Bangkitlah jiwa-jiwa Sang Murabbi!

Bangkitlah jiwa-jiwa yang bersemangat!
Bersemangat bukan bermakna melontarkan suara dengan kuat. Bukan juga bermakna berlari dengan laju.
Semangat seorang Sang Murabbi adalah semangat yang tidak betah menunggu. Tidak betah duduk diam. Semangat Sang Murabbi ada pada jiwa yang tidak hanya menunggu kehadiran ustaz atau qudama’ untuk mengisi jiwa-jiwa. DI mana jiwa seorang Saidina Abu Bakar yang terus menyebarkan islam sebaik mendapat dua kalimah syahadah? Dimana jiwa yang menghafaz ‘ballighu ‘anni walau ayah’? Mengapa kita takut tersilap kata? Mengapa kita takut mesej tak sampai? mengapa tidak kita buat silap dan kemudian kita baiki?
Sesuatu yang Sang Murabbi harus hadam; kehadiran ustaz sepatutnya untuk menjadi batu lonjakan, bukan batu asas.

Perkongsian sebuah pengalaman: Tahun lepas saya rasa amat-amat-amat bersalah kepada ustaz yang datang memberikan daurah. Dalam daurah tersebut berlaku ‘perdebatan’ panjang antara ustaz dengan adik2 yang belum faham tentang fikrah islam ini! sedangkan kami kakak2 terangguk2 mengiyakan kata2 ustaz. Ya Allah, kami biar ustaz menggalas tugas ini seorang diri, kami langsung tidak menyediakan adik2 sebelum ustaz sampai. akibatnya banyak masa terbazir hanya untuk ustaz terangkan semula konsep yang amat basic. Ya Allah ampunkan lah dosa kami.

Di manakah jiwa-jiwa Sang Murabbi?

Bangkitlah jiwa-jiwa yang besar!
Seorang Sang Murabbi harus punya matlamat yang jelas, dan tinggi, dan jiwa yang berjuang untuk mencapai cita-cita tersebut. Di mana jiwa Sultan Al-Fateh yang sering kita ceritakan itu? Jiwa yang mendambakan untuk menjadi manusia yang disebut dalam hadis Nabi tentang pembukaan Konstantinopel? Bukankah sepanjang hayat beliau dan khalifah2 sebelumnya ada matlamat itu dan rela mati demi mengotakan kata2 itu? Jiwa kita bagaimana? Mustahilkah kata2 ini berulang kembali? Lalu siapa yang dalam hatinya ada cita2 untuk menjadi manusia yang disebut Rasulullah? Siapa yang dalam hatinya ada cita2 untuk menjadi manusia yang disebut dalam hadis Rasulullah, “Pada kepala setiap seratus tahun akan diutus seorang pentajdid (pembaharu) dalam urusan agamanya”? Jika tidak ada seorang pun yang punya cita2 begini maka akan hadirkah manusia itu?
mengapa meletakkan pada orang lain?
Kita sering bertanya, “Bilakah akan muncul sultan al-fateh kedua?” atau “salahuddin al-ayyubi kedua?” atau “Hassan al-banna kedua?”
Subhanallah, mengapa tidak kita yang bercita2 menjadi orang itu?

jadi di mana jiwa-jiwa Sang Murabbi?

Bangkitlah jiwa-jiwa yang jelas!
Seorang Sang Murabbi harus tahu ke mana dan bagaimana untuk menghalakan usaha ini. Di mana jiwa Mus’ab bin Umayr yang dihantar rasulullah seorang diri ke Madinah lalu mengislamkan seluruh kota itu? Tanpa teragak-agak, tanpa termangu-mangu, Mus’ab seorang anak muda dapat melihat dengan jelas sekali mengapa dan bagaimana yang harus dilakukannya. Denagn langkah yang yakin dia berusaha dan berjaya. Mengapa tak mungkin kita jadi begitu? Kerana Mus’ab seorang Sahabat dan kita ini cuma entah siapa-siapa? bukan begitu teman, itu bukan sebabnya. Sebabnya ialah matlamat kita tidak jelas, keyakinan kita rapuh. kita sendiri tidak seratus-peratus yakin bahawa usaha kita boleh membawa perubahan. Kita sendiri ragu-ragu keupayaan kita mengubah manusia. Kita sendiri tidak utuh bahawa jalan ini, akan menaikkan islam semula. Kita sendiri belum menerima hakikat, inilah sahaja jalan ke syurga.

Jadi dimana jiwa-jiwa Sang Murabbi?

Bangkitlah jiwa-jiwa yang rela berkorban!
Kita jangan sekali-kali menyalahkan orang lain. Jangan sekali-kali kita berfikir ‘adik tu tak berubah kerana dia yang tak mahu datang program2 kita’ atau berpuas hati dengan, “alah, hati ni kan Allah yang pegang, dah kita berusaha dia tak nak juga biar je lah’. Ya kita imani hakikat hati manusia, tetapi seorang Sang Murabbi tidak seharusnya menggembirakan hatinya dengan fikiran2 ini. Kita harus sentiasa berfikiran bagaimana, bagaimana, bagaimana?
Jika perlu mengulang, ulanglah sampai semua terima! Janganlah kita menjadi rigid, mana2 adik2 yang telah terlepas ISK maka rugilah dia. Mengapa bukan kita yang rela melaksanakan round kedua atau ketiga atau keempat sekalipun ISK? Perlukah dibuat dalam bentuk formal? Perlukah cari masa yang betul2 lapang dan tenang? Janganlah cepat berpuas hati selepas selesai satu-satu usaha. Berkorbanlah.

Di manakah jiwa-jiwa SAng Murabbi?

Bangkitlah jiwa-jiwa yang ikhlas!
Usaha kita ini bukan macam kerja di pejabat kerajaan, semakin tinggi dedikasi kita semakin besar jawatan kita dan semakin banyak gaji kita. Bukan juga kerana semakin kita kuat berusaha maka makin ringan tugasan yang akan diletakkan di bahu kita. Bukan juga kerana semakin gigih kita bergiat semakin ditaburi bunga laluan2 kita. Bahkan hidup kita kan jadi lebih sukar, lebih terbeban dengan tanggungjawab2 yang tak putus2, makin menuntut banyak pengorbanan. Dan hanay hati yang ikhlas akan bisa menampung tuntutan2 ini. Lihat diri rasulullah, dari seorang Al-Amin yang dimuliakan masyarakat sanggup dicerca dihina malah dilempari najis dan batu-batu sehingga luka. InsyaAllah kita pun mahu begitu. Kita mahu menjadi jiwa yang didengari, bukan dihargai. Kita tidak kisah duduk sama level dengan mutarabbi. Kita tidak kisah makan setalam. Kita tidak jemu melayan. kita tidka kisah mengahdiri program di dewan2 sempit walau bergelar doktor atau engineer. Kita tidak mahu manusia menunggu kita, tetapi masih terus berlumba menjadi yang paling awal sampai. kita tidak mahu manusia berdiri menghormati kehadiran kita, tetapi cukuplah jika manusia sudi mendengar. Kita tidak mahu nama kita disebut, tetapi ajaran kita dikenang-kenang.

bangkitlah jiwa-jiwa Sang Murabbi!
Di mana jiwa-jiwa yang bernafas dengan nafas seorang Sang Murabbi? Di mana jiwa-jiwa seperti Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah yang selepas matinya, manusia menyebutkan, “Saya dengan ini menjadi saksi, bahawa beliau telah mati di atas jalan dakwah?”

Saya menulis untuk diri saya yang amat-amat lemah, pandai berteori tapi x pandai mengotakan. ya Allah bebaskan aku dari ikatan dunia ini dan bawa aku jauh-jauh ke sisiMu.

Allahua’lam

1 Response to “Bangkitlah jiwa-jiwa Sang Murabbi!”


  1. 1 laskarmentari June 17, 2010 at 11:07 pm

    ye kak balqis!!benar sekali! berusaha yuk!kita sediakan sebaiknya yep. inshaAllah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: