Langkah kita bukan langkah pencinta dunia

Exam, exam, exam. Study, study, study.

Seringkali hati saya tersayat juga mendengar keluhan adik2 akan cabaran peperiksaan. Entah siapa yang akan gagal dan perlu menambah tempoh pengajian tidak kita ketahui. Semuanya dalam perencanaan Allah jua. Hati saya paling runtun sekali melihat adik2 yang menimbang-tara antara dakwah dan tuntutan belajar. kita semua pun sedia maklum, study dan exam adalah antara hambatan terbesar dalam dakwah ini. Saya yakin kefahaman adik2 bahawasanya tidak ada yang lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah selain berbuat amar makruf nahi mungkar adalah amat utuh sekali. Saya yakin adik2 mahu terjun ke dalam dunia dakwah ini dengan seluruh jiwa dan raga. Tetapi study dan peperiksaan ini masih mengikat kaki2 kita sehingga kita tidak betah berlari laju mendakap dakwah ini sepenuh jiwa dan raga.

bagaimana jika saya gagal? Masih kuatkah saya untuk melaksanakan dakwah? Apa kata ibu ayah nanti?

Wahai adik2 tersayang, ketahuilah bahawa kakakmu ini juga pernah melalui semua itu, terhambat oleh ikatan study dan tuntutan mendapat segulung ijazah.

jadi walaupun kakakmu ini tidak layak menjadi orang yang meniupkan semangat untuk terus berdakwah tanpa usah risau tentang studymu, sudilah kiranya mendengar sedikit nasihat.

Langkah kita ini bukan langkah orang2 biasa, bukan langkah pencinta2 dunia. Sebab itu langkah kita harus lebih gagah dari orang lain, harus lebih laju. Jika orang lain membuat satu langkahan, kita terpaksa membuat 2 atau 3 atau 4 langkah. jika orang lain berjalan, kita terpaksa berlari.

kerana langkah kita adalah langkah pemburu syurga! Apabila orang lain punya segala masa di dunia khusus buat study, kita mungkin cuma ada separuh dari itu, maka dalam sedikit masa yang ada itu kita terpaksa memaksimakan penggunaannya. Jika orang lain membaca 10 muka sehari kita perlu baca 20 muka. Jika orang lain perlu tidur sekurang2 nya 8 jam sehari demi kecerdasan minda kita mungkin cuma ada 4 jam kerana selebihnya buat menambah waktu study. Jika orang lain punya hari sabtu untuk ke tepi pantai merelease tension study kita cuma ada solat dan kalam Allah untuk menenangkan jiwa kerana masa2 selebihnya sudah diperuntukkan untuk study. Jika orang lain punya masa menonton movies di antara chapter2 yang dibacanya kita cuma ada ingatan terhadap Allah untuk terus beri kekuatan untuk fokus dalam study.Jika orang lain punya masa untuk ‘take a break’ between studies, kita pula cuma punya teman-teman untuk terus sama2 mendorong dan mengibar semangat untuk terus study.

Begitu juga di luar lingkungan exam, bila orang lain merancang percutian mereka ke sana dan ke sini, kita pula menghambat di manakah ada keperluan dakwah? maka di situlah cuti kita, walaupun tempat itu kita sudah lawati buat kesekian kalinya! Bila orang lain menyimpan wang untuk beli itu dan ini, kita pula mencari2 di manakah dapat ku hulurkan sumbangan dan derma untuk agama ini? bila orang lain punya senarai panjang cerita2 dan drama2 yang disimpan untuk ditonton selepas exam, kita pula punya senarai panjang program2 yang disusun untuk menambah bekal iman diri dan orang lain. bila orang lain punya waktu untuk berehat dan lari jauh dari hingar-bingar dunia ini dan kekacauan yang diciptakannya, maka kita pula menyeru, ‘siapakah yang perlukan bantuan ku, mari lah ku hulurkan tanganku untuk kamu’

kita belajar erti jiddiyah dan tadhiyah dari seorang yang bernama imam Hassan AlBanna: selepas tamat kerja pada hari jumaat malam itu dia sudah memberi khutbah kepada sekalian ramai orang beratus kilometer dari rumahnya. Besok paginya sudah qiam sekali dengan jemaah beratus kilometer lagi jauhnya. Kemudian petang sudah berada di kampung lain, dan esoknya lagi di kampung2 lain pula, tiada henti mengajak orang kepada kebaikan. Pagi isnin dia sudah berada semula di tempat kerja, menjadi orang pertama yang sampai dengan wajah yang cerah, segar, dan berseri tanpa sedikit lelah. dan itupun dalam perjalanan pulang malam sebelumnya di dalam keretapi, masih sempat bersolat malam mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa.  Dimana hilangnya hari hujung minggu beliau? Dimana rehatnya beliau? kita pun tertanya2.

Firman Allah yang selalu kita buat peringatan pada diri, “Ya Ayyuhailazi na amanu, in tansurullah hayan surkum, wa yusabbit aqdamakum” Wahai orang2 yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolong kamu, dan meneguhkan kedudukan kamu. (47:7)

Adik2, pertolongan Allah bukan bermakna apabila kita telah membuat kerja dakwah, maka kita tak perlu ikhtiar dalam study, bukan bermakna Allah akan Memberi lulus dengan mudah dalam study kita, asal saja kita sudah membantu agamaNya. Sunnatullah, tetap sunnatullah. Sunnatullah nya, untuk lulus peperiksaan, harus study bersungguh2. Sebanyak mana usaha yang kita curahkan untuk  menelaah, sebagus itulah layaknya keputusan peperiksaan kita. Seorang yang tiada membantu agama Allah tetap Allah akan beri keputusan periksa yang bagus juga setimpal dengan suaha kerasnya study siang dan malam.

Kita belajar dari sirah Rasulullah dan para sahabat, apabila disebutkan bantuan ALlah akan tiba kepada penolong2 agamaNya bukan bermakna tubuh mereka jadi kebal maka tak boleh dikalahkan dalam perang. Sunnatullahnya, siapa yang ditusuk panah tetap luka. Siapa yang ditetak pedang tetap kan tercedera. Tetapi bantuan ALlah itu tiba dalam pelbagai bentuk yang tidak disangka2.

Dan keimanan para sahabat bagaimana? Tiada lain yang terucap dari mulut mereka selain “Haza ma wa adanallah ha wa rasuluhu. sodaqallah hu wa rasuluhu” (33:22) Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah dan RAsulNya. Dan benarlah Allah dan RasulNya.

bantuan Allah itu adik2, bila ia tiba, Subhanallah, Hu  Fala ghalibalakum. (3:160) tidak ada yang dapat menewaskan kamu.

Adik2, lulus periksa kita adalah nikmat Allah semata2.  Lulus kita bukan pada Guyton, atau Martini, atau Lecture Notes, atau kompilasi nota2 kita yang tebal. Juga bukan pada berjaga malam kita. Juga bukan pada examiner yang mengadili clinical examination kita, atau sexual counselling kita, atau OSCA kita. Juga bukan pada nasib baik kerana mendapat examiner yang lembut hati atau nasib buruk kerana mendapat examiner yang garang. Bukan pada nasib baik kerana pagi hari sebelum exam baru kita terbaca satu nota yang sangat penting yang akhirnya keluar dalam exam. bukan, lulus kita bukan pada semua itu. Lulus periksa kita ada pada Allah semata-mata. nasib kita dipegang sepenuhnya oleh Dia.

harga syurga itu bukanlah murah.

Dan syurga itu dibayar dengan kesusahan menempuhi sunnatullah2 yang diwujudkan di atas dunia ini. Sebab itu kita harus lebih gigih dari orang2 lain, harus lebih berkorban masa, tenaga, dan kemahuan kita. Kita mahu bersenang2 fokus dalam study supaya mudah mendapat lulus, lalu apa bukti layak kita untuk syurga? Tetapi bersusah2lah, terjun ke dunia dakwah, tetapi dalam kesikitan masa yang ada, digunakan untuk study bersunggoh2 sampai kan lebih lagi dari orang2 lain! Dan percayalah, bantuan Allah akan tiba, cuma kita tidak tahu dalam bentuk dan rupa yang bagaimana. Dan yakinlah dengan sepenuh2 yakin, hanya Allah yang Memegang segala keputusan, maka mohonlah pada Dia tanpa jemu.

Allahua’lam.

1 Response to “Langkah kita bukan langkah pencinta dunia”


  1. 1 Basil Hazman Baharom June 6, 2010 at 9:47 am

    Kali pertama saya melayari laman ini. Teruskan perjuangan sdr, membuka fikrah umat yang semakin lesu.

    Semoga Allah merahmati sdr.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: