Tadabbur ku…Belum cukup bertaqwa, belum cukup bertawakkal..

Alhamdulillah, telah selamat pulang dari misi “generasi muda dan perubahan”…..
Personally tajuk kali ni adalah tajuk yang agak mencabar dan serius untuk dibentangkan, dan half-way saya dah agak ‘pancit’. haha. kalau ada sapa2 perasan lah….apa2 pun, seperti sebuah peringatan yang selalu diulang2 oleh seorang ukhti, apa2 yang terkeluar dari mulut itu, baik elok atau buruk, adalah yang terbaik yang Allah Mahukan untuk semua pada masa itu….
dan overall, setiap sesi yg berlangsung dalam Katibah Umar baru2 ini (termasuklah senaman pagi yang terpaling semangat😉 ) saling menguatkan antara satu sama lain..semoga Allah Merahmati dan Memberkati kita semua….

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————-

Kali ni nak tadabbur sebuah ayat yang dekat dengan kita semua…sangat dekat dengan saya, sampai siap gantung frame ayat ni kat dinding bilik di malaysia sebab suka sangat:

iaitu ayat seribu dinar:

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah , nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah (tawakkal), maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Selama ni dah hafaz ayat ni, tapi alhamdulillah, baru2 ni Allah membukakan satu lagi sudut tadabbur ke atas ayat ini.

tadabbur ni diperoleh selepas dengar tazkirah subuh dari seorang ukhti semasa di Katibah Umar beberapa hari lepas. Jazakillah khair ukhti.

Ukhti memberikan tazkirah tentang ‘tawakkal’. Baik sekali perkongsian ukhti ini yang mengingatkan bahawasanya, ‘tawakkal bukan hanya selepas kita sudah selesai melaksanakan sesuatu perkara dan menyerahkan keputusannya pada Allah, tetapi tawakkal sepatutnya berlaku dari mula, dari sebelum kita mula melaksanakan sesuatu, dan juga sepanjang kita melaksanakannya, sehinggalah sesudah kita selesai melaksanakannya’

Maksudnya, sejak dari mula, sejak sebelum kita mula buat apa2 kita sudah redha dengan keputusanNya, kita sudah menyerahkan bulat2 kepada Allah. Dan dari mula kita telah meyakini bahawa outcome sst perkara itu seluruhnya di tangan Allah, bukan di tangan dan di atas usaha kita!

lantas saya teringatkan ayat ini, iaitu ayat seribu dinar ini…

dan ter ingat2 kisah Bilal Bin Rabah sewaktu beliau disiksa, dan baru mengerti konsep taqwa dan tawakkal….

‘Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah , nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya’

Membuka semula kisah Bilal bin rabah: Beliau disiksa dengan begitu dahsyat sekali oleh Umayyah bin Khalaf, tuannya. Selepas disebat dengan cemeti dan dihina di depan orang ramai, Bilal dibaringkan di atas tanah padang pasir yang menggelegak panasnya, sehingga bahagian belakang badan Bilal cedera teruk dan berparut sehingga akhir hayatnya, dan dihempap pula dengan sebuah batu yang amat besar dan berat yang mampu mematahkan tulang2 rusuknya, dan dibiarkan dijemur di bawah kepanasan itu. Setiap kali Umayyah memaksanya untuk meninggalkan islam, tiadalah lain yang disebutnya melainkan ‘Ahad…Ahad…’

Pause.

Cuba bayangkan sekejap kita berada di tempat Bilal ini. Adakah kita akan sanggup menahan siksa ini? Adakah kita akan menzahirkan keimanan kita yang kita sering lafazkan iaitu kita tak akan berpaling dari Allah dan Rasulullah walau sehebat mana pun cubaan yang menimpa kita? Iman memang senang dilafazkan di mulut, tetapi penzahirannya, yakni ‘taqwa’ mampukah kita?

Akhirnya, selepas begitu teruk disiksa, datanglah utusan Saidina Abu Bakar bertemu dengan Umayyah menyatakan perutusan Saidina Abu Bakar untuk membeli dan membebaskan Bilal dari menjadi hamba kepada Umayyah. Maka bebaslah Bilal! Merdeka lah Bilal!

Subhanallah!

Sebuah jalan keluar! :Bilal langsung tidak menyangka, dan tidak mengharapkan jalan keluar yang sebegini indah. Sepanjang disiksa dia tidak dapat membayangkan bahawa dia akan diselamatkan dari siksaan itu dengan cara begini.dan dia juga tidak pernah merayu dan meminta kepada manusia2 di sekelilingnya supaya dia diselamatkan. hanya Allah sahaja tempat mengadu, dan tempat bertawakkal.

Sebuah rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka! : Bilal langsung tidak pernah terfikir bahawa dia akan bebas dari penghambaan. Dia hanya ingin mempertahankan keimanannya kepada Allah dan Rasulullah. Dia rela mati. tetapi Allah bukan sahaja menghentikan siksaan itu, malah Memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka, iaitu bebas dari perhambaan kepada manusia buat selama-lamanya!

Kisah ini membuatkan saya terfikir, kita pun selalu mengharapkan jalan keluar segala masalah kita dari Allah. Kita pun selalu mengharapkan rezeki dari arah yang tidak disangka2 akan turun kepada kita.

tetapi, adakah kita telah cukup bertaqwa dan bertawakkal untuk memperolehnya?

Kita dapat merasai betapa besarnya ‘taqwa’ dan ‘tawakkal’ Bilal bin Rabah.

ya Allah begitu sekali Allah menepati janjiNya! Iaitu janji di dalam ayat seribu dinar ini! (wa man aufa bi ‘ahdihi minallah!)

Kita pun sama menyakini, tetapi adakah kita sudah memanifestasi?

Mungkin dalam usaha2 kita, kita tidak cukup bertaqwa kepada Allah. Kita belum cukup ‘push’ diri kita untuk bersungguh2 melaksanakan segala perintah Allah sebaik2nya dengan sepenuh jiwa dan raga kita, dan belum betul2 mengotakan keimanan yang sering kita lafazkan.  Kita belum betul2 berlari dalam mengejar ‘jalan keluar’ yang Allah janjikan.

dan juga, mungkin kita belum benar2 bertawakkal  kepada Allah untuk benar2 layak menerima bantuan dan janji2Nya.

tetapi kita tak malu2 meminta dan mengharapkan ‘jalan keluar’ dan ‘rezeki dari arah yg tidak disangka-sangka’.

begitu juga langkah kita dalam dakwah…dalam mengembalikan manusia kepada Allah dan Islam, mungkin kita belum cukup bertaqwa, dan belum sempurna bertawakkal, sebab itu, jalan keluar masih pudar, dan rezeki belum tiba dari arah yang tidak disangka-sangka…
Ayuhlah bertaqwa dengan sebenar2 taqwa! dan bertawakkal dengan sebenar2 tawakkal!

 

 

2 Responses to “Tadabbur ku…Belum cukup bertaqwa, belum cukup bertawakkal..”


  1. 1 Aisyahukimin October 26, 2010 at 7:46 am

    Subhanallah…

    Sedang cuba beriman dengan ayat2 ini juga kak!
    jzkk for elaborating with Bilal’s story.

  2. 2 Haslina October 27, 2010 at 10:59 am

    Jazakillah khayr🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: