of the ups and downs, Allah Knows

beberapa lama tidak menulis, bukan kerana tidak ada perubahan yg berlaku dalam hidup, sebaliknya terlalu banyak yang berlaku sehingga tak berkesempatan untuk menulis.

1) Usrah
Baru2 ini berpeluang menghuraikan kepentingan usrah, semoga yang mendengar dapat memahami apa yg disampaikan, jika tidak, saya memohon ampun kpd Allah atas kelemahan diri menyampaikan risalahNya.

Sebelum itu sempat juga saya huraikan bahawa ‘islam’ itu hanyalah satu perkataan bahasa arab yg diguna pakai sbg lambang orang2 yg menundukkan dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Maka org2 islam adalah org2 yg tunduk patuh kpd Allah dan org2 yg tunduk patuh kpd Allah adalah org islam. Yang memberikan satu manifestasi iaitu kalau tak guna perkataan islam pun kita masih islam selagimana kita tunduk dan patuh kpd Allah. Panggillah dgn nama apa pun, bahasa apa pun, agama tauhid ke, agama berserah diri ke, agama org2 menyembah Allah ke, dalam bahasa cina ke, bahasa tamil ke, sama, bukan nama itu yg menjadi sandaran keislaman seseorang, tetapi ketundukan dan kepatuhan kepada Allah semata2 (yg terjelma dalam amal, akhlak, perkataan,perbuatan, dan cara hidup).

Begitu juga lah dengan usrah. Ianya hanyalah nama, yang bermaksud ‘keluarga’.

Usrah adalah sebuah sunnah kerana ianya dipelopori oleh rasulullah saw. Dalam usrah yg rasulullah laksanakan, baginda mengajarkan para sahabat wahyu2 (yakni ayat2 Al-Quran) yg diturunkan kpd baginda, lantas wahyu2 ini menjadi sumber pegangan dan rujukan para sahabat, yang melahirkan generasi Al-Quran yang sangat mantap. Generasi yang mendahulukan wahyu Allah daripada pertimbangan rasional akal sendiri. Yang meletakkan neraca Allah di hadapan neraca manusia.

Lihat peristiwa Perang badar:

Pasukan Muslimin bergerak maju dan kemudian berhenti sejenak di tempat yang berdekatan dengan Badar (tempat paling dekat ke Madinah yang berada di utara Mekkah). Seorang sahabat bernama Al-Hubab bin Mundhir ra., bertanya kepada Rasulullah SAW, “ Apakah Allah mewahyukan kepadamu untuk memilih tempat ini atau ianya strategi perang hasil keputusan musyawarah?”. Rasulullah SAW bersabda, “Ini adalah hasil strategi perang dan keputusan musyawarah”. Maka Al-Hubab telah mengusulkan kembali kepada Rasulullah SAW agar pasukan Muslimin sebaiknya bermarkas lebih ke selatan tempat yang paling dekat dengan sumber air, kemudian membuat kolam persediaan air untuk mereka dan menghancurkan sumber air yang lain sehingga dapat menghalang orang kafir Quraish dari mendapatkan air. Rasulullah SAW menyetujui usulan tersebut dan melaksanakannya (dipetik dari http://azharjaafar.blogspot.com)

Allahurabbi! Betapa agungnya para sahabat yang meletakkan keputusan Allah di hadapan pertimbangan akal.

Bukan bermakna kita tak boleh memutuskan apa pun dalam hidup ini, in fact dalam sebuah hadis rasulullah bersabda, ‘Kamu lebih tahu urusan hidupmu’. hadis ini dilafazkan apabila sekumpulan penduduk menghentikan proses mengkahwinkan antara pokok2 tanaman mereka apabila Rasulullah menyebutkan apakah ada bezanya sama ia dilakukan atau tidak. rasulullah menyebutnya lebih kepada sebuah curiosity daripada sebuah teguran tetapi penduduk di situ menyangka ianya adalah sebuah perintah, lalu menghentikannya dan hasilnya tanaman mereka pada tahun itu tidak menjadi. Selepas itulah Rasulullah bersabda, “kamu lebih tahu urusan hidupmu” mengisyaratkan bhw ilmu yg Allah kurniakan pada kita berbeza2, maka gunakanlah akal dan ilmu yg dikurniakan kpdmu utk melaksanakan urusan seharian. Tetapi di mana ada wahyu Allah yg telah Allah gariskan untuk hidup ini mesti kita patuhi. (wa ma kholaktul jin na wal ins illa li ya’budun, remember?)

Kita hari ini bagaimana?

Betapa jauhnya kita dari wahyu2 Allah ini? Kita bukan lagi orang yang tahu tetapi tidak mahu melaksanakan, malah kita adalah orang2 yg tidak tahu!  Kita adalah orang2 yg telah tercabut ruh Al-Quran dari jiwa2 kita sehingga tali yang menghubungkan kita kpd Allah terputus terus. islam kita hari ini adalah atas sandaran nama, bukan lagi sandaran akhlak dan cara hidup.

Kita hari ini tidak tahu isi kandungan ‘surat’ yang Allah Tulis khusus kepada kita. Surat yg sama yg telah melahirkan manusia2 berjiwa besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Surat yg telah mengubahkan begitu banyak jiwa para sahabat shng sebaik surat ini tertanam dalam jiwa mereka sanggup berpaling 180 darjah meninggalkan kehidupan yg lama, sehingga sanggup mati sebaik merasai cinta kepada Allah hasil hati yang tertaut, bersambung secara langsung dengan Allah.

Maka orang2 yang secara tulus hati, yang mengasihi saudara2nya, yang ingin mengembalikan semula manusia kepada Allah, yang ingin menghidupkan kembali wahyu Allah ini dalam diri2 manusia, ‘mengutip’ kembali template yang telah Rasulullah ajarkan, iaitu menganjurkan perjumpaan untuk mengajarkan wahyu2 Allah ini.

hari ini saya amat bersyukur, kerana ada orang yang sudi ‘mengutip’ saya untuk mengajarkan kalimat2 Allah ini, jika tidak pada hari ini, saya akan masih lagi menganggap bahawa Al-Quran adalah sebuah bacaan yang mendatangkan pahala semata2, tidak lebih dari itu.

Inilah jawapan sekiranya ada yang bertanya2 usrah itu untuk apa. usrah adalah untuk mengajarkan firman2 Allah. Tidak lebih dari itu.

Kalau begitu mengapa perlu usrah? Tak bolehkah kita belajar sendiri?. Jawapannya tentu boleh, tapi betulkah kita akan belajar? usrah menyediakan satu suasana kondusif untuk menolak kita terus-menerus belajar firman2 Allah ini. Ia bersifat berterusan, istiqamah dan menuntut peningkatan. Sekarang jawaplah, kalau kita memilih untuk belajar sendiri, berapa lama semangat kita akan bertahan? Sampai bila kita akan istiqamah? Denagn siapa kita hendak berbincang dan bertanya?

Kemudian kita mendengar tuduhan2 dan perkataan2 tidak elok yang dilemparkan kepada usrah. saya berfikir, tidak elokkah belajar Al-Quran? Tidak elokkah menghubungkan tali yang telah terputus kembali bersambung kepada Allah?

Beberapa minggu lalu ada orang mengatakan bahawa usrah memecah-belahkan masyarakat (atas sandaran apa ni?) sehari selepas itu sewaktu sedang membaca tentangan dan penyiksaan terhadap perjuangan rasulullah, salah satu tuduhan yang dilemparkan kafir quraisy kepada baginda ialah apa yg baginda bawa memecah-belahkan masyarakat. (dalam hati, wow! adakah kita semakin menghampiri kesaksamaan perjuangan rasulullah?. lepas tu, blerghh, jauh panggang dari api). anyways, 23 tahun selepas rasulullah hadir, masyarakt arab yang bertelagah sesama sendiri dan tidak dikenali oleh manusia2 lain di muka bumi waktu itu muncul sebagai sekelompok manusia yang bersatu-padu dan kukuh dan selepas itu islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sampai 2/3 penduduk dunia tunduk di bawah pemerintahan islam.

Jadi soal memecah-belah atau menyatu padu ini harus diperkatakan dengan hati2. Kita guna scale apa? scale sesama students di newcastle atau scale 6 billion penduduk dunia? Lepas tu kena lagi super hati2, kita tengah argue dengan siapa ni? dengan orang yang dalam usrah atau dengan Allah?

Kesimpulannya, panggellah nak panggel apa pon, usrah ke, islamic talk ke, perjumpaan mingguan untuk belajar agama ke, sisters in islamic talk ke (heheh), ianya adalah untuk mengembalikan manusia kepada Allah semata2 dengan membuka lembaran al-Quran, membaca maksudnya, memahami maksud di sebalik ayat itu, mengambilnya untuk dijadikan panduan hidup, menyedarkan bahawa ia bukan bahan bacaan semata2.

di belakang kita siapa?
Allahua’lam.

0 Responses to “of the ups and downs, Allah Knows”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: