yang pertama adalah meyakini

Saya bukanlah orang yang banyak berpengalaman dalam tarbiyyah
tetapi hanya ingin berkongsi sedikit rasa hati.

Pada pandangan saya, apabila kita hendak menyeru orang ke arah kebaikan, yang terpaling penting adalah kita meyakini sepenuhnya bahawa orang yang kita seru itu pasti akan berubah ke arah kebaikan. begitu juga apabila kita hendak menyeru orang supaya mereka bersama-sama kita menyeru orang-orang lain pula untuk menjadi lebih baik, kita hendaklah meyakini bahawa hati mereka akan terbuka untuk menggalas tanggungjawab tersebut, tidak kira berapa lama pun masa yang perlu kita ambil untuk mencapai tujuan tersebut.

Perkara ini nampak seperti common sense, i.e. secara logiknya memanglah apabila kita hendak menyeru orang, kita sudah tanamkan dalam diri bahawa kita akan berusaha sehingga berjaya (sehingga orang itu benar-benar berubah)

tetapi pengalaman mengajarkan saya bahawa konsep semudah ini kadang-kadang amat sukar dilaksanakan. Maksudnya, dalam diri para daie, kadang-kadang kita lebih bersikap menghakimi (judgmental) dan buruk sangka terhadap orang-orang yang kita seru. Akhirnya, hati-hati manusia tidak dapat disentuh, dan selepas itu kita kembali menambahkan buruk sangka kita bahawa sememangnya Allah belum Mahu membuka hati mereka, yang seterusnya menyebabkan kita semakin kurang semangat untuk menyeru mereka. Akhirnya, mereka tercicir, dan kita pula menyangka kita telah berusaha sekeras dan sepenuh tenaga kita.

kita selalu menyebutkan kisah sirah rasulullah tetapi sejauhmana kita benar-benar mempraktikkan teladan yang baginda tunjukkan kepada kita? Dalam peristiwa taif yang famous itu, kita telah arif bagaimana tindakan Rasulullah terhadap penduduk taif yang melayan baginda dan Zaid Harithah dengan amat buruk sekali. mereka sanggup membuat barisan panjang mengiringi nabi Muhammad dan Zaid keluar dari taif, bukan sebagai penghargaan, tetapi utnuk melempar batu dan najis sehingga kedua-dua nabi muhammad dan Zaid luka parah.

Malaikat jibril pun turun diiringi malaikat2 penjaga gunung di sekeliling taif, siap untuk menggilis penduduk taif antara banjaran2 gunung, tetapi dalam luka parah, dalam penat baginda, dalam kesedihan, Rasulullah melarang penduduk taif diapa-apakan, malah mendoakan supaya kelak di antara keturunan penduduk taif akan ada yang beriman kepada Allah dan Rasulullah.

kita ni, belum pun dilukai, malah dicerca pun belum, tetapi sudah cepat menyerah kalah. jauh sekali untuk mendoakan.

Hati manusia berbeza-beza. Ada orang yang sedikit tolakan saja sudah dapat menggerakkannya. Tetapi ada orang yang di akalnya faham, tahu, dan meyakini, cuma hatinya sahaja belum bersedia. Di sini, tanggungjawab seorang daie adalah untuk meyakini bahawa orang itu, hatinya boleh dibuka, malah keyakinan itu melebihi keyakinan individu yang terlibat itu sendiri!

Secra mudahnya, pasti setiap dari kita punyai pengalaman, ada sesuatu yang kita hendak laksanakan, tetapi kita tidak yakin pada kemampuan diri kita, lalu datang seseorang. baik ibu kita atau ayah kita atau teman rapat kita atau cikgu kita datang memberikan kata2 semangat, dan mengucapkan, “Saya sangat yakin kamu pasti dapat melaksanakannya!” ataupun, “Kamulah orang yang terbaik untuk melaksanakan”, ataupun, “walau apa pun terjadi, kamu tetap yang terbaik”, tiba-tiba keyakinan kita datang meluap-luap, segala kegentaran hilang dan kita rasa yakin untuk melangkah dan melaksanakan, hanya kerana hati kita tersentuh atas keyakinan seorang manusia lain ke atas kita!

Malangnya ramai antara kitatidak bersikap begini, ramai yang bersikap ragu-ragu dan memandang enteng orang-orang yang diseru. dan kadnag-kadang kita tidak menyedarinya. Ia berlaku denagn begitu halus sekali.

Awal-awal lagi kita menghakimi manusia berdasarkan rupa luaran atau latar belakang. tudung labuh? tidak bertudung? dari sekolah agama? dari sekolah harian? suka menonton drama korea? suka dengar nasyid? banyak bertanya dan banyak mempertikaikan? banyak berdiam diri?

Kita boleh berfikir dan cuba mengenali manusia, tetapi apa yang berlaku kadang-kadnag kita tanpa sedar telah meletakkan ‘keyakinan yang berbagai level’. Ada manusia yang keyakinan kita padanya untuk ebrubah dan bergerak begitu tinggi, dan ada pula yang awal-awal lagi kita telah meletakkan mindset ‘susah’ nak ubah orang ini.

Sekali lagi, dari pengalaman saya yang cetek, kita tak mungkin akan tahu sebenar-benarnya apa yang ada dalam hati manusia. Kerana tugas kita bukan menghakimi, tetapi meyakini.

Begitu kita belajar dari yakin dan doa rasulullah memohon kepada Allah membuka hati satu antara dua manusia: Abu jahal atau Umar Al-Khattab. Keyakinan yang tinggi.

begitu juga kita belajar dari Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, ketika para ikhwan hendak menyerang balas tulisan Syed Qutb (lama sebelum Syed Qutb sendiri menyertai IM) kerana menuliskan kita semua hendaklah kembali ke fitrah haiwani, Imam Hasaan Al-banna melarang tindakan tersebut, dan mendoakan, supaya hati Syed Qutb akan ternuka untuk berubah.

Keyakinan; yang tidak terpalit dengan latar belakang, hatta perbuatan buruk yang pernah dilaksanakan seseorang itu.

kita hari ini bagaimana?

Adakah perjuangan kita ini perjuanagn utnuk mengumpul orang-orang yang sudah sedia baik, dan menjadikan mereka lebih baik, lalu mengisolatekan diri kita dari orang-orang yang kita rasa kurang baik? Malulah kita kalau ini lah dasar perjuangan kita.

Perjuangan kita adalah perjuangan yang berlandaskan keyakinan bahawa semua manusia bisa disentuh hati-hati mereka, walau seburuk mana latar belakang mereka, walau betapa kental jahiliyyah yang melekat pada diri mereka.
sebab itu kita jangan cepat melatah bila ditebarkan kata-kata yang kurang enak, sesungguhnya itu baru sedikit teman. jangan cepat membuat kesimpulan terhadap diri manusia bila mereka menolak atau mempertikaikan kita. jangan cepat berputus asa. yang paling penting, jangan sekali-kali membuat keputusan bahawa mansuia tersebut sudah tak mungkin diubah. ada kemungkinan, orang itu juga sebenarnya sedang mencari jawapan, dan dalam proses mencari jawapan itu terserlah segala kerungsingan dan kekalutan hatinya.

tetapi, tugas kita adalah meyakini. dan sesudah meyakini, mengasihi.

Allahua’lam.

0 Responses to “yang pertama adalah meyakini”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: