Quran buruk..

Salam semua,

Tajuk hari ni, “Quran buruk” tidak ada kena mengena dengan ada satu drama melayu di tv bertajuk ‘quran buruk’ (saya pun x pernah tengok, tapi macam pernah nampak tajuk drama ni, sorry kalau sebenarnya tak wujud).

Sebab teringat, satu kisah di satu masa.

Ada seorang akhawat bercerita, sewaktu keluar berjalan di malaysia, dia singgah untuk solat di sebuah surau awam. Kerana telah terbiasa membawa tafsir (terjemahan) al-quran ke mana-mana dan telah terbiasa ‘meninggalkannya’ di merata-rata tempat, dia telah meletakkan quran tersebut di tepi bag nya, iaitu di atas lantai dan keluar mengambil wudhu’. selepas memasuki semula ruang solat, seorang mak cik yang tidak dikenalinya mengangkat quran tersebut dan menyerahkan kpdnya, sambil memberi nasihat. dengan nada yang tegas dan sedikit garang, makcik menasihatkan akhawat tersebut supaya ‘mengambil berat’ tentang al-quran. al-quran tidak boleh dibiarkan merata-rata dan tidak boleh diletakkan di tempat yang rendah .

sewaktu handing over tafsir akhawat tersebut, beberap helai muka surat yang telah terkoyak (kerana selalu sangat diselak) terjatuh ke atas lantai. makcik semakin marah! apabila dilihat kembali, tafisr akhawat tersebut juga banyak berconteng-conteng dan bertampal-tampal. makcik sangat terkejut kerana akhawat tersebut ‘melayan’ tafsir quran nya dengan begitu buruk sekali. tak pandai langsung menjaga kitab suci Allah. tidak tahukah nilai sebuah al-quran? tak tahukah ini adalah kata-kata Allah yang suci dan mesti dipelihara?

akhawat tersebut hanya tersenyum dan tidak berkecil hati.

wahai ummat. inilah hakikat kita!

beginilah pandangan kita kepada sebuah kitab bernama al-quran!

sekadar untuk dipelihara, tidak boleh dilangkah, tidak boleh dipijak, sebuah kitab suci yang menghiasi rak-rak rumah-rumah kita. untuk itukah al-quran ini diturunkan? untuk sekadar dibaca dengan tajwid yang betul? untuk menghafaz beberapa surah untuk dibaca dalam solat? untuk dibaca di bulan ramadhan? atau sekadar untuk menambah pahala?

antara perkara yang terbesar yang sangat merunsingkan kepala saya sebelum saya disapa tarbiyyah ialah mengenai sesuatu yang sering semua orang sebut-sebutkan, iaitu “Al-Quran adalah panduan hidup” atau “Al-Quran manual kehidupan”

semenjak saya mendengar nya, saya sering rasa tak puas hati, ‘apa maksudnya al-quran panduan kehidupan?’ kerana saya tidak terasa hidup saya dipandu al-quran. ‘apa ertinya al-quran manual kehidupan?’ kerana saya tidak pernah merujuk al-quran utnuk apa2 soal kehidupan saya pun.

ada orang datang menjelaskan bahawa itu adalah kerja ulama’, untuk mengeluarkan semua hukum dan garis panduan dari al-quran sebagai ikutan kita, sebab ilmu kita semua ni tak cukup untuk buat begitu. so indirectly sebenarnya kita dah pun hidup dengan al-quran sebagai manual dan panduan, cuma tak rasa je..

saya tidak dapat menerima jawapan ini!

tak mungkin sebuah manual atau sebuah panduan hanya boleh difahami oleh sedikit orang sahaja, sedangkan ia panduan untuk semua. tapi masa itu, ke manalah saya boleh pergi pun dengan kerunsingan saya ini? jadi ia hanya tinggal sbg kerunsingan dalam kepala saya sahaja, dan saya terus membaca al-quran sebagai penambah pahala semata…

sehinggalah saya mengenal tarbiyyah dan diberi peluang untuk mendekatkan diri denga ayat2 Allah..

ya Allah..ya Allah…ya Allah…

banyak kali bercucuran air mata apabila mengenal semula ayat-ayat Allah. menangis kerana isi kandungan ayat2 tersebut yang amat besar sekali…menangis kerana keindahan ayat-ayat Allah…menangis kerana begitu detail sekali Allah Menjelaskan tentang banyak perkara, tapi saya langsung tak pernah tahu tentang details yang Allah bagi..menangis kerana umur dah banyak baru nak mengenal ayat2 Allah..menangis kerana begitu banyak rahsia, matlamat kita dijadikan, apa yang Allah Mahukan dari kita sebenarnya, baru saya tahu sekarang..menangis kerana tak pernah ada orang datang mengajar ayat-ayat ini sedang ayat itu selama ini ada di situ sentiasa!

menangis kerana ramai lagi orang di luar sana yang seperti saya, menganggap al-quran hanyalah sebuah bahan baca semata. yang masih memelihara al-quran mereka supaya tersimpan rapi di rak di rumah di tempat yang tinggi, sedangkan sepatutnya ayat2 Allah duduknya di hati. dihafaz dan dibawa pergi ke mana-mana. atau al-quran itu sendiri diusung ke mana pergi.

dan benci dengan orang-orang yang telah memisahkan al-quran ini dari saya! dan dari ruh umat islam..

apakah al-quran ini, yang kalau diturunkan di atas gunung maka hancurlah gunung itu, boleh tidak mempunyai sebarang kesan ke atas diri kita yang kecil dan hina-dina ini? (lau anzalna hazal quran a’la jabalin la raaitahu khosyian mutasaddian min khasyatillah…59:21) saya yakin, kalau kita dapat menangkapi kebesaran al-quran itu, maka diri kita pun pasti akan terhancur-belah seperti gunung…

“Dan ini adalah Kitab (al-Quran) yang Kami turunkan dengan penuh berkah. Ikutilah, dan bertaqwalah agar kamu mendapat rahmat. (Kami turunkan Al-Quran itu) agar kamu (tidak) mengatakan, “kitab itu hanya diturunkan kepada dua golongan sebelum kami (Yahudi dan Nasrani) dan sungguh, kami tidak memperhatikan apa yang mereka baca” atau agar kamu (tidak) mengatakan, “kalaulah kitab itu turun kepada kami, tentulah kami lebih mendapat petunjuk daripada mereka” Sungguh, telah datang kepadamu penjelasan yang nyata, petunjuk dan rahmat dari Tuhanmu. Siapkah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? kelak, Kami akanĀ  memberi balasan kpd orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan azab yang keras, krn mereka selalu berpaling” (6:155-157)

tiada kata akan dapat meyakinkan anda untuk mencintai al-quran melainkan anda sendiri mendekati al-quran dan jatuh cinta kepadanya.

cuma, saya hanya dapat berkongsi sedikit perasaan…terhadap al-quran….terhadap kalam Allah…
selepas saya mengenali al-quran, barulah saya sedar selama ini hidup saya hampir sia-sia seluruhnya, kerana saya bergerak, dan hidup di atas jalan yang salah, iaitu jalan yang dicorakkan oleh manusia, sedangkan jalan yang Allah mahu totally lain. fikiran2 saya, rasional2 saya, terbentuk oleh neraca pemikiran manusia, sedangkan neraca Alla lain dan lebih luas lagi. hanya selepas mengenali al-quran, hati saya berasa damai, kerana akhirnya saya tahu matlamat saya dijadikan, ke mana saya harus menuju, dan apa yang sebenarnya Allah mahu dari saya, saya menjadi orang yang hidup dengan wawasan, cita-cita dan keyakinan yang pasti atas apa yang akan saya buat dengan hidup saya, sehingga ke akhir hayat.

maka saya merayu kepada anda semua, mulailah membaca al-quran seperti anda membaca buku2 ilmiah anda, iaitu anda baca dan cuba fahami, supaya dapat dimanifestasi dalam kehidupan, bukan sekadar bahan bacaan pengisi masa lapang atau penambah pahal. al-quran adalah untuk dikaji, dipelajarai malah ia sepatutnya ilmu paling serius yang kita pulun untuk betul2 fahami. mulakan dengan membaca terjemahan dan tadabbur sendiri, kemudian carilah tafisr untuk mengetahui rahsia2 di sebalik setiap kata, kalau tak mampu memahami apabila dibaca sendiri carilah orang untuk mengajari anda..

akhir kata..saya juga menangis..kerana hanya sejak akhir-akhir ini, barulah saya mendapat sebuah perasaan baru, iaitu perasaan, “mengapa saya boleh tidak membaca al-quran sebanyak-banyaknya dalam sehari?”

ke arah satu juzuk sehari…amin…

allahua’lam…

 

About these ads

2 Responses to “Quran buruk..”


  1. 1 saya November 12, 2010 at 10:56 am

    salam. penulisan akk selalu mnjadi inspirasi saya…walaupun tak pernah bertemu. moga terus dikurniakan Allah kesempatan utk berkongsi di ruang maya ini.

  2. 2 MAIL June 5, 2011 at 9:41 am

    SY SYGAT BERMINAT UNTUK MENJADI SEPERTI ANDA..TETAPI APABILA MEMBACA TERJEMAHAN ALQURAN SAYA SUKAR MEMAHAMINYA KERANA BAHASANYA….YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU INI..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 11 other followers


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: