Cinta

Hadis Anas r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman:
Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

(Riwayat Muslim)

Mencintai seseorang hanya kerana ALLAH

Begitu mudah dilafazkan di mulut: saya cinta kamu ikhlas hanya kerana Allah.
tetapi pembuktian pasti datang dari perbuatan yang terzahir

—————————————————————————————————-

Sambil menyelak2 helaian majalah di ruang tamu rumah Seri..

“Seri, aku suka duduk di rumah kau lama2…Di sini ada kedamaian..” kata Masitah.
Seri menatap wajah Masitah lama2…
“Kau bergaduh dengan mak kau lagi?”
Diam.
“Sampai bila Mas? Sekarang kau makin kerap datang ke rumah aku…Bukan aku tak suka..tapi kalau aku jadi jalan keluar setiap kali kau bergaduh dengan mak, aku pun rasa tak selesa…”

“Kau tak faham Seri..Kau tak kenal mak aku…Aku dah tak tahan dengan sikap emak..”
Kipas berputar laju…Pasti selaju gelora di hati Masitah.
“Mak aku tak pernah beri peluang pada aku untuk jelaskan apa2pun, semuanya mesti ikut cakap dia. Aku dah dewasa Seri, aku sudah punya kerjaya sendiri! Aku patutnya boleh putuskan sendiri apa yang aku mahu lakukan dengan hidupku, tapi emak tak sudah2 mencampuri urusan hidupku. Pulak tu segala yang dia mahu tak sama dengan apa yang aku mahu..Kalau dulu masa aku kecil tak mengapa, tapi aku sudah besar, aku tahu apa yang aku mahu, aku ada hala tuju hidupku sendiri, tapi dia masih melayan ku seperti kanak2 kecil yang perlu dibimbing setiap masa…”

Mas menyambung keluhannya lagi..
“Sudahnya kami asyik berperang mulut…Kadang2 aku cuba jelaskan dengan cara yang lembut, aku cuba berdiplomasi, tapi dia langsung tak mahu mendengar…segalanya dia sahaja yang betul, segala pillihanku semuanya salah, semuanya buruk belaka…kadang2 dia memerli ku..kadang2 dia memarahiku tak semena2…aku…aku rasa aku dah kecewa dengan emak aku…aku..nak lari jauh2…dari hidup dia..”

Seri menghela nafas panjang selepas mendengar curahan hati temannya itu..

“Jadi, adakah kau masih sayang pada dia?”

“Tentulah aku sayang dia…dia emak aku…”

“Kenapa? Kenapa kau masih sayang dia selepas apa yang dia lakukan pada kau?”

“Sebab dia emak! Dia mengandungkan aku selama sembilan bulan! kemudian bertarung nyawa melahirkan aku. Kemudian dia membesarkan aku, bekerja keras demi membesarkan aku. Dia dah banyak berkorban untuk aku, sebab itu aku mesti menyayangi dia walau pun jauh di sudut hati aku ingin lari jauh dari dia…”

“Herm…kau tahu apa punca masalah kau dengan mak kau sekarang?…Kau sayang dia…..pada sebab yang salah!”

“Haaa??” Masitah nyata sangat terkejut dengan ungkapan itu..

“Masih ingat hadis kemanisan iman?? Syarat yang kedua untuk merasai kemanisan iman ialah kita mencintai seseorang itu, ikhlas, hanya kerana ALlah semata2, bukan atas sebarang sebab yang lain, yang hina-dina dan amat rendah nilainya di sisi Allah…sebesar2 cinta ialah apabila kita tidak meletakkan sebarang syarat untuk cinta itu, hanya kerana ALlah semata-mata..barulah kita namakan cinta itu cinta yang teragung!”

Masitah menundukkan wajahnya..Seri menyambung lagi…

“Asas cinta kita kepada emak kita, jika kita landaskan kerana dia telah mengandungkan kita, telah melahirkan kita, telah membesarkan kita, bermakna asas cinta kita itu lemah dan mudah retak…Kita telah meletakkan syarat, yang syaratnya bukan Allah! Maka seolah2nya kita memaksa diri kita mencintai seseorang itu kerana syarat2 ini!”

Seri bersyarah lagi..”Kalau begitu apa bezanya nilai cinta kita ini dengan cinta seekor kucing kepada emaknya? Bukankah seekor kucing juga mencintai emaknya kerana emaknya itu mengandungkannya, melahirkannya, melindunguinya dan membesarkannya? Dan kita hendak meletakkan cinta kita serendah cinta haiwan? Jangan Mas, jangan…. besarkanlah dan agungkanlah cintamu”

Masitah hanya diam tidak bersuara apa-apa..

“Masih ingat kisah pemuda yang akan menjadi jiran Nabi Musa di syurga? Masih ingat bagaimana Allah memberitahu siapakah jiran Nabi Musa kelak di syurga, lantas Nabi Musa menjejaki pemuda itu, dan betapa terkejutnya baginda apabila melihat pemuda itu memelihara, malah memandi dan memeluk cium dua ekor khinzir yang besar! Ternyata, kedua2 khinzir itu adalah ibu-bapanya…Betapa besar pengajaran cerita ini kepada kita Mas, bahawasanya, kalau cinta kita kepada ibu-bapa kita ikhlas hanya kerana Allah, maka jika mereka khinzir sekalipun kita tetap menyayangi mereka! Apatah lagi kalau mereka setakat memarahi kita, menengking kita atau tidak setuju dengan kita….Kerana cinta kita kepada mereka terlalu besar, sehingga mengaburi segala kelemahan dan kekurangan mereka…Dan itulah cinta yang teragung Mas..”

————————————————————————————————-

Sebulan kemudian…
Di talian telefon yang menghubungkan Seri dan Masitah..
“..Seri, aku sangat terhutang budi dengan kau…Sekarang hubungan aku dengan emak sudah sangat baik…Sekarang aku temui kedamaian yang selama ini aku cari..”

“iye ke? baguslah, Alhamdulillah..apa yang telah berubah? Emak ke Mas?”

“Tak ada apa yang berubah dengan emak,  masih macam dulu…Tapi hatiku yang telah berubah Seri..Selepas kau berikan nasihat dulu, aku terus menyesal dengan kebodohan aku yang meletakkan harga cinta ku pada emak begitu rendah sekali…Aku balik, menangis dan bersolat taubat..Aku mohon maaf kpd Allah kerana lupa dengan apa yang Dia Mahukan…Aku minta kekuatan dari Allah, supaya aku bersabar dan terus mencintai emak di sebalik kekurangan dalam hubungan kami…Aku juga minta pada Allah, supaya aku benar2 ikhlas mencintai emak hanya kerana Dia…Ternyata selepas itu Allah Menolongku…walaupun emak masih begitu, tetapi hatiku disambut ketenangan setiap masa..aku mendapat kekuatan untuk sentiasa bermujahadah dan bersabar dengan setiap kerenah emak…Agaknya emak pun perasan dengan perubahan sikapku, sekarang emak pun nampaknya sudah mula mahu mendengar kata2ku…Alhamdulillah…Seri, terima kasih Seri, kerana mengingatkan aku..”

“Alhamdulillah..kita manusia memang kena sering saling mengingatkan…Baguslah kalau hubungan kau dan emak dah semakin pulih…tapi ingat ye, bukan dengan emak sahaja cinta kita begitu, malah dengan siapa pun yang penting dalam hidup kita..dengan adik-beradik kita, dengan saudara-mara kita..dengan teman2 yang kita sayangi..dengan suami kita…mestilah kita meletakkan cinta yang teragung ini, iaitu cinta yang tak punya sebarang syarat melainkan Allah semata-mata!”

“Iye, betul tu Seri…Banyak manusia sekarang cintanya cinta bersyarat…Contohnya macam dalam soal mencari jodoh…ramai yang mengakui cintanya adalah ikhlas kerana Allah, tetapi pelaksanaannya seolah2 Allah itu diletakkan di pinggiran atau di tempat yang terakhir…Meletakkan rupa paras, umur, kerjaya, harta, keakraban yang telah terjalin lama. jadi dimana Allah?….ramai juga yang tidak dapat menerima kekurangan pasangannya..pemalu, penakut, garang, kasar, lambat..aku juga pernah jumpa yang bercerai kerana tidak dikurniakan cahaya mata…itukah cinta yang ikhlas kerana Allah?”

“jangan begitu Mas…Kita kena sentiasa bersangka-baik dengan semua orang…Mudah-mudahan bila tiba masa kita untuk melaluinya kelak, kita akan jadi orang yang pertama-tama mengotakan kata2nya..Takutnya kalau kita tergolong dalam golongan orang yang kata2nya di mulut sahaja manis, tetapi tidak terzahir dalam perbuatan…”

“Astagfirullah…….Ye Seri….InsyaAllah…marilah kita sama2 meminta dan berdoa kepada Allah, agar memberikan kita cinta setinggi-tinggi cinta, iaitu kecintaan, hanya kerana Allah!..”

1 Response to “Cinta”


  1. 1 arcane November 23, 2010 at 11:21 am

    this post really means a lot to me at this time.

    tq dear.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: