebasan kepada wanita islam.

Saya sedih. Nah, sekarang orang bukan islam tidak jelas, dan kita pun sama tidak jelas.

Jangan begitu. Wanita berhak mengekspresi diri, berhak bersuara, berhak didengari, berhak punya jati diri. Tetapi mesti di dalam kejelasan yang sempurna. Bukan dalam ekspresi penuh kekeliruan.

Saya pun masih mencari kejelasan yang sempurna. Dalam banyak hal, saya masih selalu terkandas dan terjatuh ke lembah samar yang dimurkai Allah.

Maka saya menulis artikel ini untuk mengajak anda bersama2 mencari kejelasan yang sempurna.

Nanti tak malukah kita bertemu dengan rasulullah, sedangkan baginda sudah mengajarkan dan menunjukkan contoh kehidupan yang jelas, tapi kita masih pilih yang samar2.

Nanti tak malukah kita membawa sebuah kisah kehidupan kita yang jauh dari kejelasan yang sempurna?

 

 

 


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers