Ye ke isu burka?

Segala Puji hanya bagi Allah..

hari ni saya nak tulis tentang isu burka @ purdah. tetapi anda janganlah salah sangka, saya bukanlah hendak menulis tentang hukum fikah berkenaan burka, tentang halal, haram atau harusnya memakai burka bagi seorang wanita, kerana sememangnya saya pun tidak lah begitu pasti akan hukum sebenarnya.

banyak adik2 bertanya pada saya, ‘apa nak jawab kalau orang puteh/kafir tanya tentang burka?’ ‘macam mana nak explain?’ ‘sebab saya pun x pasti apa sebenarnya hukum pakai burka ni so susah nak jawab kat diorang’

saya sendiri pun pernah encounter soalan berkenaan burka ini. oleh seorang doktor orang puteh di hospital. masa tu saya was caught red handed juga lah kerana langsong tak bersedia untuk menjawap soalan berkenaan isu burka ni, lalu setiap jawpaan yang saya berikan akhirnya memakan diri saya sendiri dan menonjolkan di hadapn doktor tu seolah2nya saya tidak tahu dan tidak mengambil berat tentang agama saya sendiri.

antara argument yang dilontarkan oleh doktor tu ialah, mengapa ada sesetengah wanita muslim perlu pakai burka sedangkan ianya tak wajib? selepas menanya nanya saya itu dan ini dan banyak juga saya pon x tahu nak jawap, akhirnya dia pun menjelaskan pendirian dia sendiri terhadap burka, katanya dia menyokong pengharaman burka kerana isu keselamatan. analoginya macam penunggang motorsikal tidak dibenarkan memasuki premis perniagaan atau bangunan2 tertutup dengan memakai helmet sebab kalau dia membuat jenayah wajahnya nanti tak dapat dicam.

—————————-

dan kita umat islam masih tak sedar2 lagi. betulkah isu nya di sini ialah isu burka itu sendiri? marilah kita sama2 membuka mata dan melihat isu burka ini dari satu sudut yang lain. hukum pemakain burka itu sendiri satu hal, tapi satu hal yang lain ialah, pada hari ini, umat islam dikepung dan dikawal sehinggakan apa yang kita nak pakai pun orang lain yang perlu tentukan.

hari ni mereka membawa isu burka ke perundangan mereka, diperdebatkan, diperbincangkan, dan di german contohnya sudah pun diluluskan pengharaman pemakaian burka. Memakai burka is an offence. mereka berdiri atas alasan keselamatan. itu hari ini. siapa boleh jamin esok lusa mereka tidak akan mengharamkan tudung pula? kalau burka boleh diharamkan mengapa tidak tudung? kalau mereka melihat selepas burka diharamkan tidak ada apa reaksi dari umat islam malah umat islam sendiri pun macam tak tahu saje isu ini berlaku, pastinya mereka tidak akan gentar selepas ini untuk menerjah masuk mengawal bahagian2 lain dalam agama kita.

apa kita ni? bukankah kita yang sepatutnya membincangkan isu burka ini? bukan mereka. kita lah yang sepatutnya memutuskan apakah hukum dan apakah boleh atau tidak, perlu atau tidak memakai burka ini. apa faedahnya? apa disadvantage nya? kita yang sepatutnya mengeluarkan arahan, kalau ada apa2 arahan yang nak dikeluarkanlah.

tetapi hari ini, orang2 luar lebih rancak membincangkan isu ini untuk kita. dan perlu kita patuhi.

di mana kegemilangan umat islam yang satu masa dahulu pernah menjadi ikutan penduduk dunia? sewaktu islam sudah mempunyai tamadun, eropah masih lagi hidup dalam kemunduran dan kegelapan. mereka menagih ilmu dari kita. mereka menghantar orang2 mereka untuk datang ke universiti2 kita menadah sedikti ilmu dan mengambil sedikit contoh untuk dibawa pulang. mereka pernah bergantung kepada buku ‘qanun fi at tib’ (canon of medicine) karanagn ibnu sina selama 600 tahun. mereka meniru sistem perairan kita, sistem kumbahan kita, sistem pertanian kita, sistem pendidikan kita…

di mana umat contoh ini? di mana?! di mana?!

mengapa hari ini kita pula yang perlu rasa serba salah kerana tak dapat menghuraikan kepada mereka tentang agama kita? mengapa kita pula yang kena pastikan mereka puas hati dengan jawapan yang kita berikan? mengapa kita terpaksa bersusah payah memberi jawapan terbaik supaya mereka nampak agama kita ni hebat dan tidak wajar diperlekehkan?

kerana sememangnya mereka tidak nampak lagi bahawa agama kita ini hebat.

mereka nampak agama kita ini agama yang bahaya.

tapi kita dah berusaha menaikkan semula agama ini?

0 Responses to “Ye ke isu burka?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: