Siri Dua: Katibah Musim Sejuk

Ya Allah, jadikan aku pencinta masjid kerana di masjid itu keinginan duniaku lupus dan yg tinggal hanya kecintaan padaMu..

Ya Allah jadikan matiku nanti mati seorang syahid, kekalkan langkah kakiku sehingga aku jadi pejuang agamaMu yang bergolok gadai dengan harta hatta nyawaku sepertimana para kekasihMu yang terdahulu

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin itu diri mereka dan jiwa mereka dengan memberikan mereka syurga. Mereka berjuang di jalan ALlah sehingga mereka membunuh ataupun terbunuh. sebagai janji yang benar, yang terdapat dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain ALlah? Bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan itu adalah kemenangan yang agung. Mereka itu adalah org2 yg bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara, rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yg memelihara hukum2 Allah. Dan gembirakanlah org2 yg beriman” (9:111-112)

Dalam bait2 indah kalam Allah ini: Allah MEMBELI dari org2 mukmin itu diri mereka dan harta mereka…
Apakah sebenarnya yg dibeli oleh Allah?
Harta? wang? jawatan? Masa? Nyawa?
Bukan semua ini, kerana pada asalnya kesemua ini sememangnya milik ALlah, maka masakan Allah membeli sesuatu yg sememangnya milik Dia?

Yang sebenarnya, yang dibeli oleh ALlah, mengikut tafsiran, ialah KEBEBASAN MENENTUKAN APA YG KITA MAHU dan KEBEBASAN MEMBUAT PILIHAN. Inilah yg kita ‘jualkan’ kepada Allah.
Maka bilamana kita menjual 2 perkara yg kita miliki ini, maksudnya kita matikan segala keinginan diri kita dan kita hanya melaksanakan keinginan ALlah.

Contoh:
Waktu2 cuti begini, alangkah seronoknya dapat berjalan2 sekitar tempat2 peranginan yg menyegarkan dan menghilangkan kelelahan belajar. Itu keinginan kita, dan kita bebas memutuskan perkara tersebut utk dilaksanakan.
Tapi dalam masa yg sama kita diminta sewaktu cuti kita ini utk bertugas di jalan dakwah.
Lalu kita memutuskan utk melupakan angan2 bercuti dan berseronok demi menggalas beban di jalan ALlah.
Pada asalnya kita bebas utk memutuskan utk bercuti atau bekerja, tetapi kita ‘jual’ keinginan utk berseronok kita utk ‘membeli’ sesuatu yg berharga di sisi ALlah.

Belum cukup jelas lagi?

Dalam perang Badar, 313 sahabat yg berbaiah kepada Nabi untuk setia bersama baginda dalam perang tersebut walaupun tahu peluang untuk mereka menang dan kembali ke Madinah bernyawa sangat tipis. Lalu apa yg telah mereka ‘jualkan’ sebelum mereka menghantar diri mereka ke dalam perang badar ini?

Ya, mereka menjual nyawa, tetapi di sebalik nyawa yg dijual itu ada seribu satu keinginan yg turut terjual sama. Keinginan utk membesarkan perniagaan? Untuk berkahwin? Untuk menjaga orang tua? Untuk menyara keluarga? Untuk menuntut ilmu? Untuk menatap wajah org yg tersayang buat kali terakhir? Semua itu telah terjual. Dan mereka rela dan redha dgn penjualan tersebut, kerana bayaran dari jualan itu tidak tergambar mahalnya, iaitu syurga.

Syurga itu, digambarkan oleh Rasulullah (tak ingat matan hadis), satu meter perseginya (lebih kurg) sahaja adalah lebih baik daripada seluruh alam semesta ini dan seisinya. Seluruh alam semesta.
Bayangkan nikmat di dunia ini sahaja sudah cukup. Namakan sahaja, kereta Ferrari, nasi beriani, rumah banglo dua tingkat, pakaian indah termahal, ahli keluarga yg ramai, rakan2 yg mendampingi, harta yg melimpah ruah tak putus2, itu baru nikmat2 dunia sahaja, tetapi satu meter persegi di syurga ini lebih baik dari seluruh isi alam ini!
Tak hairanlah org yg betul2 mahukan syurga tak segan silu, tak teragak2 menjualkan segala keinginan hidup mereka utk mendapatkan syurga.

Syurga itu pula banyak tingkatan2nya. dalam sebuah lagi hadis Nabi, syurga itu ada seratus tingkatan. Apabila org yg terakhir dikeluarkan dari neraka dan hendak dipindahkan ke syurga (syurga tingkat ke seratus) dia ditanyai Allah apa yg dia mahukan. ..(tak ingt apa dia jawab)…kemudian Allah menawarkan kepadanya, mahukah kamu kekayaan seperti kekayaan raja yg plg kaya di dunia dahulu? Bahkan aku mahu, jawab lelaki itu. Mahukah kamu aku berikan 2 kali ganda itu? bahkan aku mahu. 3 kali ganda? 4 kali ganda? dan seterusnya, dan akhirnya Allah berikan kepadanya kekayaan 10 kali ganda kekayaan raja paling kaya di dunia, dan itu, hanyalah tingkatan yg terendah dalam semua tingkat syurga. MasyaAllah, jadi bagaimana kah nikmat di syurga pertama? Berangan dan bercita-citalah aku……

So kesimpulannya nak masuk syurga memang perlukan pengorbanan, dan penjualan tahap teragung iaitu menjual segala keinginan dan kemahuan diri kepada Allah. Sanggup ke? Sanggup ke? Kau sanggup ke Balqis? (usaha, usaha, natijah biar Allah putuskan..)

0 Responses to “Siri Dua: Katibah Musim Sejuk”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: