bukan tentang kita 2

kalau orang bertanya pada saya macam mana nak berjaya dalam pelajaran, saya akan jawab, “Doa ibu ayah”

sememangnya semuanya dari Allah, kita tidak layak bergantung harap selain dariNya, dan tidak layak menyandarkan sesuatu yang kita terima, baik yang baik mahupun yang buruk kepada selain dariNya. Saya yakini, semua yang saya terima, semua yang saya lalui, segala nikmat dan segala musibah semuaNya hanyalah dari Dia. Oh, tiba2 teringat ayat ini:

“Segala musibah yang menimpa kamu di dunia dan apa yang menimpa ke atas diri kamu, telah dicatatkan di dalam kitab (Luh Mahfuz) terlebih dahulu sebelum ia diwujudkan. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah” (57:22)

Tapi kita juga dikehendaki berusaha dalam nak mencapai sesuatu. Sesungguhnya dalam lapangan pelajaran ini semestinya kita perlu meletakkan usaha dalam mencapai kejayaan. Usaha itu pula bukan belajar semata-mata walaupun ianya adalah satu usaha terpenting. Doa juga adalah usaha, dan bagi saya, doa ibu ayah saya adalah antara ‘usaha’ yang paling mujarab.

Tak kiralah sekuat mana pun saya belajar, menelaah siang malam hati selalu rasa tak tenang dan berdebar-debar, tapi lepas dapat minta restu ibu ayah dan mohon didoakan tiba2 semua macam dimudahkan. Bila tiba hari peperiksaan debaran tadi macam hilang serta-merta. Alhamdulillah semuanya dimudahkan. Bukan dalam hal peperiksaan sahaja, apa-apa pun yang menguji kemampuan diri. saya yang tak pandai bercakap ni Alhamdulilah dimudahkan saja oleh ALlah bile kena giliran membuat presentation, jadi lancar dan difahami semua. Saya ingat lagi, peperiksaan lisan pertama adalah waktu short case 3rd year, sebenarnya bila sekarang ni benda tu mudah saja, tapi waktu itu sebab baru pertama kali, rasa berdebar tu Tuhan saja yang tahu. Rasa macam walaupun dah buat persediaan serapi mungkin, dah baca nota berulang kali, dah praktis examine patient beratus kali pun hati masih tak yakin. macam mana kalau tersilap buat? macam mana kalau tak dapat jawab soalan? macam mana kalau terlepas tanda2 yang penting? Telefon ibu ayah minta didoakan, kemudian melangkah ke bilik peperiksaan. hati macam nak meletup,tapi sebaik memulakan, Alhamdulillah tiba2 semua jadi tenang setenangnya. Semua tugasan dapat dibuat dengan baik, semua soalan dapat dijawab. Memang lepas melangkah keluar, bersyukur pada Tuhan dan berterima kasih pada ibu ayah.

Ada sekali tu, saya kena present sesuatu pada doktor, entah macam mana, ditakdirkan Allah, saya terlupa nak beritahu ibu ayah terlebih dahulu. Mungkin sebenarnya bukan terlupa, tapi ‘teryakin’. Sebenarnya tugasnya mudah saja, ambil history patient, examine dan present pada doktor, jadi saya ‘teryakin’ pada kemampuan diri sendiri, tak minta restu ibu ayah, malah saya rasa waktu tu saya terlupa nak mohon pada Allah pun. Punyalah angkuh. Sekali kena tegur dengan dahsyatnya padahal saya rasa saya buat sama sahaja dengan yang sebelum2 ni, entah kenapa kali ni macam banyak pula silap sana sini. Lepas tu baru tersedar inilah teguran Allah kepada orang yang kufur nikmat.

Ada sekali tu saya menonton sebuah drama Melayu dengan ibu. Ceritanya lebih kurang begini: ada seorang perempuan ni telah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang bukan pilihan hatinya. Selepas melahirkan anak lelaki tersebut dia telah melarikan diri kerana benci pada lelaki itu. Selepas 8 tahun, selepas dia berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi kaya-raya,  dia kembali dan menuntut hak penjagaan anaknya yang selama ini ditinggalkan bersama lelaki itu.

Cepat je saya melenting marah, tak berguna punya perempuan! Dah tinggalkan anak tu selama ni  tiba2 je senang2 nak ambik balek. Ibu memandang saya dan perlahan2 berkata, ‘tapi dia yang melahirkan anak itu’

Subhanallah. Betapa ceteknya pemahaman saya terhadap jasa dan pengorbanan seorang ibu. betapa rendahnya nilai yang saya letakkan kepada seorang ibu yang telah bersusah-payah mengandungkan seorang anak selama sembilan bulan sepuluh hari dan menanggung derita melahirkan seorang anak. Sesungguhnya kalaupun seorang ibu itu tidak menjaga anaknya selepas lahirnya, pengorbanan mengandung dan melahirkan itu sudah cukup terlalu besar untuk menjadi asbab anak itu mentaati dan mengasihinya! Ibu tetap ibu. Syurga tetap di bawah tapak kaki dia.

Sebab itu ini bukan tentang kita. tentang mereka, ibu dan ayah, Status itu sahaja, ibu ayah, sudah cukup mendambakan ketaatan dan penunaian tanggungjawab dari pihak kita anak-anak. jangan sekali-kali menyoalkan apa yang mereka beri pada kita, sebab mereka ibu dan ayah! Tak boleh ditukar ganti. Saya tahu ramai anak-anak selalu jauh hati dengan sikap mak ayah, ada mak ayah yang selalu marah2, ada mak ayah yang kurang peduli hal anak-anak, ada mak ayah bersikap pilih kasih dengan akan-anak, tapi bukankah ibu ayah juga manusia biasa yang membuat kesilapan? Susah sangatkah kita anak-anak untuk bersabar terhadap mereka?

Susah, selagi mana kita sentiasa mengharapkan dari mereka, instead of ‘memberi’ kepada mereka. Kita mengharapkan itu ini dari mak ayah, minta itu, minta ini (terutamanya wang), bila tak dapat kita jauh hati dengan mak ayah. Mulalah bersangka buruk dengan ibu ayah sendiri. bila ibu berleter kita rasa panas hati sahaja. tapi kita tak fiker pula adakah mereka jauh hati dengan sikap kita?

Maka sentiasalah memberi pada ibu bapa, jangan meminta. Cukup2 lah permintan kita pada ibu ayah sejak kita lahir dulu. Asyik meminta saja. Sekarang ini, bila sudah dewasa, berilah pula. Kalau mampu dengan wang dengan harta, laksanakanlah, kalau tidak berilah kasih-sayang, berilah ketaatan, berilah kegembiraan, berilah senyuman ketika dileter, berilah pengorbanan waktu, berilah pertolongan tanpa perlu diminta, jadilah peneman mak ayah yang setia. Beri, beri, beri dan beri sampai mereka menutup mata. semoga Allah ganjari segala.

0 Responses to “bukan tentang kita 2”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: