biah sangat penting

pada pandangan saya, antara faktor terbesar kejayaan sebuah tarbiyyah itu adalah pengwujudan sebuah biah yang paling soleh. biah adalah suasana/environment yang diciptakan oleh orang2 yang terlibat dalam tarbiyyah itu.

tetapi kita selalu terlepas pandang hal ini. kita selalu sibuk dan menyibukkan diri dengan manhaj dan bahan tarbiyyah ataupun isu2 technicalities. Tidak ada keraguan lagi ilmu sangat penting untuk mengajak manusia kembali kepada Allah. Begitu juga dengan silibus dan bahan yang disampaikan. Seorang murabbi memang harus bersunggoh2 mendalami ilmu sebanyaknya dan menambah kefahaman supaya dapat menyampaikan ilmu2 ini sehingga mereka juga akhirnya faham sepertimana kita faham.

Tetapi kita lupa, manusia bukan sahaja perlukan ilmu, mereka lebih2 lagi memerlukan bukti atau aplikasi terhadap ilmu itu. barulah akhirnya mereka akan percaya terhadap ilmu itu.

Analoginya seperti kita mengajar seseorang  cara2 membuat kek secara teori. Kemudian kita cuba yakinkan dia bahawa kek ini kalau dibuat pasti sangat sedap. Kemungkinan besar orang itu akan percaya je kek ini pastinya sangat sedap, tetapi jika kita buat kek itu sendiri dan beri dia rasa bahawa kek ini sememangnya enak dia pasti lebih2 lagi amat percaya bahawa resepi yang diajar secara teori tadi memang boleh menghasilkan sebuah kek yang sangat enak, pasti selepas itu dia tidak teragak2 lagi untuk  mencuba membuat kek yang sama!

Sebab itu kita harus tunjukkan bukti terhadap apa yang kita ajarkan.

Terpaling penting apabila kita hendak mengajak manusia supaya beramal/membaiki amal. Kita harus tunjukkan melalui amal kita sendiri, bukan setakat cakap di mulut sahaja. Bila kita mengajarkan tentang solat, solat kita sendiri bagaimana? Hendak mengajak orang solat berjemaah kita lah yg pertama2 sekali kena paling rajin solat berjemaah. Mengajak orang membaca ma’thurat, tapi bila subuh kita yang pertama2 tertidur sewaktu orang lain membaca mathurat?. Mengajak orang menutup aurat dengan baik tapi kita sendiri masih macam dulu? (eh, owh ini mungken signifikan pada saya je haha).

Terlebih2 lagi bila kita hendak mengajak orang supaya membuat kerja dakwah. Allahurabbi, saya bertanya diri saya sendiri terlebih dahulu tentunya; sudahkah aku bekerja keras dalam usaha dakwah ku? Kalau aku sendiri tidak mendakap usaha dakwah ini dengan kemas dan erat lalu bagaimana hendak meyakinkan orang bahawa hanya dengan usaha dakwah ini lah yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat? Bagaimana meyakinkan orang bahawa kita harus meletakkan dakwah itu lebih utama dari segala2nya?

Kemudian kita bicara tentang soal biah. Usaha yang dibuat secara kumulatif itu pastinya mendatangkan impak yang lebih besar dari usaha2 kecil individu2 tertentu sahaja. Maknanya begini, kalau kita ambil contoh solat berjemaah tadi, bila kita ramai2 bersunggoh2 melaksanakan solat jemaah orang akan nampak kepentingan solat jemaah itu. Ataupun kita ambil contoh menjaga aurat, bila kita ramai2 betul2 menjaga aurat sebaiknya orang akan nampak, ‘wah, diorg semua ni memang serius dalam soal penjagaan aurat’ berbanding dnegan jika hanya seorang dua sahaja yang betul2 menjaga aurat.

Begitu juga dalam apa jua aktiviti harian kita, bukan dalam ibadat sahaja. cara bercakap kita, akhlak kita, kalau semua yang di dalam tarbiyah itu benar2 mempraktiskan islam sebenar, yang melihat pasti akan merasa ‘aura kekuatan’ islam itu.

Lebih2 lagi dalam medan dakwah kita sesama pelajar. Adik2 sentiasa melihat kepada kakak2. Begitu juga saya dahulu, banyak belajar dari melihat qudwah yang ditunjukkan, jauh lebih banyak dari ilmu dan teori yang diterangkan. Saya dapat melihat bukti nyata indahnya islam itu apabila dibawa masuk dengan benar dalam kehidupan, dan lebih2 lagi bila semua kakak2 itu benar2 melaksanakannya. The mass effect is too strong to be ignored! Saya melihat satu kakak ke satu kakak yang lain semua sama, semua benar2 hidup dengan kehidupan islam. So the theories are proven, and that really convinced me. kalaulah masa itu cuma seorang dua sahaja yang begitu sementara yg lain2 tidak pasti saya tidak akan dapat merasa keyakinan yang sama.

Oleh itu saya menyeru kepada kakak2 sekalian, marilah kita bersunggoh2 mewujudkan biah yang soleh ini, sekalipun kita tidak mahu/belum bersedia untuk menjadi naqibah/penyampai. jagalah akhlak kita elok2, tingkatkanlah amalan kita. Kadang2 adik2 yg tidak rapat dengan kita pun akan terkesan dengan perbuatan kita apabila kita menjadi sebahagian dari ‘jemaah besar’ yang memiliki ciri2 yang sama ini.

Dakwah ini adalah dari Allah. Maka kita harus melaksanankannya dengan serius. Yakni bukan hanya di mulut sahaja, tetapi harus diterjemahkan dalam kehidupan.

Peringatan ini unutk diri saya sendiri sebelum untuk orang lain.
Saya memohon ampun kpd Allah jika selama ini saya tidka berbuat seperti yang saya cakap.
Saya juga memohon maaf kpd anda semua atas silap yang sama.
Allahua’lam.

0 Responses to “biah sangat penting”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: