petikan cerpen

di bawah ini sebahagian dari cerpen yang saya tulis sebagi homework dalam usrah dengan adik2 tersayang. Tapi x boleh lawan cerpen adik2, lagi best, lagi menyentuh jiwa. Allahurabbi, inilah nikmat tarbiyyah.
So, just a share:

aku merenung syanaz. tampak ada sesuatu yang berat masih berlegar di fikirannya.

“Syanaz nampak terlalu risau. Syanaz, dalam dakwah kita tidak boleh terburu2 menanti hasil. Hati itu kan Allah yang pegang. Hati siapa dan bila yang akan tersentuh bukan hak kita mengetahui. Kadang2 dalam penantian terhadap adik2 yang kita dekati rupa2nya ada hati adik yang lain pula yg tersentuh. Macam peristiwa dakwah Rasulullah ke Taif, di sebalik penolakan dan penghinaan dari penduduk Taif ada seorang Adas si tukang kebun terbuka hatinya hanya kerana rasulullah menyebutkan Bismillah sebelum makan, ini buktinya hidayah Allah itu bukan mengambil kira kuantiti usaha yg kita curahkan. tetapi kita imani juga bahawa kita perlu terus dan terus melaksanakan usaha ini”

syanaz terus diam. matahari mula mendongak ke langit. aku pula mula mengerling2 jam di tangan. lama kemudian baru syanaz bersuara.

“nina, syanaz faham semua yang nina sebutkan tu. syanaz imani smeua itu. cuma ada satu perkara yang buat syanaz sedih”
“apa dia?”
“nina, syanaz rasa kita semua telah cuai dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah ini”
hatiku tersentak. apa maksud syanaz?
“Syanaz membaca semula tafsir surah al-layl semalam. Bukankah salah satu hikmah terbesar yang Allah ingin tunjukkan dalam surah itu ialah penekanan soal amal?”
Aku cuma mengangguk.
“Tapi amal kita bagaimana?”
Aku membuat kira2. apa maksud syanaz, selama ini pun kita telah beramal apa. Solat berjemaah, qiam, puasa, meninggalkan perkara yg sia2….
“maksud syanaz, amalan2 kita ini, dapatkah dilihat oleh adik2?” syanaz bijak sekali membaca fikiranku.
“Syanaz masih ingat, sewaktu awal2 di dalam tarbiyyah dahulu, syanaz paling banyak terkesan dan paling banyak belajar dari qudwah yg ditunjukkan oleh kakak2. Masa tu walaupun syanaz pergi ISK, IPK dan macam2 pengisian lagi, kebanyakan isinya syanaz tak ingat pun sebaik tamat program tu, ataupun semangat yg bangkit waktu program tu turun tak lama selepas program tamat. tapi yg betul2 menolak syanaz untuk berubah adalah kerana qudwah yang kakak2 tunjukkan melalui amalan mereka. Syanaz ingat lagi, masa tu ada kak lin, kak nurul, kak ilani, kak aina, kak zeehan, kak dida, ramai lagi kakak2 lain. Dan mereka waktu tu subhanallah, setiap dari mereka, qudwah yg mereka tunjukkan sangat terkesan di hati. setiap dari mereka betul2 menjaga akhlak mereka, sedia menolong bila2 masa sahaja, pakaian mereka, kecintaan mereka pada ibadah, mereka sanggup meninggalkan urusan peribadi mereka demi kita, dan mereka tak segan silu menunjukkan itu semua kepada kita adik2.”

syanaz menyambung lagi selepas menghela nafas. Nampak jelas dia sedang mengimbau kenangan2 lama. satu persatu kenangan2 itu juga kembali menjelma dari dalam kotak memoriku.Aku mula rindu pada saat itu.

“kita hari ini bagaimana? terlalu sibuk dan disibukkan dengan manhaj dan bahan, kita terlupa soal amal dan pembawaan diri kita”

aku memilih untuk terus mendengar. seolah2nya ayat2 ini belum pernah didengari.

“kita telah tertipu nina. sebab itu kita cuai. kita rasa hanya dengan program dan usrah sahaja kita boleh menyentuh hati manusia. kita gandakan pembacaan kita. kita banyakkan daurah dan katibah.kita sangka denagn banayk meluangkan dan mengahbiskan ams akita bersama mereka sudah layak digelar usaha dakwah.  tapi adik2 tidak terkesan hatinya kerana kita tidak membuktikan kata2 kita!” kata2 itu keras sekali menggetarkan hatiku.

“banyak sekali di antara kita kakak2 hari ini berasa selesa dengan menyumbang dalam menjayakan program2 ini. ada yg menjadi presenters, ada yg menjadi drivers, tukang masak dan sebagainya. lalu kita anggap kita telah membuat kerja dakwah, hatta yang menjadi naqibah pun, merasa tugasannya telah terlaksana dengan pertambahan ilmu adik2 dari satu usrah ke satu usrah seterusnya. tapi kita lupa nina, hati memerlukan lebih dari ilmu dan teori, hati memerlukan bukti. kita perlu menghidupkan teori ini dalam kehidupan kita, dan berani menonjolkan kpd adik2”

“ini tidak, kita mengajarkan solat berjemaah, tapi bila tiba waktu solat kita suroh adik2 solat dulu atas alasan memasak dan sebagainya,kita biarkan hanya satu dua kakak saja yang iringi adik2. bila waktu membaca ma’thurat kita tertidur2. kita mengajar bahawa rasulullah adalah manusia yang paling berakhlak yg perlu kita contohi, kita quote pula dari al-quran surah 33 ayat 21, tapi bila bercakap kita yg paling galak sekali ketawa, bergosip dan mengumpat.  kita mengajarkan kita harus sentiasa tolong-menolong, kita mengajarkan hadis la yu’minu ahadukum hatta yuhibba li akhihi ma yuhibbu linafsih (tidak beriman seorang dari kamu sehingga kamu mencintai saudaramu sepertimana kamu mencintai diri sendiri), tapi sesama kita tak amalkan pun, sampai soal sudu dalam singki tak berbasuh pun kita berkecil hati, jangankan nak tolong basuhkan! di mana buktinya kita telah belajar akan hadis itu?. bila adik2 meminta tolong masing2 kakak2 bertolak2 dengan berbagai alasan peribadi, sibuk dan sebagainya”.

“jadi nina, tolong beritahu syanaz, bagaimana mungkin kita menyentuh hati adik2 ini jika kata2 kita tidak terjelma dalam amalan kita? Bagaimana kita mengajak orang kembali kepada Allah jika kita sendiri tidak hidup seolah2 kita sentiasa melihat Allah di sisi kita?”

kali ini aku betul2 terkesima.

tak sedar bila air mata mula mengalir ke pipi.

mula mencari2 surah al-layl dalam kotak ingatan.

ayat 1 hingga 10:

“Demi malam apabila menutupi (cahaya siang),dan siang apabila terang benderang,dan penciptaan laki-laki dan perempuan, sesungguhnya usaha kamu memang berbeza2, Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa,dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga),maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup,serta mendustakan pahala yang terbaik,maka kelak kami akan menyiapkan baginya jalan yang sukar, dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa”

baru nampak apa yang syanaz lebih dahulu nampak. sewaktu belajar tafsir al-layl ini aku sudah faham bahawa hanya dengan amal sahaja dapat kita buktikan kepada Allah akan iman kita. Sebab itu Allah sebutkan, orang yang ‘memberi’ dan bertaqwa akan dimudahkan jalannya. Bukan hanya iman yang dilafaz di mulut sahaja.

tapi syanaz melihat lebih jauh lagi.

Amal juga adalah senjata dakwah yang terkuat. hanya dengan amal yang selari dengan teori yang diajarkan akan dapat menyentuh hati manusia dengan jitu dan padu. hanya dengan pembuktian melalui tingkah laku kita dapat kita yakinkan manusia untuk sama2 berubah.

syanaz memukul jiwaku sekali lagi.

“hari ini kakak2 tenggelam dalam kelalaian. kita sangka cukup setakat penjagaan ibadah kita masing2. masing2 mahu duduk di belakang tabir. lalu adik2 hendak melihat kepada siapa? balik2 kakak yang sama seorang dua itu. bolehkah seorang dua itu menyentuh hati adik2 sedangkan adik2 melihat ramai lagi kakak2 lain yang ‘biasa2 saje’? kita dulu bagaimana? hampir semua kakak2 boleh dijadikan contoh. bila kita bersama2 mereka, kita pun jadi malu2 alah denagn pakaian kita sebab mereka beramai2 menjaga aurat dengan sesempurna mungkin, sampaikan bila kita balik rumah kita mula beriltizam untuk lebih berhati2 soal aurat. sebegitu kuat ‘aura’ yang mereka tinggalkan”.

“nina, sesungguhnya syanaz faham bahawa hati manusia ini, hati adik2 ini, malah hati kita semua dipegang oleh Allah. Persoalan hati siapa dan bila akan disapa hidayah Allah itu memang milik mutlak Dia. Tapi Nina, syanaz bimbang lambatnya hadir hidayah Allah ini adalah berasbabkan kita, para daie, yang lalai, cuai dan tidak bersunggoh2 melaksanakan tugasan kita. Jawablah nina, bolehkah kita ‘pulang’ dengan tugasan yang tidak selesai? Beranikah kita berhadapan dengan Allah membawa tugasan yang dijalankan dengan penuh kesilapan dan cacat cela?”

air mata semakin deras mengalir, sama deras dengan ombak yang menghempas pantai. matahari sudah sepenggalah naik ke udara.

kami mula bergerak pulang. hari ini, teluk yang sama sekali lagi menjadi saksi deraian air mata hasil dari hati yang tersentuh dengan kalam Allah yang meluncur dari mulut seorang sahabat yang amat sensitif dengan keadaan umat di sekelilingnya.

malam itu aku menulis semula kata2 syanaz untuk dijadikan peringatan kepada semua ‘kakak2’. di akhir penulisan itu aku akhirkan dengan;

‘dakwah ini adalah dari Allah, ianya bukannya satu tugasan picisan yang boleh kita permain2kan dan berbuat separuh hati. dakwah ini adalah penyambung cinta kita kepada Allah dan Rasulullah. Jika kita benar2 cintakan Allah dan Rasulullah lebih dari kita mencintai diri kita sendiri seperti yang kita laung2kan, berhentilah bermain2 dan junjunglah tugasan ini dengan sepenuh hati. hidupkanlah islam sepenuhnya dalam setiap amalan kita supaya mata2 yang memerhati tak punya alsan untuk menjauhi’

Allahua’lam

0 Responses to “petikan cerpen”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: