Archive for May, 2010

Sampai bila nak jadi burung pipit?

Kita ditampar dengan tamparan realiti yang amat kuat: Israel laknatullah mengotakan sumpahnya akan menghalang bantuan kemanusiaan tiba kepada rakyat palestin jauh lebih awal dari yang dijangka. Nyata Israel adalah kaum yang kuat berpegang pada sumpah. israel tak perlu takut kecaman dunia akibat melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang moral manusia. Kan dunia ni memang israel yang punya?

umat islam yang ditampar dengan realiti pun bangun dari mimpi-mimpi yang panjang. dalam masa satu malam tiba2 palestin masuk ke facebook-facebook kita. tiba2 palestin masuk ke dalam doa-doa kita. tiba2 palestin masuk ke dalam sembang-sembang kita. syukur alhamdulillah atas kesedaran ini.

tetapi palestin dan mereka2 yang menanti syahid di atas kapal Mavi Marmara tidak perlukan simpati kita, mereka sedang menanti syahid yang akan terus menghantar ke pintu syurga! Mereka sedang menikmati keindahan, jadi simpati untuk apa? Simpati adalah atas perkara2 yang sedih, bukan berita gembira seperti syahid.

Bersimpati lah kepada diri sendiri. Mereka dapat syahid kita dapat apa?

Berhentilah berazam untuk menjadi burung pipit yang mencurah air ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Kisah burung pipit itu untuk mendorong kita bergerak, tapi takkan selama2nya ingin mencurah air sahaja. kalau semua orang nak jadi burung pipit, siapa yang nak mengganti tempat Nabi Ibrahim yang dibakar api? Burung pipit atas kudratnya yang lemah itu, mencurahkan air itu adalah satu tugasan yang sangat mulia kerana setimpal dengan batasan tenaganya.
tapi kita ini manusia bukan?, dan Nabi Ibrahim yang dibakar dalam api itu manusia seperti kita juga. Jadi berazamlah untuk berjuang seperti Nabi Ibrahim, sampai sanggup dibakar dalam api demi agama ini.Mereka yang di atas kapal itu sedang berusaha mencari ketinggian darjat Nabi Ibrahim insyaAllah, dengan menghantar diri ke dalam api yang marak menyala. Lalu kita yang di luar api inilah burung-burung pipit yang panik melihat api yang sedang marak. tapi kita sudah berbuat apa pun?

sorak-sorai dan hingar-bingar yang kita ciptakan setiap kali sesuatu musibah menimpa ke atas palestin sememangnya perlu, untuk mengingatkan penduduk dunia, bahawasanya kita ini, umat islam, masih ada, masih bernafas, walaupun nafasnya nyawa-nyawa ikan sahaja. hingar-bingar ini akan menyedarkan umat manusia bahawa masih ada satu bilion penduduk islam lagi di atas muka bumi ini yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan palestin.

tapi nanti bila piala dunia bola sepak bermula hingar-bingar ini akan senyap semula. atau bila one in a million musim baru bermula palestin akan hilang semula. saya berani jamin, kalaupun semua yang di atas kapal Mavi Marmara itu syahid, anugerah juara lagu tahun ini akan berlangsung juga. hari ini kita mengutuk israel laknatullah, besok kita beratur untuk beli tiket ke anugerah juara lagu.

dalam usrah saya pernah menyuarakan perkara yang sama, lalu seorang adik memberitahu, “biasalah tu, manusia kan sentiasa berfikiran, yang lepas tu lepas lah, kehidupan harus diteruskan bagi yang masih tinggal’

lalu jawapannya apa?
ingatlah, palestin tak perlukan tangisan kita, walaupun keluar air mata darah sekalipun, mereka lebih jelek melihat tangisan itu yang hanya meraih simpati. Betul, mereka perlukan doa kita, tetapi mereka mahukan doa yang bergerak. Bukan doa yang statik di atas tikar sembahyang. Mereka perlukan perajurit2 yang sanggup meninggalkan kesenangan2 duniawi ini dan bangkit bergerak menyedarkan manusia2 lain, bahawasanya untuk membebaskan palestin hanya boleh dengan menjadi world order, seperti yang sedang disandang oleh israel dan sekutunya amerika.  dan utnuk menjadi world order ini kita tidak ada pilihan lain selain bermula dari bawah, iaitu membentuk individu2 muslim.

Maka perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain untuk menjadi baik!

Betulkah denagn cara ini kita akan dapat membebaskan palestin? wallahua’lam. Segala keputusan adalah di tangan Allah jua. tetapi disinilah kita boleh menjadi burung pipit, apabila Allah bertanya kelak apa perbuatan kita apabila palestin disembelih israel, moga2 kita boleh menjawab denagn jawapan As-Syahid Imam Hassan AlBanna: “Saya sudah menyeru manusia ke arah kebaikan di waktu pagi, petang dan di waktu cuti saya”

Begitulah yang dimahukan, beralasan seperti burng pipit, tetapi bekerja seperti nabi Ibrahim a.s

Allahua’lam.

Advertisements

Siapa aku ini?

Astagfirullah..astagfirullah..astagfirullah…

Siapa aku ini? Siapa aku ini? Siapa aku ini?

seorang adik memberitahukan aku dia telah menampal di dinding kamarnya kata-kata yang terkenal dari manusia terulung Muhammad s.a.w, “Telah berlalu masa tidurku” supaya dia menjadikan perkataan itu benar dalam hidupnya.

Semasa itulah aku dipukul dengan fikiran: siapa aku ini? Menjadi orang yang mengajarkan adik2nya kalimat ini lalu aku yang pertama2 berlepas diri dari melaksanakannya? Aku yang cuba meyakinkan adik2 untuk melepaskan masa rehat kita demi agama ini, tetapi akulah yang pertama2 tidak sanggup bersusah payah menyeru manusia kepada kebaikan? Akukah yang mendorong adik2 untuk bangun qiyam dan bernada tegas sekali menghuraikan tafsir al-muzzammil tetapi paling culas sekali untuk bercerai dengan tilam empuk saban malam demi mencari cinta Allah?

Ya Allah siapa aku ini yang begitu angkuh berpaling dariMu? Siapa aku ini yang berdusta atas kata-kataku?Ya Allah siapa aku ini di sisiMu?

Beginikah orang yang bercita-cita menyusul ke syurga tidak lama selepas Saidatina Fatimah?

Terima kasih adik, marilah kita sama2 melepaskan masa tidur kita. Semoga Allah ampunkan segala dosa.

petikan cerpen

di bawah ini sebahagian dari cerpen yang saya tulis sebagi homework dalam usrah dengan adik2 tersayang. Tapi x boleh lawan cerpen adik2, lagi best, lagi menyentuh jiwa. Allahurabbi, inilah nikmat tarbiyyah.
So, just a share:

aku merenung syanaz. tampak ada sesuatu yang berat masih berlegar di fikirannya.

“Syanaz nampak terlalu risau. Syanaz, dalam dakwah kita tidak boleh terburu2 menanti hasil. Hati itu kan Allah yang pegang. Hati siapa dan bila yang akan tersentuh bukan hak kita mengetahui. Kadang2 dalam penantian terhadap adik2 yang kita dekati rupa2nya ada hati adik yang lain pula yg tersentuh. Macam peristiwa dakwah Rasulullah ke Taif, di sebalik penolakan dan penghinaan dari penduduk Taif ada seorang Adas si tukang kebun terbuka hatinya hanya kerana rasulullah menyebutkan Bismillah sebelum makan, ini buktinya hidayah Allah itu bukan mengambil kira kuantiti usaha yg kita curahkan. tetapi kita imani juga bahawa kita perlu terus dan terus melaksanakan usaha ini”

syanaz terus diam. matahari mula mendongak ke langit. aku pula mula mengerling2 jam di tangan. lama kemudian baru syanaz bersuara.

“nina, syanaz faham semua yang nina sebutkan tu. syanaz imani smeua itu. cuma ada satu perkara yang buat syanaz sedih”
“apa dia?”
“nina, syanaz rasa kita semua telah cuai dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah ini”
hatiku tersentak. apa maksud syanaz?
“Syanaz membaca semula tafsir surah al-layl semalam. Bukankah salah satu hikmah terbesar yang Allah ingin tunjukkan dalam surah itu ialah penekanan soal amal?”
Aku cuma mengangguk.
“Tapi amal kita bagaimana?”
Aku membuat kira2. apa maksud syanaz, selama ini pun kita telah beramal apa. Solat berjemaah, qiam, puasa, meninggalkan perkara yg sia2….
“maksud syanaz, amalan2 kita ini, dapatkah dilihat oleh adik2?” syanaz bijak sekali membaca fikiranku.
“Syanaz masih ingat, sewaktu awal2 di dalam tarbiyyah dahulu, syanaz paling banyak terkesan dan paling banyak belajar dari qudwah yg ditunjukkan oleh kakak2. Masa tu walaupun syanaz pergi ISK, IPK dan macam2 pengisian lagi, kebanyakan isinya syanaz tak ingat pun sebaik tamat program tu, ataupun semangat yg bangkit waktu program tu turun tak lama selepas program tamat. tapi yg betul2 menolak syanaz untuk berubah adalah kerana qudwah yang kakak2 tunjukkan melalui amalan mereka. Syanaz ingat lagi, masa tu ada kak lin, kak nurul, kak ilani, kak aina, kak zeehan, kak dida, ramai lagi kakak2 lain. Dan mereka waktu tu subhanallah, setiap dari mereka, qudwah yg mereka tunjukkan sangat terkesan di hati. setiap dari mereka betul2 menjaga akhlak mereka, sedia menolong bila2 masa sahaja, pakaian mereka, kecintaan mereka pada ibadah, mereka sanggup meninggalkan urusan peribadi mereka demi kita, dan mereka tak segan silu menunjukkan itu semua kepada kita adik2.”

syanaz menyambung lagi selepas menghela nafas. Nampak jelas dia sedang mengimbau kenangan2 lama. satu persatu kenangan2 itu juga kembali menjelma dari dalam kotak memoriku.Aku mula rindu pada saat itu.

“kita hari ini bagaimana? terlalu sibuk dan disibukkan dengan manhaj dan bahan, kita terlupa soal amal dan pembawaan diri kita”

aku memilih untuk terus mendengar. seolah2nya ayat2 ini belum pernah didengari.

“kita telah tertipu nina. sebab itu kita cuai. kita rasa hanya dengan program dan usrah sahaja kita boleh menyentuh hati manusia. kita gandakan pembacaan kita. kita banyakkan daurah dan katibah.kita sangka denagn banayk meluangkan dan mengahbiskan ams akita bersama mereka sudah layak digelar usaha dakwah.  tapi adik2 tidak terkesan hatinya kerana kita tidak membuktikan kata2 kita!” kata2 itu keras sekali menggetarkan hatiku.

“banyak sekali di antara kita kakak2 hari ini berasa selesa dengan menyumbang dalam menjayakan program2 ini. ada yg menjadi presenters, ada yg menjadi drivers, tukang masak dan sebagainya. lalu kita anggap kita telah membuat kerja dakwah, hatta yang menjadi naqibah pun, merasa tugasannya telah terlaksana dengan pertambahan ilmu adik2 dari satu usrah ke satu usrah seterusnya. tapi kita lupa nina, hati memerlukan lebih dari ilmu dan teori, hati memerlukan bukti. kita perlu menghidupkan teori ini dalam kehidupan kita, dan berani menonjolkan kpd adik2”

“ini tidak, kita mengajarkan solat berjemaah, tapi bila tiba waktu solat kita suroh adik2 solat dulu atas alasan memasak dan sebagainya,kita biarkan hanya satu dua kakak saja yang iringi adik2. bila waktu membaca ma’thurat kita tertidur2. kita mengajar bahawa rasulullah adalah manusia yang paling berakhlak yg perlu kita contohi, kita quote pula dari al-quran surah 33 ayat 21, tapi bila bercakap kita yg paling galak sekali ketawa, bergosip dan mengumpat.  kita mengajarkan kita harus sentiasa tolong-menolong, kita mengajarkan hadis la yu’minu ahadukum hatta yuhibba li akhihi ma yuhibbu linafsih (tidak beriman seorang dari kamu sehingga kamu mencintai saudaramu sepertimana kamu mencintai diri sendiri), tapi sesama kita tak amalkan pun, sampai soal sudu dalam singki tak berbasuh pun kita berkecil hati, jangankan nak tolong basuhkan! di mana buktinya kita telah belajar akan hadis itu?. bila adik2 meminta tolong masing2 kakak2 bertolak2 dengan berbagai alasan peribadi, sibuk dan sebagainya”.

“jadi nina, tolong beritahu syanaz, bagaimana mungkin kita menyentuh hati adik2 ini jika kata2 kita tidak terjelma dalam amalan kita? Bagaimana kita mengajak orang kembali kepada Allah jika kita sendiri tidak hidup seolah2 kita sentiasa melihat Allah di sisi kita?”

kali ini aku betul2 terkesima.

tak sedar bila air mata mula mengalir ke pipi.

mula mencari2 surah al-layl dalam kotak ingatan.

ayat 1 hingga 10:

“Demi malam apabila menutupi (cahaya siang),dan siang apabila terang benderang,dan penciptaan laki-laki dan perempuan, sesungguhnya usaha kamu memang berbeza2, Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa,dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga),maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup,serta mendustakan pahala yang terbaik,maka kelak kami akan menyiapkan baginya jalan yang sukar, dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa”

baru nampak apa yang syanaz lebih dahulu nampak. sewaktu belajar tafsir al-layl ini aku sudah faham bahawa hanya dengan amal sahaja dapat kita buktikan kepada Allah akan iman kita. Sebab itu Allah sebutkan, orang yang ‘memberi’ dan bertaqwa akan dimudahkan jalannya. Bukan hanya iman yang dilafaz di mulut sahaja.

tapi syanaz melihat lebih jauh lagi.

Amal juga adalah senjata dakwah yang terkuat. hanya dengan amal yang selari dengan teori yang diajarkan akan dapat menyentuh hati manusia dengan jitu dan padu. hanya dengan pembuktian melalui tingkah laku kita dapat kita yakinkan manusia untuk sama2 berubah.

syanaz memukul jiwaku sekali lagi.

“hari ini kakak2 tenggelam dalam kelalaian. kita sangka cukup setakat penjagaan ibadah kita masing2. masing2 mahu duduk di belakang tabir. lalu adik2 hendak melihat kepada siapa? balik2 kakak yang sama seorang dua itu. bolehkah seorang dua itu menyentuh hati adik2 sedangkan adik2 melihat ramai lagi kakak2 lain yang ‘biasa2 saje’? kita dulu bagaimana? hampir semua kakak2 boleh dijadikan contoh. bila kita bersama2 mereka, kita pun jadi malu2 alah denagn pakaian kita sebab mereka beramai2 menjaga aurat dengan sesempurna mungkin, sampaikan bila kita balik rumah kita mula beriltizam untuk lebih berhati2 soal aurat. sebegitu kuat ‘aura’ yang mereka tinggalkan”.

“nina, sesungguhnya syanaz faham bahawa hati manusia ini, hati adik2 ini, malah hati kita semua dipegang oleh Allah. Persoalan hati siapa dan bila akan disapa hidayah Allah itu memang milik mutlak Dia. Tapi Nina, syanaz bimbang lambatnya hadir hidayah Allah ini adalah berasbabkan kita, para daie, yang lalai, cuai dan tidak bersunggoh2 melaksanakan tugasan kita. Jawablah nina, bolehkah kita ‘pulang’ dengan tugasan yang tidak selesai? Beranikah kita berhadapan dengan Allah membawa tugasan yang dijalankan dengan penuh kesilapan dan cacat cela?”

air mata semakin deras mengalir, sama deras dengan ombak yang menghempas pantai. matahari sudah sepenggalah naik ke udara.

kami mula bergerak pulang. hari ini, teluk yang sama sekali lagi menjadi saksi deraian air mata hasil dari hati yang tersentuh dengan kalam Allah yang meluncur dari mulut seorang sahabat yang amat sensitif dengan keadaan umat di sekelilingnya.

malam itu aku menulis semula kata2 syanaz untuk dijadikan peringatan kepada semua ‘kakak2’. di akhir penulisan itu aku akhirkan dengan;

‘dakwah ini adalah dari Allah, ianya bukannya satu tugasan picisan yang boleh kita permain2kan dan berbuat separuh hati. dakwah ini adalah penyambung cinta kita kepada Allah dan Rasulullah. Jika kita benar2 cintakan Allah dan Rasulullah lebih dari kita mencintai diri kita sendiri seperti yang kita laung2kan, berhentilah bermain2 dan junjunglah tugasan ini dengan sepenuh hati. hidupkanlah islam sepenuhnya dalam setiap amalan kita supaya mata2 yang memerhati tak punya alsan untuk menjauhi’

Allahua’lam

umat ini memerlukanmu

Allah tidak memerlukan kita, tetapi umat ini amat memerlukan kita semua.
Setiap hari kita melihat kepincangan demi kepincangan berlaku di mana-mana.
baru2 ini kita mencemuh kerajaan Malaysia kerana membenarkan judi dalam bentuk bertaruh untuk piala dunia bola sepak. Kita mencemuh yahudi laknatullah kerana terus menzalimi rakyat palestin.
lalu kita ini sudahkah bertindak untuk menghapuskan kepincangan2 ini?

Kita semua pun tahu jawapannya adalah kembali menarik manusia kembali kepada pucuk-pangkal kebenaran. Pohon2 yang rosak tidak akan pulih hanya dengan mencantas dahan2 yang rosak dan buah2 yang busuk. Malah tindakan menebang pohon yang rosak tidak akan menyelamatkan pohon2 yang berdekatan dengannya. Pohon2 rosak ini hanya boleh disembuhkan dengan menguatkan akarnya. Apabila akar kukuh maka dahan yang keluar dan buah yang dihasilkan dengan sendirinya pasti elok. bukankah ini misal yang Allah tunjukkan dalam surah Ibrahim ayat 24-26?

tidak dapat saya nafikan perasaan sedih apabila melihat rakan2 yang pertama2 sekali bersuara lantang mencemuh dan mengutuk2 kepincangan yang berlaku, tetapi apabila diajak untuk membaiki diri dan mengajak orang lain menjadi baik, juga orang yang pertama2 memberi alasan seribu satu macam untuk tidak melaksanakannya. Tidak bersedia, tidak cukup berilmu, tidak pandai bahasa arab, latar belakang keluarga menyebabkan saya jadi begini, tidak pandai bercakap, tidak sanggup gagal periksa, mak ayah tidak izinkan, kecil hati dengan si fulan, dan sebagainya. Lalu layakkah kita mencemuh kesilapan orang lain jika kita sendiri tidak mahu membantu membetulkan tunjang kesilapan ini?

kemudiannya lagi seringkali kita ini suka berselindung di sebalik alasan. Alasan2 yang tidak dapat ditepis oleh orang lain ini menjadikan kita begitu selesa. Seorang naqibah takkan mampu membidas mutarabbinya yang tidak mahu bergerak dengan alasan tidak bersedia dan tidak mahu dipaksa. Tetapi kita pejam mata sebentar dan bayangkan kita nanti di hadapan Allah, beranikah kita berkata kepada Allah, “saya tidak bersedia membuat kerja dakwah kerana saya tidak pandai bahasa arab” atau pun “saya tidak bersedia membuat kerja dakwah kerana si fulan telah mengecilkan hati saya sehingga saya merajuk dari jalan ini”. Bunyinya sahaja terlalu ridiculous di hadapan Yang Terlalu Esa. Beranikah kita memberi alasan2 yang selama ini begitu ampuh melindungi kita di hadapan Allah Yang Agung kelak? pada waktu itu nanti pastinya kita tdak berani mengucapkan alasan2 yang sedemikian ridiculous, sebaliknya dalam panik kita, kita cuba mencari2 kalau2 ada orang yang boleh disalahkan. Nak salahkan siapa?

Umat ini memerlukan usaha dan pengorbanan yang amat besar dari kita semua. Oleh kerana usaha untuk menjauhkan manusia dari ALlah dan kebenaran terlalu besar, kita harus menghantar batalion2 yang sama besar untuk melawannya. Usaha2 menjauhkan manusia dari Allah datang dari segenap sudut. Senang2 sahaja kita semua boleh terikat dengan TV, Movies, dan drama seharian suntuk. lalu usaha tarikan dakwah dari yang menyedari harus sebesar dan sekuat daya tarikan TV! Subhanallah kalau begitu harus mengajak kebaikan 24 jam sehari?

Hassan Al-Banna semasa berumur 16 tahun dalam sebuah karangannya semasa di kolej menuliskan, “saya akan mengajak manusia kepada kebaikan pada waktu siang, malam dan di waktu cuti saya” dan kemudian mengotakannya sehingga ke akhir nafas beliau.

tetapi kita tak sanggup pun mengorbankan beberapa jam dari seminggu kita untuk mengajak manusia berbuat baik. Bila cuti semua hilang menunaikan kehendak dan keinginan masing2, lalu siapa yang akan setia menunggu untuk berkhidmat di jalan Allah?

kemudian kita bersungut2 bila housemates asyik ‘hilang’. Bila sepatutnya semua orang berkumpul mengemaskan rumah untuk inspection pon housemates yang sama masih hilang, kemudian kita mula berasa tidak puas hati. hakikatnya housemates ini sedang membuat ‘overtime’, mengcover kerja2 yang orang lain tidak mahu laksanakan. bertebaran di atas muka bumi Allah ini sehingga tak punya masa pun untuk kembali ke rumah sendiri. (ini adalah pengajaran untuk diri sendiri, kalau sudah berumah tangga nanti perlu rela jika suami asyik selalu ‘hilang’)

saya bukan dengan busuk hatinya cuba menyingkap rasa tidak puas hati kepada mana2 individu. Infact dalam jemaah ini perlu sentiasa ada cinta dan kasih sayang sesama kita, sentiasa memaafi kesalahan teman. dakwah kita ini adalah dakwah kasih sayang dan kelembutan. tetapi hati ini terlalu sedih dan hiba melihat keadaan umat ini yang terus tenggelam dalam kesesatan, jauh dari Allah, jauh dari Al-Quran, jauh dari jalan yang lurus. tetapi yang memikul tugasan seberat gunung ini hanyalah tenaga2 kecil yang sendiri pun punya masa2 terjatuh, masa2 kesedihan, masa2 menangis. Oleh itu ayuhlah teman2 semua kita berpimpin tangan melaksanakan tugasan ini.

The motivation of the week: Di mana tajarrud mu kalau begitu?

Allahua’lam, untuk diri sendiri dahulu sebelum orang lain.

dsiclaimer

salam
sapa2 nak copy-paste artikel dari sini ambik je, x perlu mintak izin
balqis ali~

the M

“Semua orang boleh berdakwah, tetapi siapakah yang akan cinta kepada dakwah?”

this is hati

sekular ialah pemisahan antara kehidupan dan agama.

bagaimana caranya agama boleh dipisahkan dari kehidupan adalah dengan memisahkan antara akal dengan hati.

Sedangkan Allah Memberi akal hanyalah semata2 untuk menghidupkan hati.

Sebab itu kita pandai dalam serba-serbi ilmu keduniaan tapi di sisi Allah kita bodoh/jahil.

Sebab itu definisi jahil ialah tidak mengenal Tuhan. Bukannya tak pandai mengira atau membaca.

Kita boleh jadi doktor terhebat, peguam paling terkemuka, guru paling berwibawa kerana ketinggian ilmu kita tetapi di sisi Allah tidak lah lebih tinggi darjatnya dari seorang si buta yang tak pernah kenal ABC, 123. kan yang bernilai di sisi Allah hanyalah taqwa?

Sebab itu kita jangan mudah tertipu dengan ilmu. Jangan mudah terpersona dengan orang yang tinggi ilmunya. Seringkali kita temukan dalam dakwah ini kita teruja bila bertemu orang yang hebat-lebat ilmunya; tahu segala detail sirah hidup rasulullah, geografi tanah2 islam, tokoh2 islam sedunia, sejarah jatuh bangun Palestin, kisah nabi2, kisah para sahabat. Ilmu itu semua tiadalah berguna jika ia terpisah dari hati. Sebaliknya seorang yang tahu sedikit, tetapi dengan sedikit itu hatinya hidup jauh lebih bermakna buat dakwah ini. Bukan cuba bersikap judgemental apatah lagi memilih2 manusia, tetapi kita seringkali tanpa sedar ter-bersikap pilih kasih terhadap adik2 yang kaya ilmu denga sangkaan mudah menolaknya ke arah jalan ini, sampai kita terlepas pandang orang yang benar2 tulus mahukan tarbiyyah ini. Bersikap adillah, itu sahaja point nya dari perenggan ini.

Implikasi seterusnya kena tepat pada batang hidung kita sendiri yang mengaku bergelar daie. Jangan sibuk2 memperkayakan ilmu hanya untuk menambat hati manusia, yang paling penting ialah pada setiap sedikit ilmu yang dimiliki berbekas dalam hati dan terjelma dalam perbuatan. barulah hati manusia bisa terpaut. bukankah amal itu bahasa kepada iman?

merasa ringan dalam beramal –> “dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. dan itu adalah berat kecuali terhadap orang2 yang khusyuk” (2:45)

baru2 ini menonton sebuah drama melayu yang berat bercampur baur antara dosa dan pahala. tapi banyak skrip2nya adalah ‘skrip2’ keimanan, contohnya yang plg saya ingat, “alah, kita kenalah bersunggoh2, macam ibadah jugak, kan kena beribadah seolah2 esok kita akan mati?”

saya terfikir bagaimana hadis nabi yang sangat menggentarkan hati ini boleh  keluar dalam suasana para pelakonnya bergelumang dengan dosa? apakah yang keluar dari mulut sendiri itu tiada difahami? lama kemudian baru faham, begitulah hakikatnya ilmu jika tidak jatuh ke dalam hati.

para sahabat, apabila turunnya kalam2 Allah meminta diajarkan minimum ayat setakat yang boleh dipraktiskanya dahulu, sebelum belajar ayat2 baru. Kita belajar dari para sahabat, pada setiap ayat al-quran itu harus difahami, dijiwai, dicerna lumat2 baik di akal mahupun di hati lalu keluar menjadi prinsip dan aktiviti kehidupan seharian.

tuntutlah ilmu bersunggoh2 tetapi jangan sampai ilmu itu menjauhkan kamu dari Allah, sehingga mensekularkan kamu. tetapi tuntutlah ilmu bersunggoh2 sehingga denagn setiap pertambahan ilmu itu (baik ilmu akhirat atau dunia) bertambahlah jua keimanan dan kecintaan kamu kepada Allah. Amin.


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers