Makanan Jiwa

Hari ni saya lalu di sebelah kucing yang baru kena langgar kereta. Mukanya pecah berdarah-darah. Kucing itu menggelupur menanti maut yang sangat hampir. Kasihan. dan ada satu perasaan sakit menyinggah dalam jiwa.

Kemudiannya di sebuah kedai makan, saya melihat seorang anak kecil dimarahi dengan teruk oleh bapanya. Ditengking di hadapan orang ramai dan ditampar. Anak kecil itu menangis teresak2, tetapi semakin kuat menangis semakin teruk ditengking oleh ayah, akhirnya anak kecil terpaksa berhenti menangis kerana akhirnya, selepas ditengking dan ditampar, barulah dia faham, ayah mahu dia diam. Kasihan. Dan ada satu perasaan yang sangat sakit menyinggah dalam jiwa. Lebih sakit dari melihat kucing yang menggelupur menanti maut.

Rasa sakit ini ialah sebuah refleks. Sukar diterjemah, apakah kasihan sangat, atau benci, atau marah, atau sedih. Sakit.

Astagfirullah. saya memohon dari Allah sangkaan yang buruk terhadap si ayah.

Tetapi seorang kanak-kanak sentiasa lapar dua perkara;

1) Lapar keperluan fizikal
Yang saya yakin telah dipenuhi oleh ayah, kerana baju anak kecil cantik dan kemas, rambutnya tersisir rapi, dan kasut tampak baru dan berkilat. Tubuhnya nampak sihat, tanda diberikan cukup makan dan zat. Si ayah kemudian membawa anak kecil makan tgh hari dalam kedai makan tersebut, nyata ayah cukup sempurna dalam memenuhi kelaparan fizikal anak. saya juga yakin, anak kecil ini akan dihantar ke sekolah yang bagus, yuran sekolah kan sentiasa berbayar, baju sekolah kan bertukar baru saban tahun. Saya yakin, anak kecil dibesarkan dalam rumah yang cukup serba serbi, dilindungi dari bahaya dan kesusahan. Saya yakin, ayah sangat cermat dalam menyediakan segala yang akan mengenyagkan kelaparan fizikal anak kecil.

2) Lapar jiwa
Setelah meyakini bahawa anak ini akan dibesarkan dalam sebaik2 persediaan fizikal, saya mula memahami mengapa ada rasa sakit yang singgah apabila melihat anak kecil dilayan sebegitu rupa di tengah2 orang ramai. Kerana pada waktu itu, dia lapar jiwa, bukan lapar fizikal. DIa tidak peduli apakah bajunya cantik dan kemas, apakah kasutnya berkilat, apakah perutnya kenyang atau lapar. Yang lapar adalah jiwa.

Dan menyediakan makanan jiwa adalah jauh lebih utama dari makanan fizikal.

Kelaparan jiwa tak dapat dikenyangkan oleh harta, keperluan2 fizikal. Kelaparan jiwa dikenyangkan oleh kasih sayang, perhatian, dan respon2 ang terbaik pada saat2 yang paling kritikal.

Adakah ilmu jatuh dalam makanan fizikal atau makanan jiwa?

Kedua-duanya,

Apabila ilmu diberikan sekadar mengenyangkan pembesaran minda yang pesat, ia tinggal sebagai teori dalam kepala.
Tetapi ilmu yang diberi dengan maksud supaya diterjemah sebagai praktikal, yang diberikan dengan kasih sayang, dan penuh kesabaran, akan terpatri sebagai makanan fizikal dan makanan jiwa.

Semasa di Australia, saya melihat bagaimana ibu-bapa di sana sangat mementingkan makanan jiwa anak-anak, jauh lebih diutamakan daripada makanan fizikal. Sering saya lihat ibu2 yang tidak penat2 melayan soalan2 anak2 yang tak putus2, sekali pun tidak melenting, sekali pun tidak menyuruh anak itu diam, dan lebih mengutamakan anak yang di pangkuan dari orang2 lain di sekeliling.  Pada masa itu saya merasakan kedamaian, walaupun cuma sebagai pemerhati, bahawa pada saat itu, makanan jiwa anak itu sedang dipenuhi dengan baik.

Dan bukankah ini juga tuntutan dalam islam?

Memberikan sebaik-baik makanan kepada anak2 ini. Dan seagung2 makanan jiwa ialah mengesakan Allah dan menunjukkan ke jalan yang lurus…

1 Response to “Makanan Jiwa”


  1. 1 ibie February 21, 2011 at 2:50 pm

    ya..makanan jiwa,yang banyak terlupa..yg harus membri dan siapa yg d beri..itu siapa..,bahkan tak sdr apa itu mkanan jw


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: