Archive for November, 2009

puisi tentang sedih

Sedih adalah subjektif
tapi boleh lah dianalogikan
bagai jerung yang tersepit
di pukat nelayan laut dalam
jerung sangka ia raja lautan
sebab itu orang kata
jangan terlampau yakin dengan diri
kelak memakan diri

Sedih bukan macam selepas dihina oleh raj kumar minggu sudah
Sedih bukan selepas berpusing satu jam mencari klinik john cassey dan hampir kemalangan
kerana membuat brek mengejut di lebuhraya yang sesak
sedih juga bukan kerana prof symonds tak paham bahawa itu salah felicity park
yang menyebabkan kecacatan portfolio ong

sedih ialah bila
kehilangan kata-kata
untuk mengungkapkan rasa kecil dalam hati
ada kehendak sebesar gunung
tapi lidah kelu seribu bahasa
sedih ialah bila
isyarat pun tak mampu
memahamkan gelora dalam jiwa
walaupun pada yang dekat di hati
sedih ialah bila
pertentangan hadir
yang bisa saja menyebabkan
diluah mati mak ditelan mati bapak
sedih ialah bila
yang ditimbangtarakan adalah
antara raja dalam hati
dengan permaisuri dalam jiwa

dan sedih ialah bila
tiba-tiba kau bangun dan sedar
ini semua kerana kau sudah jauh hanyut
dari Pemberi sedih
Yang Merencanakan segala~

 


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers