Archive Page 2

Bahagia itu di redhamu

“Abang, saya dah tak larat…”

Azam meletakkan majalah Solusi yang sedang dibacanya dan menatap wajah isterinya.

“kenapa ni..?”  sapanya lembut.

“Saya dah tak larat nak hidup macam ni. Dah tak larat nak berpura-pura. Berpura-pura dengan diri sendiri, dengan mak ayah, dengan segala-galanya!”

Azam diam untuk terus mendengar luahan hati isterinya, walaupun sedikit sebanyak dia tahu apa yang terbuku.

“Saya teringat semua kenangan indah di luar Negara dulu. Dulu saya bebas buat semua yang saya mahu. Kenangan manis dalam tarbiyah dan dakwah. Mengembara ke sana ke sini menyebarkan kalam Allah. Bersama teman-teman menimba ilmu Allah dalam usrah dan daurah. Setiap hari adalah sebuah kisah manis walaupun tak semua nya yang berlaku indah..”

“tapi sekarang…saya tak tahu lagi ke mana saya menuju…semuanya Nampak gelap…saya tak tahu apa yang saya nak buat..pergeraka saya terbatas, emak ayah tak faham, terpaksa berlakon dan berpura-pura…segala seruan terhenti tiba-tiba..iman pun makin menipis, dah takde motivasi untuk beramal sesungguh hati, tiba2 dah jadi makin larut dan makin jauh…saya dah tak larat…”

Azam mendengar dengan tekun. Sungguh dia faham luahan hati isterinya itu, kerana dia juga berada di tempat yang sama.

Azam melirik senyum dan perlahan-lahan bertanya,

“Islam tu apa?”

Isterinya memandang hairan kepada mukadimah nasihat tersebut. Tidak segera menjawab..

“Islam itu ialah sabar dan ikhlas, sabar dan ikhlas itu adalah sebuah keredhaan. Redha pada segala-galanya, bukan hanya redha pada perkara yang kita suka sahaja..” masih dengan senyuman..

Dan menyambung..”Hanya dengan keredhaan, maka kita akan beroleh bahagia”

“Dan redha itu hanya datang bila kita percaya tak ada satu perkara pun dalam hidup ni yang berlaku secara kebetulan, semuanya sudah Allah aturkan dan punya sebab, hatta sekecil2 perkara. Contohnya macam orang yang tersepak batu. Mesti sakit, mesti rasa nak marah. Hanya dengan rasa redha bahawa tersepak batu tu bukan satu perkara kebetulan, mesti ada sebab, mungkin masa dia berjalan tu dia teringat nak buat dosa, atau teringat keburukan kawan, atau sedng hanyut dalam angan-angan dan Allah menyelamatkan dia dari perkara2 tersebut. Kalau dia redha pada waktu itu, maka dia akan rasa tenangn walaupun kaki sakit”

“Sama juga orang yang miskin yang asyik mengeluh, menyesali masa lalu, kenapalah dulu aku tak belajar sungguh2, kenapalah mak ayah aku dulu pun miskin tak mampu sekolahkan aku elok2, kenapalah dah usaha keras masih tak hidup senang juga…kalau dia redha, pasti dia dapat lihat, Allah kurniakan dia anak2 soleh yang menghargai penat lelah seorang ayah membesarkan mereka degan duit halal dan akhirnya menjaga dia dengan baik di hari tua.”

“tapi ramai orang, gagal merasai kebahagiaan yang sepatutnya mereka kecapi ini kerana mereka tidak redha. Hanya sesudah mereka nampak hikmah di sebalik segala yang berlaku, barulah mereka rasa gembira, tapi sayang, hanya selepas mengeluh bertahun2 baru bertemu bahagia, sedangkan sepatutnya mereka sudah merasai bahagia itu awal2 lagi andainya dahulu mereka redha!”

Isterinya merenung jauh, tidak berkedip, mula berfikir….

“Allah memberikan kita sebuah cerita tentang redha dan bahagia ini melalui kisah Nabi Yusuf di dalam Al-Quran. Kita pun tahu kisahnya, seperti diceritakan dalam surah Yusuf, tentang keperitan demi keperitan yang Nabi Yusuf hadapi. Mula2 dipisahkan dari ayah yang disayangi, dijauhkan dari hidup senang di rumah ayah, dikerah menjadi hamba yang tak punya kebebasan hidup, kemudian difitnah pula, dibiar dalam penjara bertahun2 lamanya. Lama selepas itu barulah dia dibebaskan dan diberikan jawatan dan kesenangan hidup. Dan apakah kata2 Nabi Yusuf selepas itu kepada Allah? Katanya dalam surah Yusuf ayat ke 100:
‘………..Dan sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikannya kenyataan.  Sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari penjara  dan ketika membawa kamu dari dusun,…..”

Subhanallah! Selepas ditinggalkan seorang diri, dirampas segala kesenangan hidup termasuk kebebasan masa kanak2 dan maza remajanya, dihina dengan fitnah yang memalukan, hidup dalam kerendahan di penjara bertahun2, ternyata segalanya itu tidak berbekas di hati Nabi Yusuf, yang hanya diucapkan setelah semuanya berlalu ialah, ‘Tuhanku telah berbuat baik kepadaku…’ “

“Ternyata, sebuah keredhaan yang sangat agung..”

“itulah rahsia untuk bahagia, yaitu redha pada segala yang berlaku dalam hidup kita, dan yakin, segala yang berlaku adalah dalam perancangan Allah yang hendak memberikan kita sesuatu yang sangat baik untuk kita, yang kita tak nampak lagi”

“Dan juga, ianya adalah bicara Allah kepada kita. Ketika kita merasai di puncak dunia, ketika kita merasai bahawa kita adalah yang terbaik, kita diperlukan, kita akan selamat, dan ketika kesombongan meresap masuk ke dalam hati kita, ketika itulah Allah berbicara mengingatkan kita, jangan sombong…….”

“Sama, abang pun sama, rasa seperti semuanya di rampas bila bertukar medan. Abang pun lalui perkara yang sama, pernah rasa seperti di puncak. Bukan dalam kenikmatan dunia, tapi rasa seperti di kemuncak dalam dakwah dan tarbiyah! Ligat ke sana ke sini, menyeru tak henti2, seperti tak kenal penat…”

“Abang akui, tanpa sedar, kesombongan dan rasa takjub menempati hati. Ras amacam dah buat banyak dan rasa seolah2 jalan ini amat memerlukan abang. Tapi syukur, Allah beri peringatan…Nah sekarang Allah letakkan abang, dan sayang, di zon yang amat jauh dari zon selesa kita dahulu. Jauh dari kebiasaan2 kita dahulu, dan jauh dari daerah yang kita bebas berlari di dalamnya dahulu dan dicampakkan ke sebuah zon yang segala sudut dan penjuru datang menyerang, seolah2 tak mengizinkan kita untuk laju dalam dakwah dan tarbiyah…”

“tetapi di sinilah sabar dan ikhlas kita diuji. Yaitu keredhaan kita…”

Azam memandang wajah isterinya. Redup.

“sayang, semua perkara dalam hidup ini, Allah yang pegang, kita sedikit pun tak berkuasa memutuskan apa yang akan hadir dalam hidup kita. Kita tak memilih ibu bapa kita, maka kita kena redha dengan sikap ibu ayah kita yang Allah telah pilih untuk menjadi ibu ayah kita. Kita tak pilih teman2 yang hadir dalam hidup kita, maka kita kena redha dengan segala sikap dan kekurangan mereka”

“Sama juga, kita tak memilih untuk ditemukan satu sama lain. Allah yang tentukan, dan ianya bukan sebuah kebetulan bahawa abang adalah suami sayang. Abang hadir dalam hidup sayang pasti punya sebab yang besar, walaupun mungkin kita tak nampak lagi…..maka kita kena redha pada segala2nya..”

Isterinya terus menunduk sayu, mencerna setiap bait kata2 suami tercinta…

Azam menyambung sekali lagi..

“InsyaAllah sayang, satu hari nanti kita pasti akan Nampak hikmahnya atas ujian ini. Dan satu hari nanti, kita akan peroleh kembali sayap dakwah dan tarbiyah kita, dan waktu itu kita akan sama2 terbang tinggi dan kencang, sambil tak henti2 melafazkan,

‘Lihatlah, Tuhanku telah berbuat baik kepadaku’ “…..

————————————————————————————————————————————————

dari penulis: ini adalah sebuah cerpen (errr, dialog kot eh lagi sesuai) semata2, tapi realitinya sering begitu. Ramai orang asyik mengungkapkan sabar, ikhlas dan redha tapi kita benar2 fahamkah ertinya?

Redhalah pada segala2nya, dan percaya Tuhan sedang berbuat baik kepadamu, maka kau akan bahagia…………

p/s: terima kasih abang kpd segala nasihat dan curhat 🙂

Akhlak itu apa yang terlahir secara spontan

Allah Maha Besar, Allah is the Greatest, thank you Allah. Izinkan hambaMu yang hina ini berbicara, semoga ia membasahi jiwa.

Definisi akhlak ialah sikap kita yang terlahir secara spontan.

Bagaimana cara kita bercakap, cara kita mengaddress orang lain, cara kita membalas budi, sebagainya.

maka, reaksi spontan kita apabila berdepan dengan sesuatu, juga memberitahu orang tentang akhlak kita.

kata2 seperti, ‘di luar sahaja jahat, di dalam baik’ mungkin agak sukar diterima setelah kita mengetahui definisi akhlak.

baru2 ini saya menonton sebuah filem pendek yang dibuat oleh seorang pelajar yang sebelum ini banyak menghasilkan filem2 pendek lain. saya sangat suka filem2 itu kerana sangat lucu. tapi filem yang terbaru ni agak mengguris hati para pendokong dakwah. boleh baca review yang dinukilkan oleh seorang ukhti ttg video itu di sini: http://laskarmentari.wordpress.com/2011/02/23/lawak-ke-tak-tak/

dan sungguh, hati yang terluka di atas jalan ini lebih kita cintai dari kegembiraan pada dunia yang hina dina. maka, silalah lukakan hati kami.

video boleh ditonton di sini: http://www.youtube.com/watch?v=yvCaAcoTUTg (sambil memohon ampun kpd Allah andai tindakan menyebarkan video ini dimurkai Allah)

tapi saya rasa ianya tidaklah lebih daripada sebuah luahan ikhlas seorang mad’u, yang harus diterima seikhlasnya.

ingat, reaksi spontan kita adalah gambaran akhlak kita.

——— satu sudut pandang ——–

dengan ikhlas, daripada video ini kita mengakui bahawa perjuangan kita banyak ternoda oleh masalah-masalah hati.

pertamanya, keterikatan kita kepada jemaah dilihat lebih menonjol daripada keterikatan kepada Allah dan Islam. Kehadiran kita dilihat seolah-olah hanyalah seperti sebuah organisasi terancang yang merancang pelbagai program2 baik. Kita dilihat sebagai sekumpulan manusia yang setia pada teman2 yang sama fahaman.

Ini tidak salah. tetapi kita mahu manusia merasai kasih sayang Allah, belai mesra Allah, cinta dan pengharapan yang diberikan Allah sebelum yang lain-lain. Kita mahu kehadiran kita membasahkan jiwa-jiwa manusia. Kita mahu manusia merasai betapa hidup di dunia ini hanya sia-sia dan kita sama2 mengejar akhirat. kita mahu bila manusia memandang wajah kita, dan mendengar kata2 kita, mereka teringatkan keesaan Allah.

Apabila nilai kebersamaan jemaah terlihat lebih ke depan daripada kebersamaan dengan Allah, pandangan manusia kpd kita mulai salah.

keduanya ialah sikap merasakan kita betul dan penyakit hati yang membuat kita ada rasa ‘sesuatu’ bila terlibat dengan jemaah lain.

saya sendiri mengakui adakalanya tertewas dengan penyakit hati dan bisikan syaitan ini. Bilamana kita berdepan dengan jemaah lain kita bersangka yang macam2; seperti pertanyaan mengapalah mereka ni tak mahu join kita saja, atau mengapa mereka mengambil sesuatu tindakan tertentu. dan paling teruk, terganggu emosi dengan perasaan marah, geram, dan penat bila berlakunya persaingan.

seolah2 ada satu pihak yang benar dan ada satu pihak yang salah. seolah2 kita memerjuangkan perkara yang berlainan. seolah2 kita bukan bersaudara,

maka berhati2lah, bila manusia mula melihat keretakan biarpun halus antara jemaah, maka pandangan buruk akan diterjermah.

satu lagi penyakit yang sangat merbahaya yang bisa meruntuhkan segala usaha ialah penyakit sombong: kepada manusia, lebih2 lagi kepada Allah.

kita masih ingat segala kenangan indah kita ditarbiyah dan dibawa mencintai Allah sesungguh hati kita. Kita ingat segala ilmu yang kita timba sedikit demi sedikit. kita terbayang perubahan diri kita juga sedikit demi sedikit. kita tersenuym pada segala memori kita di atas jalan ini, baik yang indah mahupun yang pahit.

tetapi kita tidak sedar, bilakah penyakit hati mula meresapi diri. kita mula merasakan betapa banyaknya ilmu yang telah bertambah. betapa banyaknya ayat alquran yang sudah dihafal, berapa banyaknya hadis yang boleh kita kupas. betapa tingginya mustawa kita. dan berapa bagusnya pakaian kita. dan betapa hebatnya kita membentangkan daurah.

di saat anda melihat orang lain dan merasakan anda bagus dan lebih dekat dengan Allah dan islam dari orang yang dipandang itu, ternyata hati anda telah penuh dengan kesombongan. di saat anda merasakan hanya orang itu dan orang itu dan orang itu perlu ditolong sedangkan anda merasa anda sudah tidak perlu ditolong, ternyata hati yang disangka murni telah berubah hitam.

kesombongan ini akan terserlah, dengan akhlak anda! yaitu segala sikap dan perbuatan2 spontan anda.

pada jelingan mata, pada perubahan suara, pada gerak tubuh, pada apa yang anda hindari, dan pada pemilihan kata.

maka kesombongan ini akan tertonjol di mata mad’u. dan mencacatkan segala usaha.

mungkin, inilah yang telah berlaku. sehingga terhasilnya video ini.

tidak ada perkara yang berlaku dengan kebetulan, maka dengarlah, Tuhan sedang berbicara dengan kita semua.

semua yang saya sebut di atas, adalah taubat dan keinsafan atas segala penyakit hati saya. semoga kita semua dibersihkan dari segala penyakit ini, dan bergerak menyeru manusia hanya kepada Allah.

Allahua’lam

 

nasihat.

saya berpendapat dan mengesyorkan;

kerana tarikan hiburan terlalu kuat, maka usaha menarik manusia ke arah Allah harus sepadan kuatnya.

Maka bila kita menyeru, maka seruan itu mesti mengetuk jiwa-jiwa yang mendegar sekeras-kerasnya dan berbekas sampai berhari-hari. dan menyebabkan yang mendengar rasa ingin dengar lebih lagi.

jika tidak kita tak dapat menyaingi seruan hiburan.

Bahagiakan hidupmu dengan hati yang bersih

Seperti kebanyakan peringatan-peringatan yang lain, peringatan ‘bahagiakan hidupmu dengan hati yang bersih’ sounds so cliche.

Maka ianya adalah hak anda untuk meneruskan pembacaan artikel ini atau tidak.

tetapi firman Allah berbunyi, “Berilah peringatan kerana peringatan itu bermakna” (Al-A’la ayat 9)

————————————————————————————————–

Saya selalu terkesima dengan kisah-kisah dahsyat yang Allah ceritakan dalam Al-Quran. Contohnya seperti kisah Firaun dengan Nabi Musa. Saya pelik, macam mana Firaun boleh tak terbuka langsung hatinya untuk mempercayai Allah dan keagunganNya walaupun dah ditunjukkan dengan jelas bukti-bukti yang Allah tu ada dan Maha Berkuasa.

Contohnya, yang pertama bila Nabi Musa a.s tunjukkan mukjizat, dia tak percaya, ok mungkin bukti belum cukup jelas. Macam mana pulak bila tiba-tiba semua penyihir yang dilantik untuk mengalahkan Nabi Musa tunduk kepada Allah, siap mewartakan keimanan mereka di depan Firaun?  Lepas tu, Firaun yang marah mengancam (dan kemudian mengotakan) untuk menyiksa para penyihir itu dengan memotong kaki tangan mereka secara bersilang dan disalib, lantas dengan penuh redha para penyihir itu rela disiksa sebegitu rupa dengan menyatakan “Tidak ada yang kami takutkan, kerana kami akan kembali kepada Tuhan kami” (kisah dalam surah As-Syuara)

Macam mana hati Firaun boleh tak terusik dengan bukti keimanan sebesar itu?

Kemudian laut siap terbelah di depan mata FIraun. Peringatan dengan panca indera! (ainul yakin). Masih tak terasa lagi?

Cuba bayangkan jika anda mendapat penghormatan untuk merasai kehebatan Allah dengan cara sebegini rupa. Agak-agak macam mana perasaan kita di hadapan laut yang terbelah tu? Atau di hadapan para penyihir yang dipotong kaki tangan itu?

Tapi saya hairan, Firaun takkan tak rasa apa-apa dalam hati dia?

Kemudian sampailah saya kepada satu ayat yang amat menggegarkan jiwa,

“Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan nya, padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerusakan” (An-Naml: 14)

Subhanallah! Astagfirullah!

Betapa besarnya effek hati yang sombong!

Sehingga bukti dan kejelasan yang maha besar tak mampu menguis hati itu sedikit pun!

Astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah..

Mari kita sama-sama cek hati kita masing-masing..

Berapa banyak sikap sombong yang ada dalam hati kita ni, sampai bukti-bukti kekuasaan Allah yang ada di sekeliling kita tak mampu menyentuh hati kita? Berapa banya peringatan-peringatan yang hadir dalam hidup kita tak mampu menyiram hati kita kerana kesombongannya? Dan berapa banyak ajakan-ajakan, seruan-seruan kebaikan yang datang kepada kita yang kita berpaling darinya juga kerana sikap sombong kita?

Astagfirullah, hati kita hampir menyamai hati Firaun, tetapi kita tak belajar dari apa yang berlaku terhadap Firaun.

Maka; kerja membersihkan hati, is a serious business! bukan main-main.

cuba cek, dalam hati kita ni, ada tak perasaan2 seperti ‘aku lebih bijak dari orang lain’, atau ‘aku lebih berbakat’ dan sebagainya. itu antara tanda kesombongan.

Ataupun bila orang mengajak kepada kebaikan, kita memandang serba-serbi kecacatan pada pengajak, seperti orang tu layak ke nak ajak aku ke arah kebaikan? orang tu kelihatan kolot, atau orang tu pun ada banyak buat silap dan sebagainya.

atau bila kita dengar seruan, kita pertikaikan macam-macam sampai isi yang disampaikan tak melekat dalam hati. kita pertikaikan bakat sang penyampai dan dirinya..

atau dalam hati kita ni ada tak banyak prasangka-prasangka, sampai semuanya buruk di depan mata kita?

dan macam-macam lagi..

cuba cek, dan bersihkan hati sebersihnya! lawanlah setiap kali ada fkiran-fikiran, bayangan-bayangan dan bisikan-bisikan yang buruk menyinggah dalam hati.

semoga setiap yang ada di sekeliling kita menjadi tazkirah buat hati kita..

Allahua’lam

bukan milik saya

walau saya sebut beribu-ribu-ribu kali pun, ianya tetap sukar dikotakan:

‘suami milik Allah, bukan milik saya. suami milik Allah, bukan milik saya. suami milik Allah, bukan milik saya…….’

hati lemah seorang isteri

Of the spices of life..

Kerana masih lagi berjauhan dengan dakwah dan tarbiyyah, maka saya hanya akan mampu menulis lintasan hati, yang mungkin kurang jiwa. semoga bermanfaat.

Secara terus-terangnya, ramai para daie diuji oleh Allah untuk bergerak laju dalam dakwah dan tarbiyyah oleh keluarga. Terutamanya para akhawat.

Ada akhawat yang hanya bergerak laju bila berjauhan dengan keluarga, kerana bila bersama keluarga, segala gerak dan langkah terhalang. Ibu bapa yang risau dengan aktiviti baru yang disertai, yang gusar dengan perubahan2 pelik yang berlaku pada anak, yang amat sensitif dan terus menghalang apabila mendengar perkataan usrah, daurah, jemaah islam,  dan sebagainya.

Ada yang menghalang kerana bimbang anak perempuan yang meminta izin untuk merantau ke tempat jauh seorang diri.  Ada juga yang ada contoh2 buruk dari saudara-mara atau jiran dekat yang hidupya rosak selepas mengikuti gerakan2 islam tertentu.

Terlalu banyak contoh, dan terlalu banyak sebab.

Tetapi kadangkala kita kurang memahami.

Jangan sekali-kali membandingkan keluarga kita dengan keluarga orang lain. Isu halangan oleh kelaurga ini sudah disebut sebegitu berulang-kali hingga kita menyangka setiap daie harus sudah siap membuat persiapan mengharungi dugaan ini dan harus sudah ada penyelesaian, seperti mana kita sudah menjumpai teknik2 dan helah2 mendepaninya. Keluarga saya, dan keluarga kamu, tetap tidak akan sama.

Kita tak akan pernah dapat menyelami dan memahami keuarga setiap daie. Begitulah betapa diversenya perbezaan antara kita. Kita menyangka halangan dari keluarga kita sudah cukup hebat, tetapi kita masih mampu mendepaninya, maka kita tidak dapat memahami mengapa ada sesetengah akhawat begitu lemah dalam urusan ini?

Biar saya ceritakan, ada akhawat yang setiap kali keluar rumah harus singgah di mana-mana untuk menukar tudung, begitu juga ketika sebelum pulang, juga harus menukar tudung yang lebih kecil. Sebegitu kuat halangannya.

Cerita akhawat ini lagi, kalaukan tudung dan pakaiannya pun menjadi isu besar di rumah, jangan ditanya soal yang lebih besar. Kalau dia dapat menghadiri satu daurah sahajapun sewaktu cuti semester yang panjang, sudah dikira lebih dari sebuah keajaiban.

Ceritanya lagi, dia pernah berkecil hati apabila ditegur oleh seorang akhawat lain, ketika dia menceritakan dia telah pun memilih tempat kerjanya yang semata-mata menurut permintaan keluarga, lalu akhawat yang mendengar terus mencelah, “Sepatutnya kamu harus berbincang dengan naqibah dahulu!” kalaulah akhawat itu tahu dan faham keadaan keluarganya, pasti dia tidak akan berkata begitu.

Dan cerita2 seterusnya sangat meruntun air mata.

Lalu saya bertanya kepada akhawat ini, bagaimana terus sabar menghadapi?

Sambil tersenyum, katanya setiap kali hatinya hampir hancur berkecai, dia akan segera teringat satu slot dari filem Sang Murabbi, di mana Ustaz Rahmat sangat gembira untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir tetapi tidak diizinkan oleh ibu Ustaz. Katanya dia sangat terkesan apabila Ustaz Rahmat menyusun buku2nya sambil tersenyum tatkala ibunya menzahirkan rasa berat mengizinkan ustaz ke Mesir. Kata akhawat, walaupun itu hanya sebuah lakonan, dia dapat merasai betapa besar kepahitan yang ditelan sewaktu Ustaz menghadiahkan senyuman itu kepada ibunya. Dan ini menjadi sumber inspirasi kepadanya, untuk sentiasa menelan kepahitan dengan senyuman.

Subhanallah, sebuah kesabaran terbaik dan terindah.

Maka saya teringat tazkirah dari Saudara Nouman Ali Khan yang saya dengar dari Youtube, dimana beliau mengupas sebuah ayat Al-Quran yang indah, iaitu ayat dari surah luqman, ayat 14-15:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kmbali kepadaKu…”

Di dalam ayat 15 itu, Allah memerintahkan supaya kita tidak taat kepada ibu bapa kita apabila mereka menyuruh kita menjauhi Allah, tetapi Allah tidak menyuruh supaya kita melaksanakannya dengan apa jua cara, tetapi dengan cara yang terbaik, yang mana kita terus ‘bergaul dengan mereka’ dengan cara yang baik.

Seperti menelan setiap kepahitan yang datang dengan sebuah senyuman.

Maka apabila kita terhalang oleh keluarga, janganlah kita bertindak kasar dan gopoh terhadap mereka, seperti bergaduh dan meninggi suara kerana kita pasti kita di pihak yang benar, menghempas pintu bilik bila mereka menghalang kita dari pergi ke daurah atau berjumpa teman2 ikhwah akhawat, bermasam muka dan memulaukan mereka. Atau curi kunci kereta dan keluar juga walaupun mereka tidak suka.

Bukan begini sikap yang Allah mahukan dari kita, walaupun apa yang kita pertahankan adalah sebuah kebenaran.

Hadapilah dengan penuh sabar, dan kesabaran ini haruslah kesabaran yang baik.

Seperti firman Allah; “Pergaulilah dengan baik”

Jika pergaulan baik ini bermakna anda terlepas pelang ke daurah dan terpaksa mendengar video rakaman, maka lakukanlah.

Jika pergaulan baik ini bermakna anda terpaksa menukar tudung berkali-kali setiap kali keluar masuk rumah, maka lakukanlah.

Jika pergaulan baik ini bermakna anda terpaksa berpindah jauh dari teman2 seperjuangan untuk memenuhi permintaan keluarga dan terpaksa berulang-alik begitu jauh hanya untuk menghadiri usrah atau bertemu teman2 maka lakukanlah.

Jika pergaulan baik ini bermakna anda terpaksa senyum di hadapan ahli keluarga anda dan hanya menangis berhamburan air mata bila anda berseorangan, maka lakukanlah.

tetapi teruslah mentaati Allah. i.e. teruslah berusaha memperjuangkan cinta dan kehidupan anda.

Hadapilah dengan senyuman 🙂

p/s: suka lagu tu yeay

 

 

Cintailah aku Tuhan

Semenjak akhir-akhir ini, saya mendapati tulisan saya semakin tidak berjiwa. Ada isi, ada idea yang mengalir-ngalir, ada curahan-curahan rasa yang menderu-deru, tetapi apabila ia mengalir menjadi bait-bait tulisan, ianya tiada jiwa. Apabila saya menulis, kadang-kadang saya terpaksa berfikir panjang akan perkataan yang hendak digunakan, memerah otak untuk menyusun sebaiknya apa yang saya ingin sampaikan, sedangkan sebelum ini ianya mengalir laju tanpa masalah. Maka saya merenung-reungkan perkara ini, dan saya dapati satu perkara:

Tulisan saya mati bersama-sama dakwah.

Sejak balik dari Oz dan belum berpeluang berusrah apatah lagi bergerak pantas dalam dakwah, saya mendapati penulisan saya pun sama menjadi lembik.

Maka natijahnya ialah: Kita hanya boleh hidup dengan dakwah dan tarbiyyah, bila ia mati, maka sebahagian jiwa kita turut mati.

Adakah anda rasa begitu?

Dakwah dan tarbiyyah memerikan kita elemen penyucian jiwa, iaitu elemen yang menghidupkan kita, seperti firman Allah: “Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu Kitab dan Hikmah, serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui”

Ya, dalam keadaan dawah yang stagnant, kita masih boleh menambah ilmu dan kefahaman, iaitu memberikan kita ruang dan peluang memperoleh elemen ketiga yang Allah sebutkan dalam ayat tersebut ‘belajar Kitab dan Hikmah’. Kita boleh membuat pembacaan sendiri; menelaah tafsir al-quran, membuka buku2 tulisan para qudama’, membaca majalah2 agama, menonton rancangan2 islamik di tv, membaca blog2 islamik. Ya kita masih boleh terus menambahkan ilmu dan pengajaran. (Walauun sebenarnya bila dah tinggal sorang2 ni semudah2 perkara2 ni pun jadi payah dah..)

Tetapi Allah meletakkan satu elemen yang lebih penting dari Kitab dan Hikmah ini, iaitu ‘penyucian jiwa’

Inilah yang selalu kita lupa, bahawa dalam pembentukan diri, penyucian jiwa harus datang dahulu, meresapi jiwa kita, sebelum pembelajaran kitab dan hikmah.

Kesucian jiwa atau jiwa yang hiba, senantiasa dekat dengan Allah, tunduk spenuhnya kepada Dia, jiwa yang hidup dan bersih dari kekotoran dan penyakit2 hati jiwa yang mengagungkan keEsaan dan keKuasaan Allah. Jiwa yang rela mati demi agama ini.

Dengan dakwah dan tarbiyyah sahaja, penyucian jiwa ini berlaku.

Dengan kesibukan dakwah, jiwa kita jadi mekar. Kerana kita sentiasa dalam keadaan berjuang di jalanNya. Kita dikelilingi oleh jiwa-jiwa yang hidup, yang sentiasa menasihati walaupun hanya dengan pandangan. Kita sentiasa mengacukan pemikiran kita, ‘bagaimana, bagaimana, dan bagaimana menyeru manusia ke arah kebaikan’ yang mengalir ke jiwa kita menjadi siraman yang menyuburkan. Dan kita tak putus-putus disimbah dengan ilmu-ilmu dan kefahaman2 baru yang sama2 mencorak jiwa kita. Dan sungguh, segala kepahitan, dan kemanisan yang kita rasai di atas jalan ini, menjadikan kita sentiasa bergantung harap sepenuhnya kepada Allah, maka jiwa kita hidup dan terus hidup.

Sebab itu, saya ulangi sekali lagi, matinya dakwah bererti matinya jiwa kita.

Tuhan, cintailah aku, dan selamatkanlah jiwa yang semakin mati ini.

Dan kepada teman-teman sekalian, ingatlah pesan ini, kalau belum merasai hidup dan mati kita tergantung kepada hidup dan matinya dakwah, maka cepat-cepatlah berlari laju-laju, terjun ke dalam dakwah dan tarbiyyah, bergelumang dengannya, sehingga merasai jijik pada diri sendiri tatkala celupan dakwah dan tarbiyyah ini tertanggal dari diri.

“Sibgah Allah. Siapa yang lebih baik sibgahNya daripada Allah? dan kepadaNya kami menyembah” (2:138)

Tak sabar nak pergi daurah, jumpa akhawat dan kembali sibuk dengan dakwah. Cintailah aku Tuhan.


Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers