Demi Allah, silalah lukakan hatiku

Alahmdulillah summa Alhamdulillah summa alhamdulillah

Sejak kebelakangan ini sunggoh banyak yang dipelajari dalam hidup ini. dan saya melihat kaca mata hidup saya berubah dari hari ke hari.
Terlebih dahulu saya ini adalah seorang yang amat lemah bila sampai soal hati dan perasaan.
dah tak terkira banyaknya hati-hati dan jiwa-jiwa manusia yang saya lukakan.
selalunya kerana kata-kata yang pedas atau kata-kata yang bersifat keakuan dan memikirkan diri sendiri.
baru-baru ini Alhamdulillah Allah berikan kesempatan untuk bermuhasabah denagn seorang teman rapat tentang kelemahan diri kami masing2.
Ukhti tersayang denagn ikhlas menyebutkan bahawa saya selalu tak peduli dengan orang sekeliling, apa perasaan mereka, apa concern mereka,  kadang2 saya seolah tak berhati perut langsung. InsyaAllah saya pun sedia maklum dengan kekurangan diri saya itu, sejak dahulu sampai sekarang saya kan terus struggle dengan kelemahan ini.
yang selalunya terjadi ialah, saya memang tak sedar atau tak perasan pun bahawa ada emosi yang sedang bergelora pada orang di sekeliling saya.
kadang2 dalam satu2 isu itu saya tak nampak langsong adanya tautan hati lantas saya pun mengemukakan pandangan yang totally meranapkan  emosi tadi yang mengalir. Sampai bila ada air mata yang bersimbah barulah saya nampak kerosakan yang telah saya lakukan.
dan pada waktu itu, Ya Allah, Dia sahaja yang tahu betapa bersalahnya rasa hati ini. Betapa saya rasa ingin lari jauh-jauh terjun ke dalam gaung kerana telah melukakan hati seorang akhawat.
kadang2 saya juga meletakkan objektif sesuatu perkara itu mengikut kemampuan atau kapasiti  saya, tanpa memikirkan kemampuan orang lain, jadinya kadnag2idea yang saya lontarkan amat tidak disenangi.
Dan ada masa2nya, kerana jawapan saya telah melakukan kerosakan yang besar, respon atau jawapan yang saya terima juga selepas itu juga sangatlah meranapkan jiwa saya sendiri. What you give you get back, walaupon most of the time apa yg saya give itu adalah kerana ketololan saya dalam sudut emosi dan perasaan.
ada masa2nya tindak balas orang terhadap saya sangat menyiat2 hati, kadang2 sampai berendam air mata berhari-hari, kadang2 sampai tak sanggup bersua-muka dengan akhawat tersebut berminggu-minggu.
Sungguh, Allah saja yang tahu apa yang saya lalui selama ini kerana kelemahan menghargai emosi dan perasaan orang ini.

ada satu masa, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri, tidak mahu lagi memberi pendapat, tak mahu terlibat langsung pun dalam perbincangan atau syura, kerana saya tidak mahu lagi mengulang kepedihan yang sama.
Tetapi kemudiannya Allah mencampakkan satu rasa atau ilham baru yang best, yaitu rasa gembira kerana terluka di atas jalan ini.
saya mula menghargai bahawa dilukai oleh seorang akhawat jauh lebih bermakna dari dilukai oleh hal-hal yang remeh-temeh dan sia-sia.
Ditegur dan dirabik2kan perasaan oleh seorang akhawat jauh lebih bererti dari ditegur kerana hal-hal keduniaan.
Bermasam muka dan berjauh hati sesama akhawat kerana urusan di atas jalan ini, walaupon x bagus, jauh lebih saya sukai dari bermasam-muka dengan teman
hanya kerana perkara2 yang tidak penting pun di sisi Allah.
Menangis kerana dilukakan hati oleh seorang akahwat jauh lebih saya cintai dari menangis kerana movie atau kerana harta atau kerana dilukakan atas perkara2 yang akan luput akhirnya.

begitu juga dalam segala hal di atas jalan ini.
saya masih baru di jalan ini, tapi sedikit sebanyak sudah merasai sedikit kesakitan di sana-sini.
sakit bila ada yang menuduh kita membuat perkara sia-sia. Sakit bila dituduh terlalu memaksa. Sakit bila dituduh tak pandai menjaga hati orang.
sakit bila seruan kita ditolak. Sakit bila adik-adik tidak faham apa yang sedang kita lakukan dan melempari dengn kata-kata atau tulisan2 yang sunggoh menyayat hati.
Tetapi tidak mengapa.
Demi Allah! Silalah lukakan hati ku.
Sesungguhnya itu lebih aku cintai, lebih aku dambakan, lebih aku senangi, dari pujian dan bersenang-senang di atas jalan yang sia-sia.

Demi Allah, silalah lukakan hatiku.

0 Responses to “Demi Allah, silalah lukakan hatiku”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: