umat ini memerlukanmu

Allah tidak memerlukan kita, tetapi umat ini amat memerlukan kita semua.
Setiap hari kita melihat kepincangan demi kepincangan berlaku di mana-mana.
baru2 ini kita mencemuh kerajaan Malaysia kerana membenarkan judi dalam bentuk bertaruh untuk piala dunia bola sepak. Kita mencemuh yahudi laknatullah kerana terus menzalimi rakyat palestin.
lalu kita ini sudahkah bertindak untuk menghapuskan kepincangan2 ini?

Kita semua pun tahu jawapannya adalah kembali menarik manusia kembali kepada pucuk-pangkal kebenaran. Pohon2 yang rosak tidak akan pulih hanya dengan mencantas dahan2 yang rosak dan buah2 yang busuk. Malah tindakan menebang pohon yang rosak tidak akan menyelamatkan pohon2 yang berdekatan dengannya. Pohon2 rosak ini hanya boleh disembuhkan dengan menguatkan akarnya. Apabila akar kukuh maka dahan yang keluar dan buah yang dihasilkan dengan sendirinya pasti elok. bukankah ini misal yang Allah tunjukkan dalam surah Ibrahim ayat 24-26?

tidak dapat saya nafikan perasaan sedih apabila melihat rakan2 yang pertama2 sekali bersuara lantang mencemuh dan mengutuk2 kepincangan yang berlaku, tetapi apabila diajak untuk membaiki diri dan mengajak orang lain menjadi baik, juga orang yang pertama2 memberi alasan seribu satu macam untuk tidak melaksanakannya. Tidak bersedia, tidak cukup berilmu, tidak pandai bahasa arab, latar belakang keluarga menyebabkan saya jadi begini, tidak pandai bercakap, tidak sanggup gagal periksa, mak ayah tidak izinkan, kecil hati dengan si fulan, dan sebagainya. Lalu layakkah kita mencemuh kesilapan orang lain jika kita sendiri tidak mahu membantu membetulkan tunjang kesilapan ini?

kemudiannya lagi seringkali kita ini suka berselindung di sebalik alasan. Alasan2 yang tidak dapat ditepis oleh orang lain ini menjadikan kita begitu selesa. Seorang naqibah takkan mampu membidas mutarabbinya yang tidak mahu bergerak dengan alasan tidak bersedia dan tidak mahu dipaksa. Tetapi kita pejam mata sebentar dan bayangkan kita nanti di hadapan Allah, beranikah kita berkata kepada Allah, “saya tidak bersedia membuat kerja dakwah kerana saya tidak pandai bahasa arab” atau pun “saya tidak bersedia membuat kerja dakwah kerana si fulan telah mengecilkan hati saya sehingga saya merajuk dari jalan ini”. Bunyinya sahaja terlalu ridiculous di hadapan Yang Terlalu Esa. Beranikah kita memberi alasan2 yang selama ini begitu ampuh melindungi kita di hadapan Allah Yang Agung kelak? pada waktu itu nanti pastinya kita tdak berani mengucapkan alasan2 yang sedemikian ridiculous, sebaliknya dalam panik kita, kita cuba mencari2 kalau2 ada orang yang boleh disalahkan. Nak salahkan siapa?

Umat ini memerlukan usaha dan pengorbanan yang amat besar dari kita semua. Oleh kerana usaha untuk menjauhkan manusia dari ALlah dan kebenaran terlalu besar, kita harus menghantar batalion2 yang sama besar untuk melawannya. Usaha2 menjauhkan manusia dari Allah datang dari segenap sudut. Senang2 sahaja kita semua boleh terikat dengan TV, Movies, dan drama seharian suntuk. lalu usaha tarikan dakwah dari yang menyedari harus sebesar dan sekuat daya tarikan TV! Subhanallah kalau begitu harus mengajak kebaikan 24 jam sehari?

Hassan Al-Banna semasa berumur 16 tahun dalam sebuah karangannya semasa di kolej menuliskan, “saya akan mengajak manusia kepada kebaikan pada waktu siang, malam dan di waktu cuti saya” dan kemudian mengotakannya sehingga ke akhir nafas beliau.

tetapi kita tak sanggup pun mengorbankan beberapa jam dari seminggu kita untuk mengajak manusia berbuat baik. Bila cuti semua hilang menunaikan kehendak dan keinginan masing2, lalu siapa yang akan setia menunggu untuk berkhidmat di jalan Allah?

kemudian kita bersungut2 bila housemates asyik ‘hilang’. Bila sepatutnya semua orang berkumpul mengemaskan rumah untuk inspection pon housemates yang sama masih hilang, kemudian kita mula berasa tidak puas hati. hakikatnya housemates ini sedang membuat ‘overtime’, mengcover kerja2 yang orang lain tidak mahu laksanakan. bertebaran di atas muka bumi Allah ini sehingga tak punya masa pun untuk kembali ke rumah sendiri. (ini adalah pengajaran untuk diri sendiri, kalau sudah berumah tangga nanti perlu rela jika suami asyik selalu ‘hilang’)

saya bukan dengan busuk hatinya cuba menyingkap rasa tidak puas hati kepada mana2 individu. Infact dalam jemaah ini perlu sentiasa ada cinta dan kasih sayang sesama kita, sentiasa memaafi kesalahan teman. dakwah kita ini adalah dakwah kasih sayang dan kelembutan. tetapi hati ini terlalu sedih dan hiba melihat keadaan umat ini yang terus tenggelam dalam kesesatan, jauh dari Allah, jauh dari Al-Quran, jauh dari jalan yang lurus. tetapi yang memikul tugasan seberat gunung ini hanyalah tenaga2 kecil yang sendiri pun punya masa2 terjatuh, masa2 kesedihan, masa2 menangis. Oleh itu ayuhlah teman2 semua kita berpimpin tangan melaksanakan tugasan ini.

The motivation of the week: Di mana tajarrud mu kalau begitu?

Allahua’lam, untuk diri sendiri dahulu sebelum orang lain.

0 Responses to “umat ini memerlukanmu”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: