hati yang tulus ikhlas

yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat adalah hati yang penuh keimanan dan ketaqwaan

satu hari dari hari2 manifestasi cinta kepada Tuhan:
“kita kata kita percaya kepada hari kebangkitan, kita mahu masuk syurga dan tak mahu ke neraka, tapi mengapa ramai dari kita terus hanyut dalam kehidupan dunia yang penuh kelalaian ini?” soal Nurul
“soalan kak nurul ni soalan yang ikhlas mahukan jawapan atau cuba menduga kefahaman?” balas Suria
senyum. “dua-dua”

“kerana ramai antara kita buta”
“maksudnya?”

“saya teringat firman Allah;  ‘Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat dan tidak (pula) sama gelap dengan cahaya’ dari surah fathir ayat 19 hingga 20. Apabila Allah Menciptakan orang yang buta, Dia Menyuruh kita belajar bahawa buta itu ertinya tidak dapat melihat. Tanpa penglihatan kita sukar utuk melihat arah tuju, mudah saja tersasar haluan. Tanpa penglihatan kita terkapai-kapai dan tidak mengerti apa yang berlaku di sekeliling kita”

“tetapi Allah juga Mengajar kita melihat lebih jauh dari aspek fizikal semata. ALlah Mengajar, yang buta bukanlah mata semata-mata, tetapi hati juga boleh menjadi buta.”

“apakah yang dimaksudkan dengan buta hati?”

“Buta hati maksudnya tidak dapat melihat beyond apa yang terzahir di depan mata.
tidak dapat melihat Tuhan di sebalik penciptaan alam ini. tidak dapat melihat kasih sayang Allah di sebalik segala nikmat dan musibah yang menimpa diri. tidak dapat melihat bahawa syurga untuk orang yang beriman dan beramal dan neraka untuk yang tidak beriman dan berbuat mungkar.”

“pandangannya sangat sempit. Sangat sempit sampaikan hidupnya terhimpit sekadar apa yang dapat dilihat dengan matanya semata. Itulah yang terjadi apabila melihat artis di tv dia rasa itulah kehidupan, itulah yang menggembirakan hidupnya. bila keluar ke shopping complex nampak beg tangan cantik dia rasa itulah kehidupan, dan itulah yang memberi kepuasan. Bila jumpa boyfriend rasa inilah dia sumber kebahagiaan dalam hidup. Sempit. Tak nampak lebih dari apa yang terzahir depan mata. yang membahagiakan, yang menyeronokkan, yang memberi kepuasan haruslah terjelma di depan mata. Buta dari melihat kehadiran Allah yang sentiasa Memerhati dan malaikat kiri-kanan yang sentiasa mencatat amalan”

“wah. menariknya point ni. Alhamdulillah, semoga kefahaman ini membantu Suria untuk tsabat mencari redha Allah. Boleh akak tambah siket?”

“kalau saya tak bagi pon kak nurul mesti akan cakap jugak punya” sengih.

“betullah macam yang Suria cakap tu. Manusia hari ini ramainya yang buta dan hanya melihat sebatas penglihatan mata kasarnya sahaja. Akak pula teringat sabda Nabi bahawa ‘orang yang paling bijak adalah orang yang selalu mengingati mati.’ Dulu akak tak faham sangat maksud hadis ni, walaupon dah diberi penerangan. tapi sekarang, akak rasa kita boleh letakkan hadis ni dalam konteks ‘buta hati’ yang suria cakapkan tu. Orang yang selalu mengingati mati adalah orang yang bijak, kerana pandangannya sangat luas. Dia melihat sangat jauh, tak terbatas oleh pandangan mata. kadang2 apa yang terlihat di mata orang lain x sama seperti apa yang dia nampak”

“Kak nurul ni suka sangat berfalsafah. kan saya dah x paham, explain siket”

“yg pertamanya orang yang selalu mengingati mati adalah orang yang sentiasa ‘melihat Allah’. Buat apa2 pun asyik rasa Allah sedang Melihat. Jadi dia melihat dengan neraca Tuhan, bukan dengan neraca manusia. Macam yg Suria cakap tadi, bila berjalan, orang lain nampak gunung, sungai, manusia, tapi dia nampak Allah Maha Agung. bila belajar, orang lain nampak, ‘saya mahu segenggam ijazah’ tapi dia nampak ‘saya akan menggunakan ilmu ini untuk mendekatkan diri kepada Allah'”

“kan tak sama tu antara ‘orang yang buta’ dengan ‘orang yang dapat melihat’ ”

“akak teringat kisah seorang ulama dengan sekumpulan anak muridnya. tak ingat pulak siapa ulama ni. Tapi dalam ramai2 anak muridnya dia sangat sayang seorang dari mereka. Pelajar2 yg lain merasa cemburu. untuk menutup rasa cemburu tu, satu hari tok guru ni suruh setiap dari mereka menangkap seekor ayam dan sembelih di satu tempat yang tak ada sesiapa pun dapat melihat. Akhirnya semua orang membawa pulang ayam yang sudah disembelih kecuali anak murid kesayangannya itu. Apabila ditanya mengapa dia tidak menyembelih ayam itu, dia menjawab, ‘saya tidak dapat mencari satu tempat pun di mana Allah tidak dapat Melihat saya’. Akhirnya barulah pelajar2 lain faham, bahawa budak itu, walaupun matanya melihat sepertimana mereka melihat, yaitu ayam dan pisau di tangan, tetapi dia dapat melihat ‘lebih lagi’, yakni apa yang tak terlihat oleh mata orang lain”

“Jadi ayat Allah ini sangat jelas. Bahawa tidak sama antara orang yang buta dengan orang yang dapat melihat. Dan tanggungjawab kita terhadap Allah hari ini adalah untuk membawa manusia ‘kembali celik’ ”

“bukannya senang tugas itu Kak Nurul. Kita pun sebenarnya belum dapat ‘melihat’ dengan sejelasnya lagi”

“Memang betul. tapi kalau nak tunggu sampai betul2 terang takut x sempat pulak. heheh. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 179: ‘Sesungguhnya Kami jadikan untuk isi Neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah SWT. Mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah SWT. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah SWT. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.’ ”

Allahua’lam

2 Responses to “hati yang tulus ikhlas”


  1. 1 Moenir May 19, 2011 at 5:54 am

    Alhamdulillah…artikelnya bagus sekali….mudah2an sehabis baca artikel ini hati dan mata saya di buka oleh Allah dan tidak di jadikan buta oleh dunia dan isinya.

  2. 2 princessmia July 8, 2011 at 3:49 pm

    Untuk dapatkan hati yang suci tulus ikhlas memang perlukan pengorbanan dan muhasabah diri yang tinggi…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: