Sampai bila nak jadi burung pipit?

Kita ditampar dengan tamparan realiti yang amat kuat: Israel laknatullah mengotakan sumpahnya akan menghalang bantuan kemanusiaan tiba kepada rakyat palestin jauh lebih awal dari yang dijangka. Nyata Israel adalah kaum yang kuat berpegang pada sumpah. israel tak perlu takut kecaman dunia akibat melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang moral manusia. Kan dunia ni memang israel yang punya?

umat islam yang ditampar dengan realiti pun bangun dari mimpi-mimpi yang panjang. dalam masa satu malam tiba2 palestin masuk ke facebook-facebook kita. tiba2 palestin masuk ke dalam doa-doa kita. tiba2 palestin masuk ke dalam sembang-sembang kita. syukur alhamdulillah atas kesedaran ini.

tetapi palestin dan mereka2 yang menanti syahid di atas kapal Mavi Marmara tidak perlukan simpati kita, mereka sedang menanti syahid yang akan terus menghantar ke pintu syurga! Mereka sedang menikmati keindahan, jadi simpati untuk apa? Simpati adalah atas perkara2 yang sedih, bukan berita gembira seperti syahid.

Bersimpati lah kepada diri sendiri. Mereka dapat syahid kita dapat apa?

Berhentilah berazam untuk menjadi burung pipit yang mencurah air ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Kisah burung pipit itu untuk mendorong kita bergerak, tapi takkan selama2nya ingin mencurah air sahaja. kalau semua orang nak jadi burung pipit, siapa yang nak mengganti tempat Nabi Ibrahim yang dibakar api? Burung pipit atas kudratnya yang lemah itu, mencurahkan air itu adalah satu tugasan yang sangat mulia kerana setimpal dengan batasan tenaganya.
tapi kita ini manusia bukan?, dan Nabi Ibrahim yang dibakar dalam api itu manusia seperti kita juga. Jadi berazamlah untuk berjuang seperti Nabi Ibrahim, sampai sanggup dibakar dalam api demi agama ini.Mereka yang di atas kapal itu sedang berusaha mencari ketinggian darjat Nabi Ibrahim insyaAllah, dengan menghantar diri ke dalam api yang marak menyala. Lalu kita yang di luar api inilah burung-burung pipit yang panik melihat api yang sedang marak. tapi kita sudah berbuat apa pun?

sorak-sorai dan hingar-bingar yang kita ciptakan setiap kali sesuatu musibah menimpa ke atas palestin sememangnya perlu, untuk mengingatkan penduduk dunia, bahawasanya kita ini, umat islam, masih ada, masih bernafas, walaupun nafasnya nyawa-nyawa ikan sahaja. hingar-bingar ini akan menyedarkan umat manusia bahawa masih ada satu bilion penduduk islam lagi di atas muka bumi ini yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan palestin.

tapi nanti bila piala dunia bola sepak bermula hingar-bingar ini akan senyap semula. atau bila one in a million musim baru bermula palestin akan hilang semula. saya berani jamin, kalaupun semua yang di atas kapal Mavi Marmara itu syahid, anugerah juara lagu tahun ini akan berlangsung juga. hari ini kita mengutuk israel laknatullah, besok kita beratur untuk beli tiket ke anugerah juara lagu.

dalam usrah saya pernah menyuarakan perkara yang sama, lalu seorang adik memberitahu, “biasalah tu, manusia kan sentiasa berfikiran, yang lepas tu lepas lah, kehidupan harus diteruskan bagi yang masih tinggal’

lalu jawapannya apa?
ingatlah, palestin tak perlukan tangisan kita, walaupun keluar air mata darah sekalipun, mereka lebih jelek melihat tangisan itu yang hanya meraih simpati. Betul, mereka perlukan doa kita, tetapi mereka mahukan doa yang bergerak. Bukan doa yang statik di atas tikar sembahyang. Mereka perlukan perajurit2 yang sanggup meninggalkan kesenangan2 duniawi ini dan bangkit bergerak menyedarkan manusia2 lain, bahawasanya untuk membebaskan palestin hanya boleh dengan menjadi world order, seperti yang sedang disandang oleh israel dan sekutunya amerika.  dan utnuk menjadi world order ini kita tidak ada pilihan lain selain bermula dari bawah, iaitu membentuk individu2 muslim.

Maka perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain untuk menjadi baik!

Betulkah denagn cara ini kita akan dapat membebaskan palestin? wallahua’lam. Segala keputusan adalah di tangan Allah jua. tetapi disinilah kita boleh menjadi burung pipit, apabila Allah bertanya kelak apa perbuatan kita apabila palestin disembelih israel, moga2 kita boleh menjawab denagn jawapan As-Syahid Imam Hassan AlBanna: “Saya sudah menyeru manusia ke arah kebaikan di waktu pagi, petang dan di waktu cuti saya”

Begitulah yang dimahukan, beralasan seperti burng pipit, tetapi bekerja seperti nabi Ibrahim a.s

Allahua’lam.

14 Responses to “Sampai bila nak jadi burung pipit?”


  1. 2 hj June 2, 2010 at 2:59 am

    slm..nk minta izin copy link leyh..nk share gan kwn2 kat fb..

  2. 3 Nurul Liyana Zulkufli June 2, 2010 at 4:39 am

    baru nmpak ape yg saya patut dan boleh buat!
    “perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain menjadi baik!”
    dan dengan itu membina “Islam = World Order”.

    Terima kasih banyak2 mbangunkan saya yang leka.

  3. 4 hulago June 2, 2010 at 11:04 am

    klu nak bebaskan palestin, aku ada satu jawapan dan method yang paling best.

    STUDY!

    Sbb dgn study sahaja baru kita memiliki ilmu. Israel tidak boleh dikalahkan dengan emosi (seperti demonstrasi, dsbnya) , tetapi dengan ilmu.

    Mereka menewaskan Islam dgn ilmu. Maka kita juga mesti kembali menewaskan mereka semua dengan ilmu.

    Ilmu apa yang aku maksudkan? Iaitu ilmu sains dan teknologi. Ilmu sains dan teknologi ini merangkumi ilmu ekonomi, ilmu politik dan byk lagilah.

    Sebab ini adalah ilmu sunnatullah yang mesti dituntut.

  4. 5 nik June 3, 2010 at 4:26 am

    share nanti letak link syukran🙂

  5. 6 pembaca June 3, 2010 at 5:00 am

    jzkk! minta izin copy paste ya, utk kebaikan kita bersama🙂

  6. 7 Farah Idayu June 3, 2010 at 1:32 pm

    salam… minta izin nak copy untuk diletakkan dalam buletin masjid
    boleh?

  7. 9 ctmoon June 3, 2010 at 3:50 pm

    jazakillah khairan jazak..sgt menyentuh.mg Allah trus beri kekuatan utk menghasilkan tulisan yg menyuntik semangat spt ini!.(^_^)

  8. 10 zurhain June 6, 2010 at 3:31 am

    Salam,semoga sihat selalu, ana rasa pengajaran yg saudari datangkan melalui kisah ini telah disalah tafsirkan.Ini yang dikatakan oleh burung pipit dalam kisah tersebut: “Allah tidak akan tanya sejauh mana berkesannya usahaku. sebaliknya Dia akan bertanya APA usahaku”
    Kita usaha setakat mana kemampuan kita.Pengajaran dari kisah ini adalah supaya kita tidak bergoyang-kaki sahaja ketikamana terjadi sesuatu terhadap agama kita. Kita mesti bergerak untuk membela berdasarkan kemampuan kita. Burung pipit dalam kisah tersebut hanya mampu mengambil air dari paruhnya yg kecil, maka hanya itulah yang dia lakukan. Dia tidak mampu mengankat senjata memerangi namrud.

    • 11 aqisz June 6, 2010 at 4:05 am

      salam. jazakallah khair. pengajaran artikel ini hanyalah untuk mengajak manusia berjuang seperti Nabi Ibrahim.

  9. 12 cantabile June 7, 2010 at 4:19 pm

    jzkk atas perkongsian.
    mintak izin copy link dan artikel🙂

  10. 13 shazlin shaharudin June 8, 2010 at 1:08 am

    salam aqis…minta izin mahu link juga… pandangan yang menarik… terima kasih…suka baca tulisan aqis🙂 keep it up!

    • 14 aqisz June 8, 2010 at 1:18 am

      terima kasih. tapi yang saya tulis ini bukan sebuah pandangan, tetapi sebuah permintaan, rayuan, kepada semua yang membaca. semoga membuahkan amal pada semua yang membaca. Amin.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: