Dimensi yang berubah

Dimensi yang berubah;
Kata Kak baie dahulu, tarbiyyah itu bersifat merubah, the longer we hang on to the tarbiyyah process, the more we will change. Tapi masa kak Baie kata tu dulu ianya bagi saya hanyalah sebuah teori yang belum terbukti (terhadap diri saya), walaupun jauh dalam hati saya memang percaya kebenarannya (dan ternanti2 kesannya).

Hari ini saya merasakan teori itu mula menyerlahkan kebenarannya.

DAhulu i used to think beriman dan berbuat baik itu sama dengan kuat beribadat dan banyak mengingati Allah,ataupun,  all in all, membaikkan diri. Benar, tapi saya tidak faham bahawa iman itu jauh lebih luas skopnya selain dari solat puasa sedekah. malah definisi ibadah yang saya faham juga terbatas. Lebih2 lagi saya tidak menyedari bahawa dakwah itu adalah sunnah terbesar dari Rasulullah. Lama2 saya menyedari bahawa kita bukan sahaja perlu memperbaiki diri semata2 tetapi juga perlu menjadikan orang lain baik sepertimana kita mahu diri kita menjadi baik. Kerana itu yang dibuat oleh rasulullah dan para sahabat, di situlah kekuatan umat islam, dan yg plg penting, di situlah letaknya kasih sayang Allah swt.

Pengetahuan dan pengalaman dakwah saya sgt cetek, tetapi ianya sedang berkembang. Dahulu, dan juga kini, saya adalah seorang yg hardcore dalam konteks study, ataupun dalam mencapai segenggam ijazah. Telah berulang kali juga saya menuliskan bahawa 1)saya adalah seorang pencinta ilmu dan 2) saya selalu terpaksa bermujahadah untuk mengorbankan masa menuntut ilmu demi memberi laluan kpd tarbiyyah dan dakwah.

Secara jujurnya dalam hati yg tidak bersih ini dahulu selalu juga terpalit rasa kehairanan mengapa ada rakan2, akhawat2 yang gagal dalam peperiksaan, krn saya selalu yakin jika anda memberi seratus-peratus komitmen kepada study insyaAllah anda akan lulus. Maksudnya jika anda gagal = tidak memberikan seratus-peratus komitmen kpd study. Sekarang saya membuka dimensi baru dalam kamus hidup, is not failing in exam really that good? and is failing in exam really is a weak sign of a person? bagaimana kalau seorang ukhti ini gagal peperiksaan kerana instead of memberikan seratus-peratus komitmen kpd study telah memberi seratus-peratus komitnennya kpd dakwah? Di sisi Allah siapakah yang lebih berjaya sebenarnya? now, now, now, i am not saying here u shud dump study for the sake of dakwah, nor am i saying that’s my plan for the future.  ini adalah semata2 ekspresi dari seorang hamba Allah yang sedang mengalami pertukaran dimensi: yang mula melihat orang2 yg selama ini disangkanya lemah sebenarnya adalah butir2 permata yg cemerlang.

Baru sekarang saya dapat merasakan dengan telus apakah maksudnya ‘kita adalah daie dahulu sblm yang lain2’. Ini adalah satu lagi perubahan dimensi yang besar juga. How funny it is, the same line that you’ve been hearing again and again for the past few years only make sense now?

Maka benarlah kata Kak BAie, tarbiyyah itu bersifat merubah, dan perubahan itu terhasil dari 1)mujahadah dan istiqamah kita untuk trus berada dalam tarbiyyah itu sendiri dan 2) dari amalan2 yg kita laksanakan yg membuahkan pengalaman2 yg berharga.

Contohnya, dimensi pandangan saya terhadap Dakwah Fardiyyah juga sedang mula terevolusi. Dahulu bagi saya DF sama dengan berbaik2 dengan adik2 dengan skop target yg amat sempit: semoga bila kita ajak mereka pergi program mereka akan ikut dan bila kita ikut ajak usrah mereka akan setuju. perlahan2 saya mula melihat usaha DF ini sebenranya adalah antara usaha yg paling genting dan crucial dan sebenarnya sepatutnya menjadi usaha yg plg berkesan utk menyentuh hati2 manusia. ianya tidak layak utk dipandang enteng sepertimana yg dpandang sebelum ini, dan ianya harus dilaksanakan dengan seserius mungkin, termasuklah usaha membaikkan diri sendiri yg seharusnya berjaln lebih pesat spy terpancar aura iman itu di mata org yg diDF kan.

saya juga menyedari saya mengalami perubahan dimensi dari sudut emosi dan perasaan. Dahulu (dan mungkin juga kini) saya adalah seorang yg sgt beremosi dan juga sangat sombong. in a simple words = perasan bagus. Selalu tidak berpuas hati dengan keputusan syura dan suka menimbulkan spekulasi2 yg 1)tidak bermanfaat pun dan 2) boleh menghalang usaha dakwah. Dahulu saya tahu, tetapi sekrg saya sedar, bahawa orang yg tidak dapat menerima keputusan syura sebenarnya adalah orang yg tidak mampu memikul tanggungjawab dakwah ini. Menimbulkan huru-hara bukan bermakna anda adalah seorang critical thinker yg dapat mengesan kesalahan2 dari keputusan syura tetapi adalah seorang yg lemah dan tidak dapat mengawal emosi, dan lebih parah ia juga menunjukkan betapa rendahnya ikatan diri terhadap Allah (dan betapa besarnya ikatan terhadap nafsu dan perasaan). Jadi sekrg saya amat faham bagaimana yg dimaksudkan dengan ‘haruslah sentiasa berbaik sangka dengan keputusan syura’. Dan kefahaman ini timbul setelah menyertai syura itu sendiri🙂 (baru mula faham bukan senang hendak come out with an idea/resolution, apath lagi utk menyenangkan hati semua orang)

Maka apa yg bagus sangat dengan segala peruabahn2 dimensi ini? Ada impak ke dalam kehidupan?
Ada insyaAllah, yang pertamanya ia memberi makna dalam kehidupan, ia memberikan satu tujuan dan cita2 untuk terus bernafas.
Yang keduanya ia memberikan satu kemanisan yg tak dapat nak digambarkan dalam bentuk kata2 melainkan anda merasainya sendiri.
Yang ketiga ianya menjadikan pergantungan dna kecintaan kepada Allah menjadi lebih tinggi
yang keempat ianya menjadikan anda seorang manusia yg lebih berguna di sisi manusia: baik keluarga, rakan2 mahupun org2 di sekeliling
Yang kelima ianya mengkagumkan diri sendiri atas perubahan2 yg berlaku, kerana ia membuktikan segala teori2 yg dipelajari selama ini benar satu demi satu.

Apapun, satu lagi teori yg telah lama dibuktikan benar: it is always much easier said than done. I hope and I pray to Allah that i will walk my talk. Ameen.

0 Responses to “Dimensi yang berubah”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: