7 Days post nikah

Segala puji bagi Allah Yang Mengurniakan segala-galanya. Yang Melindungi kami, Yang Mengasihi kami sehingga tamat dan sempurna majlis pernikahan kami. Walaupun walimah tercemar dengan karaoke dan penyanyi2 yang hadir atas miscommunication antara keluarga saya dan pihak  catering, kami tetap bersyukur atas segalanya dan meyakini setiap yang berlaku adalah atas kehendak Dia dan ada yang Dia Mahu kami pelajari.

Mengimbau perjalanan sebelum nikah: sekadar sebuah perkongsian, moga-moga ada manfaat buat yang membaca.

Ya,saya dan yang terhormat (suami) adalah classmate sewaktu di bangku sekolah menengah.

Kemudian saya melanjutkan pelajaran ke Australia dan mendapat tarbiyyah di sana, dan yang terhormat melanjutkan pelajaran dan mendapat tarbiyyah di Russia.

Sepanjang tempoh kami belajar di tempat masing-masing, kami amat jarang berhubung, kalau ada pun masa awal2 first year, sekadar ex-classmate bertanya khabar masing-masing, lagipun masa tu kami sama-sama masih baru dalam tarbiyyah, belum mengerti dan memahami Islam. Selepas mengenali tarbiyyah bertanya khabar pun makin kurang, dari tahun 3 terus terputus tanpa khabar berita.

Subhanallah, dalam tempoh itu langsung tidak terbayang satu hari nanti saya akan menjadi isteri kepada yang terhormat. Sejak dari awal lagi semenjak mengenali tarbiyyah dan mengetahui kepentingan baitul muslim saya sudah mengamalkan doa memohon kepada Allah dikurniakan seorang suami yang juga seorang ikhwah, seorang yang terbaik untuk diri saya, seorang yang mencintai dakwah, dan seorang yang akan memimpin saya ke syurga, tapi wajah yang terhormat tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.

Semasa bulan Ramadhan di hujung tahun 4, saya memanjangkan lagi doa dan harapan supaya Allah memudahkan urusan baitul muslim ini untuk saya. Mungkin kerana umur semakin bertambah, dan terasa diri terlalu terumbang-ambing dan memerlukan seseorang untuk sentiasa menasihati. Pada setiap tahajjud di bulan Ramadhan itu saya sungguh-sungguh berdoa meminta kepada Allah.

Dalam bulan Ramadhan itu juga naqibah saya menyampaikan pertanyaan dari yang terhormat dari Russia. Subhanallah, terus saya terfikir apakah ini jawapan kepada doa-doa saya?

Tetapi saya tidak mahu terburu-buru. Lalu  solat malam saya, saya tambahi dengan solat istikharah, mohon sungguh-sungguh dari Allah menunjukkan saya jalan terbaik untuk diputuskan, dan memohon agar diberi kekuatan dan ketenangan. Alhamdulillah, istikharah saya semakin hari menjadikan saya semakin tenang, tidak ada rasa berat dalam diri untuk menerima. Juga saya tidak punya sebab untuk menolak.

Mengenali yang terhormat semasa di sekolah, segala buruk dan baik dia saya terima seadanya.

Maka, begitulah mudahnya saya menerima yang terhormat untuk menjadi suami saya. Mengapa yang terhormat memilih saya menjadi isterinya, biarlah dia menyimpannya. Ini kisah saya, kisah Australia.

Kemudian kami bertunang selama setahun. Adakah hati saya benar-benar bersih sepanjang setahun pertunangan itu? Biarlah Allah saja yang tahu dan menentukan. Yang boleh saya ceritakan, memang banyak dugaan dan bisikan-bisikan yang meruntuhkan keimanan menyerang sepanjang tempoh itu. Semoga Allah ampunkan segala dosa. Oleh itu saya cuba sedaya upaya untuk tidak banyak berurusan dengan yang terhormat, dan syukur jarak yang jauh banyak membantu. Segala perbincangan kami adalah melalui email yang di-cc kan kepada naqib-naqibah msg2, pun begitu saya sering rasa tidak selesa, Syukur menjelang dekatnya pernikahan yang terhormat banyak berurusan terus dengan ibu bapa saya tanpa melibatkan saya, and I was very happy for that.

Alhamdulillah, kini saya adalah isteri, zaujah kepada yang terhormat. Masih terlalu baru, masih terlalu banyak untuk dipelajari.

Maka, masih tidak layak untuk memberikan nasihat dalam urusan baitul muslim, cuma sekadar ingin berkongsi dari pengalaman setakat ini.

Cukuplah Allah sahaja.

Mohonlah banyak-banyak dan sungguh-sungguh kepada Allah. Jangan sekali-kali berputus-asa. Anda tak akan tahu doa yang mana yang Allah akan berkenan untuk kabulkan. Mintalah setulus hati agar dimudahkan urusan baitul muslim ini. Pasti Allah akan Membukakan jalan dari arah yang paling tidak disangka-sangka.

Dan cukuplah Allah sahaja sebagai sandaran untuk beroleh bahagia. Ketika orang lain meletakkan berbagai-bagai criteria untuk menjamin bahagia dalm berumah tangga, marilah kita meletakkan Allah semata-mata. Bukan sedikit orang yang bertanya dan memberikan nasihat kepada saya supaya benar-benar mengenali yang terhormat, sekurang-kurangnya sebelum bernikah, tapi apakan daya, hati saya sudah tetap. Janganlah sekali-kali meletakkan bahaya dunia sebagai penjamin kebahagiaan; rupa, harta dan jawatan, lebih-lebih lagi trend yang paling berbahaya; iaitu harus benar-benar mengenali hati budi pasangan sebelum memutuskan. Mengapa? Anda takut nanti anda tidak mendapat cinta dan bahagia? Dengarlah, cinta itu hadiah automatis saat anda rela menjadi suami-isteri.

Hadiah yang automatis.

Sungguh saya tak layak memberikan nasihat, maka cukuplah setakat ini di sini. Cuma saya pinta kepada semua yang mengenali diri dan yang terhormat, janganlah diungkit-ungkit kisah hitam yang lalu. Memang saya punya sejarah yang buruk dan ternoda dengan dosa dan maksiat lama sebelum mengenali Allah dan islam, tetapi hormatilah hak saya, dan jagalah hati suami saya, perkara yang lepas tu biarkanlah berlalu.

Terima kasih Allah. Terima kasih ibu, ayah dan keluarga yang terlalu banyak berkorban. Terima kasih naqibah saya. Terima kasih semua teman-teman dan saudara-mara.

Dan terima kasih yang terhormat. Sungguh, seluruh tulisan ini hanyalah elaboration kepada: I love you.

 

4 Responses to “7 Days post nikah”


  1. 1 am January 8, 2011 at 2:19 pm

    salam, akak. such a beautiful story. mahukan cerita yg sama juga. bukan bagaimana berjumpa, atau dengan siapa. kerana bab itu, pasti jalan cerita semua org berbeza. tapi bab pergantungan tu. berdoa dan tahajud setiap malam. oh mesti best kan bila pengharapan sgt tgi pada Dia?dah lama hilg perasaan tu.rindunyaaa nak rasa mcm tu balik.bagaimana ya?

    • 2 aqisz January 8, 2011 at 11:27 pm

      salam🙂 bermujahadah lah..perasaan yang pernah ada tu mungkin dahulu Allah beri sebagai hadiah..bila ia hilang, kita masih ingat betapa manisnya rasa dekat kepada Allah tapi kita hairan knapa skrg sukar utk peroleh rasa yg sama? mungkin Allah masih ingin terus memberi, tetapi dengan sedikit mujahadah🙂

  2. 3 ain January 14, 2011 at 9:51 am

    salam zaujah yg terhormat,
    alhamdulillah kak balqis sudah ke anak tangga seterusnya.
    sebagaimana kak balqis mujahadah dan istiqamah dlm meminta pasangan yg soleh, sgt2 saya harap agar sy sekuat itu terutamanya utk tsabat di jalannya.
    ketiadaan kak balqis buat sy sedikit risau, semoga Allah perkuatkan kedudukan sy di jalan ini.
    tolong doakan perjalanan Durrah dan seluruh warga penggerak dengan kemudahan; kemudahan hati..yg kuat menghadapi segala liku2 dan panahan2.

    doakan process kami menjadi individu muslim yg sebenar lebih cepat, agar kami cepat2 naik anak tangga juga..huhuhu

  3. 4 syafiqah January 18, 2011 at 11:05 am

    salam…mohon share artikelnya…. syukran


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: