Kek Coklat Wasatiah Ummi

Ok, cairkan 250gram cooking coklat dengan 250gram butter dalam periuk atas api kecil…kacau perlahan-lahan…masukkan ¾ cawan air..Oooo jangan lupa 1 sudu kecil serbuk kopi…Serbuk kopi akan buat coklat rasa lebih enak…itu fungsinya…

Ummi bermonolog dengan diri sendiri sambil tangan mengacau adunan untuk membuat kek coklat. Kesukaan semua orang, bisik ummi sambil tersenyum. Abah suka, amar suka, si kecik Nana pun suka…

Tiba-tiba si kecik nana muncul..mencari-cari ummi..hampir kepalanya tak kelihatan kerana berdiri di balik meja yang berterabur dengan barang2 buat kek coklat yang dipunggah ummi…

“Ummi…Ummi….Nana nak tanya ni…Tadi kat sekolah cikgu sebut satu word ni..nana tak faham maksudnya..”

“Word apa tu?”

“Erm……wasatiah…”

“kan bang amar dah kata, wasatiah tu maksudnya bersederhana…”Amar yang tak semena-mena muncul tidak beri peluang ummi beri jawapan dulu.

“Ye lah, Nana tau lah direct translationnya ‘bersederhana’, tapi apa maksudnya? Kan Allah ada sebut kan perkataan tu dalam Quran kan Ummi? So maksud dia mesti besar kan, kan?”

‘Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat islam) ‘umat pertengahan’ –>’ummatan wasatan’ agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan)manusia dan agar rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan)kamu. ..”(2:143)

‘Wasat’ dalam ayat ini ialah kata akar kepada wasatiah..fikir Ummi…

Sambil Ummi merangka-rangka jawapan, Amar lebih pantas memberi jawapan setelah menggodak handphone Ummi..”Haa, Nana, nah, bang amar dah google kan, wasat tu boleh beri 3 makna, satu, menjadi sederhana, berada di tengah-tengah, atau menjadi yang terbaik. Itu 3 definisi untuk perkataan wasat. Herm…tapi Amar pun tak faham jugalah Ummi, macam mana nak jadi sederhana tapi dalam masa yang sama jadi yang terbaik? Kalau nak jadi terbaik mana boleh sikapnya sederhana saja?”

“haah Ummi. Nana pun tak faham. Tadi cikgu sekolah Nana cakap kita orang islam ni kena bersederhana je dalam apa2 yang kita buat. Dia kata, kalau tak kita jadik orang yang ekstremis, atau orang yang melampau. Kami semua kata kat dia, kami tak faham, cikgu bagilah contoh….Kemudian dia fikir lama sangat, ingatkan dah tertidur.lepas tu dia kata contohnya macam pakai tudung, biarlah sederhana saja, jangan pakai tudung labuh2 itu kira melampau…kalau tak pakai langsung pun kira melampau..yang sederhana tu macam yang ramai orang pakai kat tv tu…”

Ummi terkedu sebentar..macam itu diajarnya anak aku?

“Kemudian ada kawan Nana tanya, alaa, Ain anak Makcik Som yang bijak tu..Dia Tanya, kalau macam tu cikgu, macam mana pulak dengan solat? Boleh ke bahagikan macam tu jugak? Sederhana tu maksudnya cukup solat 5 waktu. Yang melampau tu ialah tak solat langsung dengan solat berlebih-lebih, maksudnya tambah solat sunat, tahajud semua tu? Kemudian cikgu tu diam lama lagi, ingatkan dah tertidur lagi, rupanya dia sakit kepala..kemudian dia keluar..Jadi kami semua makin x faham Ummi…”

“haaa…Amar pun pernah terfikir benda yang sama…tapi lupa nak Tanya kat Ummi…kan rasulullah dan para sahabat sentiasa berjuang bermati-matian dalam hidup mereka kan? Dan mereka sentiasa berlumba-lumba untuk jadi orang yang paling banyak amal ibadat dan sumbangannya pada islam. So dimana praktikalnya pesan rasulullah sendiri yang menyuruh para sahabat bersederhana? Macam contradict siket kan Ummi? Ke sebenarnya wasatiah ni tak boleh digunakan dalam setiap aspek kehidupan? Tak ada wasatiah dalam beramal ibadat ye Ummi?“

Ummi menuang bancuhan coklat yang sudah sebati dalam periuk ke dalam mangkuk adunan. Selepas ini perlu tambahkan dengan adunan tepung yang dah siap diayak tadi. Eh, eh, focus, focus….wasatiah ye…

“Bukan macam tu…Bila rasulullah berpesan supaya kita mesti amalkan wasatiah, maksudnya ia mesti diaplikasi dalam semua tempat, baik ibadat kita, akhlak kita, harta kita…..lagipun kan ibadat tu maksudnya buat semata-mata kerana Allah. Jadi apa perkara dalam hidup kita ni yang bukan ibadat?”

“tak ada!!!!” Nana separuh menjerit..

“Ok, masalahnya dengan wasatiah sekarang ni ialah perkataan ‘sederhana’ tu. Memang perkataan ‘sederhana’ adalah perkataan paling hampir untuk terjemahkan ‘wasatiah’ tapi x tepat!”

“Ooooooooooooo” serentak Amar dan Nana bersuara..

“Bila kita guna perkataan ‘sederhana’ kebanyakan kita secara automatik menafsirkannya jadik ‘separuh penuh’ atau ‘separuh lengkap’…ataupun ‘jalan tengah’…Macam segelas air, sederhana penuh tu kan sama dengan separuh penuh!…”

“jadi ramai orang terkeliru dan pandai-pandai mengaplikasikan fahaman ‘separuh penuh’ ni dalam hidup mereka. Katanya, asal pakai tudung sudah, tutup kepala sudah, rasulullah kata biar sederhana…bila nak bersedekah bagi siket aje, rasulullah kan kata jangan melampau…ahh, asalkan cukup solat, puasa, zakat sudah, tak perlu buat lebih, saya ni orang islam yang ‘sederhana’ saja…”

“Sedangkan Rasulullah bukan ajar begitu! Macam yang Amar cakap tadi, wasatiah ialah kedua-dua, bersederhana dan dalam masa yang sama, buat yang terbaik! Strive for the best…Ok, macam mana nak aplikasikan? Macam ni, katakan kita solat, ‘sederhana’ kat situ maksudnya kita terikat dengan apa yang Allah dah tetapkan, solat mesti begini rukunnya, bacaannya, tertibnya, tak perlulah kita sengaja nak menjemurkan diri di tengah panas kononnya nak buktikan betapa kita cinta pada Allah, itu dah dikira terkeluar dari kesederhanaan. Ataupun kita buat dalam solat tu apa yang tak diajar oleh Allah dan Rasulullah, contohnya tambah extra rakaat ke, atau kita pandai2 kurangkan, contohnya tak payah baca surah fatihah ke…itulah yang dikira ‘melampau’ ataupun tak wasatiah..nampak tak? Wasatiah atau kesederhanaan ialah buat sepertimana yang diajar dalam agama, jangan pandai2 menokok tambah, mengurangkan. Itu baru kita panggil ‘melampau’…”

“Ok, dalam masa yang sama, kita kena persembahkan solat yang terbaik kepada Allah. Tak boleh solat sambil lewa saja. Kena solat dalam keadaan khusyuk..mesti solat di awal waktu..kemudian kita hiaskan pula solat kita dengan solat sunat, zikir, wirid, qiamullail dan sebagainya…sebab itulah wasatiah tu ada dua makna, sederhana dan terbaik!”

Amar dan nana serentak bertepuk tangan…”Yeay, dah faham dah” sorak Amar..

“haaaaaa..nana tau dah..Wasatiah tu macam kek coklat Ummi ni kan?!”

“haik..macam mana pulak tu?” Tanya Amar. Ummi pun hairan-hairan juga…

“Ye lah…macam kek coklat Ummi yang delicious ni…kalau Ummi buat kek coklat, ummi mesti buat sungguh-sungguh..ummi buat kek ni jadi sedap sangat..siap dengan topping dengan hiasan..tu maksudnya ummi strive for the best masa buat kek coklat ni…kalau ikut definisi yang ramai orang salah faham tu, kalau ‘bersederhana’ tu, maksudnya tak payahlah buat sedap2, buat separuh sedap cukuplah! Tapi dalam masa yang sama, ummi ikut resipi dia betul2, tak terlebih tak terkurang..kalau ummi tak ikut, mestilah kek ni jadik kek ‘terlampau’ kan ummi…hehehhehe…”

Ummi tersenyum bangga sambil mengiakan…

Dalam hati Ummi terfikir semula ayat 2:143 tadi….sudahkah kita semua menjadi ‘ummatan wasatan’? Sudahkah kita strive for the best??

Abah muncul tiba2 di dapur. Hairan melihat dapur yang berselerak dan dua kanak2 terjoget2 gembira di samping Ummi mereka..

“Eh..eh kenapa happy sangat ni?” Tanya Abah….

“Tak sabar nak makan kek coklat wasatiah ummi….” Selamba Amar menjawab dengan senyum melebar….

0 Responses to “Kek Coklat Wasatiah Ummi”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: