Of the spices of life..

Kerana masih lagi berjauhan dengan dakwah dan tarbiyyah, maka saya hanya akan mampu menulis lintasan hati, yang mungkin kurang jiwa. semoga bermanfaat.

Secara terus-terangnya, ramai para daie diuji oleh Allah untuk bergerak laju dalam dakwah dan tarbiyyah oleh keluarga. Terutamanya para akhawat.

Ada akhawat yang hanya bergerak laju bila berjauhan dengan keluarga, kerana bila bersama keluarga, segala gerak dan langkah terhalang. Ibu bapa yang risau dengan aktiviti baru yang disertai, yang gusar dengan perubahan2 pelik yang berlaku pada anak, yang amat sensitif dan terus menghalang apabila mendengar perkataan usrah, daurah, jemaah islam,  dan sebagainya.

Ada yang menghalang kerana bimbang anak perempuan yang meminta izin untuk merantau ke tempat jauh seorang diri.  Ada juga yang ada contoh2 buruk dari saudara-mara atau jiran dekat yang hidupya rosak selepas mengikuti gerakan2 islam tertentu.

Terlalu banyak contoh, dan terlalu banyak sebab.

Tetapi kadangkala kita kurang memahami.

Jangan sekali-kali membandingkan keluarga kita dengan keluarga orang lain. Isu halangan oleh kelaurga ini sudah disebut sebegitu berulang-kali hingga kita menyangka setiap daie harus sudah siap membuat persiapan mengharungi dugaan ini dan harus sudah ada penyelesaian, seperti mana kita sudah menjumpai teknik2 dan helah2 mendepaninya. Keluarga saya, dan keluarga kamu, tetap tidak akan sama.

Kita tak akan pernah dapat menyelami dan memahami keuarga setiap daie. Begitulah betapa diversenya perbezaan antara kita. Kita menyangka halangan dari keluarga kita sudah cukup hebat, tetapi kita masih mampu mendepaninya, maka kita tidak dapat memahami mengapa ada sesetengah akhawat begitu lemah dalam urusan ini?

Biar saya ceritakan, ada akhawat yang setiap kali keluar rumah harus singgah di mana-mana untuk menukar tudung, begitu juga ketika sebelum pulang, juga harus menukar tudung yang lebih kecil. Sebegitu kuat halangannya.

Cerita akhawat ini lagi, kalaukan tudung dan pakaiannya pun menjadi isu besar di rumah, jangan ditanya soal yang lebih besar. Kalau dia dapat menghadiri satu daurah sahajapun sewaktu cuti semester yang panjang, sudah dikira lebih dari sebuah keajaiban.

Ceritanya lagi, dia pernah berkecil hati apabila ditegur oleh seorang akhawat lain, ketika dia menceritakan dia telah pun memilih tempat kerjanya yang semata-mata menurut permintaan keluarga, lalu akhawat yang mendengar terus mencelah, “Sepatutnya kamu harus berbincang dengan naqibah dahulu!” kalaulah akhawat itu tahu dan faham keadaan keluarganya, pasti dia tidak akan berkata begitu.

Dan cerita2 seterusnya sangat meruntun air mata.

Lalu saya bertanya kepada akhawat ini, bagaimana terus sabar menghadapi?

Sambil tersenyum, katanya setiap kali hatinya hampir hancur berkecai, dia akan segera teringat satu slot dari filem Sang Murabbi, di mana Ustaz Rahmat sangat gembira untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir tetapi tidak diizinkan oleh ibu Ustaz. Katanya dia sangat terkesan apabila Ustaz Rahmat menyusun buku2nya sambil tersenyum tatkala ibunya menzahirkan rasa berat mengizinkan ustaz ke Mesir. Kata akhawat, walaupun itu hanya sebuah lakonan, dia dapat merasai betapa besar kepahitan yang ditelan sewaktu Ustaz menghadiahkan senyuman itu kepada ibunya. Dan ini menjadi sumber inspirasi kepadanya, untuk sentiasa menelan kepahitan dengan senyuman.

Subhanallah, sebuah kesabaran terbaik dan terindah.

Maka saya teringat tazkirah dari Saudara Nouman Ali Khan yang saya dengar dari Youtube, dimana beliau mengupas sebuah ayat Al-Quran yang indah, iaitu ayat dari surah luqman, ayat 14-15:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kmbali kepadaKu…”

Di dalam ayat 15 itu, Allah memerintahkan supaya kita tidak taat kepada ibu bapa kita apabila mereka menyuruh kita menjauhi Allah, tetapi Allah tidak menyuruh supaya kita melaksanakannya dengan apa jua cara, tetapi dengan cara yang terbaik, yang mana kita terus ‘bergaul dengan mereka’ dengan cara yang baik.

Seperti menelan setiap kepahitan yang datang dengan sebuah senyuman.

Maka apabila kita terhalang oleh keluarga, janganlah kita bertindak kasar dan gopoh terhadap mereka, seperti bergaduh dan meninggi suara kerana kita pasti kita di pihak yang benar, menghempas pintu bilik bila mereka menghalang kita dari pergi ke daurah atau berjumpa teman2 ikhwah akhawat, bermasam muka dan memulaukan mereka. Atau curi kunci kereta dan keluar juga walaupun mereka tidak suka.

Bukan begini sikap yang Allah mahukan dari kita, walaupun apa yang kita pertahankan adalah sebuah kebenaran.

Hadapilah dengan penuh sabar, dan kesabaran ini haruslah kesabaran yang baik.

Seperti firman Allah; “Pergaulilah dengan baik”

Jika pergaulan baik ini bermakna anda terlepas pelang ke daurah dan terpaksa mendengar video rakaman, maka lakukanlah.

Jika pergaulan baik ini bermakna anda terpaksa menukar tudung berkali-kali setiap kali keluar masuk rumah, maka lakukanlah.

Jika pergaulan baik ini bermakna anda terpaksa berpindah jauh dari teman2 seperjuangan untuk memenuhi permintaan keluarga dan terpaksa berulang-alik begitu jauh hanya untuk menghadiri usrah atau bertemu teman2 maka lakukanlah.

Jika pergaulan baik ini bermakna anda terpaksa senyum di hadapan ahli keluarga anda dan hanya menangis berhamburan air mata bila anda berseorangan, maka lakukanlah.

tetapi teruslah mentaati Allah. i.e. teruslah berusaha memperjuangkan cinta dan kehidupan anda.

Hadapilah dengan senyuman🙂

p/s: suka lagu tu yeay

 

 

0 Responses to “Of the spices of life..”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: