Demi Allah! Silalah luka kan hatiku (Part II)

Alhamdulillah..summa alhamdulillah..summa alhamdulillah.. 🙂

Betapakah indahnya susunan Allah dalam merangka perjalanan hidup kita.
juga Mengaturkan saat hadirnya ketukan-ketukan hati dan pujukan-pujukan halus tatkala mendung meresah di hati..
Kadang-kadang ada juga rasa cemburu kepada biah Rasulullah dan para sahabat yang sentiasa diiringi teguran2, jawapan2 ketika buntu tanpa jawapan. Dan indahnya saat Allah sendiri Memujuk tatkala kesedihan dan duka menerpa.

Tapi kenapa dengan aku ini?
Allah kan Maha Pengasih.
Tapi imanku goyah pada janji “Intansurullah ha yansurkum, wa yusabbit aqdamakum” ; Bantulah agama Allah, maka nescaya Dia Membantu kamu, dan meneguhkan kedudukan kamu.

Pasti, dan pastinya Allah sentiasa bersama kita, tatkala kita gembira mahupun sedih.
pasti dan sudah pastinya Allah Juga Memberi teguran kepada kita ketika kita perlu teguran itu, juga Memujuk kita apabila kita memerlukan pujukan itu. Tapi kadang-kala kita tak dapat melihatnya, kecuali jika kita mentadabbur hidup kita.

————————————————————————————————————————————————
pada saat yang tepat sekali Allah Mengirimkan teguran terus sekali dengan pujukan tentang sebuah penyakit hati atau jahiliyah ‘mikro’ yang bersarang dalam hati.

ketika hati sedang dilanda rusuh, ketika usaha kita sedang menempa kepayahan , walaupun hanya cubaan-cubaan yang kecil, cukup untuk menggoyahkan langkah seorang daie yang masih terlalu mentah, dan sememangnya tak lepas dari membuat kesalahan.

ketika daie-daie kerdil yang baru cuba mengerti erti dakwah, baru belajar-belajar bagaimana melaksanakan tuntutan ini, ketika masih bereksperimen dengan banyak ruang lingkup yang tak pernah diterokai, termasuklah yang membabitkan soal hati dan perasaan, Allah sudah berkenan menghantar sedikit cubitan. Dan kami mensyukurinya.

Demi Allah! Silalah lukakan hatiku! Sila lah luka kan hati kami semua!

Kami akan menangis, tentu. Kami akan terluka. Tetapi kami gembira.
Kerana sedih kami, tangis kami, adalah di atas jalan ini, dan kerana jalan ini.
itu jauh lebih kami senangi dari duduk2 bersenang-lenang tanpa sebarang cubaan, atau pun gembira ria dengan pujian dan sanjungan pada kenikmatan dunia yang hanya sementara.

Demi Allah! Sila lah luka kan hatiku! Sila lah luka kan hati kami semua!

Kerana ujian-ujian ini, tohmahan-tohmahan ini, tuduhan-tuduhan ini, kata-kata yang mengguris hati kami ini, membuka mata kami pada ketololan kami dan kesilapan kami, juga mendewasakan kami di atas jalan ini. Moga-moga langkah kami akan lebih teguh dan mantap selepas ini.

Demi Allah! Sila lah luka kan hatiku! Sila lah luka kan hati kami semua!

Kami patut bersyukur dan berterima kasih kepada ujian-ujian ini. kerana jika semua ini tidak berlaku, maka kami juga tidak akan melangkah lebih maju ke hadapan. Baru lah terbuka hijab yang melindungi selama ini, barulah kami mengerti apa sakitnya sebuah ujian.

Demi Allah! Sila lah luka kan hatiku! Sila lah luka kan hati kami semua!

Kami juga rasa sangat bersykur, kerana apabila ujian-ujian ini menimpa, kami terharu dengan semangat dan ukhuwwah yang mengalir. Pada syura kita berpegang, pada syura itu kita tanggung bersama segala akibat seperti yang kita sepakati. Kita tidak menyalahkan siapa-siapa pun, kita tidak menuding jari pada mana-mana individu. Sama-sama kita menaggungnya. DAn sama-sama kita saling menguatkan. Dan disitulah terasa hangatnya ukhuwwah yang mengalir, ketika kita saling menangis bersama dan saling pujuk-memujuk. Tidak sedikit pun kita biarkan siapa pun meanggung sendirian.

Demi Allah! Sila lah luka kan hatiku! Sila lah luka kan hati kami semua!

Disinilah kami belajar mempraktiskan teori yang dipelajari. Kita belajar tentang bahaya penyakit hati atau jahiliyah mikro ini, tetapi kita lebih memahami dan merasainya apabila kita dirundung ujian. Pada masa itu kita baru mengenali hati kita, ikhlaskah segala kerja-kerja kita selama ini? Jika kita mula merasakan sedikit ujian ini boleh memamah keyakinan kita utk terus bertapak di atas jalan ini, maka kita mula memuhasabahkan diri kita, ikhlaskah aku selama ini kerana Allah? Begitu juga bila kita disimbah pujian dan kejayan demi kajayaan, adakah kita mula rasa ini adalah kerana usaha kita?  sama. ujian juga begitu. adakah kita merasa ianya adalah semata-mata kerana kita?

Demi Allah! Sila lah luka kan hatiku! Sila lah luka kan hati kami semua!

3 Responses to “Demi Allah! Silalah luka kan hatiku (Part II)”


  1. 1 laskarmentari October 3, 2010 at 12:49 pm

    nangis saye bace ni,…=(

  2. 2 aniszarina October 4, 2010 at 3:11 am

    salam kak balqis, suke sgt entry ni.

    sesungguhnya perancangan dan aturan Allah tu begitu hebat, dan ujian2Nya bertujuan mentarbiyyah kita semua. Alhamdulillah, ape yang berlaku memang membuka mata kita semua.

    sama2 kita bersatu dalam jalan ini.

  3. 3 nur_quds October 9, 2010 at 1:16 am

    demi Allah..lukakanlah hati kami juga~~~


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: