Yang terbit dari hati…

James menguap sepuas hati, sambil bersungut-sungut dalam hati. Kalau bukan kerana Andrew yang beria-ria mengajaknya (memaksa sebetulnya) untuk hadir menemaninya ke kuliah Pembentangan Perbandingan antara Agama itu dengan menjanjikan untuk menaipkan sebahagian kerja kursusnya yang panjang berjela-jela, tidak mungkin dia akan berada di situ.

Sementelahan pula, musim sejuk di bumi Australia ini, sepatutnya dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada menaip hasil kerja kursusnya yang tidak siap-siap itu kerana musim bunga dan musim panas sudah digunakan sepenuhnya untuk keluar mengutip data dan membuat kajian.

Menguap lagi…

James tidak dapat mencerna bait-bait kata yang dilontarkan oleh penceramah beragama Kristian itu. Terlalu membosankan bagi seorang ateis seperti dirinya. Sedang Andrew di sebelahnya terbulat biji mata tanda memberikan sepenuh perhatian sambil mencatat-catat sesuatu ke buku nota kecilnya. Memang ceramah ini ditunggu-tunggu oleh Andrew. Minggu ini adalah minggu ‘Cherishing the Difference’ iaitu setiap agama yang dianuti oleh pelajar2 di Universiti itu meraikan agama masing2. Semua orang berpeluang untuk berkongsi dan berbicara tentang agama mereka dengan pelajar2 lain. Booth2 dibuka untuk semua agama2 tersebut, maka pelajar2 boleh belajar tentang agama2 lain dan bertanyakan soalan2. Ceramah ini adalah sebahagian dari kerangka program minggu tersebut.

James memandang ke seluruh dewan itu. Ramai juga yang berminat dengan ceramah bosan seperti ini, bisik hatinya. Pelajar2 dari berbilang bangsa, kaum, dan agama memenuhi dewan itu. James tertarik melihat ramai wanita-wanita muslim turut sama menghadiri ceramah itu. Tentu dia mengenali mereka dengan mudah, kerana hijab yang berwarna-warni.

Di satu sudut dia dapat mengenalpasti wanita2 muslim dari Asia Tenggara. Entah dari Malaysia atau Indonesia atau dari Singapura.  Mereka lebih kecil berbanding wanita2 Arab dan nampak lebih keanak-anakan. Warna kulit mereka juga lebih gelap berbanding perempuan Arab, dan hijab mereka tampak lebih meriah dan berwarna-warni.

Ceramah yang membosankan tiba2 bertukar menjadi riuh. Di hujung sesi, penceramah tiba2 mengeluarkan satu kenyataan yang amat kontroversi.

Dia tiba2 menimbulkan isu purdah. Nampak benar, dia mengambil kesempatan ceramah ini untuk menyuarakan pendapatnya tentang wanita muslim yang berpurdah.

James menumpukan perhatian.

“Saya sangat tidak bersetuju dengan pemakaian purdah di kalangan wanita musim di negara ini! Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan agama Islam itu sendiri, malah mengakui banyak aspek dalam agama tersebut adalah bagus. tetapi setahu saya, dalam islam sendiri tidak mewajibkan pemakaian purdah. Ya, pakaian adalah hak individu, maka mereka yang memilih untuk memakai purdah memang boleh memakainya, tetapi bukan di Australia ini!”

Bunyi riuh rendah.

“Saya bersetuju dan menyokong cadangan untuk mewujudkan akta yang melarang pemakaian purdah di negara ini. Yang menjadikan pemakaian purdah itu satu kesalahan dan boleh diambil tindakan jika tidak dipatuhi. Sebabnya, selain isu tidak profesional dan komunikasi yang terganggu, isu yang lebih besar di sini ialah soal keselamatan!  Sejak akhir2 ini, banyak kejadian serangan dan letupan bom semakin menjadi2   di Australia. Dasar keterbukaan Australia menjadikan kita menerima pelbagai manusia dari bermacam2 latarbelakang dari seluruh dunia. Dalam kejadian2 ini, adalah amat penting untuk kita dapat mengecam wajah si pelaku. Jika purdah tidak diharamkan, maka ramai penjenayah akan berselindung di balik purdah ini!”

“Dan jika tidak haramkan pemakaian purdah maka kita bersikap tidak adil. Bukankah kita sudah mengeluarkan akta bahawa tidak boleh memasuki premis2 awam dengan memakai helmet? Semua penunggang motosikal mesti menanggalkan helmet apabila memasuki kedai, pejabat, sekolah dan semua bangunan dan tempat awam, sebabnya sama, jika helmet itu tidak ditanggalkan, maka mudahlah jenayah dilakukan kerana wajah mereka tidak dapat dicam. Jadi, purdah juga harus diharamkan dari tempat2 awam juga, atas alasan yang sama!”

Dewan menjadi kecoh. Ramai yang mengangkat tangan dan bangun berdebat dengan penceramah tersebut. Terutama sekali pelajar2 beragama islam yang pastinya cuba mempertahankan agama mereka.

James mendengar dengan teliti perdebatan yang berlangsung. Berbagai2 hujah dikemukakan oleh para pelajar yang kemudian dibalas kembali oleh si penceramah. Ada satu hujah yang sangat menarik minat James. Ia dilontarkan oleh salah seorang pelajar wanita muslim dari kelompok Asia Tenggara yang diperhatikannya tadi. Wanita itu memakai jubah berwarna biru polos, digandingkan dengan hijab panjang warna biru tua berbunga putih, tidak berpurdah tetapi bersuara dengan amat lantang sekali sehingga mendiamkan seisi dewan.

“Saya berasa sangat sedih, kerana hari ini, tuan telah merendahkan martabat agama kami yang mulia. Tuan juga telah mempermainkan maruah wanita2 muslim yang terlalu tinggi nilainya.
Tuan telah merendahkan harga diri wanita2 yang sangat ingin menjaga dan memelihara dirinya dengan menyamakan dirinya dengan penjenayah! Tuan, saya hendak memberitahu anda, bahawa memakai purdah atau hijab sekalipun, memerlukan satu pengorbanan dan kekuatan.  Cuba tuan sendiri memakainya, pasti terasa panas dan tidak selesa. tetapi kami tidak mengendahkan itu semua, kerana apa? Kerana cinta yang terbit dari hati!”

“Itulah cinta kami kepada Tuhan kami, Allah yang Esa. Pakaian kami ini adalah pembuktian cinta kami kepadaNya. Dan juga ketaatan kami kepadaNya. Kami menutup diri kami dari dosa dan pandangan2 yang tidak wajar. Kami berasa sangat malu jika keluar dalam keadaan yang terdedah. Malu yang amat sangat. Kami juga sangat malu untuk melakukan sebarang dosa, bukan sekadar dosa tidak menutup tubuh. Apa sahaja dosa! Dan tuan menyamakan orang2 yang sangat pemalu ini dengan  seorang penjenayah? Malulah tuan yang mengakui mencintai agama..”

“Sedarkah tuan, sebenarnya tuan sedang mengatakan bahawa wanita muslim ini, yang tidak sanggup pun mengutip duit syiling sepuluh sen di tepi jalan yang ditemuinya kerana menjaga dirinya dari mengambil yang bukan haknya, adalah sama dengan seorang perompak bank yang menutup wajahnya dengan helmet! Sekali lagi, malulah tuan yang mengakui mencintai agama….”

Ceramah itu tamat dan terhenti di situ. Hari2 seterusnya keadaan jadi normal semula dan masing2 meneruskan kehidupan pelajar seperti biasa.

Tetapi di dalam dada James ada ombak yang bergelora. Telinganya asyik terngiang2 kata2 yang didengarinya di dewan tempoh hari. “Kerana cinta yang terbit dari hati!” Ahh….benarkah cinta begitu wujud? Cinta kepada Tuhan yang amat sangat sehingga pencintanya sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya itu?

James berfikir2…Aku harus mencari jawapannya……………..

 

 

0 Responses to “Yang terbit dari hati…”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: